Halaman

Selasa, 30 Disember 2008

Bapok Sedap!!

KAlau Stacy ada trademark dia sendiri.... aduh terlebih sudah!!


Shairi pun ada....


*Bapok Sedap!! ....



*[Bapak = sangat]

hehe

Malam semalam...

Sem baru dah bermula. 

Malam semalam pegi kelas...

Jalan... jalan.. jalan... (sorang-sorang)

naik bas... (sorang-sorang)

pasang mp3...(pun sorang-sorang... pakcik bas tu pun pasang radio je)

turun bas, jalan lagi... (laju skit.. dah lmbt ni...)

masuk kelas... tengok kiri.. tengok kanan... cari member...

nmpk joe dengan taufiq dah sengih2 dari jauh...

pegi kat diorang...duduk.... sembang2...




5 minit kemudian....

semua student bangun dan keluar dari dewan... ( macam nak balik je...)




10 minit kemudian...

aku berfikir...

apa motif aku datang sini....??

Isnin, 29 Disember 2008

format lagi...


Kereta kadang-kadang rosak. Tayar kadang-kadang pancit. Laptop kadang-kadang hang.

Aku pun kadang-kadang tak sihat la jugak.....

empat hari demam panas sejuk secara marathon...

Nasi tak lalu nak makan...

Air masak pun tak berapa nk pandang...

tapi... roti berbuku-buku gak habis...

air nak 100+ je....

Jadi jangan nak marah kat harta bile dorang rosak dengan mengatakan banyak buang duit...

sebab manusia pun ble rosak... banyak jugak guna duit...

hehe...


Selasa, 23 Disember 2008

Aku selalu mengharap...

Hidup tak semudah yang disangka. Perkara yang kita selalu inginkan belum tentu akan diperoleh. Namun hidup tetap memerlukan harapan. Tanpa harapan mungkin kamu akan kesedihan. Bersedih kerana apa yang diusahakan tidak tercapai. Jadi harapanlah yang mampu memberi kamu sinar harapan. Tapi jika kamu telah putus harap, apa lagi yang dapat kamu impikan...


Sabtu, 20 Disember 2008

PeNgHaRgAaN DaRi AkU UnTuKmU...


Semalam dia terjatuh lagi. Masuk ni sudah ntah berapa kali dia mengalaminya. Aku kasihan melihat dia begitu. Aku berasa serba salah kerana tidak dapat memberikan penjagaan yang baik dalam situasinya yang sebegitu rupa. Calar-calar di badannya mungkin sudah tidak terkira lagi. Maafkan aku. Aku tidak berniat untuk melukaimu. 

Masih tertera jelas di benak hatiku saat pertama kali aku berjumpa denganmu. Kala itu, aku melihat wajahmu begitu berseri-seri. Kulitmu yang merah dan cantik menarik perhatian seberapa ramai manusia yang melihatmu. Mereka juga selalu bertanya-tanya tentang dirimu. Kadang-kadang mereka menyatakan impian untuk memilikimu. Ahh, aku tidak membenarkan itu terjadi. Engkau milikku.

Tapi kini engkau sudah tidak seperti dulu. Luka-luka dan calar yang ada di tubuhmu semakin bertambah. Itu kerana kecuaian aku yang kadang-kadang terlupa untuk menghargaimu. Aku berterima kasih kepada dirimu kerana telah banyak membahagiakan diriku selama ini. Aku juga mendoakan supaya engkau akan sihat selalu.




















                      Jangan sedih-sedih...Nanti aku belikan cover set baru untuk kamu yea...

SoMeWHeRe...

Rasa mcm dah lama aku tak post gambar banyak-banyak kat blog ni.. kat bawah ni ada beberapa keping gambar kat belakang blok yang aku duduk sekarng ni. Sempoi tak? bangun pagi terus boleh buka tingkap dan nikmati pemandangan indah... 

Lagi satu perkara yang aku suka tentang tasik ni ialah keadaannya sama macam dalam cerita jepun. Kalau kamu perasan, kan diorang selalu guna side yang macam ni... contoh macam dalam cerita engine. MAsa tu hero dia buat latihan kat tepi sungai untuk sertai perlumbaan. hehh...

Gambar-gambar ni aku tangkap masa tengah joging petang-petang... rasa nak join je main kayak kat bawah ni tapi macam tak dapat je...







Selasa, 16 Disember 2008

Lintas langsung

Duduk di hadapan komputer dan menghadap ke tingkap sambil memandang ke sungai Guthrie juga sambil menulis menggunakan kelapan-lapan jari ditangan kiri dan kanan. Cuba teka apa yang aku tengah fikir sekarang...

Hmm...kamu memang hebat...

Aku mengantuk...


Ahad, 14 Disember 2008

rumusan...

Semalam, aku baru je join Faizal Tahir Fan Club atau lebih dikenali dengan nama Rockensteiners. Aku sebenarnya dah lama jadi peminat si Faizal ni. Sejak dari die kat OIAM lagi tapi baru semalam aku terfikir nak join. LAmbat... Lepas ni nak practise nyanyi banyak-banyak pulak, pastu nak masuk OIAM..hehheh.. biar terperanjat orang sebelah rumah nenek aku. 

Sebenarnya sekarang ni aku dah balik ke U... student lain sibuk bercuti, aku kene perah otak dah. Nasib baik bukan aku sorang je. Ramai lagi manusia lain kene join perah-memerah otak secara berjemaah. Letih beb..haha... Ni e-comm(english communication) punya pasal la ni. Waduh...

Balik ke U hari Jumaat lepas. Bawa beg berat-berat macam bawa batu. Ni sume kerna harapan si Kal ..nak sangat tengok koleksi cite Jepun aku. Nak tak nak, aku sumbat la dalam beg banyak-banyak. ..dah macam donat dah jadinya. Kalau tak bawak, nanti menangis pulak dia. Sape nak pujuk. Kalau perempuan ada gak la selera aku nak pujuk dia...

Ada lagi... di sini aku telah selamat melahirkan kekecewaan sebab tak sempat nak tengok juara lagu separuhakhir pop rock...huhuhu...

Selasa, 2 Disember 2008

To Be Continued

Maaf kepada siapa-siapa yang kadang-kadang membuka dan cuba melihat kalau-kalau ada perkara baru yang aku tulis.

Aku tak ada internet di rumah. Jadi faham-faham saja la...

Kalau dulu, aku menggunakan internet di pejabat...

:)

Aku akan cuba sambung nanti bila bermula semester baru...

Selasa, 18 November 2008

Dunia tanpa sempadan ada di mana-mana!

Tak sangka depan stesyen bas kecil dan bersebelahan kedai mamak pun boleh dapat wireless, cuma agak perlahan sikit. Boleh la..daripada langsung tak ada.

oohh....sekarang ni aku sedang menunggu bas nak balik ke rumah. Sekarang ni student dah mula balik ke rumah. Aku sorang-sorang je la kat sini. Mana ada siapa-siapa teman aku. Ada pun tadi aku jumpa dengan sorang student dari Sabah. Taufiq. Itu pun kebetulan sebab dia nak ambil handphone yang dihantar untuk dibaiki. Lepas tu jalan-jalan sekejap pusing-pusing pekan kecil ni. Tak ada apa yang dibeli.

Bas yang aku akan naiki pukul 1.30 petang nanti tapi aku dah terpacak kat sini pukul 10.30 pagi tadi. Bosan..

Sekarang ni aku dah tau ada port wireless kat sini, jadi kalau tunggu lima jam awal pun aku tak keberatan. Heh..

Selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti!

Ahad, 16 November 2008

tentang tulisan

Sebenarnya aku sedang berfikir tentang apa yang nak aku tulis dan tentang hala tuju blog ni.

Tapi semua dalam keraguan...

Aku masih tak pasti tentang apa yang aku patut tulis di sini...

Mungkin aku perlu lebih banyak belajar. itu lebih baik...

pengakhiran = sedih + gembira

Exam dah habis dan sekarang aku dah boleh berehat dan sepatutnya aku bergembira tapi entah kenapa aku rasa macam tak boleh nak buat macam tu. Mungkin disebabkan soalan peperiksaan tadi yang agak sukar dijawab dan di luar jangkaan. Bukan aku sorang je kata macam ni, banyak lagi student lain yang melahirkan kekecewaan tentang exam tadi. Nak buat macamana, semua dah berlalu. 

Maka dengan berakhirnya exam hari ni, menandakan berakhirnya proses pembelajaran aku untuk semester ni. Aku sebenarnya dah boleh balik rumah tapi sengaja aku lambatkan supaya dapat meluangkan lebih masa bersama kawan-kawan. Tak sangka sebentar saja dirasakan kehidupan aku untuk semester pertama kat sini. 

Kepada kawan-kawan dan lecturer serta warga universiti aku ucapkan semoga berjumpa lagi...

Jumaat, 14 November 2008

masih tentang exam...

Besok merupakan hari terakhir exam untuk aku. Jadi malam ni aku nak study untuk persediaan terakhir. Jadi, untuk itu juga aku tiada apa-apa yang ingin ditulis hari ini tapi aku ada sesuatu yang nak diceritakan nanti. Ia berkenaan dengan sesuatu perkara yang mungkin dah lama aku nantikan. 

Harap kamu sudi menunggu...

realitinya...



















Nampak tak betapa panjangnya barisan. Kalau kamu ada dalam barisan ni dan nak kena tunggu sorang2 cucuk duit dalam purata 4 minit seorang boleh terima ke? Tapi waktu aku tangkap gambar ni memang aku tengah beratur dan kat belakang aku ada orang lain lagi...dan tapi lagi waktu ni, semua pencucuk duit menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Seminit je sorang. 

Takut kena baling batu kot...haha

Khamis, 13 November 2008

Cerita tentang exam...

Petang tadi aku pergi exam subjek TITAS. TITAS tu bermakna Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Subjek ni memang subjek teras universiti jadi memang wajib ambil. Aku yang  kepala dah berat sebelah sebab semalaman tak tidur baca buku TITAS ni pun datang la sekali. Gila tak datang..

Sedang aku syok jawab soalan dengan feel sekali dan sambil menganggukkan-anggukkan kepala tanda faham (sebenarnya tersengguk-sengguk tanda mengantuk), tiba-tiba aku didatangi oleh satu soalan yang boleh dikatakan boleh makan kacang sambil jawab. Entah aku pun dah tak ingat soalan nombor berapa tapi soalannya lebih kurang begini.

Berikut adalah dasar-dasar yang dipelihara dalam Syariah kecuali:
a) ilmu
b) harta
c) nyawa 
d) agama

Disebabkan aku tengah mengantuk pada tahap yang kalau lecturer yang jaga tu sua mi hailam berulamkan ikan kering kat aku pun belum tentu aku jamah, maka, otak aku yang pada tahap kelajuan biasa boleh mengalahkan kelajuan seekor anak lembu berlari tetapi pagi ini kalau anak kuda berlari pun belum tentu aku boleh kejar. Cerita panjang-panjang pun tak guna. Aku tengah blur masa tu, jadi aku boleh lupa pulak apa yang aku baca malam sebelum tu sedangkan soalan tu bukan main senang lagi.

Setelah beberapa ketika. Setelah berhempas pulas memerah otak sampai habis kering air otak aku ni, barulah aku ingat jawapannya yang betul. Ceh, buang masa betul...

Apabila jawapan yang kurasakan tepat telah diisi di dalam kertas jawapan OMR, maka aku meneruskan perjalanan mencari cinta ke babak yang seterusnya. Tidak kusangka, habis madu sepah dibuang. Kiranya hujan di tengah hari, rupanya panas hingga ke petang(kalau hujan boleh tidur).

Ni apa ni?! nak main-mainkan aku eyh....huu...bestnya aku dipermain2kan. Kalau kamu tengok soalan ni apa la agaknya kejadian yang berlaku dalam hati-hati kamu agaknya ye...

Susunkan elemen-elemen.......dhoruriyah mengikut susunan yang tepat.
a) Agama, nyawa, akal, keturunan, harta
b) Agama, akal, nyawa, harta, keturunan
c) Agama, keturunan, harta, nyawa, akal,
d) Agama, harta, keturunan, akal, nyawa

Dah nyata ada jawapan kat bawah. Buat apa yang aku susah-susah fikir. 
Dah lah mengantuk. Anway, tak ada salah siapa-siapa kecuali aku.
Siapa suruh tidur lambat-lambat. Kan dah kena.
Haha...padan muka aku yang ****** ni. haha!

Tips hari ini : Lain kali kalau nak jawab periksa tu cuba-cuba la tengok soalan seterusnya, 
mana tau ada jawapan...

Ahad, 9 November 2008

Musim sunyi sepi tiba lagi

Tutup laptop, tutup pintu bilik dan buka buku. Exam dah dekat sangat ni...

Kalau nak tengok masa yang sunyi ala-ala zaman darurat, ni lah masanya. Para-para student yang malas camne pun, kalau dah dekat camni mesti buka buku.

Heh...

aku dah tak ada idea...

study dulu...

haha...

semoga berjumpa lagi...

Sabtu, 8 November 2008

Cik...boleh cepat sikit tak?

Petang tadi aku pergi ke 'Automatic Teller Machine' atau lebih dikenali sebagai ATM. Biasalah duit dah kering ni. Masa tu aku kena beratur sebab aku tengok dekat depan aku ada empat orang lagi nak keluarkan duit masing-masing. Sambil menunggu tu, aku pun sibuk la cuci mata tengok orang lalu lalang(dengan niat yang baik..hehe). 

Adapun setelah beberapa ketika, aku kembali menoleh ke depan untuk melihat berapa orang lagi yang tinggal. "Eh, masih sama macam tadi?" aku bermonolog di dalam hatiku yang sedang tak sabar ni. Kemudian, setelah agak lama barulah selesai dan tiba giliran orang yang kedua pula. Kali ini keadaannya lebih kurang sama tetapi tidak terlalu seperti yang pertama tadi. 

Kemudian orang yang ketiga pula. Keaadaannya tidak seperti mereka-mereka tadi walaupun masih ada kelewatan sedikit. Akhirnya, apabila tiba orang yang keempat, barulah berlaku dimensi penggunaan ATM yang aku harapkan. Mungkin dia sedar yang ramai lagi orang lain sedang menunggu sama seperti aku dan mungkin sudah ada yang mendidih gara-gara orang yang mula-mula tadi. Walaupun begitu, aku melihat jam di tangan dan mendapati hampir 20 minit untuk empat orang menghabiskan masa untuk mengeluarkan duit dari ATM dan bila tiba giliran aku, aku tengok mesin tu tak ada apa-apa masalah teknikal pun. 

Disebabkan oleh terlihat cara penggunaan ATM oleh orang pertama dan yang kedua tadi, maka aku terlintas untuk menyenaraikan perkara-perkara yang mungkin boleh dilakukan untuk meringkaskan masa dalam penggunaan ATM: 

1. Rancangkan berapa banyak wang yang hendak dikeluarkan sebelum tiba masa anda untuk mengeluarkan duit. Ini supaya tidak berlaku kejadian terpinga-pingaan sewaktu berada di hadapan mesin  ATM.

2. Elakkan bersembang sewaktu di hadapan mesin ATM. Ini dapat menaikkan kemarahan orang di belakang anda. Jadi elakkannya sebelum kena maki hamun dari orang belakang yang mungkin tengah mendidih.

3. Kalau nak tukar no PIN atau nak daftar apa-apa kemudahan menggunakan mesin ATM, cuba lakukannya di waktu orang tidak ramai atau lagi bagus kalau tak ada orang yang sedang ingin menggunakan mesin ATM tersebut.

4. Jika anda menggunakan kad yang banyak pada satu-satu masa, boleh pastikan dengan tepat kad yang mana satu nak digunakan. Kalau nak tahu, 'time loading' bila kita masukkan kad menggunakan masa yang agak lama.

5. Jika anda confident dengan perkhidmatan bank yang anda gunakan, anda boleh terus mengeluarkan duit tanpa perlu melihat baki yang tinggal. Ini kerana mesin akan memberi slip atau tercatat di skrin tentang baki wang yang tinggal selepas sesi pengeluaran dilakukan tetapi hanya jika kad yang digunakan adalah sama dengan bank yang digunakan. 

6. Elakkan bergayut semasa menggunakan ATM. Ini supaya daya tumpu anda tidak hilang dan untuk mengelakkan kejadian baling batu sembunyi tangan seperti kata pepatah melayu asli. 

7. Pastikan anda pasti untuk menggunakan tips-tips yang sedia ada di atas kerana ia adalah idea penulis semata-mata. 

Keselamatan anda tanggungjawab anda!!


Khamis, 6 November 2008

Aku Punya Cara

Maaf kepada sesiapa yang tidak memahami aku. Aku tidak salahkan kamu. Tapi mungkin kamu akan mengatakan berbagai-bagai perkara buruk padaku di belakangku. Tapi aku tidak berniat untuk memberi tanggapan buruk itu kepada kamu.

Jika kamu tidak faham dengan apa yang sedang aku cuba lakukan, aku harap kamu tidak mengambilnya secara negatif. Aku berharap kamu akan cuba untuk mencari jawapan kepada kekeliruan kamu itu. Itupun jika kamu sanggup membuang sedikit masa untuk memahamiku.

Mungkin ada masanya aku kelihatan bodoh, mungkin ada masa aku kelihatan menjengkelkan, mungkin ada tikanya aku membosankan dan mungkin juga ada waktunya aku menghampakan. Namun aku bukan menginginkan ia menjadi seperti begitu. 

Maafkan aku...

Apa yang aku cuba lakukan ialah buat sebaik yang termampu...

DuNiA Berputar Seperti Biasa

Hari ini masih seperti biasa. Hari exam masih ada beberapa hari. Aku pun tak tau kenapa susah sangat nak ambil buku dan baca. Macam selalu yang aku jawab bila kawan-kawan ajak study pada waktu yang aku tiada mood nak belajar.. "tak ada feel". 

Tapi tadi aku sempat tengok filem 'Ironman' yang selama ni aku tak pernah tengok. Ada dah agak cerita memang best. Aku nak tulis sinopsis pun dah basi... 

Tapi aku ada satu soalan nak tanya... macamane perempuan buat dekat seorang lelaki bila dia tak suka...??


Rabu, 5 November 2008

Bila malam menjelma?

Sekarang ni aku tak tidur malam... ni semua exam punya hal la ni... lepas subuh baru tidur lepas tu bangun pukul 2 petang.

Tahu apa aku buat malam-malam...?

bukan baca buku pun...

main CS, download video, main YM, tengok friendster dan yang terbaik sekali adalah update blog... 

Bila lagi bro???

haha...

AkU MaHu MeNaMbAh PoStiNg AkU Yang SiKiT Ni...

Jangan tanya kenapa....

Aku tak nak bagitahu...

Sebab kamu dah tahu apa yang kamu tahu...

Dah memang kamu tahu, buat apa lagi nak diberitahu....

Huiissshhh..!!!

Letih lagi..

Petang tadi pergi joging. 

Bukan pergi joging pun sebenarnya. Boleh dikatakan pergi mandi sungai sambil berjalan kaki.

haha...!!

Pergi sungai dengan berjalan kaki...

hehe...

Letih...

Selasa, 4 November 2008

sengkek...

sengkek tu maknanya kering...kering tu maknanya dah kekurangan duit. ok.. 

Aku tengah sengkek sekarang ...

Nak kena makan maggi ke lepas ni??

adushhh!!

aisehh...

Aku baru lepas exam. 

Letih.

Lepas ni ada lagi tiga subjek...

huuu...

don't worry..be happy...


Selasa, 28 Oktober 2008

BiLa SeRaTuS OrAnG NaK MaSuk PiNtU YaNg SaMa SeReNtaK...

Panjangnya tajuk...

Kamu rasa-rasa berjayakah seratus orang tu nak masuk dengan lancar tanpa perlu berasak-asak melalui pintu tu? Itu baru seratus. Belum seribu. 5 ribu, sepuluh ribu? Aku tak sanggup...

Itulah yang terjadi semalam di U aku. Mahasiswa dan mahasiswi semester pertama mendaftar subjek untuk semester kedua. Semua nak dapat subjek yang telah dirancang untuk diambil. Aku pun sama. Tapi aku bernasib baik. Penambahan bermula pukul 12 malam dan tak sampai lima minit aku dah selesai semua. Yang kurang bernasib baik sampai ada yang sampai pukul lima pagi baru dapat add. Itupun banyak kelas yang dah penuh. huuhh..

Akhirnya, ada dalam dua subjek aku terpaksa pergi kelas sorang2 ke kelas sebab member2 yang lain tak sempat dapat subjek tu..  

Ada cadangan?

Ahad, 26 Oktober 2008

Penghasilan Gen Baru

jangan silap!

Ini bukannya makmal penghasilan manusia ataupun pembentukan spesis baru sepertimana yang mungkin terlintas dalam pusat pemikiran kamu....

Hari ni, seorang kawan meminta pertolongan aku menghasilkan sejenis Blog..oh, sebuah blog. Aku yang tak berapa pandai dan hensem ni pun keluarkan la apa yang aku tahu. Yang lain-lain tu aku biarkan je. Lantak ko la..hehe

Aku dulu pun belajar sendiri je..

selamat berjaya...

Semoga lagi dahsyat dari aku...nanti boleh aku link(yang sendiri punya pun tak kemana...haha..)

Akhir sekali....

jangan lawan cikgu...   :)

Khamis, 23 Oktober 2008

Undergoing MyBlogLog Verification

Aku Punya Kamu

Malam ini aku keseorangan. Duduk berseorangan di suatu sudut sambil melihat gelagat manusia dan suasana sambil ditemani embun hujan yang dingin. Lagu Faizal Tahir, 'Aku Punya Kamu' yang diperdengarkan dari 'Friendster' aku menjadi santapan aku di meja ini. Walaupun aku keseorangan di sini, malam ini, namun aku tetap punya kamu. kamu yang sanggup menemani aku yang kesepian di sini. Kepada kamu yang setia menemaniku, aku akan cuba untuk tidak mengecewakan kamu. Kerna aku tahu, tiada siapa yang ingin dikecewakan apabila ia telah meletakkan sesuatu harapan kepada seseorang.

Jiwang aku malam ni yea. Haha!

Rabu, 22 Oktober 2008

Pelik ke?

Aku ada terbaca tentang satu blog yang menceritakan perkara yang berkaitan dengan asal usul sesuatu seni atau kebudayaan. Dalam blog tu penulis seolah-olah tak berpuas hati dengan seni atau budaya Indonesia yang terdapat dalam Malaysia. Antaranya adalah seperti seni silat, lagu kebudayaan, nama, dll. Baginya dia pelik dengan keadaan itu. Bagi aku tiada yang peliknya kalau dua buah negara yang berjiran dan mempunyai rumpun bangsa yang sama mempunyai pelbagai persamaan dari pelbagai aspek. Pastinya dua negara tersebut akan mempengaruhi satu sama lain sama ada secara langsung atau tidak. Mungkin perkataan yang sama dalam dua negara tersebut tetapi mempunyai makna yang berbeza. Dengan kata lain, jika penulis hendak mengkritik perkara tersebut, dia perlu mengkaji dahulu sejarah.

Aku juga tak menafikan mngkin ada yang benar dari kata-katanya. Tetapi mengapa perlu terlalu emosional tentang perkara seperti itu. Bagi aku, ia adalah perkara yang rumit untuk dirungkaikan.

Isnin, 20 Oktober 2008

jom lepak!

Petang tadi waktu aku on the way nak ke kelas tutorial, aku ternampak beberapa bekas pelajar yang sedang bergambar di hadapan kolam air pancut di hadapan bangunan Canselori. Terasa begitu indah kawasan tu tadi. Mana tidaknya, ada majlis konvo la katakan...mesti la nak jaga nama..hehe. Dari situ aku dapat merasakan perasaan mereka yang akan menjalani majlis konvokesyen yang dijalankan dari 16 hingga 20 Oktober ini. Wajah-wajah kegembiraan yang terpapar membuatkan aku turut sekali merasainya. Aku juga terbayang saat-saat jika sampai masanya untuk aku melalui semua itu. tentu seronok. Lebih-lebih lagi kalau dapat first class. Hehe..

Kisahnya... aku dah lega hari ni sebab assignment terakhir aku dah pun selamat dihantar. Aku ingat nak belanja makan tapi kamu sombong..hehe. Boleh, tapi tunggu aku kaya.. Lepas ni boleh aku join memember main CS dengan tenang. Masa ni la aku rasa sempat nak update blog juga mengaktifkan perkara-perkara yang mengalami kelembapan sebelum ni. Wa caya sama lu!




Selasa, 14 Oktober 2008

kala hujan....

Hidup ini memerlukan teman. Hidup ini juga tidak perlu bersendiri kerana tiada seorang insan pun yang ingin begitu. Adakah kesepian itu patut menjadi peneman sedangkan jiwa sentiasa memberontak mencari seseorang? Adakah kamu ingin apabila kamu memandang sekeliling tetapi tiada sesiapa seolah-olah kesemua mereka cuba menjauhimu. Hidup seolah kelam. Sepi. Dan suatu waktu kamu terpandang suatu sinar cahaya yang baru dan indah di hadapanmu. Kamu cuba menggapainya namun ia seolah sukar bagimu.  Adakah pancaran sinar itu yang kamu nanti. Memecahkan percikan cahaya tinggi ke udara. Lantas kamu pergi mencarinya walaupun kamu terpaksa berlari dan meredah pelbagai rintangan termasuklah dari diri kamu sendiri. Aku pasti kamu akan lakukannya…kerana kamu juga seperti aku, tidak ingin dalam kesepian tetapi ingin selalu bersama.  Tapi, sepi itu selalu mendakapi hati. Kadang-kadang ia meluluhkan hati. Kadang-kadang ia membuat kita menangis. Aku juga pasti, kamu ingin hidup kamu seperti warna pelangi. Selalu berwarna-warni. Selalu dinanti. Selalu membuat orang lain tersenyum sendiri. Aku juga pasti, kamu ingin menjadi seolah ribuan bintang di langit. Sentiasa bersinar walaupun tidak kelihatan di siang hari. Sentiasa dinanti di malam hari. Kini, kita terus berlari bersama dari arah yang berbeza hingga bertemu di pertengahan jalan. Tika itu aku harap kamu tidak berseorangan lagi kerana aku harap aku akan menjadi peneman sepanjang perjalananmu dan perjalananku. Kita terus bersama menempuh perjalanan baru. Kita terus bersama walaupun terpaksa berkorban. Senyuman kita bersama akan menjadi penawar. Walaupun kini aku masih belum nampak percikan sinarmu itu, tapi mungkin ia pernah melintasiku tanpa kusedari. Aku berharap, suatu masa nanti..aku..kamu... menjadi kita…

Rabu, 8 Oktober 2008

Serangan peribadi...

Komputer aku kena virus. Program yang mula-mula kena ialah word. Bila aku buka word apa yang aku simpan dah corupted. Kamu semua tahu apa yang keluar... "Hack by Debugger!!!" Menyusahkan betul.Rasa nak gugur je jantung. Ikutkan hati, aku goreng je laptop ni. Huuu...tak boleh. Nanti nak pakai laptop mana. Mahal tu nak beli baru. Aku bukan orang kaya. Sekaya ada la...heh.. kamu nak tolong? takpe...tolong tengok pun takpe.. tapi kalau nak hulur-hulur sikit pun bagus gak. Aku sedia menerima. Masalahnya di sini, semua fail-fail yang menggunakan words document kena. Lagipun, yang menariknya bukan words je kena..PDF dengan 'Power Point' pun kena belasah gak... Habis.... besok aku nak hantar laptop pergi kedai sebab aku tak tau nak buat macamane lagi.

Selasa, 9 September 2008

parti hari jadi stail baru!!

Semalam hari jadi aku yang ke 22 tahun. Parti hari jadi telah diadakan secara besar-besaran di dalam library. Hadiahnya ialah assigntment2 yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Tiada pengecualian, tiada bantahan. Semua aku terima dan parti itu berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal. Huuuhhh.

Gambarannya amat jelas sekali. Hari jadi aku tidak dapat diraikan kerana kesibukan dalam mengejar ilmu..err..mungkin yang lebih jelas ialah markah. Ya.. orang kata markah tak penting tapi ilmu yang diutamakan, tapi takkan masuk universiti tapi 'pointer' macam budak tak belajar apa-apa.

Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi mengucapkan selamat hari jadi kepada aku. :-)

Sabtu, 6 September 2008

dia soal, aku jawab...

member : dalam banyak-banyak semut, semut apa paling seksi?

aku : Ntah, semua semut seksi...

member : salah! jawapannya semut tonggek....

aku : ceh!

betul sebenarnya

Blog aku kini sudah bertukar rupa sedikit...jadi, kepada sesiapa yang rasa diri dah tersalah masuk blog orang lain, sebenarnya itu hanyalah khalayan semata. Kamu sedang berada di ruang yang betul. Teruskan...

Jumaat, 5 September 2008

sedikit sahaja

Sekarang ni tengah sibuk dengan assightment. Kepala tengah serabut. Apa-apa hal pun aku tetap puasa. haha...

Ahad, 31 Ogos 2008

The most important thing is....


Sinilah tempat aku berman-main dengan buku. Sebelum ni, meja ni merupakan antara yang terburuk dalam blok aku, maka dengan menggunakan teknik-teknik yang sememangnya amat dahsyat sekali dengan serta merta meja aku menjadi begini. Hahahaha!!...

Percaya? jangan...

Khamis, 7 Ogos 2008

lama menghilang...

...Dah lama tak menulis di sini. Sekarang dah berubah angin, tak macam dulu. Sekarang ni aku sedang menyambung pelajaran di sebuah universiti awam di Malaysia. Kiranya, awal-awal ni aku agak sibuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan. Maaf kepada yang menunggu lama. InsyaAllah, aku akan cuba update nanti.

Isnin, 14 Julai 2008

Di saat mentari merah menyinar bersama cahaya bulan yang kelam

Duit....duit bukan segalanya...
tapi....nak beli baju guna duit, beli minyak guna duit, beli beras guna duit, beli sabun, tampal kasut koyak, bayar tiket wayang, masuk tandas, repair seluar, main futsal, tengok tv semua kena pakai duit. Pendek kata duit merupakan elemen yang penting untuk mendapatkan keperluan harian kini. Bukan sahaja keperluan harian malah perkara-perkara yang tak berfaedah pun guna duit. Tapi aku nak jelaskan di sini bahawa duit hanyalah elemen untuk pertukaran, yang memberi sebenarnya adalah Dia.

Adapun sebenarnya aku nak ceritakan sedikit keadaan sekarang yang dipenuhi dengan teknik-teknik mencari duit tambahan macam yang dapat diperhatikan sekarang. Adakah kamu yang membaca setuju mengatakan bahawa itu semua adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Kalau diperhatikan, kebanyakannya memerlukan kemahiran berkata-kata, mempunyai kenalan yang ramai dan pandai bergaul. Oh, kata-kata aku ni mungkin lebih kepada teknik mencari duit ala-ala MLM ataupun yang sewaktu dengannya. Aku berterus terang yang aku tak arif tentang bisnes-bisnes seperti ini jadi kamu semua jangan tanya aku kerana jawapan yang aku berikan mungkin tak tahu, kurang pasti, ataupun fikirlah sendiri. Namun perniagaan seperti ini sudah memuncak naik pada tahap maksimumnya mengalahkan gunung berapi yang sedang mendidih hanya menunggu untuk memuntahkan larvanya sahaja. Sedangkan, aku hanya berdiri ditepi sambil minum kopi melihat semua itu berputar dalam arusnya yang tersendiri. Ntah, aku tidak tahu mengapa aku begitu. Mungkin aku tidak sesuai untuk perkara-perkara seperti ini. (Aku minta maaf jika aku selalu menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali, aku buntu).

Satu perkara yang aku nak sentuh selain tadi adalah produk yang dihasilkan adalah dari jenis yang lebih kurang sama. kamu semua perasan tidak perkara ini? kalau ada sepuluh MLM, aku rasa semua mungkin tidak terlepas dari menjual produk-produk seperti penapis air, pil kesihatan, minuman kesihatan, dan kebanyakannya berkaitan dengan makanan kesihatan. Bukannya aku hendak menempelak mana-mana pihak tapi bagi aku jika seseorang yang baru hendak berjinak-jinak dalam MLM mungkin akan berasa bosan dengan semua itu dan mungkin akan mencari syarikat MLM lain yang lebih beralternatif. Aku tidak nafikan yang membezakan adalah kualiti namun sejauh manakah seseorang itu akan mencuba mencari yang terbaik.

Jumaat, 11 Julai 2008

Jangan Pandang Rendah Aku...

Update....



Sampai bila kamu hendak begitu. Bermain dengan kata-kata kosongmu yang hanya ucapan semata. Tiada tindakan..tiada refleksi..hanya bicara. Tapi engkau berkata-kata dengan begitu yakin bagai anak tekakmu sudah tertulis sebuah ucapan yang panjang untuk kamu luahkan kepada semua orang. Betapa ajaibnya kamu. Mungkin para pensyarah pun tidak sehandal kamu.



Memang aku selalu berdiam bila engkau 'berucap'. Tapi itu tidak bermakna aku ni bisu. Mungkin aku tidak membantah, tapi belum tentu aku setuju. Dan jangan engkau sangka yang aku tidak tahu berfikir. Bila aku cuba menyampaikan sesuatu, kamu hanya tidak mengendahkan sahaja. Ceh! egokah kamu? Apa kamu ingat aku ni tidak tahu apa-apa? hanya mengikut telunjuk orang lain untuk hidup? tiada kebolehan? tiada perkembangan? hanya seorang yang lemah? jika kamu berfikiran begitu, aku boleh kata kamu berfikiran sempit walaupun mulut kamu masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang seperti seorang professor tu.

Aku dapat rasakan yang kamu mungkin memandang rendah terhadap aku. Ya..mungkin aku hanya seorang yang biasa yang nampak diam dan lemah. Biar aku beritahu yang aku masih menyimpan potensiku yang sebenar dihadapanmu. Mengelak dari dibaca olehmu supaya kamu boleh terus menyangka bahawa aku ini tiada apa-apa kelebihan yang dapat menggugat kamu. Mungkin aku akan terus begini dihadapanmu sehingga kamu sendiri mengetahui yang kamu telah ditipu oleh penglihatan dan sikap kamu sendiri. Aku hendak memberi kamu sedikit nasihat, jangan kamu memandang rendah terhadap orang lain hanya kerana rupa dan gaya yang kelihatan lemah dihadapan kamu. Sedangkan yang nampak belum tentu terlawan, apatah lagi yang tak kelihatan.

Habis...

Selasa, 8 Julai 2008

Cerita 5 perenggan..

Tadi aku pergi cek blood pressure(BP). BP aku setakat ni 133/68. Mereka kata normal. Huh...Aku tahu aku masih muda, tapi aku rasa lagi baik aku ambil berat dari sekarang. Harap-harap bp aku akan mantain je...

Baru-baru ni pun aku dah mula bersenam semula. Petang-petang dah turun balik main futsal. Ahad minggu lepas dah pergi jogging. Setakat ni rancangan awal nampaknya berjalan lancar. Harap-harap akan berterusan...

Makan pun sekarang ni dah jaga. Tak nak makan makanan yang terlalu berminyak. Coklat dah kurang, aiskrim dah kurang. Makan utama macam sarapan, makan tengahari, petang, malam, masih dikekalkan. Gila..takkan tak makan...

Tiga perkara yang aku boleh dapat bila aku amalkan perkara-perkara di atas; kesihatan, stamina dan badan yang mantain cool. Haha...semoga tercapai...

Ini tak bermaksud aku ni sakit, tiada stamina dan gemuk. Tapi aku nak mencapai tahap maksimum ataupun ideal perkara-perkara di atas yang tersebut di atas. Sekian.

Khamis, 3 Julai 2008

Dari meja PC aku ke Alam Narnia



Rancangan MegaTV di saluran TV3 telah menarik minat aku untuk menulis mengenai perkara ini. The Chronicles of Narnia; The Witch, The Lion and The Wardrobe adalah sebuah filem yang memang menarik hati ramai penonton di Malaysia. Aku sendiri telah menonton filem ini berkali-kali sebelum ini. Jalan cerita, latar belakang dan fiksyen yang diterapkan dalam filem ini telah membuatkan peminat-peminat filem The Chronicles of Narnia; The Lion, The Witch and The Wardrobe tidak mahu terlepas walau satu babak pun dalam filem kegemaran ramai ini.





Narnia, sebagai tajuk utama adalah merupakan alam lain yang berbeza dari dunia asal. Dunia Narnia dalam Filem The Chronicles of Narnia; The Lion, The Witch and The Wardrobe dimasuki oleh empat adik beradik yang berpindah kerana peperangan melalui ‘Wardrobe" iaitu sebuah almari pakaian yang berada di rumah professor tempat mereka ditumpangkan oeh ibu mereka. Di dalam Narnia, mereka telah berjumpa dengan berbagai-bagai perkara yang berada jauh dari jangkaan mereka. Pengembaraan mereka bertambah mencabar apabila terpaksa berdepan dengan ahli sihir perempuan yang jahat iaitu ‘The Witch’ yang mengangkat dirinya sebagai ratu narnia dan berniat untuk menghapuskan mereka dengan mengumpan salah seorang dari mereka berempat iaitu Edmund. Edmund yang mengetahui dirinya telah ditipu oleh The Witch menyedari dirinya berada dalam bahaya. Akhirnya, Edmund berjaya diselamatkan setelah Peter, Susan dan Lucy berjumpa dengan ‘The Lion’ iaitu seekor singa yang bernama Aslan yang merupakan Raja sebenar Narnia dengan bantuan bala tentera Aslan.


Walaubagaimanapun, konflik masih belum berakhir kerana peperangan untuk merampas Narnia dari ahli sihir perempuan baru bermula. Berbekalkan senjata yang mereka miliki dan setelah berhempas pulas memerangi bala tentera ‘The Witch’ mereka akhirnya berjaya mencapai kemenangan yang diidamkan oleh hampir seluruh penduduk Narnia. Selepas berakhirnya peperangan, mereka berempat ditabalkan sebagai raja dan ratu Narnia dan Narnia kembali aman semasa pemerintahan mereka. Pemerintahan mereka tamat apabila mereka telah dewasa dan secara tidak sengaja meninggalkan Narnia dan balik ke dunia asal namun perkara yang tidak disangka-sangka berlaku iaitu mereka telah kembali sama seperti waktu mereka mula-mula datang baik dari segi masa mahupun fizikal mereka, tiada yang berubah. Bagaikan satu pengembaraan di dalam mimpi!


Dalam sekuel Narnia yang kedua iaitu The Chronicles of Narnia; Prince Caspian pula memaparkan sekali lagi pengembaraan mereka ke alam Narnia dan kali ini mereka memasuki Narnia bukan melalui ‘Wardrobe’ tetapi secara tidak sengaja iaitu disedut masuk ke alam Narnia semasa hendak menaiki keretapi ketika baru pulang dari sekolah. Prince Caspian, seorang putera raja yang telah dikhianati oleh bapa saudaranya, secara tidak sengaja telah memanggil empat adik beradik tadi dengan meniup sejenis alat yang ditinggalkan oleh Susan sewaktu meninggalkan alam Narnia beratus-ratus tahun dahulu mengikut masa di alam Narnia. Sekali lagi pengembaraan mereka bermula. Kali ini mereka terpaksa berdepan pula dengan bapa saudara Prince Caspian yang menguasai Narnia ketika itu dan berniat untuk menghapuskan penduduk asal Narnia. Perjalanan mereka bertambah sukar kerana penduduk asal Narnia yang merupakan makhluk separa manusia dan separa binatang bermusuh ketat dengan manusia. Jadi ini menyukarkan mereka untuk memberi bantuan kepada penduduk asal Narnia dan juga Prince Caspian.








Perjalanan kisah ini bertambah menarik. Kekeruhan peperangan, pengkhianatan dan permusuhan dijernihkan dengan kasih sayang, percintaan, kesetiaan, dan semangat yang diperlihatkan. Diselangi dengan efek audio dan video yang menjadikan turutan kisah ini semakin menarik untuk ditonton. Jadi, aku memang bersetuju kalau nak kata aku ni peminat 'The Chronicles of Narnia'.

Selasa, 1 Julai 2008

Cinta dalam hati

Cinta dalam hati by Ungu

Mungkin ini memang jalan takdirku,
Mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku,
Asal kaupun bahagia dalam hidupmu...dalam hidupmu...

Telah lama kupendam perasaan itu,
Menunggu hatimu menyambut diriku,
Tak mengapa bagiku,
Mencintaimupun adalah bahagia untukku..bahagia untukku...

Ku ingin kau tahu..diriku di sini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja,
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...

Kuingin kau tahu,
Diriku di sini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya,

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja,
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...

Oooooooooooo....

x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x+x

Tidak semua pencinta mendapat cinta...tidak semua yang dicinta akan membalas cinta...tetapi kedua-duanya tetap mempunyai cinta...

Isnin, 30 Jun 2008

Sekadar hiburan...




Hari ni mata aku rasa pedih-pedih sikit. Semalam tak cukup tidur. Euro punya fasal. Tapi aku happy sikit sebab Spain menang. Aku memang menyokong Spain sebermulanya Euro musim ni. Walaupun aku bukan orang Spain mahupun ada saudara mara yang berasal dari Spain. Cerita Spain pun aku tak tengok. Perkataan Spain satu pun aku tak tahu kecuali nama-nama pemain Spain. Itupun kalau nama mereka tu adalah dari bahasa Spain. Jadi, aku bukan menyokong Spain kerana sebab-sebab tadi. Sebabnya agak mudah.Aku cuma nak sokong Spain sebab dah ada ramai orang yang menjadi penyokong negara lain macam Portugal, Holland, Germany, Rusia...jadi aku sokong la Spain. Lagipun, Pemain Spain bagi aku tak sepopular seperti Christiano Ronaldo, Michael Ballack, Lukas Podolski dan lain-lain. Selain itu, aku nampak Spain seperti kumpulan yang simple, tak terlalu menonjol tetapi kuat, konsisten dalam permainan, pemainnya tidak terlalu menonjol secara individu tetapi secara dalam kumpulan. Ini semua cuma pandangan aku dari sudut aku sendiri. Atas sebab itulah membuatkan aku menjadi salah seorang dari jutaan penyokong Spain yang mengharapkan kemenangan Spain malam tadi.

Aku cuma penyokong biasa, bukan fanatik...

Jumaat, 27 Jun 2008

Fit

Aku dah lama tak bersukan. Paling kurang pun cuma bermain badminton seminggu sekali. Pencapaian yang kurang memberangsangkan berbanding dulu. Mungkin badan pun dah naik tanpa aku sedari. Dulu, bila tiba waktu petang, biasanya aku bersiap-siap untuk turun bermain futsal. Futsal antara permainan kegemaran aku selepas menceburkan diri dalam permainan ni. Dulu waktu sekolah, aku lebih cenderung bermain bola padang. Lebih puas dan mencabar. Pemain pun ramai. Bila masa yang ramai orang main, boleh dikatakan dalam satu padang adalah dalam 30 orang atau mungkin lebih? dahsyat..nak tendang bola pun boleh dapat kaki orang. kalau tak percaya boleh cuba..haha

Dalam bulan Ogos ni mungkin akan diadakan Liga Futsal Piala Pengarah Bersempena dengan Hari Kebangsaan (tempat kerja aku je). Jadi, aku rasa mulai sekarang aku kena mendapatkan kecergasan dan stamina aku kembali samada bermain futsal ataupun berjoging dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. kalau boleh nak fit macam Thierry Henry masa sedang gelecek bola ataupun boleh buat 'skill' menarik macam Ronaldhino masa dekat depan gol. Heh! sungguh melampau kata-kata aku ni. baru nak main tak sampai sebulan...

Rabu, 25 Jun 2008

Kau buat aku tertarik

Tika itu kau benar-benar membuatkanku tertarik padamu. Matamu, pandanganmu, ucapanmu, gayamu malah rupamu, semuanya menjadi senjata yang seolah-olah mengeluarkan suatu tenaga yang menarik diri ini untuk selalu menjadi pemerhati. Semuanya berjalan kencang seperti kebiasaan sehinggalah pada suatu masa aku lihat kamu sedang bertemujanji dengan seseorang di tepi tangga sekolah. Sungguh tidak romantik kurasakan. Begitu banyak tempat-tempat rehat yang cantik dan bersuasana menarik di kawasan sekolah, namun tepian tangga yang diselangi pelajar yang lalu lalang (termasuk aku) itu jugalah yang menjadi pilihan. Ahh... aku agak kecewa dengan kamu dari segi itu. Oh! Mungkin aku tersilap, mungkin itu bukan suatu temujanji, mungkin itu hanyalah suatu pertemuan kosong ataupun sebuah perbincangan ilmiah yang memerlukan pemahaman yang lebih mendalam. Perbincangan ilmiah? ah! baik aku lupakan saja.

Bagiku, itu semua cerita lama yang dah tak perlu difikirkan lagi. Jika kamu ingin tahu, sebenarnya selepas dari hari itu, minatku terhadapmu telah luntur dan pudar sama seperti baju melayu aku yang mak aku rendam menggunakan clorox kerana terdapat kesan degil yang susah hendak ditanggalkan dan memang namanya kesan degil selepas rendaman selama satu hari pun ia masih meninggalkan sedikit kesan seolah-olah sama dengan yang terjadi pada aku. Tapi aku tak tahu apa punca sebenar kelunturan itu berlaku dan aku tak dapat mengenalpasti peluntur apa yang telah disimbah ke dalam hati aku. Kalau Bleach yang disimbah, mungkin dah cair hati aku ni..haha! luluh..macam lagu kumpulan Samsons.

Aku jelaskan kat sini yang hati aku tak luluh kerana itu. Cuma tawar. Itu kan perkara biasa. Aku cuma minat biasa-biasa je. Jangan lah kamu semua fikir jauh-jauh. Dekat-dekat sudah. Jimat minyak..

Selasa, 24 Jun 2008

kenal saya?

Minggu lepas sewaktu aku berjalan-jalan di pasar malam bersama seorang kawan,aku terpandang satu wajah yang agak biasa aku lihat. Seorang perempuan yang mungkin sebaya dengan aku. Tapi aku tak berapa pasti samada betul atau tidak orang tu yang aku kenal. Tapi selepas beberapa kali aku pandang dan selidiki wajahnya, dan mungkin dia dah perasan pun yang aku sedang membuat kajian ke atas wajahnya dan mungkin juga dia ada terperasan yang aku syok kat dia...haha. Barulah aku rasa memang aku kenal dia. Jadi dengan rasa ingin tahu yang mendadak muncul dalam diri, aku memberanikan diri bertanya..

"Err..umur awak berapa?" ada ke soalan tu yang aku tanya? tak pernah dibuat orang pun. Tapi kalau difikirkan balik, betul lah tu. Bukan ke dia yang aku kenal tu sebaya dengan aku, jadi kalau aku tanya umur dah betul la tindakan aku tu.

Maka dengan nak tak nak dia menjawab "ntah, 22 kot". Eh, minah ni, ada kot juga ke? umur sendiri pun tak ingat. Aku tahu, jangan marah kat aku. Aku tahu memang dia saja buat macam tu. saja...

Mendengarkan jawapan tu sebenarnya aku pun agak gembira sebab memang dia sebaya dengan aku. Bukan lebih tua mahupun lebih muda, jadi aku tak perlu panggil kakak mahupun adik? "Iye, 22? macam kenal la..." itu la jawapan aku dalam senyuman. Ek eleh mamat ni, nak mengorat cakap je la nak mengorat tak payah la nak bersandiwara kat sini. Rasa-rasa dia ada fikir macam tu tak? Tiada? bagus! haha.

Walaubagaimanapun, aku rasa dia pun ada cam muka aku ni. Tapi aku tak berapa pasti. Maklumlah aku ni kan 'low profil' masa kat sekolah dulu, jadi macamana dia nak ingat aku. Kalau kamu nak tahu,(kalau betul dia orangnya) aku kenal dalam tingkatan dua, iaitu semasa aku berumur 14 tahun (budak sekolah pun tahu). Dia merupakan 'classmate' aku tapi aku tak rapat dengan dia sebab aku ulang sekali lagi aku ni 'low profile' dan tak sepopular dia. Popularkah dia? ya, mungkin tak sepopular 'Maya karin' atau 'Saiful Apek'?, tapi cukup untuk membuatkan ramai orang ingin mendekati dirinya. Mungkin termasuk aku.

Adapun aku berasa gembira kerana berjumpa semula dengan kawan yang dah terpisah hampir lapan tahun. Lama juga tu, sebab dalam lapan tahun pelbagai perkara boleh berlaku. Seorang bayi yang baru lahir boleh masuk darjah dua dan bagi mak ayah gembira dengan dapat nombor dua dalam kelas, seorang anak gadis boleh berkahwin dan melahirkan anak, dan aku yang dulu budak-budak je sekarang dah dewasa pun. Jadi, apa yang aku nak tekankan di sini ialah banyak perkara yang aku tak tahu telah terjadi dalam hidupnya dan aku rasa aku nak tau tentang semua tu. Sihatkah dia? dia belajar lagi ke? atau dah kerja? ataupun dia dah berkahwin sekarang ni dan dah ada seorang anak? itu semua tak mustahil terjadi tapi tak nampak pun macam dia dah berkahwin..heh. Cuma sekarang ni aku perlu bertanya padanya. Bagaimana? no telefon pun aku tak minta, nama dia pun aku ingat bila dah lepas bercakap dengan dia. Tapi itu tiada masalah, sebab aku yakin dia akan berada di situ lagi nanti. Kenapa begitu yakin? sebab dia berniaga di situ. Aku tak tau samada dia membantu ayah dia berniaga, atau abang dia berniaga atau dia berniaga secara sambilan ataupun sepenuh masa. Tak penting, pergi minta nombor telefonnya dulu!

Isnin, 23 Jun 2008

hanya....

Nak mulakan dari mana yea...dari kanan atau dari kiri...kalau dari kanan aku kena tulis jawi ataupun jepun sebab tulisan jepun dan jawi kedua-duanya bermula dari kanan... kalau nak tulis rumi., kena mulakan dari kiri.Ok, kita mulakan dari kiri. Dari kiri hentak kaki! oh...itu bukan arahan kawad kaki ke? oww....nampaknya aku dah merapu banyak hari ni. Mungkin disebabkan kesakitan telinga kiri aku yang dah bermula sejak malam tadi ni. Ye ke? kerana mengikut ajaran sains yang diajar oleh cikgu sekolah aku dulu, apabila berlaku masalah pada saluran separa bulat (sejenis anggota di dalam telinga, kalau tak salah aku) ia boleh mengganggu gugat kestabilan kita untuk mengimbangkan diri kita dan mungkin tiada kene mengena dengan keseimbangan ekonomi negara. Tapi, berbalik kepada tajuk asal...apa kena mengenanya dengan aku? heh! satu persoalan yang perlu dijawab.
Aku letih...

Jumaat, 20 Jun 2008

Selepas kegelapan...

Aku cuba lupakan perkara-perkara buruk yang terjadi kebelakangan ni. Macam kata pelakon-pelakon dalam tv "benda yang lepas biarkan lepas, tiada gunanya lagi kalau bersedih-sedih" (sambil buat muka..haha). Tapi memang betul pun, buat apa yang kena sedih-sedih sangat. Baik aku pergi makan KFC, boleh juga nak mengenyangkan perut aku ni..wakakaka. Yang penting sekarang, fikirkan tentang masa depan,apa yang perlu dilakukan lepas ni.. bukannya berangan je. Kalau berangan dapat makan buah berangan free dengan air kopi secawan ada bagus la jugak...hehe..


Walaubagaimanapun, patut juga kita mengenang masa yang lepas. Sebagai pengajaran dan sempadan untuk digunakan di masa hadapan. Itulah namanya pengalaman...kalau dah terkena sekali, cubalah untuk mengelak dari terkena lagi. Aku tulis banyak-banyak kat sini pun bukannya ada orang baca. Last-last aku jugak yang baca. Hampeh...

Haha..hehe

Khamis, 19 Jun 2008

That's mean 'Bluesunshine'


huuu...agak kecewa bila aku tengok keputusan tu. Apa la aku nak buat lepas ni agaknya. Takkan nak macam ni je. Tapi ia masih belum berakhir. Masih ada jalan yang aku boleh lalu untuk pergi ke situ. Tapi kalau tak ada juga, mungkin tu bukan rezeki aku. Terima dan teruskan usaha. Sampai bila? sampai mana yang aku boleh capai. Yang penting aku dah buat apa yang aku perlu buat. Orang lain tak tahu apa yang aku dah lalui. Mereka hanya melihat di tepian perjalananku. Kini, aku cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa. Kalau mereka tak ingin memberi bantuan tak apa, tiada apa yang perlu dirisaukan. Jadi, aku akan cuba bangun lagi. Bangun tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan mereka-mereka yang hanya melihat. Aku aku akan terus berjalan ke depan, tanpa menoleh lagi. Walaupun sendiri...memang aku dulu bersendiri...juga kini...tapi aku yakin bukan untuk selepas ini...

haa...aku dah rasa lega sedikit...thanks..

Rabu, 18 Jun 2008

Penyegar minda...

Aku sebenarnya baru pulang dari Port Dickson dua hari lepas. Ada Family Day jabatan aku di situ, jadi aku rasa aku kena datang. Lagipun aku adalah salah seorang AJK yang bertanggungjawab menguruskan Family Day Jabatan tahun ni walaupun sebenarnya aku tak berapa aktif. Untuk makluman kamu, Family Day tu diadakan di Glory Beach Resort,PD. Setakat ni aku rasa okey sebab aku ni bukannya biasa pergi ke hotel-hotel mahupun resort-resort yang orang lain dah biasa pergi. Jadi aku tiada masalah walaupun mungkin tempat tu kurang cantik dari lain-lain tempat. Tapi, satu yang aku pasti tentang kekurangan di situ ialah ialah pantainya. Kalau kamu pergi ke situ mungkin kamu akan bersetuju dangan aku.


Setakat ni aku tak dapat nak upload gambar-gambar Keadaan Family Day tu sebab aku tak bawa kamera dan aku perlu dapatkan gambar-gambar dari AJK yang memang ditugaskan untuk menangkap gambar.


Masa menginap kat situ, aku memang rasa 'happy', tenang dan rasa nak sambung bermalam kat situ. Biasalah...kalau kepala yang serabut ni dah 'free' dari segala masalah. Apa nak heran...


Haa...dan lagi satu. Aku harap pihak Glory Beach Resort dapat sediakan perkhidmatan 'wifi' lepas ni. Sebab member aku bawa laptop hari tu tapi tak dapat nak 'surf' internet. Hmm...

Isnin, 2 Jun 2008

biar aku bercerita...

Biar aku beritahu...aku selalu mengembara ke blog-blog orang lain untuk mencari sesuatu... sedang blog aku sendiri tak menentu..tak terisi...suram. Kalau aku pergi ke blog-blog mereka, aku selalu berjumpa dengan penulisan yang bermacam-macam.Itu aku pasti. Entah ape yang aku cari, mungkin hanya ingin mencari manusia-manusia yang seperti aku...yang sejiwa dengan aku aku, atau bahasa mudahnya yang sekepala dengan aku. Sehingga kini, aku hanya menemui hanya seorang sahaja yang hampir seperti aku. Mungkin aku belum aku berjumpa dengan yang selebihnya. Tapi bila difikir-fikirkan kembali, apa gunanya aku buat begitu? bukankah lebih baik baik jika ada bermacam-macam seperti kamu-kamu yang diluar sana...kerana kamulah yang banyak mewarnai hidup aku. :)

So...thanks for u all...

menulis lagi

Well, memang aku tahu...aku dah lama tak menulis. Masa kian suntuk untuk aku...ruang makin kecil bagi aku...untuk menulis lagi. Kalau boleh, hari-hari aku nak tulis...setiap ape yang aku capai aku nak cerita...termasuk la apa yang aku tak tercapai. Tapi, ia tak senang...makin susah ada la agaknya. huuhhh... jangan mengeluh...

Jadi...ape? apa yang aku nak tulis??...aku mesti buat sesuatu...

Selasa, 1 April 2008

Ada masa berterus terang lebih baik....

Kadang-kadang aku ada masalah dengan orang lain. Masalah atau mungkin salah faham yang sukar untuk aku ungkaikan sebabnya. Tapi ada satu punca yang aku betul-betul pasti iaitu aku tak selalu berterus terang. Aku lebih cenderung menyertai mereka dalam beberapa aktiviti yang mereka mungkin suka tapi aku kurang berminat atau cuma sekadar ingin menemani. Mungkin itu disebabkan aku nak jaga hati orang yang memang sukar diramal. Aku tak sanggup untuk menyakitkan hati mereka walaupun benda tu hanya perkara yang remeh. Tapi ia tak semudah yang disangka. Nak jaga hati manusia bukan macam jaga anak ikan. Kamu cuma perlu beri ia makanan, udara dan tempat yang baik untuk ikan-ikan itu hidup dan kemudian boleh dibiarkan ia berterusan begitu setiap hari. Tapi ini lain, ia suatu perkara yang rumit (mungkin aku yang merumitkannya). Maka akhirnya aku sendiri yang terperangkap di dalam perbuatan aku sendiri. Mereka seolah-olah mengharapkan aku mengikut pilihan mereka dalam banyak keadaan dan apabila aku mengambil jalan aku sendiri maka ada yang kurang berpuas hati sedangkan aku juga ada citarasa dan minat aku tersendiri. Jadi sekarang aku ingin mengambil langkah awal dengan berterus-terang tentang perkara yang jelas aku suka atau yang aku hanya sekadar biasa-biasa suka sahaja ataupun perkara yang memang aku tak suka dalam keadaan, masa dan cara yang aku rasakan sesuai. Aku juga perlu belajar menolak menyertai mereka dalam perkara yang aku tak suka dengan cara yang baik. Lebih awal aku bertindak, mungkin keadaan lebih cepat berubah. Walaubagaimanapun, aku tak salahkan sesiapa dan aku pasti ia memang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Yang penting kita belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan.


Semalam aku ke kedai jam ‘Time Galerie’. Aku tertarik dengan harga dan ‘design’ jam yang terdapat dalam ‘pamplet’ yang aku dapat. Baru sekali tengok, aku terus berminat untuk membelinya. Sebuah jam tangan Casio dengan harga yang murah berbanding harga asalnya. Bila aku tanya kepada salah seorang pekerja kedai jam tu, dia kata mereka sedang buat ‘promotion’. Hmm...



Inilah dia jam tu. Aku mana mampu nak beli jam mahal-mahal. Jadi yang ni pun aku dah berpuas hati. RM179.00 dan waktu aku beli jam ni harganya RM 99.00. Tak kisah la...

Khamis, 27 Mac 2008

'pergi perang'

Terasa malas nak menulis lebih-lebih lagi tiada perkara menarik yang nak diceritakan tapi aku rasa ini agsk menarik untuk dikongsi bersama. Sekurang-kurangnya boleh la aku mengenang kembali detik-detik dan pengalaman aku waktu tu.


Sabtu lepas aku pergi main ‘Paintball’ dengan rakan-rakan sekerja. Sebenarnya dah lama aku dan 'memembar' buat perancangan untuk main ‘game’ ni. Walau berada di sebalik kesibukan kerja yang memang tak pernah habis ni, dapat la juga kami mencari ruang-ruang untuk merehatkan fikiran disamping menyihatkan badan (bukannya kerja hari Sabtu pun). Tapi dalam banyak-banyak yang aku ajak, akhirnya yang pergi tinggal berapa orang je. Takpelah, aku tak kisah, yang penting hari tu aku ‘enjoy’ walaupun sebelum mula main tu hujan memang turun dengan lebat, sampai aku rasa tak jadi agaknya nak main. Tapi dengan semangat membara yang tak luntur-luntur dan hujan pun elok-elok berhenti dalam kul 4.00 petang tu, maka kami pun teruskan jua niat nak main ‘game’ ni. Bagi aku ‘Paintball’ ni memang ‘best’. Siapa yang tak pernah cuba boleh la cuba sekali.




Sebelum main kena dengar ceramah.... cara-cara nak main, aspek keselamatan, peraturan-peraturan dalam gelanggang(betul ke panggil gelanggang?) dan apa-apa yang berkenaan dengannya....



tengok mamat tu... hehe



siapkan kelengkapan untuk berperang... itu aku rasa 'mask' problem la tu....nak kena betul-betul selesa....Lagi satu problem waktu main hari tu ialah selalu 'foging' sebab main lepas hujan dan waktu tu memang sejuk...


ni lah wajah-wajah yang dah teruja...wakakaka!!... yang paling semangat sekali yang tengah tu...heh



buat strategi....plan ...jangan tak plan... (waktu ni jantung tengah berdegup kencang, maklum la baru first time)




sedia....gempur!!! ini la strategi 'team' kami. dua orang lari ke tepi, yang tengah 'backup' yang tepi dan lepas tu baru gerak terus ke depan....





macam 'Counterstrike' laa plak.... ( camne la kalau tayar tu jatuh kat dia...hehe)





aku dah kena tembak...jangan tembakku lagi...huhu...sakitttt....







pakai kain kat kepala....sume boleh nampak dia.... ni la member aku yang semangat ajak aku main 'Paintball' dan dia la yang uruskan hal-hal 'pembookingan' tempat kami main ni...


serangan bermula...

'Last' sekali dalam 'team' aku, aku 'sorang je yang tinggal. Yang lain, dah 'terkorban' mahupun kehabisan peluru cat yang berbau tu. Apa lagi, 'mamat-mamat' kat atas ni pun serang aku je la, habis tu takkan nak serang geng sendiri 'kot'. Nanti jadi perang saudara la 'pulak'. hehe.
Itu la serba sedikit aktiviti aku baru-baru ni. Mungkin lepas ni akan ada susulan aktiviti ni. Mungkin aku akan datang main lagi tapi dengan orang yang lagi ramai. Orang kata lagi ramai lagi meriah, tapi kalau ramai-ramai sangat pun serabut. Jadi, lebih kurang je la.
ok, akhir sekali 'arigato guzaimas' kerana sudi membaca. Itu pun kalau ada yang membaca...






Rabu, 19 Mac 2008

tolong aku....

aku nak tanya....

apa maksudnya kalau seorang perempuan selalu tengok kita bila kita lalu depan dia tak kira la jauh ke dekat...
lepas tu selalu senyum-senyum bila terserempak sedangkan tak pernah bercakap dan bertegur pun...
lepas tu bila cuba untuk mendekati, dia buat macam nak taknak je layan...pelik...

aku konfius....apa maknanya semua ni...??

Migrain ke...?

Sehari dua ni aku selalu rasa pening kepala. Bukan pening yang biasa, tapi berdenyut-denyut macam kene tekan. Sebenarnya, dah lama dah aku camni. Mungkin dah beberapa bulan atau mungkin lebih lama dari tu. Aku kena migrain ke? Ntah la...harap-harap tak. Siapa yang nak sakit. Tapi kepala aku memang sakit. Mungkin sebab banyak kerja yang aku kena siapkan. Aku memang macam tu. Bila ada kerja atau ada apa-apa yang aku kena selesaikan, aku susah nak berhenti dari berfikir tentangnya. Aku mesti nak cari jalan bagaimana nak selesaikan sesuatu perkara tu dengan sempurna walaupun tak selalunya kerja yang aku buat akan siap dengan baik. Jadi, apa yang aku nak maksudkan, aku ni memang selalu berfikir lebih-lebih lagi kalau tentang perkara yang memang aku kena selesaikan. Jadi tak hairanlah kalau kepala otak aku ni dah rasa macam nak pecah. huh.


Hui....pening..pening.....aku kena jumpa doktor...

Ahad, 16 Mac 2008

Hujung minggu


Tiada apa yang nak aku tulis hari ni. Aku buat 'OT' hari ni. Nak menampung gaji aku. Banyak lagi benda yang aku belum ada. Jadi aku nak cari duit lebih. Bukannya aku terdesak tapi aku rasa aku perlu buat.
Berkenaan post aku yang sebelum ni. Aku harap korang cuba. Untuk korang jugak.
Kat sebelah ni gambar manga Jepun yang aku simpan. Sesiapa yang suka tengok animation Jepun rasanya mesti tau sebab kartun ni memang popular.
Apa-apa hal pun, harap-harap korang 'enjoy' di hujung mingu. ok...

Jumaat, 14 Mac 2008

Pecutkan Minda Anda



Pernahkah anda mengalami masalah untuk mengingati sesuatu? sering terlupa untuk membawa barang ke pejabat? pergi ke sesuatu tempat tetapi lupa tujuan datang ke situ? Tidak ingat apa yang telah dimakan malam semalam? Terlupa tarikh-tarikh penting?Perkara seperti ini memang biasa berlaku terutama kepada golongan yang sudah lanjut usia, tidak terkecuali juga golongan muda. Sudah tentu ia menjadi masalah kepada anda kerana mungkin akan menyebabkan sesuatu kerja itu menjadi lambat.
Adakah anda bimbang dengan perkara ini? Tahukah anda terdapat banyak cara untuk mengatasinya? Cara hidup yang sihat sihat seperti pemakanan seimbang dapat memberi kesan yang baik kepada minda. Anda boleh memperlahankan proses tersebut atau mengembalikan ingatan anda baik seperti dahulu, atau jika bernasib baik, mungkin dapat mencapai tahap yang lebih baik dari yang pernah anda capai.


Untuk makluman anda, didalam otak manusia terdapat sel-sel otak yang dipanggil neuron yang tugasnya adalah untuk menghantar maklumat. Tidak mustahil sel-sel ini akan mati jika tidak dijaga dengan cara yang betul dan ini akan menyebabkan otak kita menjadi lebih perlahan dan boleh menyebabkan masalah-masalah seperti yang telah disebut tadi. Berikut adalah beberapa punca kepada kelemahan otak dan cara-cara yang boleh membantu memulihkannya :

- Kurang tidur atau terlebih tidur
- Kekurangan air
- Mengambil minuman beralkohol
- Banyak mengambil minuman yang mengandungi kafein
- Makan makanan yang dijeruk
- Makan makanan yang mengandungi bahan kimia
- Mengalami stress
- Kurang berfikir atau berimaginasi
- Tidak mengambil sarapan pagi
- Merokok


Cara-cara mengatasinya :


+ Dapatkan tidur yang mencukupi, orang dewasa perlu mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.
+ Elakkan mengambil minuman yang mengandungi alkohol.
+ Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, ini kerana air membekalkan oksigen yang diperlukan oleh otak. + Elakkan makanan yang dijeruk dan yang mengandungi bahan kimia.
+ Kurangkan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh. Walaubagaimanapun, minuman seperti teh dan kopi masih memberi kesan yang baik jika diambil dengan kadar yang sesuai.
+ Kawal stress dengan baik, stress bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada otak, tetapi juga kepada kesihatan.Terdapat pelbagai cara untuk menangani stress kini seperti berjumpa pakar, beriadah dan sebagainya.
+ Bermain permainan yang membuat akal kita berfikir, seperti catur, teka silang kata ‘monopoli’, ‘scrabble’ dan sebagainya.
+ Amalkan mengambil sarapan pagi
+ Tidak merokok.
+ Belajar sesuatu yang baru, aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya mempelajari bahasa asing,menghadiri seminar dan motivasi, atau kursus kemahiran jangka pendek seperti kelas komputer dan sebagainya.
+ Bersenam, ini dapat melancarkan peredaran darah ke otak dan seterusnya membekalkan oksigen yang diperlukan.
+ Mengambil makanan kesihatan. Ganoderma merupakan antara contoh makanan kesihatan yang baik. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa makanan kesihatan.
+ Bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan dan mengaitkan nombor dengan sesuatu perkara lain juga merupakan satu usaha yang baik.
+ Amalkanlah cara hidup yang sihat

Selasa, 11 Mac 2008

tanda bagus...

...Masuk keje hari ni macam biasa. Keje macam biasa. Minum pagi sekejap macam biasa. Semuanya biasa. En. Azmi yang memang biasa lalu depan aku sambil menunjukkan ibu jarinya tanda bagus pun berbuat demikian hari ni. Memang itu yang dia selalu lakukan baru-baru ni. Aku sebenarnya tak berapa pasti dengan maksudnya berbuat begitu. Tapi setiap kali dia berbuat begitu aku ya kan saja. Seolah-seolah aku faham dengan maksud tindakannya tu. Mungkin itu isyarat untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan tekun. Atau mungkin ada maksud lain. Ntah... tapi aku tak kisah. Walaubagaimanapun, perkarayang agak kurang biasa kedengaran tapi menjadi perkara rutin kini ialah cakap-cakap mengenai keputusan pilihanraya tahun ni yang dikatakan agak luar biasa. Sana sini kedengaran suara-suara para 'penganalisis' politik berbicara mengenainya. Tidak kurang juga yang agak kurang berminat dengan politik, mereka pun tetap mengambil tempat.

Isnin, 10 Mac 2008

sesuatu

Sebenarnya, selalunya ada sesuatu yang aku ingin tuliskan di sini tapi ianya selalu tak kesampaian.Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin aku terlalu cerewet untuk menulis. Mungkin kerana aku nak menulis sesuatu yang orang lain ingin tahu atau mungkin perkara yang menarik sahaja. Tapi mungkin aku silap. Aku mungkin hanya perlu menaip apa sahaja yang terlintas di benak fikiran tanpa perlu berasa malu dengan apa yang bakal aku tuliskan. Mungkin tiada perkara menarik yang dapat aku ceritakan. Hmmm...mungkin tidak...Mungkin aku dapat menulis apa yang aku lakukan pada waktu-waktu aku dihujung minggu. Duduk di depan televisyen sambil menonton cerita-cerita yang mungkin agak menarik sambil makan coklat.(haha! aku memang suka coklat). Ataupun aku boleh menulis sipnopsis-sipnopsis cerita-cerita Korea dan Jepun yang aku kumpul yang tak seberapa banyak tu(setakat ni ada la sikit). Ataupun tentang lagu-lagu yang aku selalu 'bluetooth' dengan member-member aku ataupun yang aku download dari mana-mana laman web. Mungkin seronok....mungkin ke?

haha...

Khamis, 21 Februari 2008

pagi ini

agak sibuk nak menyiapkan kerja2 yg ada...sebenarnya aku tak ada masa untuk menulis...tapi disebabkan aku nak mempraktikkan untuk kerap menulis jadi aku mengambil keputusan melupakan kerja seketika. Seketika je..bkan lama2..hehe

Tak banyak yg nak aku coretkan...cuma aku nak bgtau yg ari ni aku pakai baju batik baru...hehe...baju batik yg murah dengan kepuasan hati yg agak tinggi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi Yang Gelap - Hujan

Lebih tua dari ku...
Harap sabar menunggu...
Kepulanganmu..ku tunggu...

Bukan maksudku mendiam...
Tiada niat menyimpan dendam...
Hakikatnya rindu yg mendalam...

Jalan ini kan membantu...
Hari esok siapa yg tahu...

Kata ibu dangar sahaja...
Cerita hanya kita berdua...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Aku amat merindui kamu...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Ingin ku ulang kemesraan dulu...

Tak akan putus, hubungan kita...
Tarik nafas lega kerna aku tak apa2...
Jalan ini kan membantu...
Hari esok siapa yg tahu..

Kata ibu dengar sahaja...
Cerita hanya kita berdua...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Aku amat merindui kamu...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Ingin ku ulang kemesraan dulu...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Aku amat merindui kamu...
Pagi yg gelap...
Ingin ku ulang kemesraan dulu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saje-saje je aku aku post lagu ni....aku suke lagu ni....

Rabu, 20 Februari 2008

Pemberitahuan

Supaya korang tak keliru, story "Manisnya Senyummu" yg aku post sebelum ni cuma rekaan aku je...bkan cerita tentang hidup aku....bila la aku nak tulis pasal aku plak...huu

mungkin aku ni berahsia sangat kot....heh

I'm back..hehe


dah lama aku x menulis dalam blok aku ni...hampir 3 purnama lamanya...tulisan aku yg terakhir dulu pun bertarikh 25 nov 07...hampeh...aku pun tak pasti kenapa berat sangat aku nak menulis...tapi banyak idea yg muncul...mungkin aku bz ...hmm.
gambar kat sebelah ni saje je aku post...sebab aku ske tgk cite jepun...lagi pun ni la kali pertama aku upload pic kat dlm ni...hehe