Halaman

Isnin, 7 Mac 2011

Sinkronize

hai semua...dah lama tak berjumpa..nampaknya aku begitu malas sekarang...blog dah makin berhabuk. Nak menulis tapi motivasi tak ada tapi terlalu banyak cerita cuma tak tahu nak mula dari mana. Huh. MUngkin aku dah semakin menyepi dari dunia blogging..tapi sayng nak tinggalkan terus. Mungkin pada masa tertentu je aku akan muncul. Mungkin juga kerana kebanjiran pendatang baru dalam dunia blogging menggalakkan aku untuk mengudurkan diri. Mereka-mereka ni pasti lebih ramai yang hebat-hebat dan bersemangat. Bukan macam aku yang lebih suka duduk berehat sambil menonton movie. Haha.

Sekarang mungkin dah tak macam dulu lagi...agak simple hidup aku sekarang. Tapi tetap banyak benda yang perlu difikirkan. Cuma aku rasa itu semua perlu difikirkan dari perspektif yang berbeza dan lebih menyenangkan. Mungkin kerana umur aku yang semakin meningkat mengajar aku untuk berfikir lebih matang. Mungkin ini memulakan satu permulaan baru untuk aku yang sedikit berbeza dari dulu.