Isnin, 30 April 2012

Untuk Awak...bacalah...

Awak...sy nak mintak maaf sebab x mampu nak renung mata awak...x mampu nak bertegur sapa dengan awak...x mampu walau nak senyum kat awak...sebab bila awak ada dekat dengan saya...mesti jantung saya berdegup kencang..macam nak meletup dibuatnya..badan saya plak mula berpeluh2 sampai habis basah lenjun sapu tangan utk lap peluh saya awak...langkah saya plak mula x tentu arah dibuatnya...kejap saya ke kiri..kejap saya ke kanan...macam orang hilang anak awak tau x wak...Awak nak tau lagi tak..kadang2 tu saya perasan awak selalu toleh2 pandang2 saya nampak macam nak tunjuk yang sebenarnya awak beri perhatian dekat saya (perasan)...tp saya buat dunno je dekat awak...kadang2 jer saya jeling2 skit dekat awak...itupun pakai ekor mata jer..itupun bile awak pandang balik, terus saya buat2 pandang tempat lain...mesti awak ingt saya sombong kan...siryes wak...saya x sombong...tp yg sebenarnya saya ni pemalu orangnye...orang kata kalau lelaki pemalu ni nampak kiut...klau macam tu mesti sy ni kiut jgak kan.kan...tp saya tau...awak lg kiut dari saya...awak x payah jd pemalu pun supaya nampak kiut...Ade sekali tu, awak berdiri betul2 depan saya...masa tu memang terserlah kekiutan melampau awak tu...dan saya tau, awak pandang saya...tp saya buat2 x nampak jer...konon nk bg nampak macho...tp siryes awak...lepas tu terus sy menyesal sebab x pandang betul2 tepat kat mata awak...ye la awak...berdiri kat depan awak mase tu pun dah buat saya terketar2 ...belum pandang awak lagi...kalau pandang, mau termuntah saya kat situ sebab pening lalu pitam nak menahan panahan sirna mata awak yang bulat dan berwarna coklat tu...Ade lagi sekali tu, saya nampak awak tengah berjalan dengan kawan2 awak...mungkin mood saya hari tu baik dan x berapa nak malu...terus saya tegur kawan2 awak dengan harapan kita akan jd lebih dekat...tp malangnya masa tu awak sibuk ber'sms dengan jantan mana tah...kecewa saya wak...berbuih2 mulut saya bersembang dengan kawan2 awak...awak bleh sibuk main sms dengan jantan mane ntah...klu sy jumpe mamat tu, siap sy kerjakan dia awak...siap bg last warning yang betul2 terakhir punye dekat die. Awak..mungkin awak xkan pernah tau apa yg saya rasekan sekarang ni awak...tp sy janji saya akan kumpul segala keberanian yang saya ada untuk sekurang2nya cakap yg saya just nak berkawan dengan awak...siap bagi pepatah melayu popular lagi "tak kenal makan x cinta"..betul x awak? Akhir kata..kalau awak baca apa yg saya tulis ni...awak buat la ape yg awak nak...klu awak nak mengorat sy pun xpe...ye la..mne ade lagi istilah perigi cari timba sekarang nii...almaklum laa..perempuan dah bertambah ramai..lelaki dah semakin kurang...nak2 yg berkualiti macam sy nii..hehe...dah la berkualiti pemalu plak tu...mesti bleh jd bapa mithali utk anak2 kita nnti...eh...sekian

Selasa, 6 Disember 2011

Sila jangan baca yang ini..

Post pukul tiga setengah pagi buta. Mata rasa malas nak menulis, tapi hati membentak juga kata mahu. Nah, inilah hasilnya. Post yang betul-betul kosong yang cuma mahu mengisi kekosongan dalam blog usang. Huh...aku nak sambung tido dulu.

Khamis, 3 November 2011

Gaya Rambut Lelaki Yang Cool

Kepada mamat-mamat kat luar sana yang rasa nak makeover rambut korang tapi tak nak over sangat atau tak nak lebih-lebih. Well..aku faham...maybe korang takut kena label over atau perasan bagus kan. Meh, kat sini aku sertakan beberapa gaya rambut yang aku rasa agak moderate untuk digunapakai dalam negara kita yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya ni. Tapi masih tetap akan kelihatan cool. Heh. Korang juga boleh menarik perhatian awek-awek pramatang di luar sana yang gilakan lelaki-lelaki macho apatah lagi stylo. Perrghh. Tapi kalau takde awek sangkut jangan datang cari aku. Aku pun takde awek. haha. Sedih.























Sumber: www.hairstylesdesign.com

Ahad, 30 Oktober 2011

Kotak oh kotak

Pandang sebelah dan lihat pada kotak berwarna biru yang memanjang ke bawah. Itulah dia chatbox. Nak tau apa tujuan dia berada di situ? supaya owner ini blog boleh berbual bicara beramah mesra bersama pengujung blog ni. Tapi sekarang apa yang dah jadi? kotak chatbox dah jadi kotak orang ramai menjeritkan iklan-iklan sama ada untuk mempromosikan produk atau mengiklankan blog atau laman web masing-masing. Mungkin aku akan tukar nama dari chatbox kepada kotak iklan. Satu iklan 20 sen. Kalau ada seratus iklan boleh dapat 20 ringgit. Ok la tu kan? boleh juga tambah pendapatan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pengiklan. Jasamu dikenang!

Biarlah aku je yang tau

Kadang-kadang susah untuk kita mengambil keputusan apabila keputusan yang diambil adalah berkaitan dengan hati dan perasaan orang lain. Dalam nak menjaga perasaan orang lain, pada masa yang sama kita akan melukakan hati kita sendiri. Kadang-kadang orang lain tersebut tak pernah tau pun kita mengambil keputusan yang menyebabkan kita berada dalam situasi yang rumit semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan dia. Dia pula dalam masa yang sama hanya tau menunjukkan ego dan kemarahan tanpa pernah berfikir dia mungkin tak akan setenang itu kalau kita tak mengambil keputusan yang sedemikian. Haih. Rumit dan ridiculous. Penat dan hampeh nak melayan situasi yang penuh complicated macam ni. "Mungkin awak rasa yang awak tu betul tapi sebenarnya awak salah". Betul tak cakap aku? tak faham? korang boleh letakkan diri korang dalam situasi aku. Kalau tak boleh juga takpe, sekurang-kurangnya korang membaca. Itu pun dah cukup bagus dan teruskan membaca untuk mendengar repekan-repekan aku yang tiada hujung pangkalnya ni.

bersambung..

ridiculuos?

Isnin, 12 September 2011

Lelaki ni nak perempuan yang bagaimana?

Selalu perempuan tanya kat aku kenapa lelaki suka dengan perempuan yg cantik, seksi, comel lagi bergaya? jawapannya dah itu memang sifat lelaki (terasa aku..heh), tapi aku kata lagi, kalau lelaki tu nak kahwin mesti dia cari perempuan yang:

+ baik
+ memahami
+ menghormati orang tua
+ sopan
+ bijak
+ cantik tu asalkan sedap mata memandang pun dah okay.

Jadi perempuan, tak perlulah anda nak jadi seksi dan vogue sangat semata-mata untuk nak dapatkan seorang lelaki kerana dia akan tetap cari perempuan yang baik untuk dijadikan isteri :I

Sabtu, 10 September 2011

Orang Single itu Loser?



kamu yang membaca tak kira sama ada kamu ni memang pembaca tegar blog usang aku ni atau sekadar lalu lalang di sini. ^_~. Aku sebenarnya memang dah lama gila tak menulis dalam blog kesayangan intan payung aku ni. Tapi kalau memikirkan nasib blog aku ni memang dah banyak kali aku buat. heh. Jadi bersempena dengan kemunculan semula aku dalam dunia berblogging ni, aku berazam nak menjadi seorang penulis blog tegar macam blogger-blogger tegar ala-ala alah bisa tegal biasa dan yang best-best belaka. eh.

Boleh dikatakan yang sebenarnya semangat untuk menulis kembali ni adalah berikutan daripada keberjayaan pemasangan wifi P14G di rumah bersempena dengan hari jadi aku yang baru je berlalu (sedih kamu tak wish aku ;( ). Ye la sebelum ni nak pasang tapi bajet pula tak ada (masa tu miskin sekarang pun tetap miskin). Jadi sekarang ni dah tak ada alasan untuk aku kalau tak update blog ni..kan..kan? kaannn?

Sebenarnya pada entry kali ni aku nak tulis berkenaan tanggapan bahawa kalau sesiapa yang tak berkapel tu maksudnya dia seorang loser? eh..betul ke?

Mengarut? tapi memang ada kan. Apa maksud loser? loser ni dalam bahasa mudahnya kira macam orang yang kalah ataupun orang yang tak berguna. paham adik-adik? ok

????

Jadi orang yang tak ada girl atau boy tu tak berguna?! kalah? (terasa aku) Hairan, mengapa pula nak ditetapkan begitu? semua orang kan ada hak sama ada dia nak berteman atau nak jadi manusia solo dan sepi dan sunyi dan blablabla sepanjang masa. betul? ye la, bagaimana pula seseorang tu boleh dikatakan kalah kalau dia tak pernah join apa-apa contest pun. Tahu-tahu je dah kalah. Aishh..

"Tapi tuan blog, cmne plak kalau orang tu memang nak kapel tapi tak dapat dapat apa yang dia nakkan sangat tu yakni awek atau balak tu yang hensem, kiut, bergaya, hot, ternama, berkualiti dan sebagainya?"

Jawapannya mudah saja. Cinta tak boleh dipaksa-paksa. Yaa...memang inilah jawapan tipikal yang aku bagi yang mana hari-hari kita boleh dengar di mana-mana termasuk dari status facebook, twitter termasuklah drama-drama Melayu yang tak pernah alpa menggunakan ungkapan macam ni. Maksudnya, kalau orang dah tak suka U buat apa u nak rasa terhina dengan diri U. Semua orang pun pernah kena macam tu. Well, mungkin manusia-manusia kiut-miut, kacak nak mampos di luar sana mungkin dikecualikan dari kes begini..errr...boleh tak kalau aku nak terasa gak? ok2 stop.

Mudah dan kacang je. kalau orang tak nak, kita jalan. Kalau dia bagi peluang, kita cuba lagi. kalau dia nak dan berminat dengan kita, kita sambar macam burung helang. Rakus tapi bergaya. Eh.

Usah rendah diri kalau kena reject. Perlu ingat, kalau orang yang kita suka tu tak sukakan kita, mesti ada orang yang sukakan kita dan kita pun suka dan sayang dan mungkin cintakan dia. Cuma jalan dan caranya saja kita tak tahu bagaimana. Mungkin di awal perjalanan tu nampak hambar dan kosong, tapi dihujung-hujungnya mungkin memberi pelbagai rasa dan suasana unik yang tak pernah kita gambarkan.

Jadi aku tak nak dengar lagi kamu kata begini "awek yang aku dok usha selalu tu aku dah confess kat dia, tapi dia cakap dia tak sukakan aku laa..i feel like a loser..huuu"

Kesimpulannya Single itu BUKANnya Loser, tapi masih belum jumpa. Selesai.

Isnin, 22 Ogos 2011

bezanya hari raya

Inilah namanya entri bermusim. Bukan raya je bermusim tahu. haha..selamat membaca. Post ni merupakan edit daripada perbualan aku dengan minah yang sama dalam post ni

Perbezaan hari raya antara 3 generasi. Dalam menyambut Hari yang penuh lebaran ni, pasti kita dapat melihat siapa yang mengeluh, siapa yang terlalu teruja dan siapa yang tersenyum gembira seorang diri atas katil sebelum hendak tidur. Bukan senang sebenarnya untuk berhari raya bagi seorang yang mempunyai tanggungjawab besar kerana pada waktu-waktu sebegini. Banyak keperluan (sebenarnya kehendak)yang perlu disediakan. Bermula dari pakaian, makanan, aksesori rumah (tak termasuk lagi kos mengecat dan menggantung kad raya tahun2 lepas..heh) dan segala keperluan sampingan termasuk duit raya. Mahu tak mahu perlu diredah jua akhirnya. Aku mungkin termasuk golongan yang tersengih-sengih sendirian sewaktu mandi di pagi raya yang aman dan tenteram tersebut. Eh.

Jadi, adakah ini puncanya?:

Kanak-kanak

Datang rumah..makan kuih-kuih dan minum air...lepas tu tak sampai 5 minit bagitau nak balik sebab mak suruh blik(sambil buat signal nak duit raya). kemudian bangun untuk bersalam...cium tangan lagi...baru dpt duit raya... budak-budak memang macam ni ke? hehe

Remaja

Kalau remaja pula akan datang rumah..makan kuih-kuih dan minum air semampu boleh...lepas tu tak smpai 5 minit bgtau nak balik sbb ade hal penting. lepas salam, dapat duit raya juga..tapi DOUBLE

Orang dewasa

Datang rumah...makan tak seberapa...minum pun tak seberapa (jaga badan)... tapi sembang kencang tak ingat...pergi tandas 2 3 kali baru la teringat nak balik...sebelum balik tiba-tiba ramai anak-anak kecil tak dikenali berlari-lari riang datang menghulurkan salam sambil menghulurkan senyuman...org dewasa tadi dengan penuh keikhlasan (dah bagi kena la ikhlas kan..huhu) menghulurkan sampul berisi...aiseh..kesiannya orang dewasa...haha

haha..ni la sedikit sebanyak yang aku nampak.

p/s : mana la datang budak-budak comel yang riang gembira tu kan...hairan

Ahad, 1 Mei 2011

Berambeh ke Sarawak

Hampir sebulan aku balik dari Bumi Kenyalang. Walaupun mungkin sudah agak terlambat, tetapi aku nak tulis juga di sini kerana ia merupakan pengalaman yang amat manis untuk aku simpan. Sebenarnya dalam masa terdekat ini sudah dua kali aku ke sana. Banyak pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Kalau dulu aku telah masuk ke kampung masyarakat Melayu Sarawak, tapi kali ini aku telah berjaya masuk agak jauh ke pedalaman. Sekitar perkampungan Bidayuh. Aku sendiri tidak menjangkakan akan sampai ke sana. Perjalanan yang agak sukar tidak terbandingkan dengan pengalaman yang diperoleh.
Perjalanan dari Penang ke Kuching adalah lebih kurang selama dua jam. Malam sebelum perjalanan, kami menetap di UNIMAS. Sebenarnya program ini juga adalah usahasama bersama UNIMAS. (Meskipun kekurangan peserta dari UNIMAS, tapi kami amat menghargai penyertaan dari kamu semua :) ). Keesokannya kami bertolak ke Pekan Serian lebih kurang pukul 11 pagi selepas makan pagi dan mendengar sedikit taklimat.
Program kali ni memang lain dari yang lain. Aku sendiri tak sangka akan sampai sejauh ini. Pelbagai pengalaman yang tak terlupakan. Makan nasi yang dimasak dalam buluh, ayam pasung, nasi dalam daun, dan beberapa jenis makanan yang aku sendiri tak tahu namanya. Apa lagi yang menarik? semestinya duduk melepak di rumah panjang mereka yang unik. Berbaring-baring atas tuai yang diperbuat daripada buluh. Sejuk dan nyaman sekali. Tangga dalam rumah pula masih lagi menggunakan batang kayu panjang yang dibentuk cukup-cukup untuk sebelah kaki. Kalau sebelum ni aku hanya melihatnya di Kampung Budaya, tapi kali ni aku sendiri dah melihatnya. Walaupun sudah terdapat rumah yang dibina secara berasingan, namun rumah panjang masih tetap dikekalkan. Mereka yang tinggal di sana juga cukup ramah dan menerima kehadiran kami dengan baik.
Bukan itu sahaja, pemandangan perkampungan Bidayuh ini juga cukup menarik. Bayangkan, keluar sahaja depan rumah sudah ada sebatang sungai yang bersih dan jernih mengalir. Budak-budak kecil boleh bermandi-manda pada bila masa yang mereka suka tanpa merisaukan ibu bapa. Di atas sungai itu pula terdapat sebatang jambatan yang diperbuat daripada buluh. Tetapi terdapat sebatang jambatan yang lebih selamat dibina daripada kayu. Sekolah rendah pula dibina atas bukit. Kalau naik ke atas, dapat melihat pemandangan kampung yang indah. Lebih-lebih lagi kalau pada waktu pagi. Hijau dan berkabus.