Halaman

Selasa, 1 April 2008

Ada masa berterus terang lebih baik....

Kadang-kadang aku ada masalah dengan orang lain. Masalah atau mungkin salah faham yang sukar untuk aku ungkaikan sebabnya. Tapi ada satu punca yang aku betul-betul pasti iaitu aku tak selalu berterus terang. Aku lebih cenderung menyertai mereka dalam beberapa aktiviti yang mereka mungkin suka tapi aku kurang berminat atau cuma sekadar ingin menemani. Mungkin itu disebabkan aku nak jaga hati orang yang memang sukar diramal. Aku tak sanggup untuk menyakitkan hati mereka walaupun benda tu hanya perkara yang remeh. Tapi ia tak semudah yang disangka. Nak jaga hati manusia bukan macam jaga anak ikan. Kamu cuma perlu beri ia makanan, udara dan tempat yang baik untuk ikan-ikan itu hidup dan kemudian boleh dibiarkan ia berterusan begitu setiap hari. Tapi ini lain, ia suatu perkara yang rumit (mungkin aku yang merumitkannya). Maka akhirnya aku sendiri yang terperangkap di dalam perbuatan aku sendiri. Mereka seolah-olah mengharapkan aku mengikut pilihan mereka dalam banyak keadaan dan apabila aku mengambil jalan aku sendiri maka ada yang kurang berpuas hati sedangkan aku juga ada citarasa dan minat aku tersendiri. Jadi sekarang aku ingin mengambil langkah awal dengan berterus-terang tentang perkara yang jelas aku suka atau yang aku hanya sekadar biasa-biasa suka sahaja ataupun perkara yang memang aku tak suka dalam keadaan, masa dan cara yang aku rasakan sesuai. Aku juga perlu belajar menolak menyertai mereka dalam perkara yang aku tak suka dengan cara yang baik. Lebih awal aku bertindak, mungkin keadaan lebih cepat berubah. Walaubagaimanapun, aku tak salahkan sesiapa dan aku pasti ia memang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Yang penting kita belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan.


Semalam aku ke kedai jam ‘Time Galerie’. Aku tertarik dengan harga dan ‘design’ jam yang terdapat dalam ‘pamplet’ yang aku dapat. Baru sekali tengok, aku terus berminat untuk membelinya. Sebuah jam tangan Casio dengan harga yang murah berbanding harga asalnya. Bila aku tanya kepada salah seorang pekerja kedai jam tu, dia kata mereka sedang buat ‘promotion’. Hmm...



Inilah dia jam tu. Aku mana mampu nak beli jam mahal-mahal. Jadi yang ni pun aku dah berpuas hati. RM179.00 dan waktu aku beli jam ni harganya RM 99.00. Tak kisah la...