Halaman

Sabtu, 30 Januari 2010

LTM

Kebarangkalian ini sungguh memenatkan. Seringkali membuat aku pasrah terdiam tanpa bicara. Aku tahu aku hanyalah tempias sinaran bintang yang tenggelam oleh gahnya cahaya bulan. Kecil. Lemah dimatanya. Lebih baik berterus terang dari berdiam, kerana aku pasti dia tidak pernah mendengar keluhan ini.

Selasa, 19 Januari 2010

Aku Sepasang Kasut yang Sungguh Kasihan...

Sudah beberapa kali aku dipaksa bekerja dalam keadaan diriku yang sudah amat uzur ini. Ingin sahaja aku menjerit-jerit memaki di gegendang telinga orang yang selalu menyarung aku. Kulit aku pun sudah luntur walaupun mungkin sebahagiannya adalah hanya pvc. Namun suaraku terlalu kecil. Lidah pun tak ada. Bagaimana aku hendak melontarkan semua itu. Mahu tidak mahu harus kutelan semua itu walaupun perit. Sudahlah hina, setiap hari dipijak. Malah aku diseksa lagi sebegitu.
Hari demi hari berlalu..namun nasibku tetap sama. namun pada suatu aku terperasan sesuatu yang agak lain di persekitaran tempat aku selalu dilepakkan. Seperti ada bau haruman kedai yang cukup mengasyikkan. Sudah lama aku tidak berbau sebegitu. Bau hapak adalah. Sementelah dari saat itu, aku tidak lagi dipijak-pijakkan. Aku dijulang tinggi-tinggi di atas almari. Aku terasa begitu bangga sekali dengan penghargaan sebegitu. Belum pernah lagi aku dilayan sebegitu sepanjang aku dinobatkan sebagai kasut terbaik milik tuan.
Kini, apa yang dapat aku lihat ialah mangsa terbaru tempat tuan berpijak. Sungguh aneh, dia langsung tidak berasa sedih ataupun terseksa. Malah, dia begitu gembira menjadi mangsa pemijakan tersebut. Setiap pagi, dia akan disarungkan dengan penuh bergaya oleh tuan. Ceh, apa yang nak dibanggakan..cuma sekadar dipijak dan dihenyak. Mungkin dia masih tidak sedar tentang kebodohannya itu.
Tapi hari demi hari aku lihat dia semakin disayangi. Hampir setiap hari tuan akan mentancapkan wajah dan badannya dengan sejenis alat mekap khas yang berkilat. Malah tuan juga telah memberikan satu tempat yang khas untuk dia berehat. Seronok pula aku melihat dia begitu. Akhirnya aku menyedari yang mungkin aku lebih bodoh dari dia. Walaupun selama ini aku telah digunakan, tapi aku tidak pernah merasai kebahagiaan sebegitu. Berbeza dengan dia yang aku lihat sentiasa menikmati setiap saat yang berlalu bersama tuan. Malah dia semakin disayangi dan dijaga dengan lebih rapi.
Akhirnya baru aku sedari. Ada sesuatu yang dia ada yang aku tak miliki. Mungkin aku perlu dapatkan itu untuk menjalani saat-saat emas ini. Mungkin kini aku perlu mempelajari tentang erti sebuah keIKHLASan.

Jumaat, 15 Januari 2010

Lepas ni Mungkin Aku akan Jadi Pemblogger Tegar

Tunggu line Streamyx masuk je ni. Wifi 4 mbps katanya. Pasang kat dalam bilik kawan yang bertentangan dengan bilik aku. Mungkin dalam sepuluh orang je yang pakai. Aku rasa tu dah cukup bagus daripada turun ke mall yang kelajuan gelombangnya wirelessnya mungkin dalam 1 mbps dan digunakan oleh beratus pengguna.

Agak-agak aku boleh jadi pemblog tegar ke lepas ni? ^_^

Sabtu, 9 Januari 2010

Syriana oh Syriana

Kau buat aku teruja. Kau buat aku gembira. Tapi kau juga buat aku mengantuk. Buat aku menghabiskan beringgit-ringgit wang Malaysia. Aku berkira-kira mahu saja melepaskan kau..tapi jika aku berbuat begitu, aku mungkin akan kehilangan suatu perkara yang besar dan amat bernilai. Markah tugasan mungkin akan ditolak tanpa kasihan. Perjalanan aku dalam subjek etika mungkin juga terencat. Semuanya kerana kau Syriana.

Jadi, aku mungkin akan meneruskan pencarian ini. Mengorek segala lubang rahsia yang tersembunyi segala macam nilai etika. Maklumat tidak datang bergolek. Apatah lagi dengan markah tugasan. Aku cuma mengharapkan semuanya berjalan dengn lancar untuk aku meneruskan perjalanan ini.

*tugasan ni dah selesai dihantar kepada pensyarah semalam. Tahniah kepada semua!
*Filem ni sebenarnya agak menarik kalau dapat difahami (ramai juga yang mengeluh..huhuu)

Perlawanan Antara Band...

Bukan bergadoh, bertumbuk atau bertembak...tapi lawan siapa dapat perform paling best, paling ngam dan paling gempak. Persembahan pastinya dikira dari segi tempo, persembahan, suara dan sebagainya.

Battle of The Band dalam Universiti, tapi terbuka untuk semua yang berminat. Ada berani?

Terlepas pandang..

Sebenarnya, bukan apa-apa yang terlepas. Cuma aku terlepas memandang blog yang semakin suram. Tak cukup air, baja, vitamin dan sebagainya. Bukan tidak mahu untuk terus menulis, tapi aku lebih suka menyimpan daripada meluahkan buat masa ini. Mungkin nanti bila aku dah segar semula, aku akan kembali melepak di sini. Kamu pun jangan lupa datang melepak di sini yea.

Ingat nak ke farmasi atau ke kedai-kedai berdekatan untuk membeli sebarang dua mood untuk menulis.

Kalaulah...