Halaman

Isnin, 30 Jun 2008

Sekadar hiburan...




Hari ni mata aku rasa pedih-pedih sikit. Semalam tak cukup tidur. Euro punya fasal. Tapi aku happy sikit sebab Spain menang. Aku memang menyokong Spain sebermulanya Euro musim ni. Walaupun aku bukan orang Spain mahupun ada saudara mara yang berasal dari Spain. Cerita Spain pun aku tak tengok. Perkataan Spain satu pun aku tak tahu kecuali nama-nama pemain Spain. Itupun kalau nama mereka tu adalah dari bahasa Spain. Jadi, aku bukan menyokong Spain kerana sebab-sebab tadi. Sebabnya agak mudah.Aku cuma nak sokong Spain sebab dah ada ramai orang yang menjadi penyokong negara lain macam Portugal, Holland, Germany, Rusia...jadi aku sokong la Spain. Lagipun, Pemain Spain bagi aku tak sepopular seperti Christiano Ronaldo, Michael Ballack, Lukas Podolski dan lain-lain. Selain itu, aku nampak Spain seperti kumpulan yang simple, tak terlalu menonjol tetapi kuat, konsisten dalam permainan, pemainnya tidak terlalu menonjol secara individu tetapi secara dalam kumpulan. Ini semua cuma pandangan aku dari sudut aku sendiri. Atas sebab itulah membuatkan aku menjadi salah seorang dari jutaan penyokong Spain yang mengharapkan kemenangan Spain malam tadi.

Aku cuma penyokong biasa, bukan fanatik...

Jumaat, 27 Jun 2008

Fit

Aku dah lama tak bersukan. Paling kurang pun cuma bermain badminton seminggu sekali. Pencapaian yang kurang memberangsangkan berbanding dulu. Mungkin badan pun dah naik tanpa aku sedari. Dulu, bila tiba waktu petang, biasanya aku bersiap-siap untuk turun bermain futsal. Futsal antara permainan kegemaran aku selepas menceburkan diri dalam permainan ni. Dulu waktu sekolah, aku lebih cenderung bermain bola padang. Lebih puas dan mencabar. Pemain pun ramai. Bila masa yang ramai orang main, boleh dikatakan dalam satu padang adalah dalam 30 orang atau mungkin lebih? dahsyat..nak tendang bola pun boleh dapat kaki orang. kalau tak percaya boleh cuba..haha

Dalam bulan Ogos ni mungkin akan diadakan Liga Futsal Piala Pengarah Bersempena dengan Hari Kebangsaan (tempat kerja aku je). Jadi, aku rasa mulai sekarang aku kena mendapatkan kecergasan dan stamina aku kembali samada bermain futsal ataupun berjoging dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. kalau boleh nak fit macam Thierry Henry masa sedang gelecek bola ataupun boleh buat 'skill' menarik macam Ronaldhino masa dekat depan gol. Heh! sungguh melampau kata-kata aku ni. baru nak main tak sampai sebulan...

Rabu, 25 Jun 2008

Kau buat aku tertarik

Tika itu kau benar-benar membuatkanku tertarik padamu. Matamu, pandanganmu, ucapanmu, gayamu malah rupamu, semuanya menjadi senjata yang seolah-olah mengeluarkan suatu tenaga yang menarik diri ini untuk selalu menjadi pemerhati. Semuanya berjalan kencang seperti kebiasaan sehinggalah pada suatu masa aku lihat kamu sedang bertemujanji dengan seseorang di tepi tangga sekolah. Sungguh tidak romantik kurasakan. Begitu banyak tempat-tempat rehat yang cantik dan bersuasana menarik di kawasan sekolah, namun tepian tangga yang diselangi pelajar yang lalu lalang (termasuk aku) itu jugalah yang menjadi pilihan. Ahh... aku agak kecewa dengan kamu dari segi itu. Oh! Mungkin aku tersilap, mungkin itu bukan suatu temujanji, mungkin itu hanyalah suatu pertemuan kosong ataupun sebuah perbincangan ilmiah yang memerlukan pemahaman yang lebih mendalam. Perbincangan ilmiah? ah! baik aku lupakan saja.

Bagiku, itu semua cerita lama yang dah tak perlu difikirkan lagi. Jika kamu ingin tahu, sebenarnya selepas dari hari itu, minatku terhadapmu telah luntur dan pudar sama seperti baju melayu aku yang mak aku rendam menggunakan clorox kerana terdapat kesan degil yang susah hendak ditanggalkan dan memang namanya kesan degil selepas rendaman selama satu hari pun ia masih meninggalkan sedikit kesan seolah-olah sama dengan yang terjadi pada aku. Tapi aku tak tahu apa punca sebenar kelunturan itu berlaku dan aku tak dapat mengenalpasti peluntur apa yang telah disimbah ke dalam hati aku. Kalau Bleach yang disimbah, mungkin dah cair hati aku ni..haha! luluh..macam lagu kumpulan Samsons.

Aku jelaskan kat sini yang hati aku tak luluh kerana itu. Cuma tawar. Itu kan perkara biasa. Aku cuma minat biasa-biasa je. Jangan lah kamu semua fikir jauh-jauh. Dekat-dekat sudah. Jimat minyak..

Selasa, 24 Jun 2008

kenal saya?

Minggu lepas sewaktu aku berjalan-jalan di pasar malam bersama seorang kawan,aku terpandang satu wajah yang agak biasa aku lihat. Seorang perempuan yang mungkin sebaya dengan aku. Tapi aku tak berapa pasti samada betul atau tidak orang tu yang aku kenal. Tapi selepas beberapa kali aku pandang dan selidiki wajahnya, dan mungkin dia dah perasan pun yang aku sedang membuat kajian ke atas wajahnya dan mungkin juga dia ada terperasan yang aku syok kat dia...haha. Barulah aku rasa memang aku kenal dia. Jadi dengan rasa ingin tahu yang mendadak muncul dalam diri, aku memberanikan diri bertanya..

"Err..umur awak berapa?" ada ke soalan tu yang aku tanya? tak pernah dibuat orang pun. Tapi kalau difikirkan balik, betul lah tu. Bukan ke dia yang aku kenal tu sebaya dengan aku, jadi kalau aku tanya umur dah betul la tindakan aku tu.

Maka dengan nak tak nak dia menjawab "ntah, 22 kot". Eh, minah ni, ada kot juga ke? umur sendiri pun tak ingat. Aku tahu, jangan marah kat aku. Aku tahu memang dia saja buat macam tu. saja...

Mendengarkan jawapan tu sebenarnya aku pun agak gembira sebab memang dia sebaya dengan aku. Bukan lebih tua mahupun lebih muda, jadi aku tak perlu panggil kakak mahupun adik? "Iye, 22? macam kenal la..." itu la jawapan aku dalam senyuman. Ek eleh mamat ni, nak mengorat cakap je la nak mengorat tak payah la nak bersandiwara kat sini. Rasa-rasa dia ada fikir macam tu tak? Tiada? bagus! haha.

Walaubagaimanapun, aku rasa dia pun ada cam muka aku ni. Tapi aku tak berapa pasti. Maklumlah aku ni kan 'low profil' masa kat sekolah dulu, jadi macamana dia nak ingat aku. Kalau kamu nak tahu,(kalau betul dia orangnya) aku kenal dalam tingkatan dua, iaitu semasa aku berumur 14 tahun (budak sekolah pun tahu). Dia merupakan 'classmate' aku tapi aku tak rapat dengan dia sebab aku ulang sekali lagi aku ni 'low profile' dan tak sepopular dia. Popularkah dia? ya, mungkin tak sepopular 'Maya karin' atau 'Saiful Apek'?, tapi cukup untuk membuatkan ramai orang ingin mendekati dirinya. Mungkin termasuk aku.

Adapun aku berasa gembira kerana berjumpa semula dengan kawan yang dah terpisah hampir lapan tahun. Lama juga tu, sebab dalam lapan tahun pelbagai perkara boleh berlaku. Seorang bayi yang baru lahir boleh masuk darjah dua dan bagi mak ayah gembira dengan dapat nombor dua dalam kelas, seorang anak gadis boleh berkahwin dan melahirkan anak, dan aku yang dulu budak-budak je sekarang dah dewasa pun. Jadi, apa yang aku nak tekankan di sini ialah banyak perkara yang aku tak tahu telah terjadi dalam hidupnya dan aku rasa aku nak tau tentang semua tu. Sihatkah dia? dia belajar lagi ke? atau dah kerja? ataupun dia dah berkahwin sekarang ni dan dah ada seorang anak? itu semua tak mustahil terjadi tapi tak nampak pun macam dia dah berkahwin..heh. Cuma sekarang ni aku perlu bertanya padanya. Bagaimana? no telefon pun aku tak minta, nama dia pun aku ingat bila dah lepas bercakap dengan dia. Tapi itu tiada masalah, sebab aku yakin dia akan berada di situ lagi nanti. Kenapa begitu yakin? sebab dia berniaga di situ. Aku tak tau samada dia membantu ayah dia berniaga, atau abang dia berniaga atau dia berniaga secara sambilan ataupun sepenuh masa. Tak penting, pergi minta nombor telefonnya dulu!

Isnin, 23 Jun 2008

hanya....

Nak mulakan dari mana yea...dari kanan atau dari kiri...kalau dari kanan aku kena tulis jawi ataupun jepun sebab tulisan jepun dan jawi kedua-duanya bermula dari kanan... kalau nak tulis rumi., kena mulakan dari kiri.Ok, kita mulakan dari kiri. Dari kiri hentak kaki! oh...itu bukan arahan kawad kaki ke? oww....nampaknya aku dah merapu banyak hari ni. Mungkin disebabkan kesakitan telinga kiri aku yang dah bermula sejak malam tadi ni. Ye ke? kerana mengikut ajaran sains yang diajar oleh cikgu sekolah aku dulu, apabila berlaku masalah pada saluran separa bulat (sejenis anggota di dalam telinga, kalau tak salah aku) ia boleh mengganggu gugat kestabilan kita untuk mengimbangkan diri kita dan mungkin tiada kene mengena dengan keseimbangan ekonomi negara. Tapi, berbalik kepada tajuk asal...apa kena mengenanya dengan aku? heh! satu persoalan yang perlu dijawab.
Aku letih...

Jumaat, 20 Jun 2008

Selepas kegelapan...

Aku cuba lupakan perkara-perkara buruk yang terjadi kebelakangan ni. Macam kata pelakon-pelakon dalam tv "benda yang lepas biarkan lepas, tiada gunanya lagi kalau bersedih-sedih" (sambil buat muka..haha). Tapi memang betul pun, buat apa yang kena sedih-sedih sangat. Baik aku pergi makan KFC, boleh juga nak mengenyangkan perut aku ni..wakakaka. Yang penting sekarang, fikirkan tentang masa depan,apa yang perlu dilakukan lepas ni.. bukannya berangan je. Kalau berangan dapat makan buah berangan free dengan air kopi secawan ada bagus la jugak...hehe..


Walaubagaimanapun, patut juga kita mengenang masa yang lepas. Sebagai pengajaran dan sempadan untuk digunakan di masa hadapan. Itulah namanya pengalaman...kalau dah terkena sekali, cubalah untuk mengelak dari terkena lagi. Aku tulis banyak-banyak kat sini pun bukannya ada orang baca. Last-last aku jugak yang baca. Hampeh...

Haha..hehe

Khamis, 19 Jun 2008

That's mean 'Bluesunshine'


huuu...agak kecewa bila aku tengok keputusan tu. Apa la aku nak buat lepas ni agaknya. Takkan nak macam ni je. Tapi ia masih belum berakhir. Masih ada jalan yang aku boleh lalu untuk pergi ke situ. Tapi kalau tak ada juga, mungkin tu bukan rezeki aku. Terima dan teruskan usaha. Sampai bila? sampai mana yang aku boleh capai. Yang penting aku dah buat apa yang aku perlu buat. Orang lain tak tahu apa yang aku dah lalui. Mereka hanya melihat di tepian perjalananku. Kini, aku cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa. Kalau mereka tak ingin memberi bantuan tak apa, tiada apa yang perlu dirisaukan. Jadi, aku akan cuba bangun lagi. Bangun tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan mereka-mereka yang hanya melihat. Aku aku akan terus berjalan ke depan, tanpa menoleh lagi. Walaupun sendiri...memang aku dulu bersendiri...juga kini...tapi aku yakin bukan untuk selepas ini...

haa...aku dah rasa lega sedikit...thanks..

Rabu, 18 Jun 2008

Penyegar minda...

Aku sebenarnya baru pulang dari Port Dickson dua hari lepas. Ada Family Day jabatan aku di situ, jadi aku rasa aku kena datang. Lagipun aku adalah salah seorang AJK yang bertanggungjawab menguruskan Family Day Jabatan tahun ni walaupun sebenarnya aku tak berapa aktif. Untuk makluman kamu, Family Day tu diadakan di Glory Beach Resort,PD. Setakat ni aku rasa okey sebab aku ni bukannya biasa pergi ke hotel-hotel mahupun resort-resort yang orang lain dah biasa pergi. Jadi aku tiada masalah walaupun mungkin tempat tu kurang cantik dari lain-lain tempat. Tapi, satu yang aku pasti tentang kekurangan di situ ialah ialah pantainya. Kalau kamu pergi ke situ mungkin kamu akan bersetuju dangan aku.


Setakat ni aku tak dapat nak upload gambar-gambar Keadaan Family Day tu sebab aku tak bawa kamera dan aku perlu dapatkan gambar-gambar dari AJK yang memang ditugaskan untuk menangkap gambar.


Masa menginap kat situ, aku memang rasa 'happy', tenang dan rasa nak sambung bermalam kat situ. Biasalah...kalau kepala yang serabut ni dah 'free' dari segala masalah. Apa nak heran...


Haa...dan lagi satu. Aku harap pihak Glory Beach Resort dapat sediakan perkhidmatan 'wifi' lepas ni. Sebab member aku bawa laptop hari tu tapi tak dapat nak 'surf' internet. Hmm...

Isnin, 2 Jun 2008

biar aku bercerita...

Biar aku beritahu...aku selalu mengembara ke blog-blog orang lain untuk mencari sesuatu... sedang blog aku sendiri tak menentu..tak terisi...suram. Kalau aku pergi ke blog-blog mereka, aku selalu berjumpa dengan penulisan yang bermacam-macam.Itu aku pasti. Entah ape yang aku cari, mungkin hanya ingin mencari manusia-manusia yang seperti aku...yang sejiwa dengan aku aku, atau bahasa mudahnya yang sekepala dengan aku. Sehingga kini, aku hanya menemui hanya seorang sahaja yang hampir seperti aku. Mungkin aku belum aku berjumpa dengan yang selebihnya. Tapi bila difikir-fikirkan kembali, apa gunanya aku buat begitu? bukankah lebih baik baik jika ada bermacam-macam seperti kamu-kamu yang diluar sana...kerana kamulah yang banyak mewarnai hidup aku. :)

So...thanks for u all...

menulis lagi

Well, memang aku tahu...aku dah lama tak menulis. Masa kian suntuk untuk aku...ruang makin kecil bagi aku...untuk menulis lagi. Kalau boleh, hari-hari aku nak tulis...setiap ape yang aku capai aku nak cerita...termasuk la apa yang aku tak tercapai. Tapi, ia tak senang...makin susah ada la agaknya. huuhhh... jangan mengeluh...

Jadi...ape? apa yang aku nak tulis??...aku mesti buat sesuatu...