Halaman

Isnin, 26 November 2007

"Manisnya senyummu"

Terlalu sukar untuk aku melihatnya tersenyum kepadaku.Bagaikan ada sesuatu perkara buruk akan berlaku jika dia melemparkan senyuman kepada wajah ini.Setiap kali memandang wajahnya, yg terlihat hanyalah riak wajah yg penuh kaku dan bosan.Apa mungkinkah terlalu banyak dugaan yg dilalui dalam hidupnya sehingga membuatkan dia menjadi seperti itu.Sesungguhnya aku tidak mampu meneka apakah yg telah benar-benar terjadi dalam hidupnya.Ingin saja aku bangun bertanya kepadanya supaya dapat sama aku merasai apa yg dirasainya selama ini.Mungkin aku tidak setabah engkau untuk menghadapi dugaan yg bertalu-talu datang...mungkin aku tidak mampu utk mengungkai segala permasalahan yg bertakuk lama dijiwamu...dan sudah pasti aku juga tidak kebal untuk menangkis segala rintangan dan dugaan yg pastinya akan tetap datang sebagai asam garam hidup ini.Tapi aku juga manusia sepertimu, tetap mempunyai hati dan tetap mempunyai perasaan.

Tetapi entah mengapa pagi ini engkau begitu berlainan sekali.Dari jauh aku dapat melihat wajahmu yg berseri-seri.Tidak suram seperti selalunya.Terserlah keindahan semulajadi dari wajahmu apabila aku memandang tepat kewajahmu dari sisi pandanganku .Aku yg selama ini begitu biasa melihat dirinya agak kaget melihat perubahan yg agak ketara darinya. Mungkin aku tidak begitu mengenalinya, tetapi aku seperti sudah dapat meneka kepahitan yg dialami olehnya selama ini.Aku memberanikan diri untuk memandang tepat ke anak matanya.Mungkin ini yg pertama kalinya.Selama ini dia hanya menundukkan wajahnya yg ayu itu.Tiada peluang langsung bagiku untuk melihatnya.tapi kali ini berbeza.Matanya kutenung dalam-dalam, cuba mencari sesuatu yg tersembunyi selama ini.Tiba-tiba dia melemparkan sebuah senyuman kepadaku.Amat indah kurasakan.Rasanya ini yg pertama darinya.Kemudian dia menghampiriku seolah-olah ada sesuatu yg hendak disampaikan.Langkahku yg agak pantas pada mulanya aku perlahankan untuk memberi peluang kepadanya menghampiriku.

"Terima kasih ye wak sebab buku tu, ia amat bermakna sekali", ucapnya selepas berhenti di depanku.
"Err..sama-sama", balasku pendek.Aku agak hairan dengan kata-katanya tadi.Ape yg menarik sangat dengan buku laporan tahunan tu.Cuma laporan tahunan yang biasa, atau ada sesuatu yang aku tak tahu disebaliknya.Buku itu aku pinjamkan kepadanya minggu lepas. Bukan melalui dia, tapi melalui seorang teman yang benar-benar rapat dengannya. Kini aku benar-benar hairan, tapi aku pendamkan saja supaya tidak menampakkan perasaanku ketika itu.

"Saya nak jumpa awak waktu rehat ni boleh?" soalnya spontan.Aku sendiri tidak menyangka dia akan berbuat begitu.Aku sendiri pun tidak pernah cuba untuk berbuat begitu.Mungkin aku tidak mempunyai keberanian itu, ataupun mungkin aku langsung tidak pernah cuba menjadi berani seperti itu.

"Er..ok..boleh jugak.Kat mana tu?". Aku memberi respon.

"Erm...nanti saya bagitau awak kat mana, tunggu yea". Dia memberikan jawapan dengan begitu yakin sekali.Gembira hatiku apabila melihat dia gembira.Mungkin siapalah aku ini pada dirinya untuk aku menumpang gembira.Tapi aku harap selepas ini aku akan dapat mencipta sesuatu bersamanya.Sesuatu yg mungkin aku tidak pernah terfikir dulu.Kini aku cuma perlu menantikan dengan penuh debaran.Aku sendiri tidak menyangka bahawa senyuman pertama yg aku terima darinya itu amat bermakna sekali.Aku sendiri pun tidak tahu apa yg mungkin akan berlaku selepas ini, tapi senyuman yg terukir itu mungkin mampu untuk membuatkan aku tersenyum girang sepanjang hari.

Rabu, 24 Oktober 2007

Aku masih dalam mood Raye...

Aku masih dalam mood raye walaupun hampir sepuluh hari aku beraya kat kampung.Suasana berhari raya kat kampung mmg best.Ketupat, lemang, rendang, lontong, tetap menjadi pilihan.Selain daripada tu pun banyak.Biasa la..kampung sekarang bukan macam kampung dulu-dulu.Kampung sekarang dah maju.Maju dalam suasana kampung.Adapun aku ni bukan org kampung secara teorinyaTapi tetap dapat balik kampung macam orang lain jugak, cuma mungkin perasaan balik beraya kat kampung tu tak sama dengan org yg betul2 berasal dari kampung.Org yg betul berasal dari kampung mungkin akan pulang ke kampung bersama kenangan yg tak pernah hilang dari ingatan, tapi aku pulang ke kampung untuk mengumpul seberapa banyak memori yg boleh...pastinye yg indah2.Adapun, Aku lahir dan membesar dalam kawasan bandar.Hidup dalam kawasan yg hampir keseluruhan penduduknya bukan berasal dari situ.Bukan pendatang asing, tapi berhijrah dari kampung ke bandar.Adapun ayah aku adalah salah seorang daripadanya.Datang berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.Maka aku sebagai generasi seterusnya, telah hidup dalam suasana bandar.tidak kenal apa itu ‘upih’, tidak terfikir tandas berada di luar rumah, tidak tahu cara nak panjat pokok kelapa dan ape yg org kampung ada dan selalu buat.Tapi itu dulu..sekarang mungkin dah kurang.Tapi suasana kampung tu tetap ada bagi aku dan aku tetap suka balik kampung.
Bila aku balik kampung hari tu, ada yg berubah.Perkara yg biasa org tgk dan sebut.Aku tengok adik sepupu aku yg kecik2 sumer dah besar.Yg mana dah kahwin, dah ada anak pun.Cepat rasanya diorang membesar.Baru la aku tau kenapa masa aku kecik2 dulu, bila berjumpa sedara mara perkataan yg diorang cakap mesti "eh, dah besar dah’ tak pun "dulu kecik, sekarang dah tinggi".Erm, itulah kehidupan.

Khamis, 4 Oktober 2007

Shopping raye

dah lama tak post kat sini.Bila aku tgk org lain punye blog baru la aku rase yg aku ni dah tertinggal jauh.heh, takpelah.

Semalam aku gi shopping ngn kengkawan.jalan sane jalan sini,last2 satu pun aku tak beli.Tapi aku dah survey dan aku dah ada perancangan yg mana aku nak beli utk raye ni.Sepasang baju melayu dan mungkin 3 pasng baju casual.Simple.memang dari dulu aku buat macam tu.Jadi aku takde masalah dalam mengire bajet raye aku.he.

Time aku tgh survey baju tu aku ade nmpk sehelai baju BlueToms.Smart.Nmpk macam ade 2 helai sbb ade 2 kolar.Kolar yg kat dalam dari jenis baju kemeja,kolar yg kat luar plak dari jenis T-shirt.Luar berwarna gelap dan dalam berwarna agak cerah.Tertarik pulak aku.Bile aku tgk harga,dia tulis rm 63 dan ade diskaun 20%.Pastu bile aku tanya saiz kat promoter yg jaga,dia cakap yg ada cuma saiz S dan XL shj.Takde saiz aku la.Jadi terpaksalah aku membatalkan niat aku nak beli baju tu.Baju tu pun memang trend terkini,jadi tak heran la kalau sekejap je dah habis.Hermm...ingt nak cari kat tempat lain la plak.

Rabu, 12 September 2007

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kpd semua umat Islam.Semoga amal ibadat yg dilakukan diterima Allah.Kalau dulu rase2 jahat sekarang ni kurangkanlah...klu rase2 dah baik...jadi lah bertambah baik...dan semoga ia akan berterusan sehingga di luar Ramadhan.

Dulu masa budak2 perkara yg aku suke time bulan poser ni ialah pegi masjid ,jumpe kengkawan...main mercun...main kejar2...hehe...klaka...tp tulah yg aku selalu buat bila time bulan pose...sembahyang tu ada jugak ...tp pastu main la...heheee....boleh percaya ke? percayalah...

Tapi aku masih berharap,tetap berharap, dah selalu berharap...hidup aku sebermulanya bulan yg mulia ni akan menjadi bertambah baik ...bertambah menarik..penuh dgn warna2 kehidupan yg indah...aku tau kite tetap kene menerima ape saje ketentuan Tuhan,tp tak salah utk aku inginkan kehidupan yg baik.kan...

Aku juga berharap akan menemui seseorg yg lebih baik dari dia...ntah kenapa aku susah nak lupakan dia...ahh...lupekan jer la die...k..aku kene balik..bile aku balik aku tak dapt nak menulis lagi...sbb kat rumah aku tak ada internet...klu kat cni plak..masa tak mengizinkan..tu yg ape yg aku tulis agak kelam kabut skit...sori yeh..nanti klu aku ade rezeki lebih...mungkin aku akan dapatkan broadband kat rumah...doakanlah utk aku..k..

Selasa, 11 September 2007

10 minit...

Time nak balik tinggal sepuluh minit je lagi.Staff2 lain sume da nak chow...aku sorang je lagi sibuk mengadap depan komputer.

Dalam sepuluh minit ni...macam2 aku nak tulis.Semuanye berpusing2 dalam fikiran aku...tp pelik..bila aku sentuh je papan kekunci komputer...semuanya jadi payah...idea2 aku macam dah tersekat oleh satu benda.Selalu bila aku duduk sorang2, macam2 yg timbul dari fikiran aku ni...dari perihal dunia hinggalah kpd pkara yg remeh temeh...erm...mungkin aku kene sediakan notebook utk memudahkan aku menulis segala ape yg aku fikirkan...hehe...

Isnin, 10 September 2007

macam-macam

Hari ni hujan dari pagi sampai ke petang.Staff kat jabatan tempat aku kerja semua sibuk.Maklumlah hari Isnin...patient2 yg tertangguh semua dibawa ke hari ni...mana tak sibuk dept. aku.Staff plak tgh kurang skang ni.Ada yg cuti,ada yg dah pindah tmpt lain, mcm2 lagi la...Aku plak ari ni..bz tu takdelah sgt...tp time nak balik baru la macam2 keje datang...tak kesah la...besok jer aku buat.hee..
Semalam aku pegi ambik lesen memandu,baru ambik kelas 5 jam...penceramah yg ceramah kitorang 2 dahsyat jugak.Bukan ape,dah tak macam kelas memandu dah dibuatnye,macam2 cerite yg dia crite kat kitorang...so xdelah boring sgt kat dalam tu.Awek? hmm..ramai jugak yg menarik...ade yg putih, kuning, yg tinggi, sederhana tinggi,hehe...ramai gak la ..tp aku kurang berminat plak.Knape yeh? agaknye masih teringatkan die kot.Siapa dia tu? haha...itu nanti aku crite lain kali,yg pasti,lepas ni aku nak kene ambik ujian komputer lak.Bleh aku jumpa awek2 tu.Bleh la aku berkenal-kenalan ngan diorang.hehe.Takde la aku asyik teringat kat dia jer...ai..dia lagi...
k...aku nak balik... :)

Jumaat, 7 September 2007

My Birthday

Esok birthday aku...tak tau la sambut ke tak...mungkin ye mungkin tidak...harap-haap ye...
Hari ni aku tak sempat nak tulis....tp ari ni aku masih ok...esok-esok mungkin aku tulis kot...hehe

Khamis, 6 September 2007

Bluesunshine??

Alhamdulillah, akhirnye berjaya gak aku menghasilkan blog aku sendiri.Setelah berhempas pulas mencari cara nak buat akhirnye ketemu jua.Susah sangat ke? takdelah susah mana pun ,cuma aku ni je yg tak pernah ambik tau pasal laman blog, tu yg jadi camtu.Apa-apa hal pun sekarang ni dah ada dan aku boleh tulis apa yang aku rasa sesuai.:)
Kenapa Bluesunshine? ada apa dengan "Bluesunshine"? takde apa-apa?...erm..hairan...tapi tulisan2 aku lepas ni mungkin akan menerangkan kenapa aku pilih "Bluesunshine".ok?