Halaman

Isnin, 12 September 2011

Lelaki ni nak perempuan yang bagaimana?

Selalu perempuan tanya kat aku kenapa lelaki suka dengan perempuan yg cantik, seksi, comel lagi bergaya? jawapannya dah itu memang sifat lelaki (terasa aku..heh), tapi aku kata lagi, kalau lelaki tu nak kahwin mesti dia cari perempuan yang:

+ baik
+ memahami
+ menghormati orang tua
+ sopan
+ bijak
+ cantik tu asalkan sedap mata memandang pun dah okay.

Jadi perempuan, tak perlulah anda nak jadi seksi dan vogue sangat semata-mata untuk nak dapatkan seorang lelaki kerana dia akan tetap cari perempuan yang baik untuk dijadikan isteri :I

Sabtu, 10 September 2011

Orang Single itu Loser?



kamu yang membaca tak kira sama ada kamu ni memang pembaca tegar blog usang aku ni atau sekadar lalu lalang di sini. ^_~. Aku sebenarnya memang dah lama gila tak menulis dalam blog kesayangan intan payung aku ni. Tapi kalau memikirkan nasib blog aku ni memang dah banyak kali aku buat. heh. Jadi bersempena dengan kemunculan semula aku dalam dunia berblogging ni, aku berazam nak menjadi seorang penulis blog tegar macam blogger-blogger tegar ala-ala alah bisa tegal biasa dan yang best-best belaka. eh.

Boleh dikatakan yang sebenarnya semangat untuk menulis kembali ni adalah berikutan daripada keberjayaan pemasangan wifi P14G di rumah bersempena dengan hari jadi aku yang baru je berlalu (sedih kamu tak wish aku ;( ). Ye la sebelum ni nak pasang tapi bajet pula tak ada (masa tu miskin sekarang pun tetap miskin). Jadi sekarang ni dah tak ada alasan untuk aku kalau tak update blog ni..kan..kan? kaannn?

Sebenarnya pada entry kali ni aku nak tulis berkenaan tanggapan bahawa kalau sesiapa yang tak berkapel tu maksudnya dia seorang loser? eh..betul ke?

Mengarut? tapi memang ada kan. Apa maksud loser? loser ni dalam bahasa mudahnya kira macam orang yang kalah ataupun orang yang tak berguna. paham adik-adik? ok

????

Jadi orang yang tak ada girl atau boy tu tak berguna?! kalah? (terasa aku) Hairan, mengapa pula nak ditetapkan begitu? semua orang kan ada hak sama ada dia nak berteman atau nak jadi manusia solo dan sepi dan sunyi dan blablabla sepanjang masa. betul? ye la, bagaimana pula seseorang tu boleh dikatakan kalah kalau dia tak pernah join apa-apa contest pun. Tahu-tahu je dah kalah. Aishh..

"Tapi tuan blog, cmne plak kalau orang tu memang nak kapel tapi tak dapat dapat apa yang dia nakkan sangat tu yakni awek atau balak tu yang hensem, kiut, bergaya, hot, ternama, berkualiti dan sebagainya?"

Jawapannya mudah saja. Cinta tak boleh dipaksa-paksa. Yaa...memang inilah jawapan tipikal yang aku bagi yang mana hari-hari kita boleh dengar di mana-mana termasuk dari status facebook, twitter termasuklah drama-drama Melayu yang tak pernah alpa menggunakan ungkapan macam ni. Maksudnya, kalau orang dah tak suka U buat apa u nak rasa terhina dengan diri U. Semua orang pun pernah kena macam tu. Well, mungkin manusia-manusia kiut-miut, kacak nak mampos di luar sana mungkin dikecualikan dari kes begini..errr...boleh tak kalau aku nak terasa gak? ok2 stop.

Mudah dan kacang je. kalau orang tak nak, kita jalan. Kalau dia bagi peluang, kita cuba lagi. kalau dia nak dan berminat dengan kita, kita sambar macam burung helang. Rakus tapi bergaya. Eh.

Usah rendah diri kalau kena reject. Perlu ingat, kalau orang yang kita suka tu tak sukakan kita, mesti ada orang yang sukakan kita dan kita pun suka dan sayang dan mungkin cintakan dia. Cuma jalan dan caranya saja kita tak tahu bagaimana. Mungkin di awal perjalanan tu nampak hambar dan kosong, tapi dihujung-hujungnya mungkin memberi pelbagai rasa dan suasana unik yang tak pernah kita gambarkan.

Jadi aku tak nak dengar lagi kamu kata begini "awek yang aku dok usha selalu tu aku dah confess kat dia, tapi dia cakap dia tak sukakan aku laa..i feel like a loser..huuu"

Kesimpulannya Single itu BUKANnya Loser, tapi masih belum jumpa. Selesai.