Halaman

Selasa, 28 April 2009

kes terbaru

Petang tadi selesai menjawab kertas exam pengantar pengurusan. Bila habis sahaja exam, terus aku rasa lapang je fikiran. Tak payah nak penat-penat perah otak macam nak gila. Paper tadi walaupun sepatutnya dalam kategori paper yang senang, tapi aku macam nak menangis je jawab tadi. Huuu...

Beberapa malam sebelum ni aku memang dah tak lena tidur dah. Study tahap gila gaban semata-mata nak prepare untuk jawab exam tadi. Yang aku rasa pelik dan hairan.. malam-malam sebelumnya bukan main susah lagi nak study untuk habiskan satu bab.. tapi bila masuk je malam yang terakhir yakni malam sebelum exam..terus laju je aku baca semua bab-bab yang ada tu. Rasa ringan je kaki dengan tangan aku menyelak-nyelak slide show yang sedia ada. Kalau kamu datang tegur aku tanpa membawa sebarang bentuk makanan ringan atau air yang best-best.. mesti dah kena maki dengan aku...hehe...

Lagi satu perangai aku yang aku rasa agak pelik. Setiap kali pergi exam, mesti aku bawa segala apa bahan-bahan bacaan mahupun rujukan yang aku ada..tapi jarang sekali aku nak buka dan baca. Yang aku tau, aku rasa macam steady je bila bawa rujukan-rujukan tu semua. Entah apa yangaku fikir pun aku tak tau la.. Tapi takpe...yang penting exam tadi dah selesai..tinggal satu paper je lagi aku nak kena mengadap..huishh...

Selasa, 21 April 2009

hasrat aku

Sekarang ni aku sibuk menyelesaikan hal-hal berkenaan projek PROSTAR universiti. Jadi agak tidak keterlaluan jika aku kata yang aku memang selalu sibuk dan letih. Aku harap projek yang akan dijalankan nanti berjaya dan pengorbanan aku tak sia-sia. Adapun aku sebenarnya masih ada masa untuk menonton movie atau drama yang memang aku nak tengok. Entah dari mana aku ada masa untuk itu pun aku tak tahu. Mungkin berlaku kecurian masa dari masa-masa yang aku ada... 

Tapi agak rugi  aku rasakan kerana aku tak dapat nak ceritakan tentang apa yang kau jalani setiap hari dengan lebih teliti. Mungkin kamu tak ingin tahu... tapi aku dapat rasakan, aku sendiri yang ingin tahu tentang perkara itu. Mungkin satu hari nanti...bila masa hari ini telah menjadi suatu yang hanya dapat dikenang.

Atas sebab itu, aku berhasrat untuk terus berusaha menulis walau sesibuk manapun aku..sebab aku tahu hari ini mungkin tak akan sama seperti hari esok...

Terlalu banyak

Terlalu banyak untuk diceritakan sehingga tiada apa yang dapat ditulis... aku selalu begini. Cerita ada tetapi hampir kesemuanya aku biarkan berlalu pergi tanpa aku lakarkan di sini. 

Ahad, 12 April 2009

kumbang kaler biru itu..

Kumbang kaler biru itu…aku ternampaknya sewaktu ia sedang melepak dihadapan pintu manusia sewaktu aku keluar dari tandas. Aku tersenyum memandangnya..tapi dia langsung tidak mengendahkan aku. Huh..sombong. Lalu aku berlalu pergi meninggalkannya. Apa lagi yang aku dapat kalau aku menunggu lagi di situ. Aku pun berlalu pergi dengan segera…tapi.. kemudian aku berpatah balik dengan suatu niat. Aku lantas mengeluarkan telefon bimbit merahku dan menekan-nekan punat yang ada untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Mungkin boleh dijadikan bukti perkenalan aku dengannya..















gambar dipetik dari aku sendiri   ;-)

Rabu, 1 April 2009

Soundtrack hidup



Muzik itu seolah seiring dengan jiwa. Aku selalu memainkan lagu mengikut mood dan jiwa. Kadang-kadang aku rasa macam lagu yang aku mainkan tu bukannya datang dari earphone, tapi ia seolah-olah terngiang-ngiang di udara mengikut suasana dan keadaaan. Kamu pernah bayangkan atau fikirkan seperti itu? Jika ada, kamu mungkin seperti aku. Meminati muzik... Kamu selalu mencarinya bila ia tidak muncul kedengaran di telinga kamu. 

Aneh? Aku selalu berfikir jika hidup kita ini dipenuhi dengan rentak-rentak dan irama lagu merdu yang mengiringi hampir setiap ruang hidup dan mengikut keadaan.  Ia bagaikan inspirasi untuk jiwa aku. Kadang-kadang ia merangsang… ia juga selalu jadi peneman. Bukannya aku memuja muzik. Tapi aku menganggapnya seperti udara..seperti dedaun berterbangan yang menambahkan lagi rencah hidup yang mungkin kadang-kadang kita tak menghargai apa yang ada padanya. Kalau kita tengok filem-filem dan drama, bukankah ada lagu untuk latar belakang beberapa keadaan? Jadi bila aku mendengar lagu, aku menganggapnya sebagai latarbunyi atau pun soundtrack untuk aku. Walaupun mungkin orang lain tak dengar.. biarlah aku sendiri yang merasainya. Tapi lagi menarik bagi aku jika orang yang bersama dengan aku dan berada dalam situasi dan perasaan yang sama dengan aku juga mendengar dan merasai muzik yang sama. Menarik bukan? Atau mungkin lebih menarik lagi jika muzik itu dikawal oleh kita untuk memberi rangsangan. Maksudnya, jika kita berada di dalam kekecewaan atas sesuatu kegagalan, kita dapat mendengar lagu yang memberi kelegaan dan semangat.

Agak panjang rasanya jika aku nak bercerita tentangnya. Aku pasti mungkin ada di antara 

kamu yang bersetuju dengan aku. Sewaktu aku menulis ini..aku juga sedang memainkan beberapa lagu untuk menghidupkan suasana. 


Sape nak tolong menyanyi? ;-)