Isnin, 26 November 2007

"Manisnya senyummu"

Terlalu sukar untuk aku melihatnya tersenyum kepadaku.Bagaikan ada sesuatu perkara buruk akan berlaku jika dia melemparkan senyuman kepada wajah ini.Setiap kali memandang wajahnya, yg terlihat hanyalah riak wajah yg penuh kaku dan bosan.Apa mungkinkah terlalu banyak dugaan yg dilalui dalam hidupnya sehingga membuatkan dia menjadi seperti itu.Sesungguhnya aku tidak mampu meneka apakah yg telah benar-benar terjadi dalam hidupnya.Ingin saja aku bangun bertanya kepadanya supaya dapat sama aku merasai apa yg dirasainya selama ini.Mungkin aku tidak setabah engkau untuk menghadapi dugaan yg bertalu-talu datang...mungkin aku tidak mampu utk mengungkai segala permasalahan yg bertakuk lama dijiwamu...dan sudah pasti aku juga tidak kebal untuk menangkis segala rintangan dan dugaan yg pastinya akan tetap datang sebagai asam garam hidup ini.Tapi aku juga manusia sepertimu, tetap mempunyai hati dan tetap mempunyai perasaan.

Tetapi entah mengapa pagi ini engkau begitu berlainan sekali.Dari jauh aku dapat melihat wajahmu yg berseri-seri.Tidak suram seperti selalunya.Terserlah keindahan semulajadi dari wajahmu apabila aku memandang tepat kewajahmu dari sisi pandanganku .Aku yg selama ini begitu biasa melihat dirinya agak kaget melihat perubahan yg agak ketara darinya. Mungkin aku tidak begitu mengenalinya, tetapi aku seperti sudah dapat meneka kepahitan yg dialami olehnya selama ini.Aku memberanikan diri untuk memandang tepat ke anak matanya.Mungkin ini yg pertama kalinya.Selama ini dia hanya menundukkan wajahnya yg ayu itu.Tiada peluang langsung bagiku untuk melihatnya.tapi kali ini berbeza.Matanya kutenung dalam-dalam, cuba mencari sesuatu yg tersembunyi selama ini.Tiba-tiba dia melemparkan sebuah senyuman kepadaku.Amat indah kurasakan.Rasanya ini yg pertama darinya.Kemudian dia menghampiriku seolah-olah ada sesuatu yg hendak disampaikan.Langkahku yg agak pantas pada mulanya aku perlahankan untuk memberi peluang kepadanya menghampiriku.

"Terima kasih ye wak sebab buku tu, ia amat bermakna sekali", ucapnya selepas berhenti di depanku.
"Err..sama-sama", balasku pendek.Aku agak hairan dengan kata-katanya tadi.Ape yg menarik sangat dengan buku laporan tahunan tu.Cuma laporan tahunan yang biasa, atau ada sesuatu yang aku tak tahu disebaliknya.Buku itu aku pinjamkan kepadanya minggu lepas. Bukan melalui dia, tapi melalui seorang teman yang benar-benar rapat dengannya. Kini aku benar-benar hairan, tapi aku pendamkan saja supaya tidak menampakkan perasaanku ketika itu.

"Saya nak jumpa awak waktu rehat ni boleh?" soalnya spontan.Aku sendiri tidak menyangka dia akan berbuat begitu.Aku sendiri pun tidak pernah cuba untuk berbuat begitu.Mungkin aku tidak mempunyai keberanian itu, ataupun mungkin aku langsung tidak pernah cuba menjadi berani seperti itu.

"Er..ok..boleh jugak.Kat mana tu?". Aku memberi respon.

"Erm...nanti saya bagitau awak kat mana, tunggu yea". Dia memberikan jawapan dengan begitu yakin sekali.Gembira hatiku apabila melihat dia gembira.Mungkin siapalah aku ini pada dirinya untuk aku menumpang gembira.Tapi aku harap selepas ini aku akan dapat mencipta sesuatu bersamanya.Sesuatu yg mungkin aku tidak pernah terfikir dulu.Kini aku cuma perlu menantikan dengan penuh debaran.Aku sendiri tidak menyangka bahawa senyuman pertama yg aku terima darinya itu amat bermakna sekali.Aku sendiri pun tidak tahu apa yg mungkin akan berlaku selepas ini, tapi senyuman yg terukir itu mungkin mampu untuk membuatkan aku tersenyum girang sepanjang hari.