Halaman

Jumaat, 30 April 2010

Cerita pasal exam

Tinggal satu paper je lagi exam kali ni. Erm..student dan exam memang tak dapat dipisahkan. Tapi aku rasa pekerja dan exam juga tak dapat dipisahkan kecuali yang bekerja sendiri. Tapi tak tau la kalau ada buat exam sendiri :) . Kalau cerita pasal exam, rasanya exam dah lama wujud. Setahu aku empayar kerajaan China dulu pun gunakan kaedah exam kalau nak ambil pekerja untuk menjawat jawatan kerajaan. Jadi kalau tak lulus, tak layaklah jadi penjawat awam untuk masa tu. Haha...merepek panjang-panjang ni pun bukan boleh cemerlang exam aku kalau tak study.

Ok..nak baca sikit lagi.. ^^

Ahad, 25 April 2010

Lepas ni aku nak bawa bas sendiri...

Pagi tadi aku bergegas bangun nak pergi ke pejabat canselori. Nak ambil balik surat kertaskerja yang aku dah hantar ke HEP tempohari. Lepas tu nak pergi ke pejabat bendahari untuk buat surat pelepasan cukai sebab duit tak cukup dan kena cari sponsor untuk laksanakan program. Aku terlewat sikit bangun. Tapi tak apa, aku cepat-cepat mandi dah berkejar untuk pergi menunggu bas(standard la student..tak ada kenderaan sendiri).

Sampai di perhentian bas, aku dah mula berpeluh. Ni yang aku malas ni. Elok-elok dah makeup aku, takkan cair dibawa air peluh aku kot. Tak apa, aku lepak dulu dalam pejabat kat depan perhentian bas. Dengan muka tak malu aku masuk dan terus melepakkan diri di ruangan tetamu sambil melayan hembusan angin kipas yang bercampur dengan aircond. Fuh...lega rasanya (tak laa aku cakap kuat-kuat..dalam hati je). Akak yang duduk dekat dalam tu pun asyik sibuk mengintai-ngintai. Kalau dia tanya adik buat apa dekat sini, boleh la aku cakap yang aku tersesat atau tertinggal flight sambil mengelap peluh yang mengalir di muka dan yang terjatuh dilantai sekali. Tapi tak ada sesiapa pun yang sudi tanya aku soalan tu.

Lama juga aku lepak kat situ. Sampai badan pun dah jadi sejuk. Hoh. Lalu dengan terketar-ketar aku keluar dari situ. Suasana kembali hangat dengan terikan mentari yang menyinar bagai nak rak. Aku kembali kehangatan. Tapi aku tak hirau semua tu. Yang buat aku bertambah panas ni ialah bas yang aku tunggu dari tadi tak muncul. Aku rasa dari pukul 9 lebih menghampiri pukul 10 aku dah melepak kat sini. Jam dah menunjukkan pukul 11. Huisshh...

Aku tengok sekeliling pun dah ramai student lain yang ada kat situ. Masing-masing dah menunjukan raut wajah mencuka. "Takpe laa, pukul 11 ada la ni kot" aku berbisik dalam hati. Tapi 15 minit lepas tu pun tak muncl-muncul juga. Urusan aku pun semua aku dah setelkan pakai handphone je. Buang masa je aku tunggu dekat sini lama-lama. Lepas tu, terus aku pergi makan di kafe berhampiran. Ambil nasi, pilih-pilih lauk, bayar dan separuh pinggan aku dah makan, baru la aku nampak bas lalu. Oh...sistematik sungguh jadual bas ni (masa ni jam dah pukul 11.30). Macam ni ke sistem terbaik yang dikatakan tu? bayar dah bayar dah. Kelewatan tetap ada. Huuhh...

Khamis, 22 April 2010

Senyumlah walau dalam apa keadaan sekalipun, di mana jua...

Orang kata kalau ada masalah, jangan tension-tension. Buat macam dapat benda best. Macam dapat hadiah. Jadi aku pun cuba la praktikkan nasihat orang ni. Dengan senyuman ala-ala garfield, aku berjalan menuju ke cafe. Sambil membuat pesanan kepada akak pengambil order, aku lemparkan senyuman yang paling murah dan paling berkualiti kepadanya lalu aku pergi mengambil tempat duduk bersama dengan kawan-kawan yang lain. Tak sampai 10 minit, makanan aku dah siap.
Huh..cepatnya..padahal aku la yang pesan paling akhir sekali antara ramai-ramai kat situ. Dengan selamba aku pergi ambil makanan aku tadi dan terus pergi bayar di kaunter dan sekali lagi aku lemparkan senyuman emas aku kepada akak yang jaga kaunter pula. Mana tau dapat diskaun.. haha...tapi tak dapat juga. Masa aku nak pergi duduk balik kat tempat aku duduk tadi, aku tengok muka-muka yang sememangnya pelik buat muka pelik dekat aku. Owhh..kali ni aku lemparkan lagi sekali senyuman anak emas aku yang paling hebat.