Halaman

Rabu, 21 Julai 2010

Aku sedang bercita-cita

Untuk membeli ini pada ketika ini



Atau yang ini?




Mana yang mampu atau mana yang dapat memuaskan nafsu telinga aku yang cukup ghairah mendengar lagu-lagu panas masa kini? Sebagai seorang pelajar aku memang mempunyai bajet yang cukup terhad. Huuuhh.

Semoga aku dapat membuat pertimbangan yang betul. Amiiiinnn. ~_<

*Warna di atas hanyalah contoh semata-mata. Kalau aku nak beli jugak tu mungkin sebab kehabisan stok. Err...tapi menarik jugak...heeeheeer...

Halusinasi

Sepanjang aku di sini,
apa yang cuma aku ingin hanyalah bulan,
apa yang telah aku nikmati hanyalah bintang,
apa yang telah aku dapat hanyalah sinar....

Setelah lama cuba mengelak

Bagaimana perasaan aku masa tu, aku sendiri pun tak tau. Aku rasa dah lama aku cuba nak mengelak dari terserempak dengan dia. Tapi aku memang tak sangka akan jumpa dia masa tu. Erm..memang aku dah jangka, sejauh mana aku boleh lari, dia mesti akan datang balik pada aku. Tapi cara layanan dia pada aku masa tu cukup untuk membuatkan hati aku yang "rock" ni berbunga kembali..huhh. Senyuman dan pandangan dia..masih tetap mampu membuat aku "cair". Damn!. Dia siap bagi nombor telefon yang dia tau aku dah ada. Gila apa? Aku pun terus bagi no telefon aku yang dia tak pernah ada.Hehe. Tapi sampai sekarang aku tak call dia.


*Mungkin lebih baik untuk berakhir begini.

Jumaat, 16 Julai 2010

Kalau nak keluar berjalan pastikan orang lain tak ada duit

Statement apakah di atas? ia sebenarnya adalah nasihat kepada para mahasiswa mahupun mahasiswi yang baru dapat duit pinjaman, tajaan, biasiswa dan segala bentuk bantuan dari mana-mana institusi supaya mengambil inisiatif jalan selamat untuk tidak keluar berjalan-jalan pada awal semester. Hal ini kerana terdapat ramai lagi manusia mahasiswa atau mahasiswi yang berada dalam keadaan sama dan tidak dapat menahan keinginan untuk keluar berjalan-jalan mahupun membeli belah (ayat pembaca berita tv1). Jadi kalau nak selamat daripada membuang masa dengan hanya melihat bas awam yang penuh dan mampat macam tin sardin lalu di hadapan anda atau kamu sendiri yang berasak-asak di dalam bas tersebut, lebih baik duduk diam-diam dalam bilik sambil kemas-kemas atau kalau rasa malas boleh duduk makan biskut sambil tengok movie(aku la tu). Selain tu, kamu juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berjimat cermat supaya ekonomi kamu selamat. Namun yang demikian, (perrghh) kalau tak tahan juga nak pergi shopping, kamu boleh juga pergi ke kedai-kedai berhampiran untuk melepas nafsu yang terpendam (walaupun barang selalu tak cukup, tambahan harga plak mahal..huh).

Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri pula, kamu tidak boleh menganggap yang kamu sudah selamat. Ini kerana, walaupun mungkin perjalanan ke tempat penggambaran adalah lebih mudah dan cepat, tetapi dugaan akan bermula sebaik tiba ke tempat yang dimaksudkan. Kamu mungkin akan berjumpa dengan mahasiswa-mahasiswa lain yang juga telah berjaya sampai ke tempat yang sama. Mungkin anda akan berasa malu dan bosan kerana asyik terserempak dengan orang sama yang dikenali tetapi dalam masa yang sama tidak ingin dijumpai. Di samping itu, kamu juga mungkin lebih bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang mungkin hanya lalu-lalang di situ.^_^

Kesimpulannya, duit yang ada tu janganlah dibazirkan dan boleh disimpan dahulu jika ingin digunakan. Ok. Sampai di sini sajalah komen untuk hari ini. Sekian.. ~_<


*coretan ini dipetik daripada cerita kengkawan yang pagi tadi dah terlepas 4 buah bas dan akhirnya mengkanselkan perjalanan yang dirancang pagi tadi...??

Khamis, 15 Julai 2010

seawal jam..

Hari ni, pagi tadi, aku baru mula masuk kelas walaupun kelas dah bermula awal minggu ni. Sedikit lewat atas alasan-alasan yang penuh "munasabah" seperti penat,letih, tak cukup tenaga dan sebagainya. Kelas pagi ni bermula pukul 9.30 pagi dan aku masuk ke kelas seawal 9.45 pagi. Huhuu. Besok aku takkan biarkan perkara ni berulang lagi. Kelas berjalan dengan lancar, cuma aku rasa nak drop subjek je...ntah mimpi apa ntah aku asyik duduk memikirkan fasal nak drop subjek atau tak. Ikutkan hati, nak drop semua subjek dan cuma ambil dua subjek je sem ni. Boleh jadi "super senior" nanti dan boleh arah-arahkan budak-budak "super junior" untuk tolong siapkan assignment aku nanti (err...bukan Super Junior yang tu...heheh).

Erm...sampai kat sini je cerita aku. Nanti lain kali aku akan ceritakan apa yang berlaku kat dalam kelas hari ni.

LAgi satu, sebenarnya aku dah mula datang kelas semalam dan bukannya baru mula hari. Mungkin sebab satu kelas je semalam jadi aku dah lupa. Mungkin banyak sangat telan pil tidur malam tadi sampai lupa macam ni atau terlajak bercuti sampai lupa kelas? ~_>

Tak apa....esok masih ada...

Seperti yang dijanjikan. Hari ni aku menulis lagi. Cabaran tetap perlu dicabar.

Berhenti sampai di sini.....

. . . . . . . . . .

Errr....takpe, aku akan cuba usahakan yang selebihnya.... ~_<

Rabu, 14 Julai 2010

CAbaran 1 Hari 1 Post Kini Bermula

Cabaran satu hari satu post kini bermula.Ini bukanlah satu pertandingan anjuran mana-mana blog yang dapat memberi ganjaran hadiah kepada
siapa-siapa. Ini hanyalah cabaran kepada diri aku sendiri yang sejak kebelakangan ni terlalu malas menulis blog walaupun
itu mungkin keadaan amat-amat mengizinkan. Jadi, bila aku buat macam ni, mungkin aku akan menjadi lebih konsisten untuk menulis
dan akan menulis apa-apa sahaja yang terlintas dari kotak fikiran. Err..mungkin nampak agak memaksa dan mungkin juga
apa yang ditulis adalah repekan-repekan kosong kerana cuma mahu memenuhkan ruangan page aku. Tentulah menulis tanpa paksaan
adalah lebih menarik dan idea-idea yang muncul pun adalah segar. Aku rasa pendapat ini mungkin kurang sesuai untuk aku jadikan
prinsip dalam menulis blog sebab mungkin idea-idea yang 'bernas' dan 'segar' tu akan terawet terus dalam benak fikiran. Haha.

Kesimpulannya, cabaran ini akan tersahut dan nampaknya aku perlu berusaha untuk memastikan tiada kompromi lagi lepas ni. Hehe...