Halaman

Rabu, 18 November 2009

Keletihan Kerana Terlalu banyak Menekan Otak..

Otak kiri atau kanan? kalau ada otak atas dan bawah..mungkin sudah habis aku gunakan. Huh. Sepanjang 2 minggu lepas terlalu sibuk menghempas kepala ke meja untuk menghilangkan tekanan sepanjang menghabiskan masa bersama buku bacaan yang tidak diketahui punca dan sebab mengapa perlu dimasukkan isinya ke otak dengan secara tiba-tiba. Hampir gila, tapi dengan kemachoran yang ada, aku berjaya mengawal isi-isi kandungan para-para buku yang penuh puitis tersebut. Hehe. Tapi..hari-hari mendung sudah berlalu. Kini tinggal hari-hari yang belum diketahui statusnya untuk ditempuhi.

Sekarang dah tiba masa untuk balik ke rumah. Bukan selalu. Semalam sempat juga meraikan hari jadi Shairi sambil mengambil peluang sempena meraikan habisnya peperiksaan dan semester kali ini. Agak menenangkan apabila memikirkan tidak perlu memikirkan soal belajar buat seketika. Huuuhh.

Balik ke rumah, perlu membantu membuat persiapan untuk perkahwinan kakak sulong aku. Ternyata ini yang pertama. Tak ada pengalaman lagi dalam membuat persediaan seperti ini. Jadi aku sebagai anak lelaki sulong dan satu-satunya perlu lebih bertanggungjawab (cakap je lebih). Entah, lihat sajalah nanti apa hasilnya. Harap-harap tak ada masalah (sangat mengharap).

Isnin, 16 November 2009

Life journey...

I had pass through the long journey..
to get some, what i feel about now..
It doesn't matter if i get hurt and scratch..
Because its all about you.

Isnin, 9 November 2009

Kita Di Bawah langit yang Sama...


Sepanjang perjalanan...
Aku melihat bintang...
Aku perhati awan...
Aku memandang bulan...
Aku selalu berfikir...
Mungkin kita melihat bintang yang sama...
Mungkin kita memandang awan yang sama...
Dan aku pasti kita merenung bulan yang sama..
Walaupun hanya di kejauhan yang tak mampu kita tangani...
Tak terjangka untuk kita mengagak...
Sampai bila dan di mana penghujungnya....
Apa yang pasti..kamu akan sentiasa dikenang dalam hati ini...

Rabu, 30 September 2009

Mood Berpresentasi

Sedang sibuk menyediakan bahan untuk presentation malam ni. Mengenai kewangan dan pembangunan ekonomi. Agak rumit juga sebenarnya. Tapi bahan dah ada, cuma perlu diadaptasi dalam bentuk powerpoint. Kemudian kena berlatih untuk bercakap pula. Huh.

Ahad, 27 September 2009

Cinta

Cinta adalah suatu perkara yang sukar untuk diungkapkan...
Bagaimana boleh mencintai seseorang tanpa sebab dan kenapa perlu mencintainya?
Bila kamu cintakan seseorang, belum pasti orang yang dicintai itu akan menyintai kamu...
Walaupun kamu menyintainya lebih dari diri kamu sendiri...
Kamu sanggup berkorban untuknya walau terpaksa mengorbankan diri..
Dirinya sentiasa ada di fikiranmu bermula dari kamu tersedar dari tidur sehingga kamu tidur semula..peliknya..dia juga selalu ada di dalam mimpimu...
Kamu akan berasa tenang bersama dengannya walaupun sebenarnya kamu marahkannya..
Kamu tidak sanggup untuk melihatnya bersedih..bagi kamu, biarlah kamu sahaja yang menanggungnya...
Kamu juga mungkin akan berasa sedikit kecewa jika dia tidak melayanimu seperti yang kamu harap-harapkan..
Kamu sentiasa peka pada bunyi telefon bimbitmu dan berharap dia akan selalu menghantar SMS padamu..
Senyuman yang ceria pada wajahnya sentiasa membuatkan hati kamu berbunga-bunga...
Kamu juga akan berasa sangat gembira walaupun dia cuma mengatakan yang dia teringatkan kamu sewaktu melihat hadiah yang diberi olehmu kepadanya...
Kamu amat-amat berharap yang kamu sentiasa berada dikirannya kerana sudah pasti dia yang dicintai memang sentiasa bermain-main difikiran kamu...
Kamu tidak sanggup untuk kehilangannya..kerana bagi kamu dia adalah pelengkap hidupmu...
Kamu mungkin akan mencuba sedaya upaya untuk memilikinya, memperoleh cintanya, walaupun cuma ada sekelumit cinta yang ada di dalam hatinya untuk kamu..kamu akan cuba mendapatkannya...

Sabtu, 26 September 2009

Cherating

Teringat sewaktu dalam perjalanan pulang dari Terengganu kelmarin. Aku sempat singgah di pantai Cherating Kuantan, Pahang. Pemandangan di situ memang cantik. Pantai pun kelihatan landai dan menenangkan. Kelihatan ramai juga yang berkelah di persisiran pantai bersama keluarga. Di sekeliling pantai kelihatan beberapa resort dan hotel-hotel yang dibina berhampiran pantai. Antara resort yang popular di situ dan bertaraf antarabangsa ialah Club Mediterranean yang lebih mudah dipanggil Club Med. Aku cuma melihat-lihat sahaja dan tidak menginap di situ pun. Lagipun berita gembira untuk aku kerana saudara mara aku masih ramai di situ. Aku berasa amat beruntung sekali kerana mempunyai tempat penginapan percuma berhadapan dengan pantai Cherating yang bersih dan cantik.

Walaupun kawasan sekeliling dilihat sudah banyak dibeli oleh para pemaju, tetapi tanah milik saudara mara aku di situ masih tidak bertukar tangan. Aku juga berharap ia akan terus kekal begitu. Aku menganggap apa salahnya jika mereka ataupun anak cucu mereka sahaja yang membangunkan tanah tersebut. Bagi aku, terlalu sayang jika tanah di kawasan strategik seperti itu dilepaskan.

Tutup cerita soal tanah. Mungkin di cuti yang akan datang, kami bercadang untuk berkelah di persisiran pantai Cherating sambil membuat barbeque. :)

Sabtu, 19 September 2009

Sesak

Pagi-pagi lagi aku sudah bergerak ke Terengganu (kampung ayah aku). Seawal jam 4.30 pagi lagi kami sudah keluar dari rumah. Kami pergi dengan dua buah kereta. Ayah dengan mak aku dengan kereta lain dan aku menaiki kereta lain. Hendak masukkan semua sekali nanti tak muat. 7 orang semuanya. Hehe. 
Perjalanan pada mulanya agak lancar, tetapi apabila kami melepasi tol Gombak, jalan mula kelihatan sesak dan agak teruk. Kereta berjalan dengan perlahan. Kami pun cuma bersahur di dalam kereta yang sedang berjalan. Owh..tidak puas sekali. 

Kesesakan jalan raya akhir berakhir selepas Petronas sebelum tol Bentong. Tetapi, ia masih belum selesai. Kereta semua berpusu-pusu memasuki stesyen minyak tersebut. Mungkin keletihan selepas melepasi perjalanan yang agak lama.

Stesyen Petronas itu memang besar dan mampu menampu
ng pelanggan yang ramai. Tetapi masih terdapat masalah lain yang wujud. Bayangkan jika kamu berada dalam situasi tersebut...
Macam dalam cerita seniman bujang lapok..huu

Ni semua nak tunggu giliran masuk tandas rupanya. Huh. Agak dramatik...

Khamis, 17 September 2009

Pilu dalam Gembira

Hujan renyai-renyai..
gurun berbunyi sekali-sekala...
owh.. agak sejuk tengahari tadi di UUM...
uaaaa...

Halamaakk...
baju tak angkat lagi...
lari...larii...larii...
kutip baju..kutip baju...

tapi semuanya dah terlambat...
baju sudah tidak dapat diselamatkan lagi...
Semuanya sudah lenjun...
Macamane nak bawa balik rumah ni...
Malam ni dah nak balik KL...pukul 10.30..
Aduuuhh...

Sabtu, 12 September 2009

Buzz...buzz!!

Busy dengan assignment...

Hampir pecah kepalaku!!

Masih tak dapat menikmati syoknya raya....

Rabu, 9 September 2009

This is my gratitude

"Bro..ada orang nak jumpa.." Zul.
"Kat mana? Siapa? apa hal? bertubi-tubi soalan ku lemparkan.
"Adalah...ada benda nak bincang sikit...pasal 'Rumah Api' " jawab zul.
??

Sampai di tempat yang dituju, aku duduk di suatu sudut. Menunggu siapa orang yang hendak berjumpa dengan aku. Zul pula ke hulu ke hilir seakan-akan gelisah dengan sesuatu. Aku yang masih kebluran terus mendiamkan diri. Melayan handset di tangan. Berdegup kencang juga jantungku. Berfikir tentang sesuatu yang tak pasti..mungkinkah perkara yang tak elok dah berlaku? aku agak resah.

Seketika kemudian aku mendengar bunyi suara orang menyanyi dari suatu tempat, tapi aku tak pasti di mana. Ada orang berlatih koir tengah-tengah malam begini? takkan. Owh..aku dapat dengar dengan jelas

Selaamaattt haaarriii jaadiii...selamaattt haaariiii jaadiii...selaamaattt haariii jaa............

Beberapa orang sedang menyanyikan lagu hari jadi untuk aku dari tingkat dua bangunan. Kemudian mereka menyanyi lagi sambil turun melalui tangga sambil membawa kek yang terpacak 5 batang lilin kecil di atasnya. Aku agak terperanjat. Walaupun aku tahu hari itu adalah hari lahir aku, tapi aku tak sangka mereka akan mengejutkanku sampai begitu.

"Terima kasih semua...terima kasih zul, syeeda, nurul, jaza, lina, ain, huda, dayah, rose, aqbal, joe, shairi, syukor, hafis, wan, dan blablabla..." Aku mengucapkan tanda penghargaanku. Kemudian kami makan-makan sambil berhibur. Alangkah indahnya malam tu. "Pertama kali ia disambut begini" fikir aku dalam hati sambil tersenyum.

Cerita ini adalah cerita semasa harijadi aku yang ke23 pada 8 September.

Mungkin..Tapi...Kerana.. KAMU

Mungkin aku membosankan...
Mungkin juga aku blur..
Mungkin sekali aku tak sempurna..
Mungkin juga aku mengecewakan..
Mungkin pasti aku tak dapat memenuhi apa yang kau benar-benar impikan...

Tapi..aku ingin kau tahu...

Aku tak pernah bosan denganmu...
Aku tak pernah ragu untuk memilikimu...
Aku juga inginkan kamu bagi melengkapkan aku yang tak sempurna...
Aku juga berharap kau tak akan kecewa lagi...
Kerana aku akan cuba menjadi apa yang kau benar-benar impikan...

Kerana kau kasih ini tercipta...

Ahad, 6 September 2009

7Pelangi - Mimpimu (lirik)

7Pelangi - Mimpimu

Selamat tidur kekasih hati
Terbuailah dalam mimpimu
Diiring doa dalam tidurmu
Untuk mu seorang

Malam sepi sunyikan diri
Lenyapkan kisah dalam hatimu
Aku di sini kan menemani 
Hingga akhir nanti

Kadang aku ingat padamu
Mengapa semua ini terjadi
Seakan langit berubah hitam 
Mendung pun menghilang

Dan bila ku tak bisa datang di dalam mimpimu
Jadikanlah bintang itu sebagai diriku
Dan bila ku tak pernah bisa jadi milikmu
Jadikanlah bulan itu sebagai saksiku

Ku takkan tahu
Bukan ku tak mahu
Di dalam hati ini
Ingin diriku selalu bersamamu
Walaupun hanya dimimpimu


Dan bila ku tak bisa datang di dalam mimpimu
Jadikanlah bintang itu sebagai diriku
Dan bila ku tak pernah bisa jadi milikmu
Jadikanlah bulan itu sebagai saksiku

Dan bila ku tak bisa datang di dalam mimpimu
Jadikanlah bintang itu sebagai diriku
Ooooooo...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
(lagu ni khas untukmu)

Ahad, 30 Ogos 2009

Eh! aku tak kenal kau...

Pernah kamu berada dalam situasi begini? seorang kawan yang tak serupa kawan yang tak pernah menunjukkan muka sebagai kawan..tak pernah ada ciri-ciri sebagai kawan dan kemudian datang meminta pertolongan dari kamu atas dasar kawan. Kamu sebagai kawan yang tak dianggap tiba-tiba sahaja dijulang tinggi-tinggi semata-mata kerana mahu kamu membantu mereka sedangkan kamu sedar lakonan mereka pada ketika itu. Meluat? nak termuntah? nak menangis? nak gigit-gigit dia sampai dia tahu apa itu persahabatan? mungkin lebih baik kamu menghilangkan diri dan menukar pengenalan diri kamu sepertimana yang dilakukan oleh Osman Jailani (bukan nama sebenar) dalam filem Ibu Mertuaku supaya dia yang tak tahu malu tadi tak dapat terus merayu-rayan memohon pertolongan kamu dan kemudian kamu dapat terus hidup dengan aman tanpa gangguan darinya lagi. Puasa hati? Mungkin kamu dapat lari dari dia, tapi kamu sebenarnya belum mampu terlepas dari manusia seperti itu.

Resah? gelisah? menyampah? tak ada apa yang nak digusarkan. Kamu tetap perlu berhadapan dengan orang seperti ini. Kamu boleh memberi bantuan, tetapi atas dasar kemanusian. Jangan mudah terpercaya dangan kata-kata darinya kecuali dia benar-benar sudah berubah. Namun lebih baik kamu mengelakkan diri dari manusia seperti ini kerana kamu hanya diperlukan apabila keadaan mendesak sahaja. Lebih ramai lagi manusia diluar sana yang boleh dipercayai daripada kamu terjerumus ke dalam sistem permainan manusia seperti ini.

Err...cerita ibu mertuaku...aku suka... ;0

Sabtu, 29 Ogos 2009

kawan baik sebagai kekasih?

Betul ke best friend tu lagi dari g/b.friend? Betul ke kalau g/b.friend tu adalah bestfriend maka hubungan akan susah nak putus? Ini semua perkara yang subjektif tapi semua orang ada pendapat dan penilaian masing-masing.

Bagi aku, mestilah kalau g/b.friend adalah juga seorang bestfriend maka percintaan itu lebih meyakinkan kerana hubungan itu boleh menjadi semakin kukuh. Perhubungan tu juga dikatakan menjadi semakin menarik dan ceria. Bila g/b.friend tu boleh diajak untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama, boleh bergurau senda dan berbincang seperti seorang kawan dan seorang kekasih, mestilah ia menjadi seronok dan menenangkan. Maksudnya dalam masa yang sama kita boleh mendampinginya sebagai seorang kawan dan juga kekasih.

Kenapa ia lebih baik?
Hubungan antara kawan dan kekasih adalah dua hubungan yang berbeza. Kedua-keduanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, apabila berlaku percintaan dan persahabatan SERENTAK maka kelebihan yang diperoleh pun banyak. Kekasih yang bercinta tanpa ada unsur-unsur berkawan mungkin akan cepat bosan dengan pasangannya. Ini kerana, mereka yang bercinta mungkin akan terlalu menjaga perasaan pasangannya tetapi dia mungkin lupa menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Berterus terang adalah suatu perkara yang mudah dilakukan apabila kita berkawan. 

Jangan salah faham pula yea...ini cuma pendapat peribadi shj.

Title masih belum dicari...

owh...amat letih hari ni. Bulan-bulan puasa tetapi masih melakukan latihan fizikal dalam ko-k tadi. Tapi tak apa..nabi pun pernah berperang dalam bulan puasa. Ini baru sikit...

Tentang ujibakat baru-baru ni, band aku dah berjaya mengambil tempat dalam perhatian pusat budaya Universiti..Waahhh...best2!... Try 2 be the best! "Ini la peluang kami nak mengexposekan muzik kami" kata vokalis band ini yang masih belum diberi nama...chehwahh..
Ada pendapat untuk nama band ni? ;)
Aku tetap berpuas hati masa percubaan hari tu. Walaupun terpaksa melalak ketika berpuasa. Telan air liur sudaa... :0

Ok2...da kira update la ni...hehe..

Rabu, 26 Ogos 2009

Percobaan pertama

Sebagai menebus waktu-waktu yang telah kuluangkan untuknya. Untuk pengorbanan-pengorbanan yang kutaburkan untuk mengecapinya. Penat lelah yang aku lalui selama ini mungkin akan terjawab dinihari ini. Sebuah pentas untuk aku mengembangkan sayapku yang belum pernah terbuka. Akanku lampirkan segala bakat dan kemampuan yang dianugerahkan. Percubaan pertama yang julung-julung kali kutempuh. Semoga kejayaan yang akan kumiliki.

*besok nak pergi ujibakat untuk vokalis di pusat budaya. Doakan kejayaan aku ^_^

Selasa, 25 Ogos 2009

Pengumuman!!

Blog ini masih bernyawa...

Tetapi dalam keadaan yang agak kritikal...

Semoga ada kekuatan untuk terus menulis di sini....

;(

Isnin, 20 Julai 2009

Persepsi yang amat berbeza untuk orang yang juga amat berbeza


Cerita ni aku dapat dari seorang kawan..

"suatu hari, Pak Mat pegi keluar ke bandar bersama isterinya, Mak Minah. Perjalanan mereka mengambil masa yang cukup lama menaiki sampan oleh kerana kampung mereka terletak di pedalaman. Setelah sampai di sebuah pusat membeli-belah, Pak Mat ternampak sebuah cermin kecil sebesar tapak tangan. Oleh kerana dia tidak pernah melihatnya, dia pun membelinya tanpa pengetahuan Mak Minah. Sesampai di rumah, dia pun termenung melihat cermin tersebut setiap hari lalu menyebut "macam.. bapak aku.." mak minah berasa pelik dengan sikap Pak Mat itu lalu curi-curi mengambil cermin tersebut sewaktu Pak Mat pergi ke surau. Setelah melihat cermin tersebut Mak Minah dengan kehairanan pula berkata "PEREMPUAN YANG MACAM INI LAKI AKU MINAT? "


Haha...aku cadangkan supaya laki bini kat atas ni pergi beli cermin besar-besar biar dua-dua boleh tengok sekali. ^_^


Campakkan buku seketika dan kemudian pergi membaling bola itu...



Dah lama tak pergi main boling. Rindunya nak campakkan bola tenpin tu... Ada sesiapa yang sudi nak pergi bermain bersama aku? ^-^

JaNgAn BeRmAiN-MaIn Di dALaM dEwAn KuLiAh TeRuTaMa SeWaKtU PeNsYaRah SeDaNg MenGaJaR.. ^-^

Di suatu pagi yang cerah di dalam dewan kuliah. Tiga sekawan(manusia) duduk bersama di suatu penjuru di dalam dewan tersebut. Pensyarah yang baru sampai memulakan kuliah pada pagi itu. Pelajar-pelajar memberikan respon yang baik terhadap syarahan tersebut termasuklah tiga sekawan(manusia) tadi. 

Tidak berapa lama kemudian, pensyarah tersebut memberikan satu soalan kepada para pelajar. Katanya "zaman sekarang ni produk penjagaan kecantikan untuk lelaki pun sudah banyak di pasaran masa kini, boleh beri sebarang contoh?" tanya pensyarah tersebut bagi membuktikan kebenaran kata-katanya tadi. 

Pelajar di sebelah hadapan menjawab "Biore..." dengan penuh yakin.

Kemudian pelajar lain pula menambah "Nivea puan" juga dengan penuh yakin. 

Tidak mahu mengalah kepada pelajar lain, tiga sekawan tadi membalas pula "Loreal...puan!" Kali ini dengan penuh lantang dan kemudian bergelak ketawa di belakang.

Pensyarah tadi hanya tersenyum melihat telatah mereka bertiga, kemudian berkata " kalau begitu di kuliah yang akan datang saya nak kamu semua bawa contoh produk yang telah disebut tadi terutama yang tiga orang di atas sana tu" Kata pensyarah perempuan itu dengan selamba. 

Huh....

Ahad, 19 Julai 2009

D'Masiv - Di Antara kalian Mp3 Download

Sesiapa yang nak download lagu Di Antara Kalian nyanyian Band Indonesia 'D'Masiv' boleh klik link di bawah.

klik di sini!

Di antara Kalian - D'Masiv



Di antara Kalian - D'Masiv

Ku akui ku sangat sangat menginginkan mu

Namun kusadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Ku akui ku sangat sangat mengharapkan mu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi

Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa siapa untukmu
Ku cintaimu tak berarti bahwa ku harus milikimu slamanya

aaa…aaa…

Ku akui ku sangat menginginkan mu
Tapi kusadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Lagu ni amat bermakna untuk aku buat masa ni...

Kadang-kadang..membiarkan itu lebih menenangkan...

Sabtu, 18 Julai 2009

edisi kesembilan

Sekarang ni aku sedang menjalani sebuah rutin kehidupan yang biasa. Tak mempunyai hati dan perasaan terhadap siapa-siapa. Relax dan santai. Walaupun mungkin banyak pilihan di depan mata..tapi aku memilih untuk terus begini buat masa ini.

Alkisahnya aku nak ceritakan tentang seseorang yang aku baru kenal. Dia sekuliah dengan aku. Terasa macam nak berkawan lebih rapat tetapi bagaikan terdapat jurang antara aku dan dia. Tapi dalam masa yang sama aku rasakan ada chemistery(betul ke ejaan aku ni?) antara kami. Mungkin dia mempunyai sifat keperempuanan yang menarik hati aku. Betulkah?

Tentang itu aku rasa nak dilupakan dulu. Petang ni teman sebilik aku nak keluar. Berdating agaknya. Jadi aku ingat nak pesan sikit kat dia. Hati-hati jaga anak dara orang...haha!
Isnin ni cuti dan aku merancang untuk gunakan cuti yang ada. Mungkin pergi berjalan-jalan menonton wayang. Erm...menonton wayang pada hari cuti Israk Mikraj...tak tak...aku kena tukar rancangan...

Kesimpulannya, mungkin kamu pernah ke kelas dengan memakai glasses...tapi mungkin kamu belum cuba yang ini. Masuk ke dalam dewan kuliah sambil tersenyum ke arah semua orang dan sambil membetul-betulkan wiser kerana anda sedang memakai helmet di dalam kelas. Haha. Ada berani? Mat arih (dengan sebutan orang Terengganu) adalah berani melakukannya...huhu...

Mat Arih(masih dalam sebutan yang sama)...sila jangan saman aku...aku tak ada duit...huhu

Ahad, 12 Julai 2009

Mybrute gempak!

Aku ada menulis tentang tahap kebosanan aku yang agak melampau baru-baru ni. Jadi, aku nak bagitau bagaimana aku mengurangkan tahap kebosanan aku tu di samping dapat menghilangkan sedikit stress.

Mybrute..sejenis permainan online yang aku layan baru-baru ni. Best baa. Game ni tak payah bayar pun kalau nak main...free je.

Dalam game ni, pemain boleh memilih rupabentuk brute mereka dari senarai brute yang disediakan. Walaupun brute yang diberikan tidak terlalu banyak..namun ia masih dapat divariasikan dengan menukar warna kulit, warna rambut dan warna pakaian mereka. Pemilihan jenis kuasa pula adalah secara rawak. Kuasa sesuatu brute itu tidak dapat dipilih oleh pemain.

Apa yang menarik di dalam permainan ini ialah, para pemain tidak perlu mengawal pergerakan brute mereka semasa berlawan. Mereka hanya perlu melihat brute mereka berlawan dengan berdebar sambil mengharapkan kemenangan brute mereka. Walaupun begitu, pemain boleh memilih siapa yang akan berlawan dengan brute mereka. Pemilihan ini merupakan suatu proses yang penting jika inginkan kemenangan brute itu tadi.

Antara perkara lain yang menarik ialah, level brute tadi akan meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan tahap pengalaman mereka. Apabila level sesuatu brute meningkat, ia akan memperoleh senjata-senjata istimewa yang akan digunakan semasa berlawan ataupun mungkin ada yang akan memperoleh binatang peliharaan yang juga dapat membantu semasa berlawan dengan brute yang lain. Ia pasti menarik!

Selain itu, pemain juga boleh merekrut brute bawahan yang dipanggil 'pupil'. Pupil ini juga dapat membantu brute tadi untuk meningkatkat tahap 'experience' brute tersebut. Bukan itu sahaja, brute yang sudah mencapai level sepuluh boleh meluaskan pengaruhnya dengan membina suku mereka yang terdiri dari brute-brute lain yang berminat untuk menyertai suku tersebut. Huhu..

Kalau nak test cubalah masuk sini dan terus menggegarkan dunia mybrute...huhu...

Cepat masuk www.zintz.mybrute.com

Jumaat, 10 Julai 2009

Aku boring baa...

di tengah-tengah kelewatan malam yang sunyi sepi..
aku duduk termanggu-manggu sendirian..
mendengar detikan jarum jam yang statik...
sambil ditemani angin sejuk malam yang berahi sehingga menembusi baju nipisku...
Sesekali datang juga monyet-monyet hutan bertegur sapa seolah-olah begitu mengenaliku...
Sambil melakukan beberapa persembahan gimrama yang tanpa lagu...
Kemudian datang pula Pak2 Arab ingin bersembang sambil mempelajari bahasa Malaysia..
Jadi..aku tanpa segan silu bercakap dengan bahasa inggeris pelat melayuku...
Apa aku nak kisah..
Kemudian kami bersembang dari perihal dunia sehingga ke sesuatu yang aku tak pasti...kerana aku tak berapa faham sebutan inggeris pelat arabnya...
Aduh...sungguh aku buntu...kerana terpaksa melayan kerenahnya..
Yang sebenarnya cuma aku inginkan sebuah suasana malam yang...

Khamis, 9 Julai 2009

Aku sedang mencari jalan untuk sesuatu permasalahan...

Hampir setiap malam aku bermundar mandir kekeliruan...
Entah apa yang dicari...aku tak pasti..
Kadang-kadang aku melantak maggi dengan tiba-tiba...walaupun kenyang...
kadang-kadang aku menelefon..tapi hanya untuk mendengar baki kredit...
bosan...hampir nak pecah kepalaku...
Jadi aku ambil gitar untuk memekak seorang diri..agar hilang resah di hati..
Tapi aku masih kaku...dengan sesuatu yang aku belum pasti...
Atau aku hanya berpura-pura untuk tidak memahaminya...
Supaya orang lain dapat melihat aku yang kelihatan tenang...
walaupun di dalamnya masih bergelora...
huuuuuhhhh....
Aku masih tak tahu cara untuk selesaikannya...
Atau aku sendiri cuba mengelak dari memikirkannya...

Selasa, 7 Julai 2009

tiba-tiba je...

Hari ni aku pagi-pagi lagi dah online...kalau sebelum-sebelum ni aku cuma online bila hari dah petang ataupun tengah larut malam. Disebabkan sekarang aku bekerja parttime di sebuah makmal komputer, jadi aku boleh menerejah komputer di lab dalam waktu aku bekerja. hahaha... Aku juga tak perlu kesana kemari berlari-lari anak macam orang tak cukup akal semata-mata untuk mencari pancaran wireless yang hampir aku keciwa keranananya.
Owh...aku telah meninggalkan sini terlalu lama dan tiba-tiba aku muncul kembali.

sentuhan

Siapalah aku untuk menyentuh hatimu...
Tiada apa yang aku miliki yang mampu untuk menyentuh hatimu...walaupun sedikit...
Aku juga tak mampu mengikut apa saja kemahuanmu..kerana aku tidak setandingmu...aku terlalu jauh dan lemah untuk kamu...
Hatiku juga selalu berkata supaya mendekatimu...
Tapi aku tak mampu...
Siapalah aku dihatimu jika ingin dibandingkan dengan beribu-ribu insan di sisimu...
Aku terlalu jauh darimu....
Walaupun aku tahu itu...aku masih menunggu kamu..
Bersama harapan yang kadang pudar dan lelah..
Supaya aku dapat menenangkan ribut di hatiku...yang tak pernah reda sejak dari tika itu...
Sejak yang aku tak pasti bila...dan sejak yang aku tak yakin untuk menerimanya...
Semoga hati ini akan terus berasakan kehadiranmu itu...yang selalu menyenangkan...
dan juga akan terus tenang begitu...
Kerana aku tahu...aku bukan sesiapa di hatimu...

Sejenak muncul pelangi...

Bila aku lihat pelangi...aku hepi..
Hepi atas keindahan yang muncul di segenap penjuru selepas awan mendung berlalu...
Tapi kegembiraan itu muncul hanya seketika kerana keindahan yang muncul itu hanya sejenak....
Namun disebalik kesingkatan itu aku masih mampu tersenyum walaupun aku tahu ia wujud hanya seketika...
Kemudian apabila titisan air terakhir hilang...lenyap luput sudah warna-warni itu... 
Dari situ dapat juga aku bayangkan bagaimana keindahan alam ini jika tidak dihayati dengan sepenuh hati...ia mungkin akan mengalami perkara yang serupa seperti pelangi tadi...
Hilang...tanpa meninggalkan kesan...pada suatu tempat yang sepatutnya terkesan dengan semua ini...
hati...

kerana sesuatu...

hidup tak semudah yang disangka...
Bukan semua apa yang kita inginkan, akan kita peroleh...
Jika kita beroleh sesuatu....mungkin kita akan kehilangan sesuatu...
walaupun kadang-kadang ia nampak cool...tapi mungkin sebenarnya ia masih lemah...dari sudut pandangan yang lain...
akupun sudah letih menunggu...menunggu sesuatu yang belum pernah aku miliki...
mugkin aku terlalu bodoh untuk menerima semuanya...
kerana aku sendiri tak pasti apa yang aku benar-benar inginkan dari apa yang aku sendiri ingin fikirkan..
Mungkin juga aku terlalu jujur dalam sesuatu hal...dan mungkin juga aku terlalu berahsia...
kadang-kadang aku selalu berfikir tentang itu...tentang sesuatu yang mengelirukan ini...
sumpah aku bosan....

Khamis, 7 Mei 2009

Dah dua tahun pun...

Rasa nak gumbira tu ada tapi semacam tak kena. Rasa sedih pun ada. Nak terharu tu sebab apa pulak. Tadi dengan tak semena-mena aku terasa nak pinjam handphone sorang perempuan ni. Bukan nak buat apa pun, aku cuma nak tengok setting motorola L7 untuk hantar MMS. Walaupun dia punya adalah L6, tapi aku rasa mungkin sama je settingnya. 

Setelah aku membuat beberapa peniruan maklumat dan memindahkannya ke dalam handphone aku dan seterusnya dicuba dengan wajah yang penuh harapan dan debaran....Handphone aku dah boleh hantar MMS! yay..yay.. Betapa gumbiranya aku...cuma aku tak menjerit kegembiraan sambil berlari mengelilingi blok sambil membawa sepanduk "AKU DAH BOLEH HANTAR MMS"...haha. 

kalau nak dikira, dah hampir dua tahun aku guna henfon tu tanpa menghantar sebarang MMS. Boring kan.. Orang lain sedap-sedap boleh hantar macam-macam gambar dan tersenyum gembira kemudian..tapi aku hanya boleh bermuram apabila gambar yang selalu aku cuba hantar hanya memberi isyarat gagal. Aku ingat lepas ni nak beli handphone lain je. Tapi aku rasa tak perlu sebab lepas ni aku boleh sedap-sedap hantar macam-macam gambar dan tersenyum kemudian tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos besar.

Mungkin baru sekarang aku berasa puas hati dengan Ah Moi tauke kedai tempat aku beli henfon ni dulu... huhu...

Absolutely boyfriend : ulasan aku


Baru-baru ni aku ada tengok satu drama Jepun ni. Tajuk dia Absolutely Boyfriend. Cerita tentang seorang perempuan yang mencari-cari pasangan, tapi tak ada satu pun yang kekal lama. Akhirnya, ada suatu hari tu, datang seorang lelaki dari syarikat ape entah suruh dia isi borang lebih kurang macam borang kaji soal selidik tentang ciri-ciri lelaki idaman perempuan tu. Mula-mula perempuan tu tak berminat, tapi lepas dipujuk baru dia setuju…dengan tandatangan persetujuan lagi.

Beberapa hari lepas tu, pada suatu pagi yang agak “cerah”, sebuah bungkusan kotak besar telah dihantar ke rumah perempuan ni. Dia yang berasa pelik dengan kedatangan bungkusan tu pun membuka bungkusan tadi tu. Bila dia buka je, terkejut besar la perempuan tu sebab benda yang berada kat dalam kotak tu adalah seorang manusia! Tapi bila dia selidik balik, baru dia tau yang manusia tu sebenarnya robot yang dihantar dari syarikat yang buat soal selidik tu sebelum ni. Robot tu kononnya dikatakan robot cinta yang dikatakan akan mendedikasikan cinta kepada orang yang memiliki robot tu. Haha…pelikkan…

Bermula dari sini la cerita ni jadi bertambah menarik. Perempuan tu , walaupun dia ada isi borang soal selidik tu..tapi dia langsung tak suka kat robot tu langsung. Sebab bagi dia, robot tu hanya robot, tak ada perasaan pun dan cuma bertindak mengikut program yang ada padanya. Bagaimana pun, robot tu, seperti yang telah diprogramkan, terus cuba untuk mencuri hati perempuan ni tadi. Dipendekkan cerita, perempuan ni tadi dah jatuh hati dengan bos dengan tempat dia bekerja sebab bos dia tu banyak tolong dia untuk membantu dia mengejar cita-cita menjadi seorang pembuat snek yang berjaya.

Suatu hari, akibat suatu insiden, robot tu telah memecahkan dinding robotiknya dan memiliki perasaan sama seperti manusia malah dia turut mencintai perempuan tadi dengan setulus hati. Jiwang jugak robot ni..hoho... Masalah bertambah rumit apabila berlaku tarik menarik cinta antara si bos dengan robot tu tadi bagi memperoleh cinta perempuan yang semakin keliru tu.

Lepas tu, ada beberapa masalah yang tak dijangka timbul..namun semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya.Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku…tapi aku tak nak cerita panjang-panjang.. kalau nak puas hati boleh tengok sendiri cerita ni. Bagi aku, cerita ni memang best. Juga agak soft..jadi, bagi sesiapa yang berjiwa rock setiap masa harap berhati-hati..hehe..

Ending cerita ni memang agak menyedihkan tapi aku setuju dengan endingnya sebab mungkin tu je la jalan yang terbaik untuk diorang semua.

Lagi satu, cerita ni sebenarnya diadaptasi dari sebuah manga Jepun yang aku tak pasti apa tajuknya. Aku rasa memang banyak drama dan cerita Jepun yang didaptasi dari manga. Setuju?

gumbiranya aku...

Exam dah habis... aku dah tak payah study lagi....

Yay...yay.. (sambil berlari keriangan dan tersenyum gembira)..

huh...anak siapa ni? 

Masih ada berapa hari?

Masuk pagi ni, dah tiga hari exam berlalu. Student pun dah ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Tapi tak kurang juga yang masih tinggal kerana masih perlu menghadapi peperiksaan dan ada juga menetapkan untuk terus menunggu sehingga hari e-comm tiba termasuklah aku. Walaupun begitu, aku tidak menunggu kosong kerana 8 hingga 10 Mei ini, aku akan pergi ke sebuah perkampungan di Kedah untuk memenuhi jadual kelab PROSTAR Universiti sebagai salah seorang peserta Projek Khidmat Masyarakat bercirikan keluarga angkat. Projek tu nanti akan disertai oleh lebih kurang 40 orang pelajar dan diiringi oleh beberapa kakitangan dari kelab PROSTAR. Lebih kurang macam tu la bunyinya. 

KAmu tau apa tu PROSTAR? PROSTAR ni sebenarnya sebuah kelab yang ditubuhkan bawah KKM yang bertujuan memupuk hidup yang sihat tanpa dadah. Kamu tau apa itu hidup yang sihat? Hidup yang sihat itu adalah blablablablablabal dan bla... (???). Tema yang dibawa ialah 'Dari Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Sebenarnya aku tak berapa pasti mengapa remaja sebab aku tengok ramai juga yang bukan remaja. 

Dipendekkan cerita..aku tak kebosanan menghitung hari untuk E-Comm dan seterusnya pulang ke rumah... ;-)

Sabtu, 2 Mei 2009

24 hours non stop

Selama beberapa hari ni, aku selalu membiarkan laptop aku berjaga sewaktu aku tidur. Bukan dia boleh buat apa pun kalau pencuri masuk. Kalau setakat menjerit bila ada orang datang nak culik dia pun dah cukup bagus. Tapi aku selalu buat begitu sebab kononnya aku nak study untuk exam nanti, tapi setiap kali aku buka dan baca, mata aku akan menjadi kuyu secara outomatik dalam beberapa ketika. KAlau aku tengok movie tak ada pula macam tu. Lagi satu sebab, kononnya aku nak sambung baca bila aku tersedar pada bila-bila masa waktu aku tengah tidur..dan aku telah berjaya melakukan itu..aku telah berjaya membuka mata dan melihat aku dah baca sampai mana dan terus sambung tidur tanpa memikirkan apa-apa tentang exam. HEbat bukan...haha!

Aku nak tutup laptop dulu...mungkin dia dah cukup panas untuk manusia kalau nak maki aku...  hehe

Tak keruan

Lagi dua hari aku kena mengadap paper statistik yang membuatkan aku tak keruan beberapa hari ni. Subjek yang bila aku dalam kelas, aku akan sibuk mendownload lagu-lagu baru, tengok friendster atau facebook, update blog*, makan, bersembang, tidur dengan nyenyak dan sebagainya. Sekarang... perasaan tak tenang itu semakin membuak-buak apabila masa exam dah hampir dan aku pula semakin sibuk menonton movie dari malam sampai pagi, pegi jamming di siang-siang hari, tidur dengan nyenyak di pagi-pagi hari, pegi latihan untuk MASUM di petang-petang hari. 

JAdi, bilakah masanya aku dapat membuka buku untuk sekadar menghilangkan resah di hati...huuhuu...

Kalaulah dalam exam nanti dibenarkan tukar dengan orang lain.. 

Selasa, 28 April 2009

kes terbaru

Petang tadi selesai menjawab kertas exam pengantar pengurusan. Bila habis sahaja exam, terus aku rasa lapang je fikiran. Tak payah nak penat-penat perah otak macam nak gila. Paper tadi walaupun sepatutnya dalam kategori paper yang senang, tapi aku macam nak menangis je jawab tadi. Huuu...

Beberapa malam sebelum ni aku memang dah tak lena tidur dah. Study tahap gila gaban semata-mata nak prepare untuk jawab exam tadi. Yang aku rasa pelik dan hairan.. malam-malam sebelumnya bukan main susah lagi nak study untuk habiskan satu bab.. tapi bila masuk je malam yang terakhir yakni malam sebelum exam..terus laju je aku baca semua bab-bab yang ada tu. Rasa ringan je kaki dengan tangan aku menyelak-nyelak slide show yang sedia ada. Kalau kamu datang tegur aku tanpa membawa sebarang bentuk makanan ringan atau air yang best-best.. mesti dah kena maki dengan aku...hehe...

Lagi satu perangai aku yang aku rasa agak pelik. Setiap kali pergi exam, mesti aku bawa segala apa bahan-bahan bacaan mahupun rujukan yang aku ada..tapi jarang sekali aku nak buka dan baca. Yang aku tau, aku rasa macam steady je bila bawa rujukan-rujukan tu semua. Entah apa yangaku fikir pun aku tak tau la.. Tapi takpe...yang penting exam tadi dah selesai..tinggal satu paper je lagi aku nak kena mengadap..huishh...

Selasa, 21 April 2009

hasrat aku

Sekarang ni aku sibuk menyelesaikan hal-hal berkenaan projek PROSTAR universiti. Jadi agak tidak keterlaluan jika aku kata yang aku memang selalu sibuk dan letih. Aku harap projek yang akan dijalankan nanti berjaya dan pengorbanan aku tak sia-sia. Adapun aku sebenarnya masih ada masa untuk menonton movie atau drama yang memang aku nak tengok. Entah dari mana aku ada masa untuk itu pun aku tak tahu. Mungkin berlaku kecurian masa dari masa-masa yang aku ada... 

Tapi agak rugi  aku rasakan kerana aku tak dapat nak ceritakan tentang apa yang kau jalani setiap hari dengan lebih teliti. Mungkin kamu tak ingin tahu... tapi aku dapat rasakan, aku sendiri yang ingin tahu tentang perkara itu. Mungkin satu hari nanti...bila masa hari ini telah menjadi suatu yang hanya dapat dikenang.

Atas sebab itu, aku berhasrat untuk terus berusaha menulis walau sesibuk manapun aku..sebab aku tahu hari ini mungkin tak akan sama seperti hari esok...

Terlalu banyak

Terlalu banyak untuk diceritakan sehingga tiada apa yang dapat ditulis... aku selalu begini. Cerita ada tetapi hampir kesemuanya aku biarkan berlalu pergi tanpa aku lakarkan di sini. 

Ahad, 12 April 2009

kumbang kaler biru itu..

Kumbang kaler biru itu…aku ternampaknya sewaktu ia sedang melepak dihadapan pintu manusia sewaktu aku keluar dari tandas. Aku tersenyum memandangnya..tapi dia langsung tidak mengendahkan aku. Huh..sombong. Lalu aku berlalu pergi meninggalkannya. Apa lagi yang aku dapat kalau aku menunggu lagi di situ. Aku pun berlalu pergi dengan segera…tapi.. kemudian aku berpatah balik dengan suatu niat. Aku lantas mengeluarkan telefon bimbit merahku dan menekan-nekan punat yang ada untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Mungkin boleh dijadikan bukti perkenalan aku dengannya..















gambar dipetik dari aku sendiri   ;-)

Rabu, 1 April 2009

Soundtrack hidup



Muzik itu seolah seiring dengan jiwa. Aku selalu memainkan lagu mengikut mood dan jiwa. Kadang-kadang aku rasa macam lagu yang aku mainkan tu bukannya datang dari earphone, tapi ia seolah-olah terngiang-ngiang di udara mengikut suasana dan keadaaan. Kamu pernah bayangkan atau fikirkan seperti itu? Jika ada, kamu mungkin seperti aku. Meminati muzik... Kamu selalu mencarinya bila ia tidak muncul kedengaran di telinga kamu. 

Aneh? Aku selalu berfikir jika hidup kita ini dipenuhi dengan rentak-rentak dan irama lagu merdu yang mengiringi hampir setiap ruang hidup dan mengikut keadaan.  Ia bagaikan inspirasi untuk jiwa aku. Kadang-kadang ia merangsang… ia juga selalu jadi peneman. Bukannya aku memuja muzik. Tapi aku menganggapnya seperti udara..seperti dedaun berterbangan yang menambahkan lagi rencah hidup yang mungkin kadang-kadang kita tak menghargai apa yang ada padanya. Kalau kita tengok filem-filem dan drama, bukankah ada lagu untuk latar belakang beberapa keadaan? Jadi bila aku mendengar lagu, aku menganggapnya sebagai latarbunyi atau pun soundtrack untuk aku. Walaupun mungkin orang lain tak dengar.. biarlah aku sendiri yang merasainya. Tapi lagi menarik bagi aku jika orang yang bersama dengan aku dan berada dalam situasi dan perasaan yang sama dengan aku juga mendengar dan merasai muzik yang sama. Menarik bukan? Atau mungkin lebih menarik lagi jika muzik itu dikawal oleh kita untuk memberi rangsangan. Maksudnya, jika kita berada di dalam kekecewaan atas sesuatu kegagalan, kita dapat mendengar lagu yang memberi kelegaan dan semangat.

Agak panjang rasanya jika aku nak bercerita tentangnya. Aku pasti mungkin ada di antara 

kamu yang bersetuju dengan aku. Sewaktu aku menulis ini..aku juga sedang memainkan beberapa lagu untuk menghidupkan suasana. 


Sape nak tolong menyanyi? ;-)


Khamis, 26 Mac 2009

Jom main tembak-tembak...

best apa main tembak-tembak. Bukan tembak-tembak yang tu. Bukan yang pakai pistol dengan peluru tu. Tembak-tembak ni lagi best. Caranya senang je..ikut je cara dibawah ni:

  1. Sediakan Yahoo Messenger (YM) di komputer anda..
  2. DAftar dulu akaun YM kalau tak ada akaun YM lagi
  3. Bila dah daftar tu..add la seberapa rakan-rakan yang ada.. 
  4. Apabila semua dah cukup, bermulalah masa untuk anda berperang
  5. Apalagi.. online la dulu (pastikan anda mempunyai rangkaian internet yang cukup)
  6. kemudian buka setiap link dengan rakan-rakan anda tersebut (pastikan diorang tu sporting beb)
  7. masa untuk tembak-menembak dah bermula.. 
  8. masuk ke arena audible yang anda ingin guna kepada rakan anda itu..
  9. kemudian tekan audible yang dikehendaki sebanyak mungkin yang anda mahu.. dan tutup link tersebut dengan serta merta 
  10. urusan menembak dah selesai...kini tinggal rakan anda itu untuk membalas tembakan anda sahaja..haha
  11. Aku dah banyak kali cuba...jangan takut..tiada kecederaan yang pernah berlaku..cuma mungkin jari-jemari anda akan termelecet sedikit...
Menarik? cubalah..huhu

Makhluk Asing Sudah Mendarat DI bumi..HAHAHA!!

Seorang pelajar telah menemukan penemuan baru di bilik beliau semasa beliau sedang berehat sambil makan makan keropok lekor. Penemuan yang dikatakan agak terbaru itu kini sedang di dalam kajian para-para penyelidik amateur yang terdiri dari rakan-rakan terdekat beliau. Walaupun telah banyak anggapan dilakukan terhadap penemuan itu, namun kata sepakat antara mereka masih belum dapat ditentukan. Akhirnya, akibat terlalu tertekan dengan sikap-sikap para pengkaji tersebut, makhluk asing itu akhirnya menghilangkan diri di suatu tempat yang tidak dapat dikesan. Walaupun begitu, mereka sempat menangkap gambar makhluk itu ketika ia sedang berehat.






Makhluk apa ni...? 

Selasa, 10 Mac 2009

IRONInya

Macam ni la bila dah sibuk sangat... masa tidur pun dan tak tentu arah... tidur lambat.. pastu bangun nak kena awal (tapi selalu terlajak je..heh) buka mata je nak kena fikir tentang kerja yang belum disiapkan lagi.. masa untuk diri sendiri pun dah tak banyak.

 Tapi sebenarnya aku tak kisah tentang tu... tapi aku lebih kisah kalau orang dah janji nak bagi bila kita selesaikan kerja tapi janji tu hanya janji kosong..janji tinggal janji... Bukannya aku nak kata aku bekerja semata-mata kerana itu, tapi bagi aku itu adalah perkara penting. Perkara seperti 'SIRA' dan Sijil sebenarnya penting bagi aku kerana aku rasa aku layak dapat bila aku dah buat dengan baik. Mereka yang dah berjanji untuk beri Sijil atau Sira atau merit ni perlulah selesaikan tanggungjawab tersebut dan bukannya menggunakannya sebagai tarikan untuk pelajar mengikuti sesuatu program anjuran mereka tu. Aku kata penting kerana sijil atau sira yang kita dapat tu nanti boleh dijadikan bukti tentang penglibatan terhadap universiti sewaktu memohon kerja nanti. Jadi, kalau sijil dengan sira tak diberi, apa lagi yang boleh dijadikan bukti. Pihak organisasi tempat kita memohon kerja nanti bukannya tahu tahap kepimpinan, kecekapan, dan keaktifan kita. Mereka cuma bergantung kepada sijil-sijil yang kita bawa untuk temuduga nanti selain penampilan kita yang akan diuji. Lebih-lebih lagi semasa tapisan awal permohonan kerja. Selain pointer yang baik, tahap penglibatan juga diambil kira. Ini kerana di dalam arena pekerjaan, softskill adalah suatu kelebihan yang dapat membantu nanti. Katakanlah kamu menjadi seorang Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah syarikat dan kamu telah diarah untuk mengendalikan sebuah ceramah mengenai teknologi maklumat. Kamu mungkin tidak mengambil subjek yang berkenaan mengurus sebuah majlis atau menjadi penceramah, tapi kamu mampu lakukannya mungkin kerana dahulu sewaktu kamu belajar, kamu pernah menyertai program yang bersifat sedemikian dan kamu tidak kekok untuk melakukannya malah mungkin kamu akan dipuji kerana prestasi yang membanggakan. Maka, pada waktu itu kamu akan nampak di mana gunanya apa yang kamu pernah praktikkan sewaktu kamu belajar dahulu. 

Aku mengatakan sedemikian kerana sebelum aku belajar di sini, aku juga pernah bekerja sebagai kakitangan sambilan kerajaan. Sewaktu ditemuduga dahulu, penemuduga menekankan tentang tahap penglibatan aku di sekolah. Jadi, itu membuatkan aku faham tentang pentingnya sijil-sijil tersebut. Ini bukan bermakna pencapaian akademik tidak penting. Pencapaian akademik amat penting sebagai tiket untuk melepasi tapisan awal pemilihan untuk ditemuduga. Jika kita mempunyai sijil yang tinggi menggunung pun, tapi kalau kita gagal di dalam di dalam akademik, bagaimana untuk kita dipanggil menghadiri temuduga? Perkara seperti ini juga aku telah lihat di kalangan sesetengah pelajar yang hanya sibuk dengan program-program pelajar tetapi kurang menekankan tentang pelajaran dan akademik. Bukankah tujuan utama kita ke universiti adalah untuk belajar dan memperoleh gred yang baik? mengapa perlu terlalu mementingkan perkara lain sehingga pelajaran terjejas? Maksud aku di sini ialah kita perlu membahagikan komitmen kita dengan baik samada terhadap pelajaran mahupun terhadap aktiviti pelajar.

Pernah tak kamu dengar tentang pepatah yang berbunyi " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", ap yang disibukkan tidak mendatangkan hasil tetapi yang sebenarnya perlu dijaga habis bercelaru. Jangan juga jadi seperti Pak Pandir, "mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan". Janganlah terlalu cepat melatah. Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Fikir tentang buruk baik yang mungkin akan kita peroleh kerana orang yang berjaya itu  adalah orang yang berfikir.


*p/s : mungkin hari ni aku terlalu serius..hehe

Rabu, 4 Mac 2009

Perlu selalu positif

Di sebalik awan itu aku terpaku, selalu.. ragu…

Aku mencari dimanakah ia jalan keluar yang tidak ku temui…

Inginku pergi dan terus menuju ke hadapan tanpa halangan yang menerpa keluar..

Walaupun aku sudah menggunakan semua kekuatan yang ada…

Bersama seribu teknik dan strategi…

Aku masih ketinggalan…

Hingga akhirnya aku kecewa akibat kekalahan aku itu…

Namun.. akhirnya aku berfikir lagi…

Tapi kali ini dengan penuh simbol-simbol ‘campur’  yang mengiringi…

Ku hempaskan ke tepi simbol-simbol ‘sengkang’ yang selalunya mengekangku..

Akhirnya aku nampak bintang yang tersenyum padaku…

Aku perhatikan matahari yang berusaha membantuku..

Juga bulan itu…yang selalu menemani…

Rupa-rupanya hujan juga cuba mententeramkan keadaan yang terik..

Bukankah itu amat jelas…

Walaupun tidak dapat menjejak tanah..

Tapi aku dapat menerjah awan… 

Ahad, 1 Mac 2009

buat masa ini...

Harap maaf ...

Buat masa ini mungkin tiada lagi post baru...

Aku sedang sibuk menyiapkan setimbunan tugasan dalam masa sepantas mungkin ...

suremasen!

Sabtu, 21 Februari 2009

Kalau aku tahu dari awal...

Malam ni tak tau nak buat apa.. mata pun belum mengantuk lagi.Akhirnya aku telah mendownload beberapa cerita anime shin chan. Agak banyak.. sebab aku memang minat anime ni. Lebih-lebih lagi kalau didatangi waktu-waktu yang membosankan. Selalu masa ada kat rumah, aku jarang "miss" untuk menonton ini wayang. Best tu.. budak tadika tapi berlagak macam orang dewasa.. heh

Suasana tempat beronline yang sensasi agak meriah malam ini. Tak macam hari-hari lain.. memang..besok hari cuti sebab tu ramai. Tapi kalau hari biasa, waktu-waktu macam ni memang agak lengang.. kadang-kadang cuma ada beberapa pelayar internet tegar yang duduk di suatu-suatu sudut yang tertentu. Lengang... Bila disebut tentang suasana lengang ni, ada satu peristiwa yang aku agak sukar nak lupa yang pernah terjadi pada aku di sini pada waktu-waktu yang lengang. Ada sekali tu, masa aku sedang syok melayari internet lebih kurang dalam pukul dua pagi seingat aku. Aku terasa hendak ke tandas untuk membuang air.. Masa tu aku dengan dengan seorang kawan dan beberapa orang lain di situ tapi aku ke tandas seorang diri. Tandas tu terletak agak jauh dari tempat wireless.. suasana pun agak sunyi sepi. Angin malam yang meniup-niup lembut menjadikan suasana malam agak sinikal dan mendinginkan.

Aku tak peduli semua tu..yang penting hajat aku tercapai. Aku bergegas masuk ke tandas tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Ada beberapa tandas di situ.. dan aku telah memasuki tandas yang kedua.  Apabila aku hendak masuk ke tandas, aku tersentak oleh suatu bunyi dan tiba-tiba lampu menyala dengan sendirinya. Sebelum tu suasana agak suram kerana hanya beberapa lampu sahaja yang terpasang. Tersentap jantung aku masa tu. Kalau ikutkan hati nak je aku lari keluar..tapi aku tenangkan je hati. "Buat tak tau je" bisik aku dalam hati yang agak berdebar dan suspen. Masa tu pula aku teringat cerita Joe.. dia cakap dia dah kena "usik" macam tu juga dan di tandas yang sama. Lagi berdebar la jantung aku masa tu. Aku tak nak fikir banyak-banyak..apabila dah selesai, aku jalan keluar dengan agak selamba supaya tak nampak kecut. Orang kata kalau kena kacau buat macam biasa je.. sebab benda macam ni lagi suka kalau orang yang kena ganggu tu lemah semangat. 

Lepas aku keluar dari tandas tu, aku langsung tak cerita kat siapa-siapa. Biar aku sorang je tahu. Hal tu aku rahsiakan sampai la pada suatu hari.. masa tu aku ada dekat dewan kuliah. Ada aktiviti masa hari cuti. Kali ni pun aku nak masuk ke tandas juga. Dipendekkan cerita, masa aku nak masuk tandas tu, hal yang sama berlaku sama seperti yang aku cerita tadi..lampu telah menyala dengan sendirinya. Kali ni aku tak berapa nak suspen sebab waktu tu hari masih siang. Orang pun ramai kat luar. Aku buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Selamba je orang kata..tapi masa aku sedang cuci tangan sambil menghadap ke cermin muka dalam tandas tu, aku terpandang suatu objek berwarna putih tergantung dekat atas pintu masuk tandas. Aku tidak mengalihkan pandangan dan terus memerhatikan benda tu. Di belakangnya ada sedikit warna hitam dan betul-betul tergantung di dinding. Apabila aku perhatikan betul-betul, baru aku tahu..rupa-rupanya benda tu adalah "detector" yang digunakan untuk mengesan kedatangan manusia mahupun sebarang objek yang masuk ke tandas dan lampu akan menyala secara outomatik apabila ada objek dikesan masuk. Ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik. "Ceh!.. ini rupanya" marah aku dalam hati.. 

haha...aku ketawa sendiri. Mana taknya..selama ni aku suspen tak bertempat. Mana la aku tau U ada pasang benda macam tu. Lain kali info la dulu.. takde sampai jadi macam ni. Mungkin juga ramai yang dah tahu tapi aku yakin Joe masih tak tau pasal benda tu. Aku pun tak nak bagitau dia. Biar dia sendiri simpan kenangan tu.. huhu.. 

Inilah akibatnya tak mengambil tau tentang perkembangan terbaru.. 

Rabu, 18 Februari 2009

PES2009

Kamu peminat bolasepak? suka main game bolasepak? Aku bukanlah dari jenis yang terlalu teruja untuk semua itu, tapi  seronok juga sekali-sekala dapat luangkan masa main game ni. 

BAru-baru ni, aku ada install game PES 2009. Agak menarik tapi sukar dikawal. Tak sama macam FIFA ataupun EURO yang mana game ni mudah dikawal walaupun pada peringkat world class. Mula-mula main pada peringkat amateur pun dah agak susah bagi aku. Memang aku tak pandai main, sebab aku bukannya 'kaki' game bola macam sesetengah kawan-kawan aku. Aku main bila aku rasa nak main dan berhenti bila dah mula rasa bosan. Tapi lagi seronok bila main dengan kawan-kawan walaupun aku selalu kalah..haha..

JAdi, kesimpulannya..ini la yang aku ada untuk mengisi masa bosan kat bilik... kamu ada cadangan lain? 

Makin membeku...

Aku rasa aku kena keluar dari sini... duduk kat dalam tak keluar-keluar...
hari-hari nampak benda yang sama..
makan benda yang sama...
buat perkara yang sama...
hari-hari... 
otak aku pun macam tak berkembang...
huhu...

aku mesti keluar...

Isnin, 16 Februari 2009

Mudah, Senang dan Banyak Untung!

Malam ni aku kena menghadiri satu sesi integrasi bawah pusat sukan. Semua yang berkenaan diwajibkan pergi.. kedatangan adalah 15% bagi markah ko-kurikulum... jadi ada berani ke tak datang? huhu...

Mengikut beberapa perkhabaran lagi, semasa sesi ini kami perlu pergi ke padang pusat sukan di mana tempat sambutan jubli perak U disambut. Jadi, aku terfikir.. adakah kerana nak memudahkan urusan integrasi ataupun untuk memeriahkan sambutan jubli perak tu nanti? Aku rasa kalau nak kata dua-dua pun betul jugak. 

Lepas ni boleh tukar moto kepada Mudah, Senang dan Banyak Untung...

haha... 

Lawak je...

Ahad, 15 Februari 2009

sebuah keupdatetan...

Baru-baru ni agak malas nak menulis. Entah apa alasan pun aku tak tau. Aku ni sebenarnya sebenarnya banyak jgak nak bercerita, tapi aku selalu tak tau nak mula dari mana...huu

Sebelum ni pun aku dah bagitau yang aku agak sibuk, tapi sekarang dah agak ok. Cuti dua hari sebelum ni aku gunakan dengan sebaik mungkin untuk berehat..dengan kata lain tido dengan secukupnya...haha

Pagi tadi aku boleh terlambat untuk pegi kelas. Camne la jam henfon aku boleh tak berbunyi pulak..tapi aku rasa memang ada berbunyi..cuma aku je yang tak dengar...tidur mati agaknya...huhu.. Jadi dengan selambanya aku telah masuk ke dewan kuliah dengan wajah yang selamba memandang kesemua audience yang juga memandang aku dengan wajah separuh teruja...haha...

Di sebabkan aku dah tiada mood nak belajar...masa dalam kelas statistik bukannya aku dengar pun apa yang lect cakap kat depan.. siap boleh download lagu lagi... satu tindakan yang agak drastik dari aku..huuu..apa la nak jadi..mak hantar pegi U untuk blajar... bukannya suruh download lagu banyak-banyak..  apa nak jadi ni...

(aku berfikir sambil menggaru kepala yang tak gatal)

Sabtu, 7 Februari 2009

Tolong tunda ke tarikh yang sesuai jika ingin bertemujanji dengan aku...

Heh...!
hehe... jangan kamu keliru dengan tajuk di atas.. 
huhu...

Sebenarnya aku agak sibuk kebelakangan ni. Kamu tentu bosan dengan perkataan sibuk yang selalu digunakan di sini..ok... aku tukar... aku agak kekurangan masa lapang lapang... deal? 

Banyak aktiviti baru-baru ni. Seperti assignment yang sudah mula mengerumuni aku... latihan silat yang semakin mengganas. Program fasilitator yang baru aku join. Persembahan jarak dekat yang masih belum aku berlatih dan beberapa aktiviti lain lagi yang mungkin tak perlu aku tulis di sini.

Aku juga perhatikan terdapat beberapa pembaca blog yang cuba untuk melihat perkembangan terbaru yang ditulis di sini. Aku ucapkan terima kasih. Aku harap kamu boleh terus memberi sokongan kepada aku walaupun hanya beberapa sahaja yang ada.

;)

Rabu, 4 Februari 2009

Mari bersama aktifkan minda sedar dan bertanya kenapa...

Kadang-kadang ia menerujakan jiwa...
Tapi aku tak pasti kenapa...
Adakala ia menerjah minda dan tenaga...
Namun aku masih bisa menerima...
SAat aku kesunyian..ia selalu menjadi peneman..walaupun bukan yang aku harapkan...
Seperti kamu yang kebingungan...aku masih mencari jawapan...
Juga disampingkan bersama keserabutan melampau yang masih tidak mengosongkan jalan...
Curam...
Aku kini perlu memastikan...antara jalan keluar dengan pusat kesimpulan...
Yang kamu juga sedang lakukan...
Bersama sebilah pedang pemotong jalan...
Aku selalu ingin bertanya...lalu aku berfikir...



Kenapa la banyak sangat assignment ni...
Huhh...

Ahad, 1 Februari 2009

masih di permulaan..

LAtihan mesti diteruskan... 
berat badan perlu diturunkan...
 fitness perlu dicari..
 stamina perlu dimantainkan.. 
serangan perlu dimantapkan...
Mental perlu kuat...

Kerana perjuangan ini masih panjang.. 

Khamis, 29 Januari 2009

Gambate!!

Baru balik dari UKM semalam. Selama aku berada kat sane, environment mmg best. Jumpa ramai kawan, apartmnt yang aku duduk tu pun boleh tahan. pengalaman yang aku dapat pun menarik. Letih tu memang ada, tapi aku gembira.

1st game aku dah kalah. Sedih. Tapi, walaupun aku kalah tapi kalah bermaruah. Sekurang-kurang aku memberikan saingan yang sengit kepada dia. Lawan aku tu pemain SUKMA, jadi aku tak hairan boleh kalah. Bukannya aku nak beralasan, tapi aku dah buat yang terbaik dan itu yang aku dapat dan seperti yang aku katakan tadi aku dah berikan saingan yang sengit kepada dia. Jadi, aku berpuashati.

Lepas ni, mungkin aku akan menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan dan mungkin juga akan ke MASUM nanti. 

Gambate!!

Rabu, 21 Januari 2009

1,2,3 go!!

Cuti ni aku tak balik rumah pun. Ada projek yang perlukan aku. heh!  Tapi bila tengok orang ramai-ramai balik aku pun terkesima la jugak.

24 Januari ni, aku pergi UKM Bangi untuk satu pertandingan silat olahraga. Ni kira 1st time dalam hidup aku. Pertandingan yang diadakan dalam masa 4 hari ni mungkin akan jadi suatu pengalaman menarik untuk aku.

Baru-baru ni, aku tak berapa punya idea untuk menulis.

Selamat malam..

Selasa, 20 Januari 2009

Khas Untuk Mak Aku...

Baru balik dari kampus. Duduk melepak kat dalam bilik sambil makan kacang botak. Ada orang panggil kacang koko.  Kalau tekak dah kering, minum air dulu pastu boleh sambung balik..hehe. Kal yang datang dari Sarawak masuk je bilik aku terus ambil dan makan kacang tu. PAstu dia buat muka pelik sambil cakap yang rasa kacang tu pelik. Memang la pelik sebab dia tak pernah makan. Aku sengih je sambil sambung makan kacang tu.

                Bila aku makan kacang ni, aku teringat kat mak aku. Aku pun dah lama tak makan kacang ni. Waktu kecik2 dulu, mak aku selalu beli kacang ni petang-petang. Sebungkus atau dua bungkus kat kedai apek yang paling dekat dengan rumah. Pastu mak aku akan bahagi-bahagikan dekat kami adik-beradik. KAmi makan sambil tengok tv. Masa tu bila diingatkan kembali, walaupun kami bukan orang senang, mak akan mambahagikan apa sahaja makanan yang ada dengan sama rata. Masa tu kami adik-beradik tak kisah bab makan. Apa je yang ada kami makan(tidak termasuk pinggan, mangkuk, garpu, almari, kasut  dan lain-lain yang seangkatan dengannya).  Bila dah besar-besar sekarang, kami adik-beradik dah tak selalu ada kat rumah. Ada yang dah keje dan sambung belajar. Ayah pulak selalu keluar kerja awal dan balik malam. Mungkin mak sunyi duduk kat rumah sorang-sorang. Nasib baik ada adik yang bongsu dengan cucu saudara yang baru setahun teman mak kat rumah. Takdelah mak sunyi sangat.

                Masa kami adik-beradik  ada kat rumah dulu, selalu gaduh. Rebut barang, rebut mainan,  heh.. budak-budak… tapi bila malam, rumah kami yang jadi paling ceria. Duduk berkumpul satu keluarga di ruang tamu rumah sambil tengok tv dan menjamah makanan yang dimasak oleh mak ataupun yang dibeli oleh ayah bila dia balik kerja. Ayah kata, kalau nak cari rumah kami, senang je. Yang mana paling riuh tu la rumah kami.

                Tapi sekarang mungkin dah berubah. Anak mak dah besar-besar. Dah pandai bawa diri. Dah pandai berdikari. Kami pun dah tak selalu gaduh macam dulu lagi. Anak-anak mak dah matang dan dah pandai mengalah. Bila aku nak bertolak pergi belajar, mak selalu pesan kat aku supaya  rajin belajar dan jangan tinggal solat. Aku selalu ingat kata-kata mak tu. Kadang-kadang kalau mak ada duit lebih, mak selalu hulur kat aku. Walaupun aku tak minta.

Aku nak minta maaf kat mak aku sebab mungkin cuti midsem ni aku tak balik rumah. Ada banyak aktiviti yang dijalankan kat U ni. Aku cuma nak kirim salam dan semoga mak sihat selalu.

Sabtu, 17 Januari 2009

Twilight : Cinta Dua Spesis

Hari ni pergi tengok wayang. Cerita 'Twilight'. Dah lama tak pergi tengok wayang. Waktu cuti sem sebelum ni dan sampai sekarang ni baru aku pergi tengok sekali. Menarik ceritanya. Tapi agak perlahan sikit jalan cerita ni. KIsahnya tentang seorang manusia perempuan yang bercinta dengan seorang lelaki dari jenis vampire. Mula2 si awek pun tak tau yang lelaki ni sebenarnya vampire tapi lepas satu kejadian yang mana lelaki vampire telah menyelamatkan si awek ni sambil menggunakan kuasa luar biasa dia iaitu kekuatan dan kepantasan maka perempuan ni pun mula mencari jawapan kepada perasaan ingin tahunya. 

Selepas tu macam2 perkara la yang terjadi termasuk pertempuran antara vampire baik(kononnya) iaitu keluarga vampire lelaki tadi dengan vampire jahat. Masa tu baru nampak samada lelaki vampire tu lebih mementingkan darah atau cintanya kepada si perempuan tu.

Satu perkara yang menarik ialah satu keluarga vampire baik tadi stylo tak ingat. Waktu diorang ni buat penampilan, sume orang yang berhampiran akan melihat sambil membeliakkan biji mata masing2. Kiranya diorang ni tadi popular la. 

Bagi sape2 yang tak ada instinct romantik dengan emo mungkin akan bosan tengok cerita ni..

Khamis, 15 Januari 2009

Sistem baru

Pagi semalam... naik bas kul 7.40 am... beratur panjang-panjang. Naik bas, bukak kuda2 atau kekuda ... (sebab tak dapat duduk).. kena berdiri. Goyang kanan, goyang kiri..ikut rentak bas bergerak. huishh...

Dalam masa yang sama, tambang bas U akan dinaikkan sebanyak 15sen sehala. Baki kredit bas tak boleh dibawa ke sem hadapan...

No komen...

Sabtu, 3 Januari 2009

Satu lagi tahun baru yang sepi...

Tiada apa yang menarik. MAsuk je tahun baru ni, aku cuma terfikir cabaran2 baru yang mungkin akan muncul. Penantian dalam kesepian yang mungkin aku akan teruskan. Dan mungkin beberapa perkara sampingan baru yang mungkin aku tak ambil kisah. Pun begitu, kemudaan ini mesti diteruskan bersama dengan beberapa serpihan harapan yang aku gabungkan dengan harapan yang masih gah. Aku juga dah jumpa beberapa jalan untuk mengatasi permasalahan aku yang agak liat untuk dicungkil keluar. Walaupun ia nampak seolah bukan jalan yang tepat, tapi aku pasti itu yang perlu aku lakukan kini. Bukan juga hanya sekadar untuk mengubat luka di hati...

Jumaat, 2 Januari 2009

Teknologi yang termaju kini...


Bila teknologi semakin canggih dan pesat... manusia semakin brani untuk mencuba pelbagai resipi kemajuan baru yang mungkin tak terfikirkan akal manusia yang berfikir menurut kebiasaan. Semakin banyak langkah kehadapan, semakin banyak lahirnya perkara2 baru yang menerujakan mahupun memberangsangkan jiwa dan pemikiran yang mungkin tertutup dengan beban masa dan ruang. 

Tanpa disangka.. kemajuan itu semakin menguasai pemikiran. Ia juga semakin mendominasi banyak bahagian kehidupan manusia yang berseliang seliut itu. Tembakan2 padu dan dombakan meriam teknologi semakin meriah dan ceria sehendaknya seperti mahu menyampaikan mesej bahawa ia berkuasa kini. 

Begitulah serba sedikit petikan ucapan sang tikus hitam dari seberang yang terkeciwa kerana hasratnya menerobos dunia manusia seperti tidak menemui jalan keluar. "Kalau yea pun tak nak bagi kitorang masuk tandas, jangan la sampai macam ni sekali", tambahnya lagi.