Halaman

Sabtu, 26 September 2009

Cherating

Teringat sewaktu dalam perjalanan pulang dari Terengganu kelmarin. Aku sempat singgah di pantai Cherating Kuantan, Pahang. Pemandangan di situ memang cantik. Pantai pun kelihatan landai dan menenangkan. Kelihatan ramai juga yang berkelah di persisiran pantai bersama keluarga. Di sekeliling pantai kelihatan beberapa resort dan hotel-hotel yang dibina berhampiran pantai. Antara resort yang popular di situ dan bertaraf antarabangsa ialah Club Mediterranean yang lebih mudah dipanggil Club Med. Aku cuma melihat-lihat sahaja dan tidak menginap di situ pun. Lagipun berita gembira untuk aku kerana saudara mara aku masih ramai di situ. Aku berasa amat beruntung sekali kerana mempunyai tempat penginapan percuma berhadapan dengan pantai Cherating yang bersih dan cantik.

Walaupun kawasan sekeliling dilihat sudah banyak dibeli oleh para pemaju, tetapi tanah milik saudara mara aku di situ masih tidak bertukar tangan. Aku juga berharap ia akan terus kekal begitu. Aku menganggap apa salahnya jika mereka ataupun anak cucu mereka sahaja yang membangunkan tanah tersebut. Bagi aku, terlalu sayang jika tanah di kawasan strategik seperti itu dilepaskan.

Tutup cerita soal tanah. Mungkin di cuti yang akan datang, kami bercadang untuk berkelah di persisiran pantai Cherating sambil membuat barbeque. :)

Tiada ulasan: