Halaman

Rabu, 24 Oktober 2007

Aku masih dalam mood Raye...

Aku masih dalam mood raye walaupun hampir sepuluh hari aku beraya kat kampung.Suasana berhari raya kat kampung mmg best.Ketupat, lemang, rendang, lontong, tetap menjadi pilihan.Selain daripada tu pun banyak.Biasa la..kampung sekarang bukan macam kampung dulu-dulu.Kampung sekarang dah maju.Maju dalam suasana kampung.Adapun aku ni bukan org kampung secara teorinyaTapi tetap dapat balik kampung macam orang lain jugak, cuma mungkin perasaan balik beraya kat kampung tu tak sama dengan org yg betul2 berasal dari kampung.Org yg betul berasal dari kampung mungkin akan pulang ke kampung bersama kenangan yg tak pernah hilang dari ingatan, tapi aku pulang ke kampung untuk mengumpul seberapa banyak memori yg boleh...pastinye yg indah2.Adapun, Aku lahir dan membesar dalam kawasan bandar.Hidup dalam kawasan yg hampir keseluruhan penduduknya bukan berasal dari situ.Bukan pendatang asing, tapi berhijrah dari kampung ke bandar.Adapun ayah aku adalah salah seorang daripadanya.Datang berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.Maka aku sebagai generasi seterusnya, telah hidup dalam suasana bandar.tidak kenal apa itu ‘upih’, tidak terfikir tandas berada di luar rumah, tidak tahu cara nak panjat pokok kelapa dan ape yg org kampung ada dan selalu buat.Tapi itu dulu..sekarang mungkin dah kurang.Tapi suasana kampung tu tetap ada bagi aku dan aku tetap suka balik kampung.
Bila aku balik kampung hari tu, ada yg berubah.Perkara yg biasa org tgk dan sebut.Aku tengok adik sepupu aku yg kecik2 sumer dah besar.Yg mana dah kahwin, dah ada anak pun.Cepat rasanya diorang membesar.Baru la aku tau kenapa masa aku kecik2 dulu, bila berjumpa sedara mara perkataan yg diorang cakap mesti "eh, dah besar dah’ tak pun "dulu kecik, sekarang dah tinggi".Erm, itulah kehidupan.

Khamis, 4 Oktober 2007

Shopping raye

dah lama tak post kat sini.Bila aku tgk org lain punye blog baru la aku rase yg aku ni dah tertinggal jauh.heh, takpelah.

Semalam aku gi shopping ngn kengkawan.jalan sane jalan sini,last2 satu pun aku tak beli.Tapi aku dah survey dan aku dah ada perancangan yg mana aku nak beli utk raye ni.Sepasang baju melayu dan mungkin 3 pasng baju casual.Simple.memang dari dulu aku buat macam tu.Jadi aku takde masalah dalam mengire bajet raye aku.he.

Time aku tgh survey baju tu aku ade nmpk sehelai baju BlueToms.Smart.Nmpk macam ade 2 helai sbb ade 2 kolar.Kolar yg kat dalam dari jenis baju kemeja,kolar yg kat luar plak dari jenis T-shirt.Luar berwarna gelap dan dalam berwarna agak cerah.Tertarik pulak aku.Bile aku tgk harga,dia tulis rm 63 dan ade diskaun 20%.Pastu bile aku tanya saiz kat promoter yg jaga,dia cakap yg ada cuma saiz S dan XL shj.Takde saiz aku la.Jadi terpaksalah aku membatalkan niat aku nak beli baju tu.Baju tu pun memang trend terkini,jadi tak heran la kalau sekejap je dah habis.Hermm...ingt nak cari kat tempat lain la plak.