Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

Gambate!!

Baru balik dari UKM semalam. Selama aku berada kat sane, environment mmg best. Jumpa ramai kawan, apartmnt yang aku duduk tu pun boleh tahan. pengalaman yang aku dapat pun menarik. Letih tu memang ada, tapi aku gembira.

1st game aku dah kalah. Sedih. Tapi, walaupun aku kalah tapi kalah bermaruah. Sekurang-kurang aku memberikan saingan yang sengit kepada dia. Lawan aku tu pemain SUKMA, jadi aku tak hairan boleh kalah. Bukannya aku nak beralasan, tapi aku dah buat yang terbaik dan itu yang aku dapat dan seperti yang aku katakan tadi aku dah berikan saingan yang sengit kepada dia. Jadi, aku berpuashati.

Lepas ni, mungkin aku akan menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan dan mungkin juga akan ke MASUM nanti. 

Gambate!!

Rabu, 21 Januari 2009

1,2,3 go!!

Cuti ni aku tak balik rumah pun. Ada projek yang perlukan aku. heh!  Tapi bila tengok orang ramai-ramai balik aku pun terkesima la jugak.

24 Januari ni, aku pergi UKM Bangi untuk satu pertandingan silat olahraga. Ni kira 1st time dalam hidup aku. Pertandingan yang diadakan dalam masa 4 hari ni mungkin akan jadi suatu pengalaman menarik untuk aku.

Baru-baru ni, aku tak berapa punya idea untuk menulis.

Selamat malam..

Selasa, 20 Januari 2009

Khas Untuk Mak Aku...

Baru balik dari kampus. Duduk melepak kat dalam bilik sambil makan kacang botak. Ada orang panggil kacang koko.  Kalau tekak dah kering, minum air dulu pastu boleh sambung balik..hehe. Kal yang datang dari Sarawak masuk je bilik aku terus ambil dan makan kacang tu. PAstu dia buat muka pelik sambil cakap yang rasa kacang tu pelik. Memang la pelik sebab dia tak pernah makan. Aku sengih je sambil sambung makan kacang tu.

                Bila aku makan kacang ni, aku teringat kat mak aku. Aku pun dah lama tak makan kacang ni. Waktu kecik2 dulu, mak aku selalu beli kacang ni petang-petang. Sebungkus atau dua bungkus kat kedai apek yang paling dekat dengan rumah. Pastu mak aku akan bahagi-bahagikan dekat kami adik-beradik. KAmi makan sambil tengok tv. Masa tu bila diingatkan kembali, walaupun kami bukan orang senang, mak akan mambahagikan apa sahaja makanan yang ada dengan sama rata. Masa tu kami adik-beradik tak kisah bab makan. Apa je yang ada kami makan(tidak termasuk pinggan, mangkuk, garpu, almari, kasut  dan lain-lain yang seangkatan dengannya).  Bila dah besar-besar sekarang, kami adik-beradik dah tak selalu ada kat rumah. Ada yang dah keje dan sambung belajar. Ayah pulak selalu keluar kerja awal dan balik malam. Mungkin mak sunyi duduk kat rumah sorang-sorang. Nasib baik ada adik yang bongsu dengan cucu saudara yang baru setahun teman mak kat rumah. Takdelah mak sunyi sangat.

                Masa kami adik-beradik  ada kat rumah dulu, selalu gaduh. Rebut barang, rebut mainan,  heh.. budak-budak… tapi bila malam, rumah kami yang jadi paling ceria. Duduk berkumpul satu keluarga di ruang tamu rumah sambil tengok tv dan menjamah makanan yang dimasak oleh mak ataupun yang dibeli oleh ayah bila dia balik kerja. Ayah kata, kalau nak cari rumah kami, senang je. Yang mana paling riuh tu la rumah kami.

                Tapi sekarang mungkin dah berubah. Anak mak dah besar-besar. Dah pandai bawa diri. Dah pandai berdikari. Kami pun dah tak selalu gaduh macam dulu lagi. Anak-anak mak dah matang dan dah pandai mengalah. Bila aku nak bertolak pergi belajar, mak selalu pesan kat aku supaya  rajin belajar dan jangan tinggal solat. Aku selalu ingat kata-kata mak tu. Kadang-kadang kalau mak ada duit lebih, mak selalu hulur kat aku. Walaupun aku tak minta.

Aku nak minta maaf kat mak aku sebab mungkin cuti midsem ni aku tak balik rumah. Ada banyak aktiviti yang dijalankan kat U ni. Aku cuma nak kirim salam dan semoga mak sihat selalu.

Sabtu, 17 Januari 2009

Twilight : Cinta Dua Spesis

Hari ni pergi tengok wayang. Cerita 'Twilight'. Dah lama tak pergi tengok wayang. Waktu cuti sem sebelum ni dan sampai sekarang ni baru aku pergi tengok sekali. Menarik ceritanya. Tapi agak perlahan sikit jalan cerita ni. KIsahnya tentang seorang manusia perempuan yang bercinta dengan seorang lelaki dari jenis vampire. Mula2 si awek pun tak tau yang lelaki ni sebenarnya vampire tapi lepas satu kejadian yang mana lelaki vampire telah menyelamatkan si awek ni sambil menggunakan kuasa luar biasa dia iaitu kekuatan dan kepantasan maka perempuan ni pun mula mencari jawapan kepada perasaan ingin tahunya. 

Selepas tu macam2 perkara la yang terjadi termasuk pertempuran antara vampire baik(kononnya) iaitu keluarga vampire lelaki tadi dengan vampire jahat. Masa tu baru nampak samada lelaki vampire tu lebih mementingkan darah atau cintanya kepada si perempuan tu.

Satu perkara yang menarik ialah satu keluarga vampire baik tadi stylo tak ingat. Waktu diorang ni buat penampilan, sume orang yang berhampiran akan melihat sambil membeliakkan biji mata masing2. Kiranya diorang ni tadi popular la. 

Bagi sape2 yang tak ada instinct romantik dengan emo mungkin akan bosan tengok cerita ni..

Khamis, 15 Januari 2009

Sistem baru

Pagi semalam... naik bas kul 7.40 am... beratur panjang-panjang. Naik bas, bukak kuda2 atau kekuda ... (sebab tak dapat duduk).. kena berdiri. Goyang kanan, goyang kiri..ikut rentak bas bergerak. huishh...

Dalam masa yang sama, tambang bas U akan dinaikkan sebanyak 15sen sehala. Baki kredit bas tak boleh dibawa ke sem hadapan...

No komen...

Sabtu, 3 Januari 2009

Satu lagi tahun baru yang sepi...

Tiada apa yang menarik. MAsuk je tahun baru ni, aku cuma terfikir cabaran2 baru yang mungkin akan muncul. Penantian dalam kesepian yang mungkin aku akan teruskan. Dan mungkin beberapa perkara sampingan baru yang mungkin aku tak ambil kisah. Pun begitu, kemudaan ini mesti diteruskan bersama dengan beberapa serpihan harapan yang aku gabungkan dengan harapan yang masih gah. Aku juga dah jumpa beberapa jalan untuk mengatasi permasalahan aku yang agak liat untuk dicungkil keluar. Walaupun ia nampak seolah bukan jalan yang tepat, tapi aku pasti itu yang perlu aku lakukan kini. Bukan juga hanya sekadar untuk mengubat luka di hati...

Jumaat, 2 Januari 2009

Teknologi yang termaju kini...


Bila teknologi semakin canggih dan pesat... manusia semakin brani untuk mencuba pelbagai resipi kemajuan baru yang mungkin tak terfikirkan akal manusia yang berfikir menurut kebiasaan. Semakin banyak langkah kehadapan, semakin banyak lahirnya perkara2 baru yang menerujakan mahupun memberangsangkan jiwa dan pemikiran yang mungkin tertutup dengan beban masa dan ruang. 

Tanpa disangka.. kemajuan itu semakin menguasai pemikiran. Ia juga semakin mendominasi banyak bahagian kehidupan manusia yang berseliang seliut itu. Tembakan2 padu dan dombakan meriam teknologi semakin meriah dan ceria sehendaknya seperti mahu menyampaikan mesej bahawa ia berkuasa kini. 

Begitulah serba sedikit petikan ucapan sang tikus hitam dari seberang yang terkeciwa kerana hasratnya menerobos dunia manusia seperti tidak menemui jalan keluar. "Kalau yea pun tak nak bagi kitorang masuk tandas, jangan la sampai macam ni sekali", tambahnya lagi.