Halaman

Selasa, 20 Januari 2009

Khas Untuk Mak Aku...

Baru balik dari kampus. Duduk melepak kat dalam bilik sambil makan kacang botak. Ada orang panggil kacang koko.  Kalau tekak dah kering, minum air dulu pastu boleh sambung balik..hehe. Kal yang datang dari Sarawak masuk je bilik aku terus ambil dan makan kacang tu. PAstu dia buat muka pelik sambil cakap yang rasa kacang tu pelik. Memang la pelik sebab dia tak pernah makan. Aku sengih je sambil sambung makan kacang tu.

                Bila aku makan kacang ni, aku teringat kat mak aku. Aku pun dah lama tak makan kacang ni. Waktu kecik2 dulu, mak aku selalu beli kacang ni petang-petang. Sebungkus atau dua bungkus kat kedai apek yang paling dekat dengan rumah. Pastu mak aku akan bahagi-bahagikan dekat kami adik-beradik. KAmi makan sambil tengok tv. Masa tu bila diingatkan kembali, walaupun kami bukan orang senang, mak akan mambahagikan apa sahaja makanan yang ada dengan sama rata. Masa tu kami adik-beradik tak kisah bab makan. Apa je yang ada kami makan(tidak termasuk pinggan, mangkuk, garpu, almari, kasut  dan lain-lain yang seangkatan dengannya).  Bila dah besar-besar sekarang, kami adik-beradik dah tak selalu ada kat rumah. Ada yang dah keje dan sambung belajar. Ayah pulak selalu keluar kerja awal dan balik malam. Mungkin mak sunyi duduk kat rumah sorang-sorang. Nasib baik ada adik yang bongsu dengan cucu saudara yang baru setahun teman mak kat rumah. Takdelah mak sunyi sangat.

                Masa kami adik-beradik  ada kat rumah dulu, selalu gaduh. Rebut barang, rebut mainan,  heh.. budak-budak… tapi bila malam, rumah kami yang jadi paling ceria. Duduk berkumpul satu keluarga di ruang tamu rumah sambil tengok tv dan menjamah makanan yang dimasak oleh mak ataupun yang dibeli oleh ayah bila dia balik kerja. Ayah kata, kalau nak cari rumah kami, senang je. Yang mana paling riuh tu la rumah kami.

                Tapi sekarang mungkin dah berubah. Anak mak dah besar-besar. Dah pandai bawa diri. Dah pandai berdikari. Kami pun dah tak selalu gaduh macam dulu lagi. Anak-anak mak dah matang dan dah pandai mengalah. Bila aku nak bertolak pergi belajar, mak selalu pesan kat aku supaya  rajin belajar dan jangan tinggal solat. Aku selalu ingat kata-kata mak tu. Kadang-kadang kalau mak ada duit lebih, mak selalu hulur kat aku. Walaupun aku tak minta.

Aku nak minta maaf kat mak aku sebab mungkin cuti midsem ni aku tak balik rumah. Ada banyak aktiviti yang dijalankan kat U ni. Aku cuma nak kirim salam dan semoga mak sihat selalu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aduhai, cerita hang ni, teringat aku zaman kecik2 dulu..

Zintz berkata...

haha.. klu camtu lpas ni hang boleh cerita plak pasal kehidupan hang dulu2... :)