Halaman

Rabu, 29 Disember 2010

Laser Belahan Dada Jupe vs. Mata Pemain Malaysia

"Ape dah jadi ni bro??" atau dalam bahasa inggerisnya "what's going on bro??". Boleh bagi aku jawapan? Haha...nak tau apa yang aku kagetkan sangat di sini? Kamu baca dulu di sini. Nanti tolong berikan jawapannya untuk aku di ruangan yang sesuai. Atau apa kata kita berperang mulut di Twitter? haha...

Marilah kita sama-sama berdoa semoga pemain-pemain Malaysia dikuatkan iman dan dicekalkan hati. Aaaamiiiinnn. :)

Selasa, 28 Disember 2010

Perempuan-perempuan itu buat aku jadi gila!

Sejak aku berkenalan dengan mereka ni, siang malam hidup aku diganggu. Bangun pagi, lepas mandi, lepas makan, ada je mereka ni datang mengganggu hidup aku. Nak keluar minum-minum pun dah susah sekarang ni. Aku sebenarnya tak kisah kalau sekali-sekala, tapi ni dah banyak kali. Sama la macam iklan 'burung Murai' satu ketika dulu, memang dah tak larat nak melayan kerenah perempuan-perempuan tu.

Jadi, kepada kamu semua harap boleh tolong aku macam mana aku nak elakkan diri dari mereka-mereka tu. Nanti aku kepilkan gambar bersama dengan sedikit info. Kamu tengoklah dan harap-harap jangan kamu pula yang jadi gila nanti. Hehe.










Haaa...yang ramai-ramai kat atas tu nama dorang Girls Generation. Boleh panggil SNSD je. Yang kat bawah tu plak KARA namanya. Kalau nak detail boleh tanya pekcik Google dan makcik Yahoo yea..hehe






Supaya korang boleh cam dorang ni betul-betul...hahaha...



Macam mana la hidup aku tak terganggu. huuuuhh... (Keluhan panjang)

Jumaat, 24 Disember 2010

Cara Mudah Menambah Rakan Facebook?


Berapa ramai kawan facebook kamu? mencecah seribu? dua ribu? beribu-ribu lemon? haha.. Sebelum tu, kenalkah kamu dengan kesemua rakan facebook kamu tu? Atau sekadar mengetahui nama samaran yang digunakan oleh mereka. Pernah tak dengar statement kualiti lebih penting daripada kuantiti?

Itu kalau bercakap mengenai menambah rakan. Bagaimana pula mengenai meng'approve' rakan yang anda belum pasti siapa dan latarbelakang mereka? Mungkin terlalu ramai sehingga kamu tidak sempat untuk membelek-belek profile mereka terlebih dulu.

Aku bukan hendak bercerita mengenai bahayanya atau bercakap mengenai keselamatan maklumat anda, itu soal lain dan mungkin banyak maklumat mengenainya disebut-sebut di internet. Tetapi apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah sejauhmana berkualitinya hubungan antara kamu dengan mereka atau sekadar memenuhkan senarai rakan semata-mata.

Mungkin ramai yang menjelaskan itu adalah untuk menambah kenalan. Lebih bagus kalau ramai kenalan daripada sedikit. Tapi berapakah daripada kenalan-kenalan itu yang pernah kamu sapa dan berapa ramai yang tidak. Hubungan itu pula adakah berterusan atau sekadar hangat-hangat taik ayam.

Tahu tak kamu bilangan rakan di facebook adalah terhad kepada beberapa ribu orang sahaja. Mungkin jika rakan kamu tu cuma beberapa sahaja tidak menjadi masalah, tetapi bayangkan jika mereka sudah mencecah beberapa ribu dan sudah sampai kepada limit yang yang ditetapkan. Dalam masa yang sama mungkin ada kawan-kawan lama yang cuba untuk menghantar friend request kepada kamu tapi tak berjaya disebabkan keramaian tadi tu. Haa...kan dah menyusahkan. Masa tu mungkin kamu terpaksa menapis-napis rakan-rakan yang tak penting yang cuma memenuhkan ruang sahaja.

Aku bukannya tidak menggalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai yang boleh, tapi kan lebih bagus jika memfokuskan kepada kawan-kawan yang berkualiti. Jika kawan ramai-ramai, tapi bila kita perlukan bantuan, nasihat dan sebagainya, hanya berapa kerat sahaja yang memberi respon yang baik. Ada pula yang bila ditegur, langsung tidak memberi respon. Mahukah kamu dilayan begitu? tentu tidak bukan.

Kesimpulannya, jika tujuan menambah rakan di facebook hanya semata-mata untuk menambah bilangan rakan semata-mata, lebih baik sedikit daripada ramai tetapi rakan anda itu mungkin langsung tak ingin mengenali anda pun. Ia mungkin juga dapat mengelakkan daripada berlaku penipuan kerana kamu pasti rakan kamu itu dan kamu mengenali mereka.

Ahad, 19 Disember 2010

Kreatif versus Konvensional


Seorang kawan mengadu masalah dia kepada aku. Masalahnya adalah dia bosan duduk rumah dan mak dia tak bagi selalu keluar. Maklumat tambahan; mak dia seorang yang bekerjaya dan akan ada di rumah pada waktu malam dan hari cuti sahaja.

Aku pun bagi cadangan pada dia dengan penuh konfiden "ape kate ko suruh je kawan ko datang rumah". Dia balas "Tak boleh, mak aku tak bagi".

Aku pun bagi cadangan kedua "ermm...ko cakap la kat mak ko yang ko gi rumah kawan study dengan buat ulangkaji"(agak jahat jugak idea aku ni, merosakkan anak orang jer..haha). "Tak nak lah, tak best lah kalau keluar jalan-jalan tapi tak sedap hati sebab menipu" dia membalas seolah-olah mengeluh. Aku pula yang terasa di hati. Hehe.

Disebabkan dia tak suka buat benda-benda seperti itu, aku pun bagi cadangan lain "kalau macam tu ko keluar je la dan balik sebelum petang" aku rasa tu dah dikira cukup bagus. Tak payah menipu dan tak perlu berlakon. Tapi dia bagitahu aku lagi "Tak nak laaa...takut laa.."

Jadi disebabkan dia ni adalah anak yang baik. Tak suka menipu. Tak suka menyelit. Maka aku sarankan pada dia supaya berterus terang sahaja dekat mak dia tu supaya dia faham keadaan yang sebenar. Selesai masalah. Hati pun lebih tenang. Tapi dia ulang balik statement yang mula-mula "tak boleh, mak aku tak bagi" dengan penuh kesedihan nampaknya.

Kesimpulannya di sini, masalah di sini ialah aku dah tak tahu dengan cara apa aku nak tolong ini perempuan. Tapi mungkin juga mak dia nak dia jadi anak yang baik. Mungkin itulah cara yang mak dia nampak. Jadi, untuk mensedapkan hati dia, aku pun bagitahu yang mungkin nasib dia dah memang begitu. Tapi sebelum kami menamatkan sesi perbualan sempat juga aku memberi tahu sesuatu kepada dia. "Awak, Hidup Kena Kreatif"

Hehe.

Sabtu, 18 Disember 2010

Tron: Legacy, perintis filem masa depan

Filem tanpa emosi (Manusia adalah klon atau droid)

Plot mudah, ringkas dan lurus.

Filem fiksyen berteknologi tinggi.

3 dimensi, teknologi berdefinisi tinggi (HD)

Teknologi pembikinan paling maju masa kini!



Agak-agak filem ni boleh beat filem avatar? aku pun tak pasti. Tapi yang pasti aku nak pergi menonton ini wayang gambar. Huuhh..

Jumaat, 17 Disember 2010

Betul ke susah nak memahami wanita?


Pernah dengar statement "perempuan tak tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan"? Ini menjelaskan kenapa susah kita nak memahami hati seseorang perempuan atau makhluk bernama wanita ni. Apa yang mereka suka, tak suka, apa yang mereka nak. Sebab tu lelaki ni diciptakan sebagai pemimpin kepada wanita dan keluarga. Sebab mereka lebih tahu apa yang diperlukan dan yang lebih penting, lebih jelas dengan apa yang dikehendaki. Perempuan ni memang makhluk yang diciptakan lebih rumit dan berseni. Jadi, dalam nak memahami hati seorang perempuan sebenarnya adalah satu proses seni yang memerlukan sentuhan yang betul.

Kesimpulannya, mengenali hati wanita adalah satu proses menduga dan menguji. Contohnya kalau kita mengajak seorang perempuan untuk keluar makan, kita susah untuk mendapat jawapan yang tepat restoran yang mana ingin dituju kalau kita bertanya secara terus. Contoh, lelaki akan bertanya "awak nak makan kat mana hari ni?" perempuan pula biasanya membalas dengan jawapan seperti "ermm...mana-manalah, saya tak kesah pun..." Tetapi, mereka akan memberi tindakbalas kepada cadangan-cadangan yang kita berikan. lelaki: saya rasa nak makan makanan laut hari ni. Perempuan biasanya akan memberi jawapan "errr, saya rasa saya nak makan makanan bergoreng hari ni laa..." ataupun "boleh tak kita makan kat tempat lain jer, saya tak biasa la makan makanan laut"

Jadi, bagi aku sebagai seorang lelaki, perlu pandai untuk mendorong seorang perempuan untuk membuat sesuatu pilihan. Mungkin agak leceh bagi seorang lelaki untuk berbuat demikian. Tapi, kalau nak memahami apa yang sebenarnya mereka nak, memerlukan percubaan yang berulang kali ataupun proses trial and error. Hehe...rumit kan? tapi memang tu la ciptaan seorang wanita. Rumit dan penuh misteri. Jadi untuk menjawab semua persoalan yang timbul memerlukan kreativiti dan usaha yang berterusan. Malas? susah? tak ada masa? itu terpulang kepada anda. :)

Khamis, 16 Disember 2010

Mencari BULAN


saat rasa berantakan hilang...bulan memanggil datang
menggenggam pilu yang terus berlari dalam sanubari hati
mengusap sinar yang hanya kenangan
berhembus angin yang hanya angan

saat rindu terus menari-nari
saat kasih terus datang tanpa henti
saat harapan terus setia di sisi
aku terus berdiri

melihat suria yang kini kian hilang...bulan kini menjadi enggan
yang tinggal hanya kenangan
yang tinggal hanya penantian

Jumaat, 12 November 2010

Vampire Diaries - Ulasan aku


Kalau dulu mungkin ramai yang sibuk menonton filem aksi romantik Twilight, tapi mungkin kini ramai pula yang sudah beralih untuk menonton drama bersiri Vampire Diaries. Bagi yang sudah menonton kedua-dua cerita ini, mungkin mengatakan terdapat persamaan antara keduanya. Bagi aku, memang terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua kisah yang bergenre aksi romantik ini, tetapi hakikatnya jalan cerita yang digarap dalam drama bersiri Vampire Diaries ini adalah lebih rumit berbanding Filem twilight serta sekuel filem tersebut.

Tujuan aku menulis ni bukan untuk membandingkan kedua-duanya, tapi aku nak ceritakan sedikit mengenai drama Vampire Diaries yang sedang hangat ditayangkan di televisyen-televisyen USA untuk musim kedua drama ini. Errmm....Vampire Diaries mengisahkan mengenai seorang gadis 17 tahun bernama Elena Gilbert (Nina Dobrev) yang tinggal di Mystic falls bersama adiknya yang berumur 15 tahun Jeremy Gilbert (Steven R. McQueen) dan makciknya Jenna (Sara Canning). Kehidupan Elena pada awalnya adalah normal sehinggalah dia bertemu dengan adik beradik vampire Salvatore, Stefan (Paul Wesley) dan Damon (Ian Somerhalder) dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta dengan Stefan. Damon dalam diam rupanya menaruh perasaan yang sama terhadap Elena. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila ia melibatkan kisah percintaan tiga segi antara Damon, Stefan dan Katherine (Nina Dobrev) yang mempunyai wajah seiras Elena yang juga merupakan seorang vampire.

Perjalanan kisah ini menunjukkan mengenai bagaimana Stefan menangani Damon yang bersifat antagonis ekoran dilema yang wujud antara kedua mereka. Damon yang dilihat jahat pada awalnya mula berubah menjadi baik. Bagaimanapun, mereka terpaksa menangani Katherine yang kembali menghantui kehidupan mereka selepas hilang selama 145 tahun. Akhirnya adik beradik Salvatore kembali bekerjasama untuk menangani Katherine sambil dibantu oleh kawan baik Elena, Bonnie (Katerina Graham) yang juga merupakan seorang ahli sihir, guru sejarah yang mempunyai pengalaman dalam memburu vampire, Alaric Saltzman ( Matthew Davis), kawan baik elena yang berubah menjadi vampire, Caroline (Candice Accola) dan adiknya sendiri, Jeremy. Akhirnya Katherine berjaya ditangkap dan dikurung di sebuah makam lama.

Bagaimanapun cerita masih belum selesai. Pelbagai ancaman masih menanti mereka. Kedatangan vampire sejati, Elijah (Daniel Gillies) menjadi satu petanda baru untuk mereka. Mungkinkah Katherine akan dilepaskan semula bagi membantu mereka dalam berhadapan dengan "The Original"? Masih terdapat pelbagai persoalan yang timbul. Drama ini pun masih ke udara dan masih dinantikan oleh ramai peminat-peminatnya.


Apa yang menjadi fokus aku untuk drama ni adalah bagaimana perasaan Damon apabila terpaksa berhadapan dengan kenyataan cintanya tidak diterima Elena tetapi milik adiknya Stefan dan penonton dibuai untuk menyelami perasaan Damon terhadap Elena walaupun ia dilihat mustahil. Mungkin ini yang menjadi penarik kepada mereka yang meminati drama ini. Unsur-unsur romantik yang setara dengan aksi yang digarap.


Apapun, bagi aku drama ni memang menarik dan aku masih menunggu episod terbaru untuk minggu ini. Ok..sampai sini je ulasan aku. Adios! ~_<

Selasa, 9 November 2010

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet (Lirik)

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar bayang

(Ulang korus)

(Altimet)
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahada

(Ulang 2X)
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Mencari jawapan

Saat kamu hadir dalam hidup aku..
Aku gembira..
dapat kawan dengan kamu,
dapat kenal hati budi kamu...

Kamu baik, suka ketawa..
Apabila kamu ketawa, aku pun akan ketawa...
Apa yang aku suka, kamu hargai setiap apa yang aku beri...
walaupun tak seberapa...

Mula-mula kamu mesra dengan aku,
kamu selalu mesej aku,
aku selalu telefon kamu,
kita dan janji untuk keluar nanti...

Tapi itu mula-mula,
Lepas tu sikap kamu mula berubah,
Mesej dah jarang...telefon pun selalu tak angkat,
Kamu selalu habiskan masa dengan kawan-kawan kamu...
Aku sedikit kecewa...

satu hari kita bergaduh,
aku marahkan kamu dan kamu marahkan aku,
Kita bergaduh atas sebab yang kita dah tau..
Atas sebab yang sama...

Aku ingat itu cuma pertengkaran biasa,
bodohnya aku...kita bergaduh atas sebab yang
sepatutnya aku dah faham,
Yang aku memang dari dulu dah mengerti,
aku ni sebenarnya bukan siapa-siapa...
Aku yang bodoh asyik terkejar sani sini,
sedangkan aku tak nampak yang kamu mungkin rimas dengan aku...

Tak apa, aku tak marah...
Semua tu kan hak kamu?
Aku yang sepatutnya sedar diri,
Sepatutnya aku yang pergi,
dan kita tak perlu bergaduh macam ni...
Maafkan aku...

Atau mungkin aku tersilap?

Walaupun sekejap,
Aku tetap ingin cari jawapan...
Mungkin aku bukan siapa-siapa untuk kamu,
Tapi aku sedar kini...yang aku sukakan kamu,
sayangkan kamu,

Isnin, 18 Oktober 2010

Mungkin jalan kita berbeza


Setiap hari aku ke kelas. Seminggu ada lima hari tak termasuk ko-k. Tapi dalam banyak-banyak hari tu nak terserempak sekali dengan kamu pun susah. Macam kita berada dalam dunia yang berbeza. Kadang-kadang aku tunggu kamu, tapi tak pernah nampak kamu pun. Ermm..mungkin aku yang terlambat. Mungkin juga kamu yang begitu cepat. Entahlah..mungkin takdir kita yang berbeza. Kita ditakdirkan untuk tak berjumpa selalu pada masa yang sama. Tapi tak semestinya begitu bermakna kita tak ada keserasian..betul tak?

Aku tak pernah mengandaikan apa-apa untuk ketika ini. Aku cuma mahukan kita selalu dekat bersama. Mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu. Itu lebih baik daripada tergesa-gesa. Aku juga memahami mungkin kamu inginkan ruang untuk dirimu. Sudah tentu sahaja aku boleh memberi yang itu. Tentu...

Jadi, sampai saat ini aku teruskan begini. Menantikan apa yang akan mendatang untuk diharungi. Cuma semuanya masih terlalu awal dan aku juga memahami itu.

Aku cuma berharap esok semuanya berubah dan aku akan terserempak dengan kamu :)

Jumaat, 15 Oktober 2010

Rantaian hati ini

Kadang-kadang hati rasa gusar...
Kadang-kadang jiwa rasa sayu...
Mungkin aku bukanlah istimewa di hatinya...
yang sering membuat aku tertanya-tanya...sampai bila...
aku harus menanti sebegini...
meredah arus deras rindu yang sering menyelubungi hati...
menahan debarnya gegar hati pabila melihat dia bersama insan lain...
Namun di sebalik semua itu..tetap wujud harapan di dada...
berharap untuk memilikimu satu saat nanti...
yang aku tidak pasti bila dan bagaimana...
untuk aku melakukannya...

Bagaimana melupakan kekasih lama?


Mungkin setiap di antara kita pernah mengalami kisah hidup yang sedih seperti ditinggalkan kekasih ataupun cinta bertepuk sebelah tangan. Bila terjadi hal sebegini, pelbagai cara digunakan untuk melupakan si dia. Ada yang berkurung di dalam bilik dan tidak bergaul dengan orang ramai. Ada juga yang bertindak men"sibuk"kan diri dengan melakukan pelbagai kerja atau aktiviti yang tak pernah dilakukan sewaktu bercinta. Tapi sejauh manakah cara seperti ini dapat membantu untuk mengurangkan rasa terseksa yang membelenggu jiwa? mungkin kita dapat melupakan si dia untuk seketika, tetapi bila tiba waktu-waktu yang tertentu seperti duduk berseorangan adakah dengan mudah bayangan kekasih lama tidak muncul. Ada pula yang tertanya-tanya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menyembuhkan hati dan dapat melupakan bekas kekasih tersebut. Adakah mengambil masa selama seminggu, sebulan, setahun atau bertahun-tahun? Kemudian baru boleh mencari pengganti yang baru?

Pada pendapat aku berdasarkan kepada pengalaman dan cerita kawan-kawan, untuk melupakan seseorang bukanlah hanya bergantung kepada faktor masa semata-mata. Bukanlah menjadi penentu sama ada sebulan, dua bulan atau setahun baru kita dapat melupakan si dia. Tapi yang penting ialah kesediaan kita untuk mencari seseorang untuk menggantikan tempat si dia di hati. Walaupun hanya baru sehari berpisah dengan kekasih lama, tetapi sudah ada seseorang yang mampu untuk memberi kebahagiaan, maka proses untuk melupakan bekas kekasih akan menjadi lebih mudah dan tidak terlalu membebankan. Bolehlah dikatakan bahawa yang diperlukan ialah keberanian untuk memulakan semula perhubungan yang baru. Mungkin ada yang telah menanti lama untuk kamu dan inilah masa yang sesuai untuk mengenali hati budi orang lain. Mungkin dia lebih baik dan lebih sesuai berbanding kekasih lama. Semoga rasa yang baru wujud itu dapat menyembuhkan sedikit demi sedikit keperitan yang dialami.

Jadi, cubalah untuk membuka hati kepada orang lain yang mungkin lebih layak untuk kamu berbanding si dia yang pergi meninggalkan kamu. Tapi janganlah terlalu terburu-buru sehingga membahayakan diri sendiri. Gunakanlah sebanyak masa yang boleh untuk mengenali hati budinya kerana ia juga suatu proses yang bagus bagi melupakan kekasih lama.

Rabu, 25 Ogos 2010

perundingan sebelum berperang...

Read : defendsive midfielder yg sukar ku lepasi..huhu

Me : waahhh...bgus ayat pembakarmu itu...
aku plak...skillfather dalam dunia skill moden yang sukar dijangka...hehehe

Read : hahaha..skillfather yg suka jatuh dgn dirancang agar dapat simpati refree yg absent d padang. hehe

Me : segala koloni putsal di padang simen akan bersetuju dengan kita...wahahahaha

Read : khamis mlm kita beraksi lagi? amatcam?

Me : mmg tu la waktu yang terpanas utk pasukan bawah umur mcm kter...hahaha


Kesimpulannya khamis malam ni kami akan beraksi di padang futsal untuk mengeluarkan lebihan cecair yang kering di siang hari. Memang hampir setiap minggu pun kami akan bermain futsal bersama-sama. Tapi waktu yang paling digemari tetap adalah pada waktu-waktu yang paling dikhuatiri terlajak tidur sehingga tak kelas.

Nantikan kesudahannya dalam slot akan datang. hehehe...

Khamis, 12 Ogos 2010

edisi Ramadhan i

Hari ni masih bersahur di tempat yang sama. Nak menulis panjang tapi bateri pun dah tinggal sikit. Cuma nak ucap selamat meneruskan ibadah puasa untuk hari-hari yang seterusnya. ~_<

Rabu, 11 Ogos 2010

edisi Ramadhan

Duduk melepak pada waktu-waktu macam ni di kafeteria adalah suatu perkara yang agak mustahil untuk aku lakukan. Tapi kali ni lain, suasana dan keadaan dah berubah. Sekarang makan pada awal pagi boleh jadi satu rutin yang tak boleh ditinggalkan. Sejak secara rasminya pengumuman puasa ke udara, semua umat manusia yang beragama Islam sudah mula sibuk pergi ke masjid untuk menunaikan Tarawikh pertama. Dalam masa yang sama, suasana turut berubah. Jadual perjalanan kafeteria berubah. Mahasiswa boleh datang ke kafe bermula pukul empat petang sehingga pukul empat pagi. Jadi, bukan saja mahasiswa yang beragama Islam akan berpuasa, malah mereka yang bukan beragama Islam juga akan turut mengikut jadual ni. Hebat bukan. Dalam masa yang sama mereka juga boleh turut "bersahur" dan "berbuka" sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Owh...kepada semua umat Islam, selamat menyambut Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa ~_<

Rabu, 21 Julai 2010

Aku sedang bercita-cita

Untuk membeli ini pada ketika ini



Atau yang ini?




Mana yang mampu atau mana yang dapat memuaskan nafsu telinga aku yang cukup ghairah mendengar lagu-lagu panas masa kini? Sebagai seorang pelajar aku memang mempunyai bajet yang cukup terhad. Huuuhh.

Semoga aku dapat membuat pertimbangan yang betul. Amiiiinnn. ~_<

*Warna di atas hanyalah contoh semata-mata. Kalau aku nak beli jugak tu mungkin sebab kehabisan stok. Err...tapi menarik jugak...heeeheeer...

Halusinasi

Sepanjang aku di sini,
apa yang cuma aku ingin hanyalah bulan,
apa yang telah aku nikmati hanyalah bintang,
apa yang telah aku dapat hanyalah sinar....

Setelah lama cuba mengelak

Bagaimana perasaan aku masa tu, aku sendiri pun tak tau. Aku rasa dah lama aku cuba nak mengelak dari terserempak dengan dia. Tapi aku memang tak sangka akan jumpa dia masa tu. Erm..memang aku dah jangka, sejauh mana aku boleh lari, dia mesti akan datang balik pada aku. Tapi cara layanan dia pada aku masa tu cukup untuk membuatkan hati aku yang "rock" ni berbunga kembali..huhh. Senyuman dan pandangan dia..masih tetap mampu membuat aku "cair". Damn!. Dia siap bagi nombor telefon yang dia tau aku dah ada. Gila apa? Aku pun terus bagi no telefon aku yang dia tak pernah ada.Hehe. Tapi sampai sekarang aku tak call dia.


*Mungkin lebih baik untuk berakhir begini.

Jumaat, 16 Julai 2010

Kalau nak keluar berjalan pastikan orang lain tak ada duit

Statement apakah di atas? ia sebenarnya adalah nasihat kepada para mahasiswa mahupun mahasiswi yang baru dapat duit pinjaman, tajaan, biasiswa dan segala bentuk bantuan dari mana-mana institusi supaya mengambil inisiatif jalan selamat untuk tidak keluar berjalan-jalan pada awal semester. Hal ini kerana terdapat ramai lagi manusia mahasiswa atau mahasiswi yang berada dalam keadaan sama dan tidak dapat menahan keinginan untuk keluar berjalan-jalan mahupun membeli belah (ayat pembaca berita tv1). Jadi kalau nak selamat daripada membuang masa dengan hanya melihat bas awam yang penuh dan mampat macam tin sardin lalu di hadapan anda atau kamu sendiri yang berasak-asak di dalam bas tersebut, lebih baik duduk diam-diam dalam bilik sambil kemas-kemas atau kalau rasa malas boleh duduk makan biskut sambil tengok movie(aku la tu). Selain tu, kamu juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berjimat cermat supaya ekonomi kamu selamat. Namun yang demikian, (perrghh) kalau tak tahan juga nak pergi shopping, kamu boleh juga pergi ke kedai-kedai berhampiran untuk melepas nafsu yang terpendam (walaupun barang selalu tak cukup, tambahan harga plak mahal..huh).

Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri pula, kamu tidak boleh menganggap yang kamu sudah selamat. Ini kerana, walaupun mungkin perjalanan ke tempat penggambaran adalah lebih mudah dan cepat, tetapi dugaan akan bermula sebaik tiba ke tempat yang dimaksudkan. Kamu mungkin akan berjumpa dengan mahasiswa-mahasiswa lain yang juga telah berjaya sampai ke tempat yang sama. Mungkin anda akan berasa malu dan bosan kerana asyik terserempak dengan orang sama yang dikenali tetapi dalam masa yang sama tidak ingin dijumpai. Di samping itu, kamu juga mungkin lebih bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang mungkin hanya lalu-lalang di situ.^_^

Kesimpulannya, duit yang ada tu janganlah dibazirkan dan boleh disimpan dahulu jika ingin digunakan. Ok. Sampai di sini sajalah komen untuk hari ini. Sekian.. ~_<


*coretan ini dipetik daripada cerita kengkawan yang pagi tadi dah terlepas 4 buah bas dan akhirnya mengkanselkan perjalanan yang dirancang pagi tadi...??

Khamis, 15 Julai 2010

seawal jam..

Hari ni, pagi tadi, aku baru mula masuk kelas walaupun kelas dah bermula awal minggu ni. Sedikit lewat atas alasan-alasan yang penuh "munasabah" seperti penat,letih, tak cukup tenaga dan sebagainya. Kelas pagi ni bermula pukul 9.30 pagi dan aku masuk ke kelas seawal 9.45 pagi. Huhuu. Besok aku takkan biarkan perkara ni berulang lagi. Kelas berjalan dengan lancar, cuma aku rasa nak drop subjek je...ntah mimpi apa ntah aku asyik duduk memikirkan fasal nak drop subjek atau tak. Ikutkan hati, nak drop semua subjek dan cuma ambil dua subjek je sem ni. Boleh jadi "super senior" nanti dan boleh arah-arahkan budak-budak "super junior" untuk tolong siapkan assignment aku nanti (err...bukan Super Junior yang tu...heheh).

Erm...sampai kat sini je cerita aku. Nanti lain kali aku akan ceritakan apa yang berlaku kat dalam kelas hari ni.

LAgi satu, sebenarnya aku dah mula datang kelas semalam dan bukannya baru mula hari. Mungkin sebab satu kelas je semalam jadi aku dah lupa. Mungkin banyak sangat telan pil tidur malam tadi sampai lupa macam ni atau terlajak bercuti sampai lupa kelas? ~_>

Tak apa....esok masih ada...

Seperti yang dijanjikan. Hari ni aku menulis lagi. Cabaran tetap perlu dicabar.

Berhenti sampai di sini.....

. . . . . . . . . .

Errr....takpe, aku akan cuba usahakan yang selebihnya.... ~_<

Rabu, 14 Julai 2010

CAbaran 1 Hari 1 Post Kini Bermula

Cabaran satu hari satu post kini bermula.Ini bukanlah satu pertandingan anjuran mana-mana blog yang dapat memberi ganjaran hadiah kepada
siapa-siapa. Ini hanyalah cabaran kepada diri aku sendiri yang sejak kebelakangan ni terlalu malas menulis blog walaupun
itu mungkin keadaan amat-amat mengizinkan. Jadi, bila aku buat macam ni, mungkin aku akan menjadi lebih konsisten untuk menulis
dan akan menulis apa-apa sahaja yang terlintas dari kotak fikiran. Err..mungkin nampak agak memaksa dan mungkin juga
apa yang ditulis adalah repekan-repekan kosong kerana cuma mahu memenuhkan ruangan page aku. Tentulah menulis tanpa paksaan
adalah lebih menarik dan idea-idea yang muncul pun adalah segar. Aku rasa pendapat ini mungkin kurang sesuai untuk aku jadikan
prinsip dalam menulis blog sebab mungkin idea-idea yang 'bernas' dan 'segar' tu akan terawet terus dalam benak fikiran. Haha.

Kesimpulannya, cabaran ini akan tersahut dan nampaknya aku perlu berusaha untuk memastikan tiada kompromi lagi lepas ni. Hehe...

Jumaat, 18 Jun 2010

Melepaskan ia Pergi

Aku dah tekad. Kali ni aku takkan pandang ke belakang lagi. Biarlah keadaan yang menentukan. Takkan menyesal. Sebab ni yang aku perlu lakukan. Sejak dulu. Benda mudah tapi sebenarnya amat susah. Kepada kamu, aku sebenarnya akan cuba untuk jauh meninggalkan kamu. Walau apa kata darimu. Maaf. Aku tak mampu untuk terus bertahan. Mungkin aku terlalu lemah..untuk kamu. Mungkin itu juga puncanya. Kamu boleh mengucapkan apa yang kamu inginkan. Hakikatnya, aku yang menanggungnya. Jadi aku sendiri yang perlu meneruskan apa yang aku rasa perlu. Maaf sekali lagi jika kamu merasakan yang aku semakin menjauhimu. Mungkin itu yang sebenarnya kamu ingini walaupun kamu tak pernah menyebutnya.

Bermula dari sini, aku teruskan. Dengan sedar kamu atau tanpanya.

Rabu, 16 Jun 2010

update

Hari ni aku dah tak kerja. Seronok. Boleh lepak-lepak sambil online. Tak perlu fikir benda-benda lain. Oh, aku tak pernah cerita pun. Cuti semester ni aku kerja kat sebuah pusat membeli-belah. Promoter kasut. Tapi sekarang dah berhenti. Kontrak dah habis. Hehe. Jadi sekarang ni aku penganggur yang sedang menunggu semester baru dibuka semula. Maknanya cuti aku yang sebenar baru bermula sekarang. ;)

Cuti sekarang ni pun aku cuma banyak habiskan masa dengan menghadiri undangan perkahwinan. Ramai juga kawan-kawan yang dah kahwin. Aku tumpang gembira untuk itu. Harap-harap semuanya kekal bahagia ke anak cucu.

Jumaat, 21 Mei 2010

Manusia akan jadi lebih kuat bila nak buktikan sesuatu

Betul tak teori aku ni? Ok..cuba pertimbangkan perkara-perkara di bawah ni..

>Seorang lelaki yang terpikat dengan seorang wanita, akan mencuba sedaya upaya (termasuklah melalak secara amplak kat depan rumah awek tu) untuk mendapatkan perhatian darinya.

>Seorang yang pemalas akan menjadi rajin kalau dia nak buktikan yang dia bukan bodoh.

>Seorang penganggur akan berusaha bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik semasa temuduga kerana nak membuktikan yang dia layak untuk diterima bekerja.

Jadi maksudnya, kalau dah ada kehendak yang kuat, sesuatu kerja atau perkara yang ingin dilakukan akan menjadi lebih mudah dan lancar. Sebenarnya aku nak kaitkan post ni dengan kawan aku yang akan berkahwin hujung Mei ni (apa kaitan?;). Aku pun tak sangka yang dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat ni. Dulu kalau sembang-sembang target cecah 30 tahun atau lebih baru boleh bersidang, tapi ni la yang dikatakan rezeki umur dia dalam 25++ dah boleh buat majlis. Aku ni je yang tak tau bila (cerita pasal aku boleh buka post lain...haha). Lepas ni susah la aku nak cari member pergi lepak kedai mamak sampai pagi, pergi karaoke kat seri rampai (tapi aku rasa lepas kawin pun bleh lagi ;p), main futsal tak kira siang atau malam dan sebagainya aktiviti larut malam yang lain. Kena la dia teman isteri kat rumah. Takkan nak buat gaya bujang lagi kot. Hehe. Apa-apa pun aku doakan semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan sampai ke anak cucu. Amin.

Apa-apa hal pun aku kena prepare untuk jadi pengapit masa dia kawin nanti. Mana plak aku nak cari baju Melayu warna coklat terang ni. huuu...

Jumaat, 30 April 2010

Cerita pasal exam

Tinggal satu paper je lagi exam kali ni. Erm..student dan exam memang tak dapat dipisahkan. Tapi aku rasa pekerja dan exam juga tak dapat dipisahkan kecuali yang bekerja sendiri. Tapi tak tau la kalau ada buat exam sendiri :) . Kalau cerita pasal exam, rasanya exam dah lama wujud. Setahu aku empayar kerajaan China dulu pun gunakan kaedah exam kalau nak ambil pekerja untuk menjawat jawatan kerajaan. Jadi kalau tak lulus, tak layaklah jadi penjawat awam untuk masa tu. Haha...merepek panjang-panjang ni pun bukan boleh cemerlang exam aku kalau tak study.

Ok..nak baca sikit lagi.. ^^

Ahad, 25 April 2010

Lepas ni aku nak bawa bas sendiri...

Pagi tadi aku bergegas bangun nak pergi ke pejabat canselori. Nak ambil balik surat kertaskerja yang aku dah hantar ke HEP tempohari. Lepas tu nak pergi ke pejabat bendahari untuk buat surat pelepasan cukai sebab duit tak cukup dan kena cari sponsor untuk laksanakan program. Aku terlewat sikit bangun. Tapi tak apa, aku cepat-cepat mandi dah berkejar untuk pergi menunggu bas(standard la student..tak ada kenderaan sendiri).

Sampai di perhentian bas, aku dah mula berpeluh. Ni yang aku malas ni. Elok-elok dah makeup aku, takkan cair dibawa air peluh aku kot. Tak apa, aku lepak dulu dalam pejabat kat depan perhentian bas. Dengan muka tak malu aku masuk dan terus melepakkan diri di ruangan tetamu sambil melayan hembusan angin kipas yang bercampur dengan aircond. Fuh...lega rasanya (tak laa aku cakap kuat-kuat..dalam hati je). Akak yang duduk dekat dalam tu pun asyik sibuk mengintai-ngintai. Kalau dia tanya adik buat apa dekat sini, boleh la aku cakap yang aku tersesat atau tertinggal flight sambil mengelap peluh yang mengalir di muka dan yang terjatuh dilantai sekali. Tapi tak ada sesiapa pun yang sudi tanya aku soalan tu.

Lama juga aku lepak kat situ. Sampai badan pun dah jadi sejuk. Hoh. Lalu dengan terketar-ketar aku keluar dari situ. Suasana kembali hangat dengan terikan mentari yang menyinar bagai nak rak. Aku kembali kehangatan. Tapi aku tak hirau semua tu. Yang buat aku bertambah panas ni ialah bas yang aku tunggu dari tadi tak muncul. Aku rasa dari pukul 9 lebih menghampiri pukul 10 aku dah melepak kat sini. Jam dah menunjukkan pukul 11. Huisshh...

Aku tengok sekeliling pun dah ramai student lain yang ada kat situ. Masing-masing dah menunjukan raut wajah mencuka. "Takpe laa, pukul 11 ada la ni kot" aku berbisik dalam hati. Tapi 15 minit lepas tu pun tak muncl-muncul juga. Urusan aku pun semua aku dah setelkan pakai handphone je. Buang masa je aku tunggu dekat sini lama-lama. Lepas tu, terus aku pergi makan di kafe berhampiran. Ambil nasi, pilih-pilih lauk, bayar dan separuh pinggan aku dah makan, baru la aku nampak bas lalu. Oh...sistematik sungguh jadual bas ni (masa ni jam dah pukul 11.30). Macam ni ke sistem terbaik yang dikatakan tu? bayar dah bayar dah. Kelewatan tetap ada. Huuhh...

Khamis, 22 April 2010

Senyumlah walau dalam apa keadaan sekalipun, di mana jua...

Orang kata kalau ada masalah, jangan tension-tension. Buat macam dapat benda best. Macam dapat hadiah. Jadi aku pun cuba la praktikkan nasihat orang ni. Dengan senyuman ala-ala garfield, aku berjalan menuju ke cafe. Sambil membuat pesanan kepada akak pengambil order, aku lemparkan senyuman yang paling murah dan paling berkualiti kepadanya lalu aku pergi mengambil tempat duduk bersama dengan kawan-kawan yang lain. Tak sampai 10 minit, makanan aku dah siap.
Huh..cepatnya..padahal aku la yang pesan paling akhir sekali antara ramai-ramai kat situ. Dengan selamba aku pergi ambil makanan aku tadi dan terus pergi bayar di kaunter dan sekali lagi aku lemparkan senyuman emas aku kepada akak yang jaga kaunter pula. Mana tau dapat diskaun.. haha...tapi tak dapat juga. Masa aku nak pergi duduk balik kat tempat aku duduk tadi, aku tengok muka-muka yang sememangnya pelik buat muka pelik dekat aku. Owhh..kali ni aku lemparkan lagi sekali senyuman anak emas aku yang paling hebat.

Sabtu, 13 Mac 2010

Kenapa orang suka tengok cerita Korea/Jepun

Kenapa orang suke?
Aku rasa memang ramai yang tahu tentang perkara ni dan sebab apa. jadi dekat sini aku nak menerangkan lagi kenapa berdasarkan perspektif aku sendiri.
1. Suka tengok sebab aktor-aktor dan aktress-aktress yang berlakon semua hensem-hensem dan cun-cun. Hehe. Kalau boleh, orang yang macam ni nak dapat awek atau balak sebijik macam pelakon-pelakon Jepun atau Korea ni. Tapi kalau tak dapat pun, cukuplah dengan jadi peminat tegar diorang ni dengan mengumpul setiap koleksi lakonan cerita pelakon yang diminati tadi.

2. Suka tengok sebab ada kisah cinta yang romantik. kalau orang yang macam ni pula, jenis yang jiwang-jiwang terutamanya perempuan, tapi aku tak kata lelaki tak ada yea ^_^ . Kebanyakannya kalau boleh nak mempraktikkan adegan-adegan cinta yang mereka tengok dalam drama-drama ni. Contohnya bagi bunga waktu si dia tengah buat persembahan kat atas pentas depan orang ramai. Kalau tak dapat nak buat macam tu, cukuplah sekadar dapat bagi bagi coklat masa hari ulangtahun.

3. Suka tengok gaya fesyen yang dibawa oleh para pelakon. Terutamanya rambut. Kalau lelaki tu mesti nak ada gaya rambut panjang pacak-pacak ataupun jatuh ke depan dan disisir ke tepi dan macam-macam lagi stail rambut yang dapat dilihat. kalau dalam bab berpakaian pula, ada banyak fesyen terkini yang mereka tonjolkan yang aku rasa boleh tahan dan menarik.
4. Sukakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita. Haaa...yang ni semua lapisan masyarakat suka..hehe. Banyak nilai moral yang ditonjolkan seperti nilai kekeluargaan, keberanian, kuat berusaha, setiakawan dan macam-macam lagi. Jadi, bagi orang yang menonton, jangan hairan kalau lepas menonton drama-drama ni tiba-tiba terus jadi rajin semacam tanpa disuruh..hehe..
5. Suka sebab awek atau balak suruh tengok dan lepas tu terus jadi suka dengan tak sengaja. Dah banyak juga kes macam ni terutamanya lelaki..tak pasal-pasal jadi jiwang..huhuhuu..

Yang lain-lain tu fikirlah sendiri sebabnya dan lepas tu boleh la tambah-tambah kat ruangan komen. tq ^_^

Sabtu, 20 Februari 2010

Dah mula dah...

Cuti dah habis. Besok dah mula kelas. Tugasan pula dah bertimbun-timbun perlu disiapkan. Duit dah makin kering. Badan dah makin kurus (siyes?). Exam pun dah dekat. Kalau tak mula dari sekarang tentu masalah nanti.

Jadi, bermulalah era kesibukan kembali aku selepas cuti midsem ni. Cuti memang puas. Sampai tak ingat yang aku student. Tapi tak apa, tu semua dah berlalu. Kita teruskan dengan agenda yang seterusnya. Gambate!!

*seorang pelajar perlu ada semangat juang yang tinggi kalau nak berjaya. ^_^

Sigh...

Dunia terus berputar dan aku masih tetap di sini....

Khamis, 18 Februari 2010

berlari tanpa henti...

Di sepanjang pinggiran sungai itu aku teruskan berlari...
sambil ditemani cahaya mentari yang memancar seolah-olah melawan derasnya arus yang mengalir....
Aku teruskan berlari walaupun dihati ini penuh dengan kedukaan yang masih merah...berdarah..
Semoga ianya akan terus hilang dengan lelah yang datang...
Agar perjalanan yang panjang ini akan membuatkan aku terleka dari kesakitan yang tertimpa...

Rabu, 17 Februari 2010

Semakin malas...

Menonton DVD sambil makan biskut dengan air nescafe panas VS menulis blog. Adoi...mana pergi mood aku nih...

Semakin hari semakin malas...

kalau tentang cinta boleh la guna semakin hari semakin sayang. Tapi kalau dalam kes menulis blog ni, boleh la guna semakin hari semakin malas. Yaa..memang aku dah makin malas nak menulis....malas...malas..malas..

Jangan paksa aku tulis lagi...nanti makin merepek... ;p

Sabtu, 30 Januari 2010

LTM

Kebarangkalian ini sungguh memenatkan. Seringkali membuat aku pasrah terdiam tanpa bicara. Aku tahu aku hanyalah tempias sinaran bintang yang tenggelam oleh gahnya cahaya bulan. Kecil. Lemah dimatanya. Lebih baik berterus terang dari berdiam, kerana aku pasti dia tidak pernah mendengar keluhan ini.

Selasa, 19 Januari 2010

Aku Sepasang Kasut yang Sungguh Kasihan...

Sudah beberapa kali aku dipaksa bekerja dalam keadaan diriku yang sudah amat uzur ini. Ingin sahaja aku menjerit-jerit memaki di gegendang telinga orang yang selalu menyarung aku. Kulit aku pun sudah luntur walaupun mungkin sebahagiannya adalah hanya pvc. Namun suaraku terlalu kecil. Lidah pun tak ada. Bagaimana aku hendak melontarkan semua itu. Mahu tidak mahu harus kutelan semua itu walaupun perit. Sudahlah hina, setiap hari dipijak. Malah aku diseksa lagi sebegitu.
Hari demi hari berlalu..namun nasibku tetap sama. namun pada suatu aku terperasan sesuatu yang agak lain di persekitaran tempat aku selalu dilepakkan. Seperti ada bau haruman kedai yang cukup mengasyikkan. Sudah lama aku tidak berbau sebegitu. Bau hapak adalah. Sementelah dari saat itu, aku tidak lagi dipijak-pijakkan. Aku dijulang tinggi-tinggi di atas almari. Aku terasa begitu bangga sekali dengan penghargaan sebegitu. Belum pernah lagi aku dilayan sebegitu sepanjang aku dinobatkan sebagai kasut terbaik milik tuan.
Kini, apa yang dapat aku lihat ialah mangsa terbaru tempat tuan berpijak. Sungguh aneh, dia langsung tidak berasa sedih ataupun terseksa. Malah, dia begitu gembira menjadi mangsa pemijakan tersebut. Setiap pagi, dia akan disarungkan dengan penuh bergaya oleh tuan. Ceh, apa yang nak dibanggakan..cuma sekadar dipijak dan dihenyak. Mungkin dia masih tidak sedar tentang kebodohannya itu.
Tapi hari demi hari aku lihat dia semakin disayangi. Hampir setiap hari tuan akan mentancapkan wajah dan badannya dengan sejenis alat mekap khas yang berkilat. Malah tuan juga telah memberikan satu tempat yang khas untuk dia berehat. Seronok pula aku melihat dia begitu. Akhirnya aku menyedari yang mungkin aku lebih bodoh dari dia. Walaupun selama ini aku telah digunakan, tapi aku tidak pernah merasai kebahagiaan sebegitu. Berbeza dengan dia yang aku lihat sentiasa menikmati setiap saat yang berlalu bersama tuan. Malah dia semakin disayangi dan dijaga dengan lebih rapi.
Akhirnya baru aku sedari. Ada sesuatu yang dia ada yang aku tak miliki. Mungkin aku perlu dapatkan itu untuk menjalani saat-saat emas ini. Mungkin kini aku perlu mempelajari tentang erti sebuah keIKHLASan.

Jumaat, 15 Januari 2010

Lepas ni Mungkin Aku akan Jadi Pemblogger Tegar

Tunggu line Streamyx masuk je ni. Wifi 4 mbps katanya. Pasang kat dalam bilik kawan yang bertentangan dengan bilik aku. Mungkin dalam sepuluh orang je yang pakai. Aku rasa tu dah cukup bagus daripada turun ke mall yang kelajuan gelombangnya wirelessnya mungkin dalam 1 mbps dan digunakan oleh beratus pengguna.

Agak-agak aku boleh jadi pemblog tegar ke lepas ni? ^_^

Sabtu, 9 Januari 2010

Syriana oh Syriana

Kau buat aku teruja. Kau buat aku gembira. Tapi kau juga buat aku mengantuk. Buat aku menghabiskan beringgit-ringgit wang Malaysia. Aku berkira-kira mahu saja melepaskan kau..tapi jika aku berbuat begitu, aku mungkin akan kehilangan suatu perkara yang besar dan amat bernilai. Markah tugasan mungkin akan ditolak tanpa kasihan. Perjalanan aku dalam subjek etika mungkin juga terencat. Semuanya kerana kau Syriana.

Jadi, aku mungkin akan meneruskan pencarian ini. Mengorek segala lubang rahsia yang tersembunyi segala macam nilai etika. Maklumat tidak datang bergolek. Apatah lagi dengan markah tugasan. Aku cuma mengharapkan semuanya berjalan dengn lancar untuk aku meneruskan perjalanan ini.

*tugasan ni dah selesai dihantar kepada pensyarah semalam. Tahniah kepada semua!
*Filem ni sebenarnya agak menarik kalau dapat difahami (ramai juga yang mengeluh..huhuu)

Perlawanan Antara Band...

Bukan bergadoh, bertumbuk atau bertembak...tapi lawan siapa dapat perform paling best, paling ngam dan paling gempak. Persembahan pastinya dikira dari segi tempo, persembahan, suara dan sebagainya.

Battle of The Band dalam Universiti, tapi terbuka untuk semua yang berminat. Ada berani?

Terlepas pandang..

Sebenarnya, bukan apa-apa yang terlepas. Cuma aku terlepas memandang blog yang semakin suram. Tak cukup air, baja, vitamin dan sebagainya. Bukan tidak mahu untuk terus menulis, tapi aku lebih suka menyimpan daripada meluahkan buat masa ini. Mungkin nanti bila aku dah segar semula, aku akan kembali melepak di sini. Kamu pun jangan lupa datang melepak di sini yea.

Ingat nak ke farmasi atau ke kedai-kedai berdekatan untuk membeli sebarang dua mood untuk menulis.

Kalaulah...