Jumaat, 17 Disember 2010

Betul ke susah nak memahami wanita?


Pernah dengar statement "perempuan tak tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan"? Ini menjelaskan kenapa susah kita nak memahami hati seseorang perempuan atau makhluk bernama wanita ni. Apa yang mereka suka, tak suka, apa yang mereka nak. Sebab tu lelaki ni diciptakan sebagai pemimpin kepada wanita dan keluarga. Sebab mereka lebih tahu apa yang diperlukan dan yang lebih penting, lebih jelas dengan apa yang dikehendaki. Perempuan ni memang makhluk yang diciptakan lebih rumit dan berseni. Jadi, dalam nak memahami hati seorang perempuan sebenarnya adalah satu proses seni yang memerlukan sentuhan yang betul.

Kesimpulannya, mengenali hati wanita adalah satu proses menduga dan menguji. Contohnya kalau kita mengajak seorang perempuan untuk keluar makan, kita susah untuk mendapat jawapan yang tepat restoran yang mana ingin dituju kalau kita bertanya secara terus. Contoh, lelaki akan bertanya "awak nak makan kat mana hari ni?" perempuan pula biasanya membalas dengan jawapan seperti "ermm...mana-manalah, saya tak kesah pun..." Tetapi, mereka akan memberi tindakbalas kepada cadangan-cadangan yang kita berikan. lelaki: saya rasa nak makan makanan laut hari ni. Perempuan biasanya akan memberi jawapan "errr, saya rasa saya nak makan makanan bergoreng hari ni laa..." ataupun "boleh tak kita makan kat tempat lain jer, saya tak biasa la makan makanan laut"

Jadi, bagi aku sebagai seorang lelaki, perlu pandai untuk mendorong seorang perempuan untuk membuat sesuatu pilihan. Mungkin agak leceh bagi seorang lelaki untuk berbuat demikian. Tapi, kalau nak memahami apa yang sebenarnya mereka nak, memerlukan percubaan yang berulang kali ataupun proses trial and error. Hehe...rumit kan? tapi memang tu la ciptaan seorang wanita. Rumit dan penuh misteri. Jadi untuk menjawab semua persoalan yang timbul memerlukan kreativiti dan usaha yang berterusan. Malas? susah? tak ada masa? itu terpulang kepada anda. :)

3 ulasan:

Shaqilla berkata...

rumit? ingatkan lelaki yang rumit.. heuheuheu :p

tapi ade betul jugak ape yg awak tulis tu. nice job. :)

luna Q jimat berkata...

ape yg perempuan nak is just dihormati, disayangi dengan ikhlas..tu je..hehe

Zintz berkata...

Shaqila, errmmm...rumit untuk lelaki..dan lelaki rumit untuk wanita... :)

Luna, kalau semudah itu...takkan sy buat entry ni tul x ..hehhee..