Selasa, 28 Oktober 2008

BiLa SeRaTuS OrAnG NaK MaSuk PiNtU YaNg SaMa SeReNtaK...

Panjangnya tajuk...

Kamu rasa-rasa berjayakah seratus orang tu nak masuk dengan lancar tanpa perlu berasak-asak melalui pintu tu? Itu baru seratus. Belum seribu. 5 ribu, sepuluh ribu? Aku tak sanggup...

Itulah yang terjadi semalam di U aku. Mahasiswa dan mahasiswi semester pertama mendaftar subjek untuk semester kedua. Semua nak dapat subjek yang telah dirancang untuk diambil. Aku pun sama. Tapi aku bernasib baik. Penambahan bermula pukul 12 malam dan tak sampai lima minit aku dah selesai semua. Yang kurang bernasib baik sampai ada yang sampai pukul lima pagi baru dapat add. Itupun banyak kelas yang dah penuh. huuhh..

Akhirnya, ada dalam dua subjek aku terpaksa pergi kelas sorang2 ke kelas sebab member2 yang lain tak sempat dapat subjek tu..  

Ada cadangan?

Ahad, 26 Oktober 2008

Penghasilan Gen Baru

jangan silap!

Ini bukannya makmal penghasilan manusia ataupun pembentukan spesis baru sepertimana yang mungkin terlintas dalam pusat pemikiran kamu....

Hari ni, seorang kawan meminta pertolongan aku menghasilkan sejenis Blog..oh, sebuah blog. Aku yang tak berapa pandai dan hensem ni pun keluarkan la apa yang aku tahu. Yang lain-lain tu aku biarkan je. Lantak ko la..hehe

Aku dulu pun belajar sendiri je..

selamat berjaya...

Semoga lagi dahsyat dari aku...nanti boleh aku link(yang sendiri punya pun tak kemana...haha..)

Akhir sekali....

jangan lawan cikgu...   :)

Khamis, 23 Oktober 2008

Undergoing MyBlogLog Verification

Aku Punya Kamu

Malam ini aku keseorangan. Duduk berseorangan di suatu sudut sambil melihat gelagat manusia dan suasana sambil ditemani embun hujan yang dingin. Lagu Faizal Tahir, 'Aku Punya Kamu' yang diperdengarkan dari 'Friendster' aku menjadi santapan aku di meja ini. Walaupun aku keseorangan di sini, malam ini, namun aku tetap punya kamu. kamu yang sanggup menemani aku yang kesepian di sini. Kepada kamu yang setia menemaniku, aku akan cuba untuk tidak mengecewakan kamu. Kerna aku tahu, tiada siapa yang ingin dikecewakan apabila ia telah meletakkan sesuatu harapan kepada seseorang.

Jiwang aku malam ni yea. Haha!

Rabu, 22 Oktober 2008

Pelik ke?

Aku ada terbaca tentang satu blog yang menceritakan perkara yang berkaitan dengan asal usul sesuatu seni atau kebudayaan. Dalam blog tu penulis seolah-olah tak berpuas hati dengan seni atau budaya Indonesia yang terdapat dalam Malaysia. Antaranya adalah seperti seni silat, lagu kebudayaan, nama, dll. Baginya dia pelik dengan keadaan itu. Bagi aku tiada yang peliknya kalau dua buah negara yang berjiran dan mempunyai rumpun bangsa yang sama mempunyai pelbagai persamaan dari pelbagai aspek. Pastinya dua negara tersebut akan mempengaruhi satu sama lain sama ada secara langsung atau tidak. Mungkin perkataan yang sama dalam dua negara tersebut tetapi mempunyai makna yang berbeza. Dengan kata lain, jika penulis hendak mengkritik perkara tersebut, dia perlu mengkaji dahulu sejarah.

Aku juga tak menafikan mngkin ada yang benar dari kata-katanya. Tetapi mengapa perlu terlalu emosional tentang perkara seperti itu. Bagi aku, ia adalah perkara yang rumit untuk dirungkaikan.

Isnin, 20 Oktober 2008

jom lepak!

Petang tadi waktu aku on the way nak ke kelas tutorial, aku ternampak beberapa bekas pelajar yang sedang bergambar di hadapan kolam air pancut di hadapan bangunan Canselori. Terasa begitu indah kawasan tu tadi. Mana tidaknya, ada majlis konvo la katakan...mesti la nak jaga nama..hehe. Dari situ aku dapat merasakan perasaan mereka yang akan menjalani majlis konvokesyen yang dijalankan dari 16 hingga 20 Oktober ini. Wajah-wajah kegembiraan yang terpapar membuatkan aku turut sekali merasainya. Aku juga terbayang saat-saat jika sampai masanya untuk aku melalui semua itu. tentu seronok. Lebih-lebih lagi kalau dapat first class. Hehe..

Kisahnya... aku dah lega hari ni sebab assignment terakhir aku dah pun selamat dihantar. Aku ingat nak belanja makan tapi kamu sombong..hehe. Boleh, tapi tunggu aku kaya.. Lepas ni boleh aku join memember main CS dengan tenang. Masa ni la aku rasa sempat nak update blog juga mengaktifkan perkara-perkara yang mengalami kelembapan sebelum ni. Wa caya sama lu!




Selasa, 14 Oktober 2008

kala hujan....

Hidup ini memerlukan teman. Hidup ini juga tidak perlu bersendiri kerana tiada seorang insan pun yang ingin begitu. Adakah kesepian itu patut menjadi peneman sedangkan jiwa sentiasa memberontak mencari seseorang? Adakah kamu ingin apabila kamu memandang sekeliling tetapi tiada sesiapa seolah-olah kesemua mereka cuba menjauhimu. Hidup seolah kelam. Sepi. Dan suatu waktu kamu terpandang suatu sinar cahaya yang baru dan indah di hadapanmu. Kamu cuba menggapainya namun ia seolah sukar bagimu.  Adakah pancaran sinar itu yang kamu nanti. Memecahkan percikan cahaya tinggi ke udara. Lantas kamu pergi mencarinya walaupun kamu terpaksa berlari dan meredah pelbagai rintangan termasuklah dari diri kamu sendiri. Aku pasti kamu akan lakukannya…kerana kamu juga seperti aku, tidak ingin dalam kesepian tetapi ingin selalu bersama.  Tapi, sepi itu selalu mendakapi hati. Kadang-kadang ia meluluhkan hati. Kadang-kadang ia membuat kita menangis. Aku juga pasti, kamu ingin hidup kamu seperti warna pelangi. Selalu berwarna-warni. Selalu dinanti. Selalu membuat orang lain tersenyum sendiri. Aku juga pasti, kamu ingin menjadi seolah ribuan bintang di langit. Sentiasa bersinar walaupun tidak kelihatan di siang hari. Sentiasa dinanti di malam hari. Kini, kita terus berlari bersama dari arah yang berbeza hingga bertemu di pertengahan jalan. Tika itu aku harap kamu tidak berseorangan lagi kerana aku harap aku akan menjadi peneman sepanjang perjalananmu dan perjalananku. Kita terus bersama menempuh perjalanan baru. Kita terus bersama walaupun terpaksa berkorban. Senyuman kita bersama akan menjadi penawar. Walaupun kini aku masih belum nampak percikan sinarmu itu, tapi mungkin ia pernah melintasiku tanpa kusedari. Aku berharap, suatu masa nanti..aku..kamu... menjadi kita…

Rabu, 8 Oktober 2008

Serangan peribadi...

Komputer aku kena virus. Program yang mula-mula kena ialah word. Bila aku buka word apa yang aku simpan dah corupted. Kamu semua tahu apa yang keluar... "Hack by Debugger!!!" Menyusahkan betul.Rasa nak gugur je jantung. Ikutkan hati, aku goreng je laptop ni. Huuu...tak boleh. Nanti nak pakai laptop mana. Mahal tu nak beli baru. Aku bukan orang kaya. Sekaya ada la...heh.. kamu nak tolong? takpe...tolong tengok pun takpe.. tapi kalau nak hulur-hulur sikit pun bagus gak. Aku sedia menerima. Masalahnya di sini, semua fail-fail yang menggunakan words document kena. Lagipun, yang menariknya bukan words je kena..PDF dengan 'Power Point' pun kena belasah gak... Habis.... besok aku nak hantar laptop pergi kedai sebab aku tak tau nak buat macamane lagi.