Halaman

Selasa, 14 Oktober 2008

kala hujan....

Hidup ini memerlukan teman. Hidup ini juga tidak perlu bersendiri kerana tiada seorang insan pun yang ingin begitu. Adakah kesepian itu patut menjadi peneman sedangkan jiwa sentiasa memberontak mencari seseorang? Adakah kamu ingin apabila kamu memandang sekeliling tetapi tiada sesiapa seolah-olah kesemua mereka cuba menjauhimu. Hidup seolah kelam. Sepi. Dan suatu waktu kamu terpandang suatu sinar cahaya yang baru dan indah di hadapanmu. Kamu cuba menggapainya namun ia seolah sukar bagimu.  Adakah pancaran sinar itu yang kamu nanti. Memecahkan percikan cahaya tinggi ke udara. Lantas kamu pergi mencarinya walaupun kamu terpaksa berlari dan meredah pelbagai rintangan termasuklah dari diri kamu sendiri. Aku pasti kamu akan lakukannya…kerana kamu juga seperti aku, tidak ingin dalam kesepian tetapi ingin selalu bersama.  Tapi, sepi itu selalu mendakapi hati. Kadang-kadang ia meluluhkan hati. Kadang-kadang ia membuat kita menangis. Aku juga pasti, kamu ingin hidup kamu seperti warna pelangi. Selalu berwarna-warni. Selalu dinanti. Selalu membuat orang lain tersenyum sendiri. Aku juga pasti, kamu ingin menjadi seolah ribuan bintang di langit. Sentiasa bersinar walaupun tidak kelihatan di siang hari. Sentiasa dinanti di malam hari. Kini, kita terus berlari bersama dari arah yang berbeza hingga bertemu di pertengahan jalan. Tika itu aku harap kamu tidak berseorangan lagi kerana aku harap aku akan menjadi peneman sepanjang perjalananmu dan perjalananku. Kita terus bersama menempuh perjalanan baru. Kita terus bersama walaupun terpaksa berkorban. Senyuman kita bersama akan menjadi penawar. Walaupun kini aku masih belum nampak percikan sinarmu itu, tapi mungkin ia pernah melintasiku tanpa kusedari. Aku berharap, suatu masa nanti..aku..kamu... menjadi kita…

Tiada ulasan: