Halaman

Jumaat, 12 November 2010

Vampire Diaries - Ulasan aku


Kalau dulu mungkin ramai yang sibuk menonton filem aksi romantik Twilight, tapi mungkin kini ramai pula yang sudah beralih untuk menonton drama bersiri Vampire Diaries. Bagi yang sudah menonton kedua-dua cerita ini, mungkin mengatakan terdapat persamaan antara keduanya. Bagi aku, memang terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua kisah yang bergenre aksi romantik ini, tetapi hakikatnya jalan cerita yang digarap dalam drama bersiri Vampire Diaries ini adalah lebih rumit berbanding Filem twilight serta sekuel filem tersebut.

Tujuan aku menulis ni bukan untuk membandingkan kedua-duanya, tapi aku nak ceritakan sedikit mengenai drama Vampire Diaries yang sedang hangat ditayangkan di televisyen-televisyen USA untuk musim kedua drama ini. Errmm....Vampire Diaries mengisahkan mengenai seorang gadis 17 tahun bernama Elena Gilbert (Nina Dobrev) yang tinggal di Mystic falls bersama adiknya yang berumur 15 tahun Jeremy Gilbert (Steven R. McQueen) dan makciknya Jenna (Sara Canning). Kehidupan Elena pada awalnya adalah normal sehinggalah dia bertemu dengan adik beradik vampire Salvatore, Stefan (Paul Wesley) dan Damon (Ian Somerhalder) dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta dengan Stefan. Damon dalam diam rupanya menaruh perasaan yang sama terhadap Elena. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila ia melibatkan kisah percintaan tiga segi antara Damon, Stefan dan Katherine (Nina Dobrev) yang mempunyai wajah seiras Elena yang juga merupakan seorang vampire.

Perjalanan kisah ini menunjukkan mengenai bagaimana Stefan menangani Damon yang bersifat antagonis ekoran dilema yang wujud antara kedua mereka. Damon yang dilihat jahat pada awalnya mula berubah menjadi baik. Bagaimanapun, mereka terpaksa menangani Katherine yang kembali menghantui kehidupan mereka selepas hilang selama 145 tahun. Akhirnya adik beradik Salvatore kembali bekerjasama untuk menangani Katherine sambil dibantu oleh kawan baik Elena, Bonnie (Katerina Graham) yang juga merupakan seorang ahli sihir, guru sejarah yang mempunyai pengalaman dalam memburu vampire, Alaric Saltzman ( Matthew Davis), kawan baik elena yang berubah menjadi vampire, Caroline (Candice Accola) dan adiknya sendiri, Jeremy. Akhirnya Katherine berjaya ditangkap dan dikurung di sebuah makam lama.

Bagaimanapun cerita masih belum selesai. Pelbagai ancaman masih menanti mereka. Kedatangan vampire sejati, Elijah (Daniel Gillies) menjadi satu petanda baru untuk mereka. Mungkinkah Katherine akan dilepaskan semula bagi membantu mereka dalam berhadapan dengan "The Original"? Masih terdapat pelbagai persoalan yang timbul. Drama ini pun masih ke udara dan masih dinantikan oleh ramai peminat-peminatnya.


Apa yang menjadi fokus aku untuk drama ni adalah bagaimana perasaan Damon apabila terpaksa berhadapan dengan kenyataan cintanya tidak diterima Elena tetapi milik adiknya Stefan dan penonton dibuai untuk menyelami perasaan Damon terhadap Elena walaupun ia dilihat mustahil. Mungkin ini yang menjadi penarik kepada mereka yang meminati drama ini. Unsur-unsur romantik yang setara dengan aksi yang digarap.


Apapun, bagi aku drama ni memang menarik dan aku masih menunggu episod terbaru untuk minggu ini. Ok..sampai sini je ulasan aku. Adios! ~_<

Selasa, 9 November 2010

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet (Lirik)

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar bayang

(Ulang korus)

(Altimet)
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahada

(Ulang 2X)
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Mencari jawapan

Saat kamu hadir dalam hidup aku..
Aku gembira..
dapat kawan dengan kamu,
dapat kenal hati budi kamu...

Kamu baik, suka ketawa..
Apabila kamu ketawa, aku pun akan ketawa...
Apa yang aku suka, kamu hargai setiap apa yang aku beri...
walaupun tak seberapa...

Mula-mula kamu mesra dengan aku,
kamu selalu mesej aku,
aku selalu telefon kamu,
kita dan janji untuk keluar nanti...

Tapi itu mula-mula,
Lepas tu sikap kamu mula berubah,
Mesej dah jarang...telefon pun selalu tak angkat,
Kamu selalu habiskan masa dengan kawan-kawan kamu...
Aku sedikit kecewa...

satu hari kita bergaduh,
aku marahkan kamu dan kamu marahkan aku,
Kita bergaduh atas sebab yang kita dah tau..
Atas sebab yang sama...

Aku ingat itu cuma pertengkaran biasa,
bodohnya aku...kita bergaduh atas sebab yang
sepatutnya aku dah faham,
Yang aku memang dari dulu dah mengerti,
aku ni sebenarnya bukan siapa-siapa...
Aku yang bodoh asyik terkejar sani sini,
sedangkan aku tak nampak yang kamu mungkin rimas dengan aku...

Tak apa, aku tak marah...
Semua tu kan hak kamu?
Aku yang sepatutnya sedar diri,
Sepatutnya aku yang pergi,
dan kita tak perlu bergaduh macam ni...
Maafkan aku...

Atau mungkin aku tersilap?

Walaupun sekejap,
Aku tetap ingin cari jawapan...
Mungkin aku bukan siapa-siapa untuk kamu,
Tapi aku sedar kini...yang aku sukakan kamu,
sayangkan kamu,