Halaman

Jumaat, 12 November 2010

Vampire Diaries - Ulasan aku


Kalau dulu mungkin ramai yang sibuk menonton filem aksi romantik Twilight, tapi mungkin kini ramai pula yang sudah beralih untuk menonton drama bersiri Vampire Diaries. Bagi yang sudah menonton kedua-dua cerita ini, mungkin mengatakan terdapat persamaan antara keduanya. Bagi aku, memang terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua kisah yang bergenre aksi romantik ini, tetapi hakikatnya jalan cerita yang digarap dalam drama bersiri Vampire Diaries ini adalah lebih rumit berbanding Filem twilight serta sekuel filem tersebut.

Tujuan aku menulis ni bukan untuk membandingkan kedua-duanya, tapi aku nak ceritakan sedikit mengenai drama Vampire Diaries yang sedang hangat ditayangkan di televisyen-televisyen USA untuk musim kedua drama ini. Errmm....Vampire Diaries mengisahkan mengenai seorang gadis 17 tahun bernama Elena Gilbert (Nina Dobrev) yang tinggal di Mystic falls bersama adiknya yang berumur 15 tahun Jeremy Gilbert (Steven R. McQueen) dan makciknya Jenna (Sara Canning). Kehidupan Elena pada awalnya adalah normal sehinggalah dia bertemu dengan adik beradik vampire Salvatore, Stefan (Paul Wesley) dan Damon (Ian Somerhalder) dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta dengan Stefan. Damon dalam diam rupanya menaruh perasaan yang sama terhadap Elena. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila ia melibatkan kisah percintaan tiga segi antara Damon, Stefan dan Katherine (Nina Dobrev) yang mempunyai wajah seiras Elena yang juga merupakan seorang vampire.

Perjalanan kisah ini menunjukkan mengenai bagaimana Stefan menangani Damon yang bersifat antagonis ekoran dilema yang wujud antara kedua mereka. Damon yang dilihat jahat pada awalnya mula berubah menjadi baik. Bagaimanapun, mereka terpaksa menangani Katherine yang kembali menghantui kehidupan mereka selepas hilang selama 145 tahun. Akhirnya adik beradik Salvatore kembali bekerjasama untuk menangani Katherine sambil dibantu oleh kawan baik Elena, Bonnie (Katerina Graham) yang juga merupakan seorang ahli sihir, guru sejarah yang mempunyai pengalaman dalam memburu vampire, Alaric Saltzman ( Matthew Davis), kawan baik elena yang berubah menjadi vampire, Caroline (Candice Accola) dan adiknya sendiri, Jeremy. Akhirnya Katherine berjaya ditangkap dan dikurung di sebuah makam lama.

Bagaimanapun cerita masih belum selesai. Pelbagai ancaman masih menanti mereka. Kedatangan vampire sejati, Elijah (Daniel Gillies) menjadi satu petanda baru untuk mereka. Mungkinkah Katherine akan dilepaskan semula bagi membantu mereka dalam berhadapan dengan "The Original"? Masih terdapat pelbagai persoalan yang timbul. Drama ini pun masih ke udara dan masih dinantikan oleh ramai peminat-peminatnya.


Apa yang menjadi fokus aku untuk drama ni adalah bagaimana perasaan Damon apabila terpaksa berhadapan dengan kenyataan cintanya tidak diterima Elena tetapi milik adiknya Stefan dan penonton dibuai untuk menyelami perasaan Damon terhadap Elena walaupun ia dilihat mustahil. Mungkin ini yang menjadi penarik kepada mereka yang meminati drama ini. Unsur-unsur romantik yang setara dengan aksi yang digarap.


Apapun, bagi aku drama ni memang menarik dan aku masih menunggu episod terbaru untuk minggu ini. Ok..sampai sini je ulasan aku. Adios! ~_<

2 ulasan:

Cik Dinda berkata...

admirer gile kat 2 ekor vampirer kacak tuh! elena sangat la suweeeeeettt! :D

Zintz berkata...

nmpknyer lepas ni kene buat post kenapa suke kat itu 2 ekor plak laa... ;)