Halaman

Jumaat, 15 Oktober 2010

Bagaimana melupakan kekasih lama?


Mungkin setiap di antara kita pernah mengalami kisah hidup yang sedih seperti ditinggalkan kekasih ataupun cinta bertepuk sebelah tangan. Bila terjadi hal sebegini, pelbagai cara digunakan untuk melupakan si dia. Ada yang berkurung di dalam bilik dan tidak bergaul dengan orang ramai. Ada juga yang bertindak men"sibuk"kan diri dengan melakukan pelbagai kerja atau aktiviti yang tak pernah dilakukan sewaktu bercinta. Tapi sejauh manakah cara seperti ini dapat membantu untuk mengurangkan rasa terseksa yang membelenggu jiwa? mungkin kita dapat melupakan si dia untuk seketika, tetapi bila tiba waktu-waktu yang tertentu seperti duduk berseorangan adakah dengan mudah bayangan kekasih lama tidak muncul. Ada pula yang tertanya-tanya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menyembuhkan hati dan dapat melupakan bekas kekasih tersebut. Adakah mengambil masa selama seminggu, sebulan, setahun atau bertahun-tahun? Kemudian baru boleh mencari pengganti yang baru?

Pada pendapat aku berdasarkan kepada pengalaman dan cerita kawan-kawan, untuk melupakan seseorang bukanlah hanya bergantung kepada faktor masa semata-mata. Bukanlah menjadi penentu sama ada sebulan, dua bulan atau setahun baru kita dapat melupakan si dia. Tapi yang penting ialah kesediaan kita untuk mencari seseorang untuk menggantikan tempat si dia di hati. Walaupun hanya baru sehari berpisah dengan kekasih lama, tetapi sudah ada seseorang yang mampu untuk memberi kebahagiaan, maka proses untuk melupakan bekas kekasih akan menjadi lebih mudah dan tidak terlalu membebankan. Bolehlah dikatakan bahawa yang diperlukan ialah keberanian untuk memulakan semula perhubungan yang baru. Mungkin ada yang telah menanti lama untuk kamu dan inilah masa yang sesuai untuk mengenali hati budi orang lain. Mungkin dia lebih baik dan lebih sesuai berbanding kekasih lama. Semoga rasa yang baru wujud itu dapat menyembuhkan sedikit demi sedikit keperitan yang dialami.

Jadi, cubalah untuk membuka hati kepada orang lain yang mungkin lebih layak untuk kamu berbanding si dia yang pergi meninggalkan kamu. Tapi janganlah terlalu terburu-buru sehingga membahayakan diri sendiri. Gunakanlah sebanyak masa yang boleh untuk mengenali hati budinya kerana ia juga suatu proses yang bagus bagi melupakan kekasih lama.

Tiada ulasan: