Halaman

Sabtu, 21 Februari 2009

Kalau aku tahu dari awal...

Malam ni tak tau nak buat apa.. mata pun belum mengantuk lagi.Akhirnya aku telah mendownload beberapa cerita anime shin chan. Agak banyak.. sebab aku memang minat anime ni. Lebih-lebih lagi kalau didatangi waktu-waktu yang membosankan. Selalu masa ada kat rumah, aku jarang "miss" untuk menonton ini wayang. Best tu.. budak tadika tapi berlagak macam orang dewasa.. heh

Suasana tempat beronline yang sensasi agak meriah malam ini. Tak macam hari-hari lain.. memang..besok hari cuti sebab tu ramai. Tapi kalau hari biasa, waktu-waktu macam ni memang agak lengang.. kadang-kadang cuma ada beberapa pelayar internet tegar yang duduk di suatu-suatu sudut yang tertentu. Lengang... Bila disebut tentang suasana lengang ni, ada satu peristiwa yang aku agak sukar nak lupa yang pernah terjadi pada aku di sini pada waktu-waktu yang lengang. Ada sekali tu, masa aku sedang syok melayari internet lebih kurang dalam pukul dua pagi seingat aku. Aku terasa hendak ke tandas untuk membuang air.. Masa tu aku dengan dengan seorang kawan dan beberapa orang lain di situ tapi aku ke tandas seorang diri. Tandas tu terletak agak jauh dari tempat wireless.. suasana pun agak sunyi sepi. Angin malam yang meniup-niup lembut menjadikan suasana malam agak sinikal dan mendinginkan.

Aku tak peduli semua tu..yang penting hajat aku tercapai. Aku bergegas masuk ke tandas tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Ada beberapa tandas di situ.. dan aku telah memasuki tandas yang kedua.  Apabila aku hendak masuk ke tandas, aku tersentak oleh suatu bunyi dan tiba-tiba lampu menyala dengan sendirinya. Sebelum tu suasana agak suram kerana hanya beberapa lampu sahaja yang terpasang. Tersentap jantung aku masa tu. Kalau ikutkan hati nak je aku lari keluar..tapi aku tenangkan je hati. "Buat tak tau je" bisik aku dalam hati yang agak berdebar dan suspen. Masa tu pula aku teringat cerita Joe.. dia cakap dia dah kena "usik" macam tu juga dan di tandas yang sama. Lagi berdebar la jantung aku masa tu. Aku tak nak fikir banyak-banyak..apabila dah selesai, aku jalan keluar dengan agak selamba supaya tak nampak kecut. Orang kata kalau kena kacau buat macam biasa je.. sebab benda macam ni lagi suka kalau orang yang kena ganggu tu lemah semangat. 

Lepas aku keluar dari tandas tu, aku langsung tak cerita kat siapa-siapa. Biar aku sorang je tahu. Hal tu aku rahsiakan sampai la pada suatu hari.. masa tu aku ada dekat dewan kuliah. Ada aktiviti masa hari cuti. Kali ni pun aku nak masuk ke tandas juga. Dipendekkan cerita, masa aku nak masuk tandas tu, hal yang sama berlaku sama seperti yang aku cerita tadi..lampu telah menyala dengan sendirinya. Kali ni aku tak berapa nak suspen sebab waktu tu hari masih siang. Orang pun ramai kat luar. Aku buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Selamba je orang kata..tapi masa aku sedang cuci tangan sambil menghadap ke cermin muka dalam tandas tu, aku terpandang suatu objek berwarna putih tergantung dekat atas pintu masuk tandas. Aku tidak mengalihkan pandangan dan terus memerhatikan benda tu. Di belakangnya ada sedikit warna hitam dan betul-betul tergantung di dinding. Apabila aku perhatikan betul-betul, baru aku tahu..rupa-rupanya benda tu adalah "detector" yang digunakan untuk mengesan kedatangan manusia mahupun sebarang objek yang masuk ke tandas dan lampu akan menyala secara outomatik apabila ada objek dikesan masuk. Ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik. "Ceh!.. ini rupanya" marah aku dalam hati.. 

haha...aku ketawa sendiri. Mana taknya..selama ni aku suspen tak bertempat. Mana la aku tau U ada pasang benda macam tu. Lain kali info la dulu.. takde sampai jadi macam ni. Mungkin juga ramai yang dah tahu tapi aku yakin Joe masih tak tau pasal benda tu. Aku pun tak nak bagitau dia. Biar dia sendiri simpan kenangan tu.. huhu.. 

Inilah akibatnya tak mengambil tau tentang perkembangan terbaru.. 

Tiada ulasan: