Halaman

Isnin, 22 Ogos 2011

bezanya hari raya

Inilah namanya entri bermusim. Bukan raya je bermusim tahu. haha..selamat membaca. Post ni merupakan edit daripada perbualan aku dengan minah yang sama dalam post ni

Perbezaan hari raya antara 3 generasi. Dalam menyambut Hari yang penuh lebaran ni, pasti kita dapat melihat siapa yang mengeluh, siapa yang terlalu teruja dan siapa yang tersenyum gembira seorang diri atas katil sebelum hendak tidur. Bukan senang sebenarnya untuk berhari raya bagi seorang yang mempunyai tanggungjawab besar kerana pada waktu-waktu sebegini. Banyak keperluan (sebenarnya kehendak)yang perlu disediakan. Bermula dari pakaian, makanan, aksesori rumah (tak termasuk lagi kos mengecat dan menggantung kad raya tahun2 lepas..heh) dan segala keperluan sampingan termasuk duit raya. Mahu tak mahu perlu diredah jua akhirnya. Aku mungkin termasuk golongan yang tersengih-sengih sendirian sewaktu mandi di pagi raya yang aman dan tenteram tersebut. Eh.

Jadi, adakah ini puncanya?:

Kanak-kanak

Datang rumah..makan kuih-kuih dan minum air...lepas tu tak sampai 5 minit bagitau nak balik sebab mak suruh blik(sambil buat signal nak duit raya). kemudian bangun untuk bersalam...cium tangan lagi...baru dpt duit raya... budak-budak memang macam ni ke? hehe

Remaja

Kalau remaja pula akan datang rumah..makan kuih-kuih dan minum air semampu boleh...lepas tu tak smpai 5 minit bgtau nak balik sbb ade hal penting. lepas salam, dapat duit raya juga..tapi DOUBLE

Orang dewasa

Datang rumah...makan tak seberapa...minum pun tak seberapa (jaga badan)... tapi sembang kencang tak ingat...pergi tandas 2 3 kali baru la teringat nak balik...sebelum balik tiba-tiba ramai anak-anak kecil tak dikenali berlari-lari riang datang menghulurkan salam sambil menghulurkan senyuman...org dewasa tadi dengan penuh keikhlasan (dah bagi kena la ikhlas kan..huhu) menghulurkan sampul berisi...aiseh..kesiannya orang dewasa...haha

haha..ni la sedikit sebanyak yang aku nampak.

p/s : mana la datang budak-budak comel yang riang gembira tu kan...hairan

Tiada ulasan: