Ahad, 30 Oktober 2011

Biarlah aku je yang tau

Kadang-kadang susah untuk kita mengambil keputusan apabila keputusan yang diambil adalah berkaitan dengan hati dan perasaan orang lain. Dalam nak menjaga perasaan orang lain, pada masa yang sama kita akan melukakan hati kita sendiri. Kadang-kadang orang lain tersebut tak pernah tau pun kita mengambil keputusan yang menyebabkan kita berada dalam situasi yang rumit semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan dia. Dia pula dalam masa yang sama hanya tau menunjukkan ego dan kemarahan tanpa pernah berfikir dia mungkin tak akan setenang itu kalau kita tak mengambil keputusan yang sedemikian. Haih. Rumit dan ridiculous. Penat dan hampeh nak melayan situasi yang penuh complicated macam ni. "Mungkin awak rasa yang awak tu betul tapi sebenarnya awak salah". Betul tak cakap aku? tak faham? korang boleh letakkan diri korang dalam situasi aku. Kalau tak boleh juga takpe, sekurang-kurangnya korang membaca. Itu pun dah cukup bagus dan teruskan membaca untuk mendengar repekan-repekan aku yang tiada hujung pangkalnya ni.

bersambung..

ridiculuos?

Tiada ulasan: