Ahad, 30 Oktober 2011

Kotak oh kotak

Pandang sebelah dan lihat pada kotak berwarna biru yang memanjang ke bawah. Itulah dia chatbox. Nak tau apa tujuan dia berada di situ? supaya owner ini blog boleh berbual bicara beramah mesra bersama pengujung blog ni. Tapi sekarang apa yang dah jadi? kotak chatbox dah jadi kotak orang ramai menjeritkan iklan-iklan sama ada untuk mempromosikan produk atau mengiklankan blog atau laman web masing-masing. Mungkin aku akan tukar nama dari chatbox kepada kotak iklan. Satu iklan 20 sen. Kalau ada seratus iklan boleh dapat 20 ringgit. Ok la tu kan? boleh juga tambah pendapatan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pengiklan. Jasamu dikenang!

Tiada ulasan: