Halaman

Khamis, 13 November 2008

Cerita tentang exam...

Petang tadi aku pergi exam subjek TITAS. TITAS tu bermakna Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Subjek ni memang subjek teras universiti jadi memang wajib ambil. Aku yang  kepala dah berat sebelah sebab semalaman tak tidur baca buku TITAS ni pun datang la sekali. Gila tak datang..

Sedang aku syok jawab soalan dengan feel sekali dan sambil menganggukkan-anggukkan kepala tanda faham (sebenarnya tersengguk-sengguk tanda mengantuk), tiba-tiba aku didatangi oleh satu soalan yang boleh dikatakan boleh makan kacang sambil jawab. Entah aku pun dah tak ingat soalan nombor berapa tapi soalannya lebih kurang begini.

Berikut adalah dasar-dasar yang dipelihara dalam Syariah kecuali:
a) ilmu
b) harta
c) nyawa 
d) agama

Disebabkan aku tengah mengantuk pada tahap yang kalau lecturer yang jaga tu sua mi hailam berulamkan ikan kering kat aku pun belum tentu aku jamah, maka, otak aku yang pada tahap kelajuan biasa boleh mengalahkan kelajuan seekor anak lembu berlari tetapi pagi ini kalau anak kuda berlari pun belum tentu aku boleh kejar. Cerita panjang-panjang pun tak guna. Aku tengah blur masa tu, jadi aku boleh lupa pulak apa yang aku baca malam sebelum tu sedangkan soalan tu bukan main senang lagi.

Setelah beberapa ketika. Setelah berhempas pulas memerah otak sampai habis kering air otak aku ni, barulah aku ingat jawapannya yang betul. Ceh, buang masa betul...

Apabila jawapan yang kurasakan tepat telah diisi di dalam kertas jawapan OMR, maka aku meneruskan perjalanan mencari cinta ke babak yang seterusnya. Tidak kusangka, habis madu sepah dibuang. Kiranya hujan di tengah hari, rupanya panas hingga ke petang(kalau hujan boleh tidur).

Ni apa ni?! nak main-mainkan aku eyh....huu...bestnya aku dipermain2kan. Kalau kamu tengok soalan ni apa la agaknya kejadian yang berlaku dalam hati-hati kamu agaknya ye...

Susunkan elemen-elemen.......dhoruriyah mengikut susunan yang tepat.
a) Agama, nyawa, akal, keturunan, harta
b) Agama, akal, nyawa, harta, keturunan
c) Agama, keturunan, harta, nyawa, akal,
d) Agama, harta, keturunan, akal, nyawa

Dah nyata ada jawapan kat bawah. Buat apa yang aku susah-susah fikir. 
Dah lah mengantuk. Anway, tak ada salah siapa-siapa kecuali aku.
Siapa suruh tidur lambat-lambat. Kan dah kena.
Haha...padan muka aku yang ****** ni. haha!

Tips hari ini : Lain kali kalau nak jawab periksa tu cuba-cuba la tengok soalan seterusnya, 
mana tau ada jawapan...

Tiada ulasan: