Rabu, 18 November 2009
Keletihan Kerana Terlalu banyak Menekan Otak..
Sekarang dah tiba masa untuk balik ke rumah. Bukan selalu. Semalam sempat juga meraikan hari jadi Shairi sambil mengambil peluang sempena meraikan habisnya peperiksaan dan semester kali ini. Agak menenangkan apabila memikirkan tidak perlu memikirkan soal belajar buat seketika. Huuuhh.
Balik ke rumah, perlu membantu membuat persiapan untuk perkahwinan kakak sulong aku. Ternyata ini yang pertama. Tak ada pengalaman lagi dalam membuat persediaan seperti ini. Jadi aku sebagai anak lelaki sulong dan satu-satunya perlu lebih bertanggungjawab (cakap je lebih). Entah, lihat sajalah nanti apa hasilnya. Harap-harap tak ada masalah (sangat mengharap).
Isnin, 16 November 2009
Life journey...
Isnin, 9 November 2009
Kita Di Bawah langit yang Sama...

Sepanjang perjalanan...
Rabu, 30 September 2009
Mood Berpresentasi
Ahad, 27 September 2009
Cinta

Bila kamu cintakan seseorang, belum pasti orang yang dicintai itu akan menyintai kamu...
Walaupun kamu menyintainya lebih dari diri kamu sendiri...
Kamu sanggup berkorban untuknya walau terpaksa mengorbankan diri..
Dirinya sentiasa ada di fikiranmu bermula dari kamu tersedar dari tidur sehingga kamu tidur semula..peliknya..dia juga selalu ada di dalam mimpimu...
Kamu akan berasa tenang bersama dengannya walaupun sebenarnya kamu marahkannya..
Kamu tidak sanggup untuk melihatnya bersedih..bagi kamu, biarlah kamu sahaja yang menanggungnya...
Kamu juga mungkin akan berasa sedikit kecewa jika dia tidak melayanimu seperti yang kamu harap-harapkan..
Kamu sentiasa peka pada bunyi telefon bimbitmu dan berharap dia akan selalu menghantar SMS padamu..
Senyuman yang ceria pada wajahnya sentiasa membuatkan hati kamu berbunga-bunga...
Kamu juga akan berasa sangat gembira walaupun dia cuma mengatakan yang dia teringatkan kamu sewaktu melihat hadiah yang diberi olehmu kepadanya...
Kamu amat-amat berharap yang kamu sentiasa berada dikirannya kerana sudah pasti dia yang dicintai memang sentiasa bermain-main difikiran kamu...
Kamu tidak sanggup untuk kehilangannya..kerana bagi kamu dia adalah pelengkap hidupmu...
Kamu mungkin akan mencuba sedaya upaya untuk memilikinya, memperoleh cintanya, walaupun cuma ada sekelumit cinta yang ada di dalam hatinya untuk kamu..kamu akan cuba mendapatkannya...
Sabtu, 26 September 2009
Cherating
Walaupun kawasan sekeliling dilihat sudah banyak dibeli oleh para pemaju, tetapi tanah milik saudara mara aku di situ masih tidak bertukar tangan. Aku juga berharap ia akan terus kekal begitu. Aku menganggap apa salahnya jika mereka ataupun anak cucu mereka sahaja yang membangunkan tanah tersebut. Bagi aku, terlalu sayang jika tanah di kawasan strategik seperti itu dilepaskan.
Tutup cerita soal tanah. Mungkin di cuti yang akan datang, kami bercadang untuk berkelah di persisiran pantai Cherating sambil membuat barbeque. :)
Sabtu, 19 September 2009
Sesak

Khamis, 17 September 2009
Pilu dalam Gembira
Sabtu, 12 September 2009
Buzz...buzz!!
Rabu, 9 September 2009
This is my gratitude
Cerita ini adalah cerita semasa harijadi aku yang ke23 pada 8 September.
Mungkin..Tapi...Kerana.. KAMU
Ahad, 6 September 2009
7Pelangi - Mimpimu (lirik)
Ahad, 30 Ogos 2009
Eh! aku tak kenal kau...
Resah? gelisah? menyampah? tak ada apa yang nak digusarkan. Kamu tetap perlu berhadapan dengan orang seperti ini. Kamu boleh memberi bantuan, tetapi atas dasar kemanusian. Jangan mudah terpercaya dangan kata-kata darinya kecuali dia benar-benar sudah berubah. Namun lebih baik kamu mengelakkan diri dari manusia seperti ini kerana kamu hanya diperlukan apabila keadaan mendesak sahaja. Lebih ramai lagi manusia diluar sana yang boleh dipercayai daripada kamu terjerumus ke dalam sistem permainan manusia seperti ini.
Err...cerita ibu mertuaku...aku suka... ;0
Sabtu, 29 Ogos 2009
kawan baik sebagai kekasih?
Bagi aku, mestilah kalau g/b.friend adalah juga seorang bestfriend maka percintaan itu lebih meyakinkan kerana hubungan itu boleh menjadi semakin kukuh. Perhubungan tu juga dikatakan menjadi semakin menarik dan ceria. Bila g/b.friend tu boleh diajak untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama, boleh bergurau senda dan berbincang seperti seorang kawan dan seorang kekasih, mestilah ia menjadi seronok dan menenangkan. Maksudnya dalam masa yang sama kita boleh mendampinginya sebagai seorang kawan dan juga kekasih.
Kenapa ia lebih baik?
Hubungan antara kawan dan kekasih adalah dua hubungan yang berbeza. Kedua-keduanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, apabila berlaku percintaan dan persahabatan SERENTAK maka kelebihan yang diperoleh pun banyak. Kekasih yang bercinta tanpa ada unsur-unsur berkawan mungkin akan cepat bosan dengan pasangannya. Ini kerana, mereka yang bercinta mungkin akan terlalu menjaga perasaan pasangannya tetapi dia mungkin lupa menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Berterus terang adalah suatu perkara yang mudah dilakukan apabila kita berkawan.
Title masih belum dicari...
Tentang ujibakat baru-baru ni, band aku dah berjaya mengambil tempat dalam perhatian pusat budaya Universiti..Waahhh...best2!... Try 2 be the best! "Ini la peluang kami nak mengexposekan muzik kami" kata vokalis band ini yang masih belum diberi nama...chehwahh..
Ada pendapat untuk nama band ni? ;)
Aku tetap berpuas hati masa percubaan hari tu. Walaupun terpaksa melalak ketika berpuasa. Telan air liur sudaa... :0
Ok2...da kira update la ni...hehe..
Rabu, 26 Ogos 2009
Percobaan pertama
Selasa, 25 Ogos 2009
Pengumuman!!
Isnin, 20 Julai 2009
Persepsi yang amat berbeza untuk orang yang juga amat berbeza

Cerita ni aku dapat dari seorang kawan..
Campakkan buku seketika dan kemudian pergi membaling bola itu...
JaNgAn BeRmAiN-MaIn Di dALaM dEwAn KuLiAh TeRuTaMa SeWaKtU PeNsYaRah SeDaNg MenGaJaR.. ^-^
Ahad, 19 Julai 2009
D'Masiv - Di Antara kalian Mp3 Download
klik di sini!
Di antara Kalian - D'Masiv

Di antara Kalian - D'Masiv
Ku akui ku sangat sangat menginginkan mu
Namun kusadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi
Ku akui ku sangat sangat mengharapkan mu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi
Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa siapa untukmu
Ku cintaimu tak berarti bahwa ku harus milikimu slamanya
aaa…aaa…
Ku akui ku sangat menginginkan mu
Tapi kusadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi
Lagu ni amat bermakna untuk aku buat masa ni...
Kadang-kadang..membiarkan itu lebih menenangkan...
Sabtu, 18 Julai 2009
edisi kesembilan
Alkisahnya aku nak ceritakan tentang seseorang yang aku baru kenal. Dia sekuliah dengan aku. Terasa macam nak berkawan lebih rapat tetapi bagaikan terdapat jurang antara aku dan dia. Tapi dalam masa yang sama aku rasakan ada chemistery(betul ke ejaan aku ni?) antara kami. Mungkin dia mempunyai sifat keperempuanan yang menarik hati aku. Betulkah?
Tentang itu aku rasa nak dilupakan dulu. Petang ni teman sebilik aku nak keluar. Berdating agaknya. Jadi aku ingat nak pesan sikit kat dia. Hati-hati jaga anak dara orang...haha!
Isnin ni cuti dan aku merancang untuk gunakan cuti yang ada. Mungkin pergi berjalan-jalan menonton wayang. Erm...menonton wayang pada hari cuti Israk Mikraj...tak tak...aku kena tukar rancangan...
Kesimpulannya, mungkin kamu pernah ke kelas dengan memakai glasses...tapi mungkin kamu belum cuba yang ini. Masuk ke dalam dewan kuliah sambil tersenyum ke arah semua orang dan sambil membetul-betulkan wiser kerana anda sedang memakai helmet di dalam kelas. Haha. Ada berani? Mat arih (dengan sebutan orang Terengganu) adalah berani melakukannya...huhu...
Mat Arih(masih dalam sebutan yang sama)...sila jangan saman aku...aku tak ada duit...huhu
Ahad, 12 Julai 2009
Mybrute gempak!
Mybrute..sejenis permainan online yang aku layan baru-baru ni. Best baa. Game ni tak payah bayar pun kalau nak main...free je.
Dalam game ni, pemain boleh memilih rupabentuk brute mereka dari senarai brute yang disediakan. Walaupun brute yang diberikan tidak terlalu banyak..namun ia masih dapat divariasikan dengan menukar warna kulit, warna rambut dan warna pakaian mereka. Pemilihan jenis kuasa pula adalah secara rawak. Kuasa sesuatu brute itu tidak dapat dipilih oleh pemain.
Apa yang menarik di dalam permainan ini ialah, para pemain tidak perlu mengawal pergerakan brute mereka semasa berlawan. Mereka hanya perlu melihat brute mereka berlawan dengan berdebar sambil mengharapkan kemenangan brute mereka. Walaupun begitu, pemain boleh memilih siapa yang akan berlawan dengan brute mereka. Pemilihan ini merupakan suatu proses yang penting jika inginkan kemenangan brute itu tadi.
Antara perkara lain yang menarik ialah, level brute tadi akan meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan tahap pengalaman mereka. Apabila level sesuatu brute meningkat, ia akan memperoleh senjata-senjata istimewa yang akan digunakan semasa berlawan ataupun mungkin ada yang akan memperoleh binatang peliharaan yang juga dapat membantu semasa berlawan dengan brute yang lain. Ia pasti menarik!
Selain itu, pemain juga boleh merekrut brute bawahan yang dipanggil 'pupil'. Pupil ini juga dapat membantu brute tadi untuk meningkatkat tahap 'experience' brute tersebut. Bukan itu sahaja, brute yang sudah mencapai level sepuluh boleh meluaskan pengaruhnya dengan membina suku mereka yang terdiri dari brute-brute lain yang berminat untuk menyertai suku tersebut. Huhu..
Kalau nak test cubalah masuk sini dan terus menggegarkan dunia mybrute...huhu...
Cepat masuk www.zintz.mybrute.com
Jumaat, 10 Julai 2009
Aku boring baa...
aku duduk termanggu-manggu sendirian..
mendengar detikan jarum jam yang statik...
sambil ditemani angin sejuk malam yang berahi sehingga menembusi baju nipisku...
Sesekali datang juga monyet-monyet hutan bertegur sapa seolah-olah begitu mengenaliku...
Sambil melakukan beberapa persembahan gimrama yang tanpa lagu...
Kemudian datang pula Pak2 Arab ingin bersembang sambil mempelajari bahasa Malaysia..
Jadi..aku tanpa segan silu bercakap dengan bahasa inggeris pelat melayuku...
Apa aku nak kisah..
Kemudian kami bersembang dari perihal dunia sehingga ke sesuatu yang aku tak pasti...kerana aku tak berapa faham sebutan inggeris pelat arabnya...
Aduh...sungguh aku buntu...kerana terpaksa melayan kerenahnya..
Yang sebenarnya cuma aku inginkan sebuah suasana malam yang...
Khamis, 9 Julai 2009
Aku sedang mencari jalan untuk sesuatu permasalahan...
Selasa, 7 Julai 2009
tiba-tiba je...
Owh...aku telah meninggalkan sini terlalu lama dan tiba-tiba aku muncul kembali.
sentuhan
Sejenak muncul pelangi...
kerana sesuatu...
Khamis, 7 Mei 2009
Dah dua tahun pun...
Absolutely boyfriend : ulasan aku

Baru-baru ni aku ada tengok satu drama Jepun ni. Tajuk dia Absolutely Boyfriend. Cerita tentang seorang perempuan yang mencari-cari pasangan, tapi tak ada satu pun yang kekal lama. Akhirnya, ada suatu hari tu, datang seorang lelaki dari syarikat ape entah suruh dia isi borang lebih kurang macam borang kaji soal selidik tentang ciri-ciri lelaki idaman perempuan tu. Mula-mula perempuan tu tak berminat, tapi lepas dipujuk baru dia setuju…dengan tandatangan persetujuan lagi.
Beberapa hari lepas tu, pada suatu pagi yang agak “cerah”, sebuah bungkusan kotak besar telah dihantar ke rumah perempuan ni. Dia yang berasa pelik dengan kedatangan bungkusan tu pun membuka bungkusan tadi tu. Bila dia buka je, terkejut besar la perempuan tu sebab benda yang berada kat dalam kotak tu adalah seorang manusia! Tapi bila dia selidik balik, baru dia tau yang manusia tu sebenarnya robot yang dihantar dari syarikat yang buat soal selidik tu sebelum ni. Robot tu kononnya dikatakan robot cinta yang dikatakan akan mendedikasikan cinta kepada orang yang memiliki robot tu. Haha…pelikkan…
Bermula dari sini la cerita ni jadi bertambah menarik. Perempuan tu , walaupun dia ada isi borang soal selidik tu..tapi dia langsung tak suka kat robot tu langsung. Sebab bagi dia, robot tu hanya robot, tak ada perasaan pun dan cuma bertindak mengikut program yang ada padanya. Bagaimana pun, robot tu, seperti yang telah diprogramkan, terus cuba untuk mencuri hati perempuan ni tadi. Dipendekkan cerita, perempuan ni tadi dah jatuh hati dengan bos dengan tempat dia bekerja sebab bos dia tu banyak tolong dia untuk membantu dia mengejar cita-cita menjadi seorang pembuat snek yang berjaya.
Suatu hari, akibat suatu insiden, robot tu telah memecahkan dinding robotiknya dan memiliki perasaan sama seperti manusia malah dia turut mencintai perempuan tadi dengan setulus hati. Jiwang jugak robot ni..hoho... Masalah bertambah rumit apabila berlaku tarik menarik cinta antara si bos dengan robot tu tadi bagi memperoleh cinta perempuan yang semakin keliru tu.
Lepas tu, ada beberapa masalah yang tak dijangka timbul..namun semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya.Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku…tapi aku tak nak cerita panjang-panjang.. kalau nak puas hati boleh tengok sendiri cerita ni. Bagi aku, cerita ni memang best. Juga agak soft..jadi, bagi sesiapa yang berjiwa rock setiap masa harap berhati-hati..hehe..
Ending cerita ni memang agak menyedihkan tapi aku setuju dengan endingnya sebab mungkin tu je la jalan yang terbaik untuk diorang semua.
Lagi satu, cerita ni sebenarnya diadaptasi dari sebuah manga Jepun yang aku tak pasti apa tajuknya. Aku rasa memang banyak drama dan cerita Jepun yang didaptasi dari manga. Setuju?
gumbiranya aku...
Masih ada berapa hari?
Sabtu, 2 Mei 2009
24 hours non stop
Tak keruan
Selasa, 28 April 2009
kes terbaru
Selasa, 21 April 2009
hasrat aku
Terlalu banyak
Ahad, 12 April 2009
kumbang kaler biru itu..
Kumbang kaler biru itu…aku ternampaknya sewaktu ia sedang melepak dihadapan pintu manusia sewaktu aku keluar dari tandas. Aku tersenyum memandangnya..tapi dia langsung tidak mengendahkan aku. Huh..sombong. Lalu aku berlalu pergi meninggalkannya. Apa lagi yang aku dapat kalau aku menunggu lagi di situ. Aku pun berlalu pergi dengan segera…tapi.. kemudian aku berpatah balik dengan suatu niat. Aku lantas mengeluarkan telefon bimbit merahku dan menekan-nekan punat yang ada untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Mungkin boleh dijadikan bukti perkenalan aku dengannya..

Rabu, 1 April 2009
Soundtrack hidup

Muzik itu seolah seiring dengan jiwa. Aku selalu memainkan lagu mengikut mood dan jiwa. Kadang-kadang aku rasa macam lagu yang aku mainkan tu bukannya datang dari earphone, tapi ia seolah-olah terngiang-ngiang di udara mengikut suasana dan keadaaan. Kamu pernah bayangkan atau fikirkan seperti itu? Jika ada, kamu mungkin seperti aku. Meminati muzik... Kamu selalu mencarinya bila ia tidak muncul kedengaran di telinga kamu.

Aneh? Aku selalu berfikir jika hidup kita ini dipenuhi dengan rentak-rentak dan irama lagu merdu yang mengiringi hampir setiap ruang hidup dan mengikut keadaan. Ia bagaikan inspirasi untuk jiwa aku. Kadang-kadang ia merangsang… ia juga selalu jadi peneman. Bukannya aku memuja muzik. Tapi aku menganggapnya seperti udara..seperti dedaun berterbangan yang menambahkan lagi rencah hidup yang mungkin kadang-kadang kita tak menghargai apa yang ada padanya. Kalau kita tengok filem-filem dan drama, bukankah ada lagu untuk latar belakang beberapa keadaan? Jadi bila aku mendengar lagu, aku menganggapnya sebagai latarbunyi atau pun soundtrack untuk aku. Walaupun mungkin orang lain tak dengar.. biarlah aku sendiri yang merasainya. Tapi lagi menarik bagi aku jika orang yang bersama dengan aku dan berada dalam situasi dan perasaan yang sama dengan aku juga mendengar dan merasai muzik yang sama. Menarik bukan? Atau mungkin lebih menarik lagi jika muzik itu dikawal oleh kita untuk memberi rangsangan. Maksudnya, jika kita berada di dalam kekecewaan atas sesuatu kegagalan, kita dapat mendengar lagu yang memberi kelegaan dan semangat.
Agak panjang rasanya jika aku nak bercerita tentangnya. Aku pasti mungkin ada di antara

kamu yang bersetuju dengan aku. Sewaktu aku menulis ini..aku juga sedang memainkan beberapa lagu untuk menghidupkan suasana.
Sape nak tolong menyanyi? ;-)
Khamis, 26 Mac 2009
Jom main tembak-tembak...
- Sediakan Yahoo Messenger (YM) di komputer anda..
- DAftar dulu akaun YM kalau tak ada akaun YM lagi
- Bila dah daftar tu..add la seberapa rakan-rakan yang ada..
- Apabila semua dah cukup, bermulalah masa untuk anda berperang
- Apalagi.. online la dulu (pastikan anda mempunyai rangkaian internet yang cukup)
- kemudian buka setiap link dengan rakan-rakan anda tersebut (pastikan diorang tu sporting beb)
- masa untuk tembak-menembak dah bermula..
- masuk ke arena audible yang anda ingin guna kepada rakan anda itu..
- kemudian tekan audible yang dikehendaki sebanyak mungkin yang anda mahu.. dan tutup link tersebut dengan serta merta
- urusan menembak dah selesai...kini tinggal rakan anda itu untuk membalas tembakan anda sahaja..haha
- Aku dah banyak kali cuba...jangan takut..tiada kecederaan yang pernah berlaku..cuma mungkin jari-jemari anda akan termelecet sedikit...
Makhluk Asing Sudah Mendarat DI bumi..HAHAHA!!

Selasa, 10 Mac 2009
IRONInya
Rabu, 4 Mac 2009
Perlu selalu positif
Di sebalik awan itu aku terpaku, selalu.. ragu…
Aku mencari dimanakah ia jalan keluar yang tidak ku temui…
Inginku pergi dan terus menuju ke hadapan tanpa halangan yang menerpa keluar..
Walaupun aku sudah menggunakan semua kekuatan yang ada…
Bersama seribu teknik dan strategi…
Aku masih ketinggalan…
Hingga akhirnya aku kecewa akibat kekalahan aku itu…
Namun.. akhirnya aku berfikir lagi…
Tapi kali ini dengan penuh simbol-simbol ‘campur’ yang mengiringi…
Ku hempaskan ke tepi simbol-simbol ‘sengkang’ yang selalunya mengekangku..
Akhirnya aku nampak bintang yang tersenyum padaku…
Aku perhatikan matahari yang berusaha membantuku..
Juga bulan itu…yang selalu menemani…
Rupa-rupanya hujan juga cuba mententeramkan keadaan yang terik..
Bukankah itu amat jelas…
Walaupun tidak dapat menjejak tanah..
Tapi aku dapat menerjah awan…

Ahad, 1 Mac 2009
buat masa ini...
Sabtu, 21 Februari 2009
Kalau aku tahu dari awal...
Rabu, 18 Februari 2009
PES2009
Makin membeku...
Isnin, 16 Februari 2009
Mudah, Senang dan Banyak Untung!
Ahad, 15 Februari 2009
sebuah keupdatetan...
Sabtu, 7 Februari 2009
Tolong tunda ke tarikh yang sesuai jika ingin bertemujanji dengan aku...
Rabu, 4 Februari 2009
Mari bersama aktifkan minda sedar dan bertanya kenapa...
Ahad, 1 Februari 2009
masih di permulaan..
Khamis, 29 Januari 2009
Gambate!!
Rabu, 21 Januari 2009
1,2,3 go!!
Selasa, 20 Januari 2009
Khas Untuk Mak Aku...
Baru balik dari kampus. Duduk melepak kat dalam bilik sambil makan kacang botak. Ada orang panggil kacang koko. Kalau tekak dah kering, minum air dulu pastu boleh sambung balik..hehe. Kal yang datang dari Sarawak masuk je bilik aku terus ambil dan makan kacang tu. PAstu dia buat muka pelik sambil cakap yang rasa kacang tu pelik. Memang la pelik sebab dia tak pernah makan. Aku sengih je sambil sambung makan kacang tu.
Bila aku makan kacang ni, aku teringat kat mak aku. Aku pun dah lama tak makan kacang ni. Waktu kecik2 dulu, mak aku selalu beli kacang ni petang-petang. Sebungkus atau dua bungkus kat kedai apek yang paling dekat dengan rumah. Pastu mak aku akan bahagi-bahagikan dekat kami adik-beradik. KAmi makan sambil tengok tv. Masa tu bila diingatkan kembali, walaupun kami bukan orang senang, mak akan mambahagikan apa sahaja makanan yang ada dengan sama rata. Masa tu kami adik-beradik tak kisah bab makan. Apa je yang ada kami makan(tidak termasuk pinggan, mangkuk, garpu, almari, kasut dan lain-lain yang seangkatan dengannya). Bila dah besar-besar sekarang, kami adik-beradik dah tak selalu ada kat rumah. Ada yang dah keje dan sambung belajar. Ayah pulak selalu keluar kerja awal dan balik malam. Mungkin mak sunyi duduk kat rumah sorang-sorang. Nasib baik ada adik yang bongsu dengan cucu saudara yang baru setahun teman mak kat rumah. Takdelah mak sunyi sangat.
Masa kami adik-beradik ada kat rumah dulu, selalu gaduh. Rebut barang, rebut mainan, heh.. budak-budak… tapi bila malam, rumah kami yang jadi paling ceria. Duduk berkumpul satu keluarga di ruang tamu rumah sambil tengok tv dan menjamah makanan yang dimasak oleh mak ataupun yang dibeli oleh ayah bila dia balik kerja. Ayah kata, kalau nak cari rumah kami, senang je. Yang mana paling riuh tu la rumah kami.
Tapi sekarang mungkin dah berubah. Anak mak dah besar-besar. Dah pandai bawa diri. Dah pandai berdikari. Kami pun dah tak selalu gaduh macam dulu lagi. Anak-anak mak dah matang dan dah pandai mengalah. Bila aku nak bertolak pergi belajar, mak selalu pesan kat aku supaya rajin belajar dan jangan tinggal solat. Aku selalu ingat kata-kata mak tu. Kadang-kadang kalau mak ada duit lebih, mak selalu hulur kat aku. Walaupun aku tak minta.
Aku nak minta maaf kat mak aku sebab mungkin cuti midsem ni aku tak balik rumah. Ada banyak aktiviti yang dijalankan kat U ni. Aku cuma nak kirim salam dan semoga mak sihat selalu.
Sabtu, 17 Januari 2009
Twilight : Cinta Dua Spesis
Khamis, 15 Januari 2009
Sistem baru
Sabtu, 3 Januari 2009
Satu lagi tahun baru yang sepi...
Jumaat, 2 Januari 2009
Teknologi yang termaju kini...

