Selasa, 28 April 2009
kes terbaru
Selasa, 21 April 2009
hasrat aku
Terlalu banyak
Ahad, 12 April 2009
kumbang kaler biru itu..
Kumbang kaler biru itu…aku ternampaknya sewaktu ia sedang melepak dihadapan pintu manusia sewaktu aku keluar dari tandas. Aku tersenyum memandangnya..tapi dia langsung tidak mengendahkan aku. Huh..sombong. Lalu aku berlalu pergi meninggalkannya. Apa lagi yang aku dapat kalau aku menunggu lagi di situ. Aku pun berlalu pergi dengan segera…tapi.. kemudian aku berpatah balik dengan suatu niat. Aku lantas mengeluarkan telefon bimbit merahku dan menekan-nekan punat yang ada untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Mungkin boleh dijadikan bukti perkenalan aku dengannya..

Rabu, 1 April 2009
Soundtrack hidup

Muzik itu seolah seiring dengan jiwa. Aku selalu memainkan lagu mengikut mood dan jiwa. Kadang-kadang aku rasa macam lagu yang aku mainkan tu bukannya datang dari earphone, tapi ia seolah-olah terngiang-ngiang di udara mengikut suasana dan keadaaan. Kamu pernah bayangkan atau fikirkan seperti itu? Jika ada, kamu mungkin seperti aku. Meminati muzik... Kamu selalu mencarinya bila ia tidak muncul kedengaran di telinga kamu.

Aneh? Aku selalu berfikir jika hidup kita ini dipenuhi dengan rentak-rentak dan irama lagu merdu yang mengiringi hampir setiap ruang hidup dan mengikut keadaan. Ia bagaikan inspirasi untuk jiwa aku. Kadang-kadang ia merangsang… ia juga selalu jadi peneman. Bukannya aku memuja muzik. Tapi aku menganggapnya seperti udara..seperti dedaun berterbangan yang menambahkan lagi rencah hidup yang mungkin kadang-kadang kita tak menghargai apa yang ada padanya. Kalau kita tengok filem-filem dan drama, bukankah ada lagu untuk latar belakang beberapa keadaan? Jadi bila aku mendengar lagu, aku menganggapnya sebagai latarbunyi atau pun soundtrack untuk aku. Walaupun mungkin orang lain tak dengar.. biarlah aku sendiri yang merasainya. Tapi lagi menarik bagi aku jika orang yang bersama dengan aku dan berada dalam situasi dan perasaan yang sama dengan aku juga mendengar dan merasai muzik yang sama. Menarik bukan? Atau mungkin lebih menarik lagi jika muzik itu dikawal oleh kita untuk memberi rangsangan. Maksudnya, jika kita berada di dalam kekecewaan atas sesuatu kegagalan, kita dapat mendengar lagu yang memberi kelegaan dan semangat.
Agak panjang rasanya jika aku nak bercerita tentangnya. Aku pasti mungkin ada di antara

kamu yang bersetuju dengan aku. Sewaktu aku menulis ini..aku juga sedang memainkan beberapa lagu untuk menghidupkan suasana.
Sape nak tolong menyanyi? ;-)
Khamis, 26 Mac 2009
Jom main tembak-tembak...
- Sediakan Yahoo Messenger (YM) di komputer anda..
- DAftar dulu akaun YM kalau tak ada akaun YM lagi
- Bila dah daftar tu..add la seberapa rakan-rakan yang ada..
- Apabila semua dah cukup, bermulalah masa untuk anda berperang
- Apalagi.. online la dulu (pastikan anda mempunyai rangkaian internet yang cukup)
- kemudian buka setiap link dengan rakan-rakan anda tersebut (pastikan diorang tu sporting beb)
- masa untuk tembak-menembak dah bermula..
- masuk ke arena audible yang anda ingin guna kepada rakan anda itu..
- kemudian tekan audible yang dikehendaki sebanyak mungkin yang anda mahu.. dan tutup link tersebut dengan serta merta
- urusan menembak dah selesai...kini tinggal rakan anda itu untuk membalas tembakan anda sahaja..haha
- Aku dah banyak kali cuba...jangan takut..tiada kecederaan yang pernah berlaku..cuma mungkin jari-jemari anda akan termelecet sedikit...
Makhluk Asing Sudah Mendarat DI bumi..HAHAHA!!

Selasa, 10 Mac 2009
IRONInya
Rabu, 4 Mac 2009
Perlu selalu positif
Di sebalik awan itu aku terpaku, selalu.. ragu…
Aku mencari dimanakah ia jalan keluar yang tidak ku temui…
Inginku pergi dan terus menuju ke hadapan tanpa halangan yang menerpa keluar..
Walaupun aku sudah menggunakan semua kekuatan yang ada…
Bersama seribu teknik dan strategi…
Aku masih ketinggalan…
Hingga akhirnya aku kecewa akibat kekalahan aku itu…
Namun.. akhirnya aku berfikir lagi…
Tapi kali ini dengan penuh simbol-simbol ‘campur’ yang mengiringi…
Ku hempaskan ke tepi simbol-simbol ‘sengkang’ yang selalunya mengekangku..
Akhirnya aku nampak bintang yang tersenyum padaku…
Aku perhatikan matahari yang berusaha membantuku..
Juga bulan itu…yang selalu menemani…
Rupa-rupanya hujan juga cuba mententeramkan keadaan yang terik..
Bukankah itu amat jelas…
Walaupun tidak dapat menjejak tanah..
Tapi aku dapat menerjah awan…