Halaman

Sabtu, 18 Disember 2010

Tron: Legacy, perintis filem masa depan

Filem tanpa emosi (Manusia adalah klon atau droid)

Plot mudah, ringkas dan lurus.

Filem fiksyen berteknologi tinggi.

3 dimensi, teknologi berdefinisi tinggi (HD)

Teknologi pembikinan paling maju masa kini!



Agak-agak filem ni boleh beat filem avatar? aku pun tak pasti. Tapi yang pasti aku nak pergi menonton ini wayang gambar. Huuhh..

Jumaat, 17 Disember 2010

Betul ke susah nak memahami wanita?


Pernah dengar statement "perempuan tak tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan"? Ini menjelaskan kenapa susah kita nak memahami hati seseorang perempuan atau makhluk bernama wanita ni. Apa yang mereka suka, tak suka, apa yang mereka nak. Sebab tu lelaki ni diciptakan sebagai pemimpin kepada wanita dan keluarga. Sebab mereka lebih tahu apa yang diperlukan dan yang lebih penting, lebih jelas dengan apa yang dikehendaki. Perempuan ni memang makhluk yang diciptakan lebih rumit dan berseni. Jadi, dalam nak memahami hati seorang perempuan sebenarnya adalah satu proses seni yang memerlukan sentuhan yang betul.

Kesimpulannya, mengenali hati wanita adalah satu proses menduga dan menguji. Contohnya kalau kita mengajak seorang perempuan untuk keluar makan, kita susah untuk mendapat jawapan yang tepat restoran yang mana ingin dituju kalau kita bertanya secara terus. Contoh, lelaki akan bertanya "awak nak makan kat mana hari ni?" perempuan pula biasanya membalas dengan jawapan seperti "ermm...mana-manalah, saya tak kesah pun..." Tetapi, mereka akan memberi tindakbalas kepada cadangan-cadangan yang kita berikan. lelaki: saya rasa nak makan makanan laut hari ni. Perempuan biasanya akan memberi jawapan "errr, saya rasa saya nak makan makanan bergoreng hari ni laa..." ataupun "boleh tak kita makan kat tempat lain jer, saya tak biasa la makan makanan laut"

Jadi, bagi aku sebagai seorang lelaki, perlu pandai untuk mendorong seorang perempuan untuk membuat sesuatu pilihan. Mungkin agak leceh bagi seorang lelaki untuk berbuat demikian. Tapi, kalau nak memahami apa yang sebenarnya mereka nak, memerlukan percubaan yang berulang kali ataupun proses trial and error. Hehe...rumit kan? tapi memang tu la ciptaan seorang wanita. Rumit dan penuh misteri. Jadi untuk menjawab semua persoalan yang timbul memerlukan kreativiti dan usaha yang berterusan. Malas? susah? tak ada masa? itu terpulang kepada anda. :)

Khamis, 16 Disember 2010

Mencari BULAN


saat rasa berantakan hilang...bulan memanggil datang
menggenggam pilu yang terus berlari dalam sanubari hati
mengusap sinar yang hanya kenangan
berhembus angin yang hanya angan

saat rindu terus menari-nari
saat kasih terus datang tanpa henti
saat harapan terus setia di sisi
aku terus berdiri

melihat suria yang kini kian hilang...bulan kini menjadi enggan
yang tinggal hanya kenangan
yang tinggal hanya penantian

Jumaat, 12 November 2010

Vampire Diaries - Ulasan aku


Kalau dulu mungkin ramai yang sibuk menonton filem aksi romantik Twilight, tapi mungkin kini ramai pula yang sudah beralih untuk menonton drama bersiri Vampire Diaries. Bagi yang sudah menonton kedua-dua cerita ini, mungkin mengatakan terdapat persamaan antara keduanya. Bagi aku, memang terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua kisah yang bergenre aksi romantik ini, tetapi hakikatnya jalan cerita yang digarap dalam drama bersiri Vampire Diaries ini adalah lebih rumit berbanding Filem twilight serta sekuel filem tersebut.

Tujuan aku menulis ni bukan untuk membandingkan kedua-duanya, tapi aku nak ceritakan sedikit mengenai drama Vampire Diaries yang sedang hangat ditayangkan di televisyen-televisyen USA untuk musim kedua drama ini. Errmm....Vampire Diaries mengisahkan mengenai seorang gadis 17 tahun bernama Elena Gilbert (Nina Dobrev) yang tinggal di Mystic falls bersama adiknya yang berumur 15 tahun Jeremy Gilbert (Steven R. McQueen) dan makciknya Jenna (Sara Canning). Kehidupan Elena pada awalnya adalah normal sehinggalah dia bertemu dengan adik beradik vampire Salvatore, Stefan (Paul Wesley) dan Damon (Ian Somerhalder) dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta dengan Stefan. Damon dalam diam rupanya menaruh perasaan yang sama terhadap Elena. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila ia melibatkan kisah percintaan tiga segi antara Damon, Stefan dan Katherine (Nina Dobrev) yang mempunyai wajah seiras Elena yang juga merupakan seorang vampire.

Perjalanan kisah ini menunjukkan mengenai bagaimana Stefan menangani Damon yang bersifat antagonis ekoran dilema yang wujud antara kedua mereka. Damon yang dilihat jahat pada awalnya mula berubah menjadi baik. Bagaimanapun, mereka terpaksa menangani Katherine yang kembali menghantui kehidupan mereka selepas hilang selama 145 tahun. Akhirnya adik beradik Salvatore kembali bekerjasama untuk menangani Katherine sambil dibantu oleh kawan baik Elena, Bonnie (Katerina Graham) yang juga merupakan seorang ahli sihir, guru sejarah yang mempunyai pengalaman dalam memburu vampire, Alaric Saltzman ( Matthew Davis), kawan baik elena yang berubah menjadi vampire, Caroline (Candice Accola) dan adiknya sendiri, Jeremy. Akhirnya Katherine berjaya ditangkap dan dikurung di sebuah makam lama.

Bagaimanapun cerita masih belum selesai. Pelbagai ancaman masih menanti mereka. Kedatangan vampire sejati, Elijah (Daniel Gillies) menjadi satu petanda baru untuk mereka. Mungkinkah Katherine akan dilepaskan semula bagi membantu mereka dalam berhadapan dengan "The Original"? Masih terdapat pelbagai persoalan yang timbul. Drama ini pun masih ke udara dan masih dinantikan oleh ramai peminat-peminatnya.


Apa yang menjadi fokus aku untuk drama ni adalah bagaimana perasaan Damon apabila terpaksa berhadapan dengan kenyataan cintanya tidak diterima Elena tetapi milik adiknya Stefan dan penonton dibuai untuk menyelami perasaan Damon terhadap Elena walaupun ia dilihat mustahil. Mungkin ini yang menjadi penarik kepada mereka yang meminati drama ini. Unsur-unsur romantik yang setara dengan aksi yang digarap.


Apapun, bagi aku drama ni memang menarik dan aku masih menunggu episod terbaru untuk minggu ini. Ok..sampai sini je ulasan aku. Adios! ~_<

Selasa, 9 November 2010

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet (Lirik)

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar bayang

(Ulang korus)

(Altimet)
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahada

(Ulang 2X)
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Mencari jawapan

Saat kamu hadir dalam hidup aku..
Aku gembira..
dapat kawan dengan kamu,
dapat kenal hati budi kamu...

Kamu baik, suka ketawa..
Apabila kamu ketawa, aku pun akan ketawa...
Apa yang aku suka, kamu hargai setiap apa yang aku beri...
walaupun tak seberapa...

Mula-mula kamu mesra dengan aku,
kamu selalu mesej aku,
aku selalu telefon kamu,
kita dan janji untuk keluar nanti...

Tapi itu mula-mula,
Lepas tu sikap kamu mula berubah,
Mesej dah jarang...telefon pun selalu tak angkat,
Kamu selalu habiskan masa dengan kawan-kawan kamu...
Aku sedikit kecewa...

satu hari kita bergaduh,
aku marahkan kamu dan kamu marahkan aku,
Kita bergaduh atas sebab yang kita dah tau..
Atas sebab yang sama...

Aku ingat itu cuma pertengkaran biasa,
bodohnya aku...kita bergaduh atas sebab yang
sepatutnya aku dah faham,
Yang aku memang dari dulu dah mengerti,
aku ni sebenarnya bukan siapa-siapa...
Aku yang bodoh asyik terkejar sani sini,
sedangkan aku tak nampak yang kamu mungkin rimas dengan aku...

Tak apa, aku tak marah...
Semua tu kan hak kamu?
Aku yang sepatutnya sedar diri,
Sepatutnya aku yang pergi,
dan kita tak perlu bergaduh macam ni...
Maafkan aku...

Atau mungkin aku tersilap?

Walaupun sekejap,
Aku tetap ingin cari jawapan...
Mungkin aku bukan siapa-siapa untuk kamu,
Tapi aku sedar kini...yang aku sukakan kamu,
sayangkan kamu,

Isnin, 18 Oktober 2010

Mungkin jalan kita berbeza


Setiap hari aku ke kelas. Seminggu ada lima hari tak termasuk ko-k. Tapi dalam banyak-banyak hari tu nak terserempak sekali dengan kamu pun susah. Macam kita berada dalam dunia yang berbeza. Kadang-kadang aku tunggu kamu, tapi tak pernah nampak kamu pun. Ermm..mungkin aku yang terlambat. Mungkin juga kamu yang begitu cepat. Entahlah..mungkin takdir kita yang berbeza. Kita ditakdirkan untuk tak berjumpa selalu pada masa yang sama. Tapi tak semestinya begitu bermakna kita tak ada keserasian..betul tak?

Aku tak pernah mengandaikan apa-apa untuk ketika ini. Aku cuma mahukan kita selalu dekat bersama. Mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu. Itu lebih baik daripada tergesa-gesa. Aku juga memahami mungkin kamu inginkan ruang untuk dirimu. Sudah tentu sahaja aku boleh memberi yang itu. Tentu...

Jadi, sampai saat ini aku teruskan begini. Menantikan apa yang akan mendatang untuk diharungi. Cuma semuanya masih terlalu awal dan aku juga memahami itu.

Aku cuma berharap esok semuanya berubah dan aku akan terserempak dengan kamu :)

Jumaat, 15 Oktober 2010

Rantaian hati ini

Kadang-kadang hati rasa gusar...
Kadang-kadang jiwa rasa sayu...
Mungkin aku bukanlah istimewa di hatinya...
yang sering membuat aku tertanya-tanya...sampai bila...
aku harus menanti sebegini...
meredah arus deras rindu yang sering menyelubungi hati...
menahan debarnya gegar hati pabila melihat dia bersama insan lain...
Namun di sebalik semua itu..tetap wujud harapan di dada...
berharap untuk memilikimu satu saat nanti...
yang aku tidak pasti bila dan bagaimana...
untuk aku melakukannya...

Bagaimana melupakan kekasih lama?


Mungkin setiap di antara kita pernah mengalami kisah hidup yang sedih seperti ditinggalkan kekasih ataupun cinta bertepuk sebelah tangan. Bila terjadi hal sebegini, pelbagai cara digunakan untuk melupakan si dia. Ada yang berkurung di dalam bilik dan tidak bergaul dengan orang ramai. Ada juga yang bertindak men"sibuk"kan diri dengan melakukan pelbagai kerja atau aktiviti yang tak pernah dilakukan sewaktu bercinta. Tapi sejauh manakah cara seperti ini dapat membantu untuk mengurangkan rasa terseksa yang membelenggu jiwa? mungkin kita dapat melupakan si dia untuk seketika, tetapi bila tiba waktu-waktu yang tertentu seperti duduk berseorangan adakah dengan mudah bayangan kekasih lama tidak muncul. Ada pula yang tertanya-tanya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menyembuhkan hati dan dapat melupakan bekas kekasih tersebut. Adakah mengambil masa selama seminggu, sebulan, setahun atau bertahun-tahun? Kemudian baru boleh mencari pengganti yang baru?

Pada pendapat aku berdasarkan kepada pengalaman dan cerita kawan-kawan, untuk melupakan seseorang bukanlah hanya bergantung kepada faktor masa semata-mata. Bukanlah menjadi penentu sama ada sebulan, dua bulan atau setahun baru kita dapat melupakan si dia. Tapi yang penting ialah kesediaan kita untuk mencari seseorang untuk menggantikan tempat si dia di hati. Walaupun hanya baru sehari berpisah dengan kekasih lama, tetapi sudah ada seseorang yang mampu untuk memberi kebahagiaan, maka proses untuk melupakan bekas kekasih akan menjadi lebih mudah dan tidak terlalu membebankan. Bolehlah dikatakan bahawa yang diperlukan ialah keberanian untuk memulakan semula perhubungan yang baru. Mungkin ada yang telah menanti lama untuk kamu dan inilah masa yang sesuai untuk mengenali hati budi orang lain. Mungkin dia lebih baik dan lebih sesuai berbanding kekasih lama. Semoga rasa yang baru wujud itu dapat menyembuhkan sedikit demi sedikit keperitan yang dialami.

Jadi, cubalah untuk membuka hati kepada orang lain yang mungkin lebih layak untuk kamu berbanding si dia yang pergi meninggalkan kamu. Tapi janganlah terlalu terburu-buru sehingga membahayakan diri sendiri. Gunakanlah sebanyak masa yang boleh untuk mengenali hati budinya kerana ia juga suatu proses yang bagus bagi melupakan kekasih lama.