Halaman

Isnin, 2 Jun 2008

menulis lagi

Well, memang aku tahu...aku dah lama tak menulis. Masa kian suntuk untuk aku...ruang makin kecil bagi aku...untuk menulis lagi. Kalau boleh, hari-hari aku nak tulis...setiap ape yang aku capai aku nak cerita...termasuk la apa yang aku tak tercapai. Tapi, ia tak senang...makin susah ada la agaknya. huuhhh... jangan mengeluh...

Jadi...ape? apa yang aku nak tulis??...aku mesti buat sesuatu...

Selasa, 1 April 2008

Ada masa berterus terang lebih baik....

Kadang-kadang aku ada masalah dengan orang lain. Masalah atau mungkin salah faham yang sukar untuk aku ungkaikan sebabnya. Tapi ada satu punca yang aku betul-betul pasti iaitu aku tak selalu berterus terang. Aku lebih cenderung menyertai mereka dalam beberapa aktiviti yang mereka mungkin suka tapi aku kurang berminat atau cuma sekadar ingin menemani. Mungkin itu disebabkan aku nak jaga hati orang yang memang sukar diramal. Aku tak sanggup untuk menyakitkan hati mereka walaupun benda tu hanya perkara yang remeh. Tapi ia tak semudah yang disangka. Nak jaga hati manusia bukan macam jaga anak ikan. Kamu cuma perlu beri ia makanan, udara dan tempat yang baik untuk ikan-ikan itu hidup dan kemudian boleh dibiarkan ia berterusan begitu setiap hari. Tapi ini lain, ia suatu perkara yang rumit (mungkin aku yang merumitkannya). Maka akhirnya aku sendiri yang terperangkap di dalam perbuatan aku sendiri. Mereka seolah-olah mengharapkan aku mengikut pilihan mereka dalam banyak keadaan dan apabila aku mengambil jalan aku sendiri maka ada yang kurang berpuas hati sedangkan aku juga ada citarasa dan minat aku tersendiri. Jadi sekarang aku ingin mengambil langkah awal dengan berterus-terang tentang perkara yang jelas aku suka atau yang aku hanya sekadar biasa-biasa suka sahaja ataupun perkara yang memang aku tak suka dalam keadaan, masa dan cara yang aku rasakan sesuai. Aku juga perlu belajar menolak menyertai mereka dalam perkara yang aku tak suka dengan cara yang baik. Lebih awal aku bertindak, mungkin keadaan lebih cepat berubah. Walaubagaimanapun, aku tak salahkan sesiapa dan aku pasti ia memang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Yang penting kita belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan.


Semalam aku ke kedai jam ‘Time Galerie’. Aku tertarik dengan harga dan ‘design’ jam yang terdapat dalam ‘pamplet’ yang aku dapat. Baru sekali tengok, aku terus berminat untuk membelinya. Sebuah jam tangan Casio dengan harga yang murah berbanding harga asalnya. Bila aku tanya kepada salah seorang pekerja kedai jam tu, dia kata mereka sedang buat ‘promotion’. Hmm...



Inilah dia jam tu. Aku mana mampu nak beli jam mahal-mahal. Jadi yang ni pun aku dah berpuas hati. RM179.00 dan waktu aku beli jam ni harganya RM 99.00. Tak kisah la...

Khamis, 27 Mac 2008

'pergi perang'

Terasa malas nak menulis lebih-lebih lagi tiada perkara menarik yang nak diceritakan tapi aku rasa ini agsk menarik untuk dikongsi bersama. Sekurang-kurangnya boleh la aku mengenang kembali detik-detik dan pengalaman aku waktu tu.


Sabtu lepas aku pergi main ‘Paintball’ dengan rakan-rakan sekerja. Sebenarnya dah lama aku dan 'memembar' buat perancangan untuk main ‘game’ ni. Walau berada di sebalik kesibukan kerja yang memang tak pernah habis ni, dapat la juga kami mencari ruang-ruang untuk merehatkan fikiran disamping menyihatkan badan (bukannya kerja hari Sabtu pun). Tapi dalam banyak-banyak yang aku ajak, akhirnya yang pergi tinggal berapa orang je. Takpelah, aku tak kisah, yang penting hari tu aku ‘enjoy’ walaupun sebelum mula main tu hujan memang turun dengan lebat, sampai aku rasa tak jadi agaknya nak main. Tapi dengan semangat membara yang tak luntur-luntur dan hujan pun elok-elok berhenti dalam kul 4.00 petang tu, maka kami pun teruskan jua niat nak main ‘game’ ni. Bagi aku ‘Paintball’ ni memang ‘best’. Siapa yang tak pernah cuba boleh la cuba sekali.




Sebelum main kena dengar ceramah.... cara-cara nak main, aspek keselamatan, peraturan-peraturan dalam gelanggang(betul ke panggil gelanggang?) dan apa-apa yang berkenaan dengannya....



tengok mamat tu... hehe



siapkan kelengkapan untuk berperang... itu aku rasa 'mask' problem la tu....nak kena betul-betul selesa....Lagi satu problem waktu main hari tu ialah selalu 'foging' sebab main lepas hujan dan waktu tu memang sejuk...


ni lah wajah-wajah yang dah teruja...wakakaka!!... yang paling semangat sekali yang tengah tu...heh



buat strategi....plan ...jangan tak plan... (waktu ni jantung tengah berdegup kencang, maklum la baru first time)




sedia....gempur!!! ini la strategi 'team' kami. dua orang lari ke tepi, yang tengah 'backup' yang tepi dan lepas tu baru gerak terus ke depan....





macam 'Counterstrike' laa plak.... ( camne la kalau tayar tu jatuh kat dia...hehe)





aku dah kena tembak...jangan tembakku lagi...huhu...sakitttt....







pakai kain kat kepala....sume boleh nampak dia.... ni la member aku yang semangat ajak aku main 'Paintball' dan dia la yang uruskan hal-hal 'pembookingan' tempat kami main ni...


serangan bermula...

'Last' sekali dalam 'team' aku, aku 'sorang je yang tinggal. Yang lain, dah 'terkorban' mahupun kehabisan peluru cat yang berbau tu. Apa lagi, 'mamat-mamat' kat atas ni pun serang aku je la, habis tu takkan nak serang geng sendiri 'kot'. Nanti jadi perang saudara la 'pulak'. hehe.
Itu la serba sedikit aktiviti aku baru-baru ni. Mungkin lepas ni akan ada susulan aktiviti ni. Mungkin aku akan datang main lagi tapi dengan orang yang lagi ramai. Orang kata lagi ramai lagi meriah, tapi kalau ramai-ramai sangat pun serabut. Jadi, lebih kurang je la.
ok, akhir sekali 'arigato guzaimas' kerana sudi membaca. Itu pun kalau ada yang membaca...






Rabu, 19 Mac 2008

tolong aku....

aku nak tanya....

apa maksudnya kalau seorang perempuan selalu tengok kita bila kita lalu depan dia tak kira la jauh ke dekat...
lepas tu selalu senyum-senyum bila terserempak sedangkan tak pernah bercakap dan bertegur pun...
lepas tu bila cuba untuk mendekati, dia buat macam nak taknak je layan...pelik...

aku konfius....apa maknanya semua ni...??

Migrain ke...?

Sehari dua ni aku selalu rasa pening kepala. Bukan pening yang biasa, tapi berdenyut-denyut macam kene tekan. Sebenarnya, dah lama dah aku camni. Mungkin dah beberapa bulan atau mungkin lebih lama dari tu. Aku kena migrain ke? Ntah la...harap-harap tak. Siapa yang nak sakit. Tapi kepala aku memang sakit. Mungkin sebab banyak kerja yang aku kena siapkan. Aku memang macam tu. Bila ada kerja atau ada apa-apa yang aku kena selesaikan, aku susah nak berhenti dari berfikir tentangnya. Aku mesti nak cari jalan bagaimana nak selesaikan sesuatu perkara tu dengan sempurna walaupun tak selalunya kerja yang aku buat akan siap dengan baik. Jadi, apa yang aku nak maksudkan, aku ni memang selalu berfikir lebih-lebih lagi kalau tentang perkara yang memang aku kena selesaikan. Jadi tak hairanlah kalau kepala otak aku ni dah rasa macam nak pecah. huh.


Hui....pening..pening.....aku kena jumpa doktor...

Ahad, 16 Mac 2008

Hujung minggu


Tiada apa yang nak aku tulis hari ni. Aku buat 'OT' hari ni. Nak menampung gaji aku. Banyak lagi benda yang aku belum ada. Jadi aku nak cari duit lebih. Bukannya aku terdesak tapi aku rasa aku perlu buat.
Berkenaan post aku yang sebelum ni. Aku harap korang cuba. Untuk korang jugak.
Kat sebelah ni gambar manga Jepun yang aku simpan. Sesiapa yang suka tengok animation Jepun rasanya mesti tau sebab kartun ni memang popular.
Apa-apa hal pun, harap-harap korang 'enjoy' di hujung mingu. ok...

Jumaat, 14 Mac 2008

Pecutkan Minda Anda



Pernahkah anda mengalami masalah untuk mengingati sesuatu? sering terlupa untuk membawa barang ke pejabat? pergi ke sesuatu tempat tetapi lupa tujuan datang ke situ? Tidak ingat apa yang telah dimakan malam semalam? Terlupa tarikh-tarikh penting?Perkara seperti ini memang biasa berlaku terutama kepada golongan yang sudah lanjut usia, tidak terkecuali juga golongan muda. Sudah tentu ia menjadi masalah kepada anda kerana mungkin akan menyebabkan sesuatu kerja itu menjadi lambat.
Adakah anda bimbang dengan perkara ini? Tahukah anda terdapat banyak cara untuk mengatasinya? Cara hidup yang sihat sihat seperti pemakanan seimbang dapat memberi kesan yang baik kepada minda. Anda boleh memperlahankan proses tersebut atau mengembalikan ingatan anda baik seperti dahulu, atau jika bernasib baik, mungkin dapat mencapai tahap yang lebih baik dari yang pernah anda capai.


Untuk makluman anda, didalam otak manusia terdapat sel-sel otak yang dipanggil neuron yang tugasnya adalah untuk menghantar maklumat. Tidak mustahil sel-sel ini akan mati jika tidak dijaga dengan cara yang betul dan ini akan menyebabkan otak kita menjadi lebih perlahan dan boleh menyebabkan masalah-masalah seperti yang telah disebut tadi. Berikut adalah beberapa punca kepada kelemahan otak dan cara-cara yang boleh membantu memulihkannya :

- Kurang tidur atau terlebih tidur
- Kekurangan air
- Mengambil minuman beralkohol
- Banyak mengambil minuman yang mengandungi kafein
- Makan makanan yang dijeruk
- Makan makanan yang mengandungi bahan kimia
- Mengalami stress
- Kurang berfikir atau berimaginasi
- Tidak mengambil sarapan pagi
- Merokok


Cara-cara mengatasinya :


+ Dapatkan tidur yang mencukupi, orang dewasa perlu mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.
+ Elakkan mengambil minuman yang mengandungi alkohol.
+ Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, ini kerana air membekalkan oksigen yang diperlukan oleh otak. + Elakkan makanan yang dijeruk dan yang mengandungi bahan kimia.
+ Kurangkan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh. Walaubagaimanapun, minuman seperti teh dan kopi masih memberi kesan yang baik jika diambil dengan kadar yang sesuai.
+ Kawal stress dengan baik, stress bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada otak, tetapi juga kepada kesihatan.Terdapat pelbagai cara untuk menangani stress kini seperti berjumpa pakar, beriadah dan sebagainya.
+ Bermain permainan yang membuat akal kita berfikir, seperti catur, teka silang kata ‘monopoli’, ‘scrabble’ dan sebagainya.
+ Amalkan mengambil sarapan pagi
+ Tidak merokok.
+ Belajar sesuatu yang baru, aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya mempelajari bahasa asing,menghadiri seminar dan motivasi, atau kursus kemahiran jangka pendek seperti kelas komputer dan sebagainya.
+ Bersenam, ini dapat melancarkan peredaran darah ke otak dan seterusnya membekalkan oksigen yang diperlukan.
+ Mengambil makanan kesihatan. Ganoderma merupakan antara contoh makanan kesihatan yang baik. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa makanan kesihatan.
+ Bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan dan mengaitkan nombor dengan sesuatu perkara lain juga merupakan satu usaha yang baik.
+ Amalkanlah cara hidup yang sihat

Selasa, 11 Mac 2008

tanda bagus...

...Masuk keje hari ni macam biasa. Keje macam biasa. Minum pagi sekejap macam biasa. Semuanya biasa. En. Azmi yang memang biasa lalu depan aku sambil menunjukkan ibu jarinya tanda bagus pun berbuat demikian hari ni. Memang itu yang dia selalu lakukan baru-baru ni. Aku sebenarnya tak berapa pasti dengan maksudnya berbuat begitu. Tapi setiap kali dia berbuat begitu aku ya kan saja. Seolah-seolah aku faham dengan maksud tindakannya tu. Mungkin itu isyarat untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan tekun. Atau mungkin ada maksud lain. Ntah... tapi aku tak kisah. Walaubagaimanapun, perkarayang agak kurang biasa kedengaran tapi menjadi perkara rutin kini ialah cakap-cakap mengenai keputusan pilihanraya tahun ni yang dikatakan agak luar biasa. Sana sini kedengaran suara-suara para 'penganalisis' politik berbicara mengenainya. Tidak kurang juga yang agak kurang berminat dengan politik, mereka pun tetap mengambil tempat.

Isnin, 10 Mac 2008

sesuatu

Sebenarnya, selalunya ada sesuatu yang aku ingin tuliskan di sini tapi ianya selalu tak kesampaian.Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin aku terlalu cerewet untuk menulis. Mungkin kerana aku nak menulis sesuatu yang orang lain ingin tahu atau mungkin perkara yang menarik sahaja. Tapi mungkin aku silap. Aku mungkin hanya perlu menaip apa sahaja yang terlintas di benak fikiran tanpa perlu berasa malu dengan apa yang bakal aku tuliskan. Mungkin tiada perkara menarik yang dapat aku ceritakan. Hmmm...mungkin tidak...Mungkin aku dapat menulis apa yang aku lakukan pada waktu-waktu aku dihujung minggu. Duduk di depan televisyen sambil menonton cerita-cerita yang mungkin agak menarik sambil makan coklat.(haha! aku memang suka coklat). Ataupun aku boleh menulis sipnopsis-sipnopsis cerita-cerita Korea dan Jepun yang aku kumpul yang tak seberapa banyak tu(setakat ni ada la sikit). Ataupun tentang lagu-lagu yang aku selalu 'bluetooth' dengan member-member aku ataupun yang aku download dari mana-mana laman web. Mungkin seronok....mungkin ke?

haha...