Halaman

Khamis, 26 Mac 2009

Jom main tembak-tembak...

best apa main tembak-tembak. Bukan tembak-tembak yang tu. Bukan yang pakai pistol dengan peluru tu. Tembak-tembak ni lagi best. Caranya senang je..ikut je cara dibawah ni:

  1. Sediakan Yahoo Messenger (YM) di komputer anda..
  2. DAftar dulu akaun YM kalau tak ada akaun YM lagi
  3. Bila dah daftar tu..add la seberapa rakan-rakan yang ada.. 
  4. Apabila semua dah cukup, bermulalah masa untuk anda berperang
  5. Apalagi.. online la dulu (pastikan anda mempunyai rangkaian internet yang cukup)
  6. kemudian buka setiap link dengan rakan-rakan anda tersebut (pastikan diorang tu sporting beb)
  7. masa untuk tembak-menembak dah bermula.. 
  8. masuk ke arena audible yang anda ingin guna kepada rakan anda itu..
  9. kemudian tekan audible yang dikehendaki sebanyak mungkin yang anda mahu.. dan tutup link tersebut dengan serta merta 
  10. urusan menembak dah selesai...kini tinggal rakan anda itu untuk membalas tembakan anda sahaja..haha
  11. Aku dah banyak kali cuba...jangan takut..tiada kecederaan yang pernah berlaku..cuma mungkin jari-jemari anda akan termelecet sedikit...
Menarik? cubalah..huhu

Makhluk Asing Sudah Mendarat DI bumi..HAHAHA!!

Seorang pelajar telah menemukan penemuan baru di bilik beliau semasa beliau sedang berehat sambil makan makan keropok lekor. Penemuan yang dikatakan agak terbaru itu kini sedang di dalam kajian para-para penyelidik amateur yang terdiri dari rakan-rakan terdekat beliau. Walaupun telah banyak anggapan dilakukan terhadap penemuan itu, namun kata sepakat antara mereka masih belum dapat ditentukan. Akhirnya, akibat terlalu tertekan dengan sikap-sikap para pengkaji tersebut, makhluk asing itu akhirnya menghilangkan diri di suatu tempat yang tidak dapat dikesan. Walaupun begitu, mereka sempat menangkap gambar makhluk itu ketika ia sedang berehat.






Makhluk apa ni...? 

Selasa, 10 Mac 2009

IRONInya

Macam ni la bila dah sibuk sangat... masa tidur pun dan tak tentu arah... tidur lambat.. pastu bangun nak kena awal (tapi selalu terlajak je..heh) buka mata je nak kena fikir tentang kerja yang belum disiapkan lagi.. masa untuk diri sendiri pun dah tak banyak.

 Tapi sebenarnya aku tak kisah tentang tu... tapi aku lebih kisah kalau orang dah janji nak bagi bila kita selesaikan kerja tapi janji tu hanya janji kosong..janji tinggal janji... Bukannya aku nak kata aku bekerja semata-mata kerana itu, tapi bagi aku itu adalah perkara penting. Perkara seperti 'SIRA' dan Sijil sebenarnya penting bagi aku kerana aku rasa aku layak dapat bila aku dah buat dengan baik. Mereka yang dah berjanji untuk beri Sijil atau Sira atau merit ni perlulah selesaikan tanggungjawab tersebut dan bukannya menggunakannya sebagai tarikan untuk pelajar mengikuti sesuatu program anjuran mereka tu. Aku kata penting kerana sijil atau sira yang kita dapat tu nanti boleh dijadikan bukti tentang penglibatan terhadap universiti sewaktu memohon kerja nanti. Jadi, kalau sijil dengan sira tak diberi, apa lagi yang boleh dijadikan bukti. Pihak organisasi tempat kita memohon kerja nanti bukannya tahu tahap kepimpinan, kecekapan, dan keaktifan kita. Mereka cuma bergantung kepada sijil-sijil yang kita bawa untuk temuduga nanti selain penampilan kita yang akan diuji. Lebih-lebih lagi semasa tapisan awal permohonan kerja. Selain pointer yang baik, tahap penglibatan juga diambil kira. Ini kerana di dalam arena pekerjaan, softskill adalah suatu kelebihan yang dapat membantu nanti. Katakanlah kamu menjadi seorang Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah syarikat dan kamu telah diarah untuk mengendalikan sebuah ceramah mengenai teknologi maklumat. Kamu mungkin tidak mengambil subjek yang berkenaan mengurus sebuah majlis atau menjadi penceramah, tapi kamu mampu lakukannya mungkin kerana dahulu sewaktu kamu belajar, kamu pernah menyertai program yang bersifat sedemikian dan kamu tidak kekok untuk melakukannya malah mungkin kamu akan dipuji kerana prestasi yang membanggakan. Maka, pada waktu itu kamu akan nampak di mana gunanya apa yang kamu pernah praktikkan sewaktu kamu belajar dahulu. 

Aku mengatakan sedemikian kerana sebelum aku belajar di sini, aku juga pernah bekerja sebagai kakitangan sambilan kerajaan. Sewaktu ditemuduga dahulu, penemuduga menekankan tentang tahap penglibatan aku di sekolah. Jadi, itu membuatkan aku faham tentang pentingnya sijil-sijil tersebut. Ini bukan bermakna pencapaian akademik tidak penting. Pencapaian akademik amat penting sebagai tiket untuk melepasi tapisan awal pemilihan untuk ditemuduga. Jika kita mempunyai sijil yang tinggi menggunung pun, tapi kalau kita gagal di dalam di dalam akademik, bagaimana untuk kita dipanggil menghadiri temuduga? Perkara seperti ini juga aku telah lihat di kalangan sesetengah pelajar yang hanya sibuk dengan program-program pelajar tetapi kurang menekankan tentang pelajaran dan akademik. Bukankah tujuan utama kita ke universiti adalah untuk belajar dan memperoleh gred yang baik? mengapa perlu terlalu mementingkan perkara lain sehingga pelajaran terjejas? Maksud aku di sini ialah kita perlu membahagikan komitmen kita dengan baik samada terhadap pelajaran mahupun terhadap aktiviti pelajar.

Pernah tak kamu dengar tentang pepatah yang berbunyi " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", ap yang disibukkan tidak mendatangkan hasil tetapi yang sebenarnya perlu dijaga habis bercelaru. Jangan juga jadi seperti Pak Pandir, "mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan". Janganlah terlalu cepat melatah. Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Fikir tentang buruk baik yang mungkin akan kita peroleh kerana orang yang berjaya itu  adalah orang yang berfikir.


*p/s : mungkin hari ni aku terlalu serius..hehe

Rabu, 4 Mac 2009

Perlu selalu positif

Di sebalik awan itu aku terpaku, selalu.. ragu…

Aku mencari dimanakah ia jalan keluar yang tidak ku temui…

Inginku pergi dan terus menuju ke hadapan tanpa halangan yang menerpa keluar..

Walaupun aku sudah menggunakan semua kekuatan yang ada…

Bersama seribu teknik dan strategi…

Aku masih ketinggalan…

Hingga akhirnya aku kecewa akibat kekalahan aku itu…

Namun.. akhirnya aku berfikir lagi…

Tapi kali ini dengan penuh simbol-simbol ‘campur’  yang mengiringi…

Ku hempaskan ke tepi simbol-simbol ‘sengkang’ yang selalunya mengekangku..

Akhirnya aku nampak bintang yang tersenyum padaku…

Aku perhatikan matahari yang berusaha membantuku..

Juga bulan itu…yang selalu menemani…

Rupa-rupanya hujan juga cuba mententeramkan keadaan yang terik..

Bukankah itu amat jelas…

Walaupun tidak dapat menjejak tanah..

Tapi aku dapat menerjah awan… 

Ahad, 1 Mac 2009

buat masa ini...

Harap maaf ...

Buat masa ini mungkin tiada lagi post baru...

Aku sedang sibuk menyiapkan setimbunan tugasan dalam masa sepantas mungkin ...

suremasen!

Sabtu, 21 Februari 2009

Kalau aku tahu dari awal...

Malam ni tak tau nak buat apa.. mata pun belum mengantuk lagi.Akhirnya aku telah mendownload beberapa cerita anime shin chan. Agak banyak.. sebab aku memang minat anime ni. Lebih-lebih lagi kalau didatangi waktu-waktu yang membosankan. Selalu masa ada kat rumah, aku jarang "miss" untuk menonton ini wayang. Best tu.. budak tadika tapi berlagak macam orang dewasa.. heh

Suasana tempat beronline yang sensasi agak meriah malam ini. Tak macam hari-hari lain.. memang..besok hari cuti sebab tu ramai. Tapi kalau hari biasa, waktu-waktu macam ni memang agak lengang.. kadang-kadang cuma ada beberapa pelayar internet tegar yang duduk di suatu-suatu sudut yang tertentu. Lengang... Bila disebut tentang suasana lengang ni, ada satu peristiwa yang aku agak sukar nak lupa yang pernah terjadi pada aku di sini pada waktu-waktu yang lengang. Ada sekali tu, masa aku sedang syok melayari internet lebih kurang dalam pukul dua pagi seingat aku. Aku terasa hendak ke tandas untuk membuang air.. Masa tu aku dengan dengan seorang kawan dan beberapa orang lain di situ tapi aku ke tandas seorang diri. Tandas tu terletak agak jauh dari tempat wireless.. suasana pun agak sunyi sepi. Angin malam yang meniup-niup lembut menjadikan suasana malam agak sinikal dan mendinginkan.

Aku tak peduli semua tu..yang penting hajat aku tercapai. Aku bergegas masuk ke tandas tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Ada beberapa tandas di situ.. dan aku telah memasuki tandas yang kedua.  Apabila aku hendak masuk ke tandas, aku tersentak oleh suatu bunyi dan tiba-tiba lampu menyala dengan sendirinya. Sebelum tu suasana agak suram kerana hanya beberapa lampu sahaja yang terpasang. Tersentap jantung aku masa tu. Kalau ikutkan hati nak je aku lari keluar..tapi aku tenangkan je hati. "Buat tak tau je" bisik aku dalam hati yang agak berdebar dan suspen. Masa tu pula aku teringat cerita Joe.. dia cakap dia dah kena "usik" macam tu juga dan di tandas yang sama. Lagi berdebar la jantung aku masa tu. Aku tak nak fikir banyak-banyak..apabila dah selesai, aku jalan keluar dengan agak selamba supaya tak nampak kecut. Orang kata kalau kena kacau buat macam biasa je.. sebab benda macam ni lagi suka kalau orang yang kena ganggu tu lemah semangat. 

Lepas aku keluar dari tandas tu, aku langsung tak cerita kat siapa-siapa. Biar aku sorang je tahu. Hal tu aku rahsiakan sampai la pada suatu hari.. masa tu aku ada dekat dewan kuliah. Ada aktiviti masa hari cuti. Kali ni pun aku nak masuk ke tandas juga. Dipendekkan cerita, masa aku nak masuk tandas tu, hal yang sama berlaku sama seperti yang aku cerita tadi..lampu telah menyala dengan sendirinya. Kali ni aku tak berapa nak suspen sebab waktu tu hari masih siang. Orang pun ramai kat luar. Aku buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Selamba je orang kata..tapi masa aku sedang cuci tangan sambil menghadap ke cermin muka dalam tandas tu, aku terpandang suatu objek berwarna putih tergantung dekat atas pintu masuk tandas. Aku tidak mengalihkan pandangan dan terus memerhatikan benda tu. Di belakangnya ada sedikit warna hitam dan betul-betul tergantung di dinding. Apabila aku perhatikan betul-betul, baru aku tahu..rupa-rupanya benda tu adalah "detector" yang digunakan untuk mengesan kedatangan manusia mahupun sebarang objek yang masuk ke tandas dan lampu akan menyala secara outomatik apabila ada objek dikesan masuk. Ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik. "Ceh!.. ini rupanya" marah aku dalam hati.. 

haha...aku ketawa sendiri. Mana taknya..selama ni aku suspen tak bertempat. Mana la aku tau U ada pasang benda macam tu. Lain kali info la dulu.. takde sampai jadi macam ni. Mungkin juga ramai yang dah tahu tapi aku yakin Joe masih tak tau pasal benda tu. Aku pun tak nak bagitau dia. Biar dia sendiri simpan kenangan tu.. huhu.. 

Inilah akibatnya tak mengambil tau tentang perkembangan terbaru.. 

Rabu, 18 Februari 2009

PES2009

Kamu peminat bolasepak? suka main game bolasepak? Aku bukanlah dari jenis yang terlalu teruja untuk semua itu, tapi  seronok juga sekali-sekala dapat luangkan masa main game ni. 

BAru-baru ni, aku ada install game PES 2009. Agak menarik tapi sukar dikawal. Tak sama macam FIFA ataupun EURO yang mana game ni mudah dikawal walaupun pada peringkat world class. Mula-mula main pada peringkat amateur pun dah agak susah bagi aku. Memang aku tak pandai main, sebab aku bukannya 'kaki' game bola macam sesetengah kawan-kawan aku. Aku main bila aku rasa nak main dan berhenti bila dah mula rasa bosan. Tapi lagi seronok bila main dengan kawan-kawan walaupun aku selalu kalah..haha..

JAdi, kesimpulannya..ini la yang aku ada untuk mengisi masa bosan kat bilik... kamu ada cadangan lain? 

Makin membeku...

Aku rasa aku kena keluar dari sini... duduk kat dalam tak keluar-keluar...
hari-hari nampak benda yang sama..
makan benda yang sama...
buat perkara yang sama...
hari-hari... 
otak aku pun macam tak berkembang...
huhu...

aku mesti keluar...

Isnin, 16 Februari 2009

Mudah, Senang dan Banyak Untung!

Malam ni aku kena menghadiri satu sesi integrasi bawah pusat sukan. Semua yang berkenaan diwajibkan pergi.. kedatangan adalah 15% bagi markah ko-kurikulum... jadi ada berani ke tak datang? huhu...

Mengikut beberapa perkhabaran lagi, semasa sesi ini kami perlu pergi ke padang pusat sukan di mana tempat sambutan jubli perak U disambut. Jadi, aku terfikir.. adakah kerana nak memudahkan urusan integrasi ataupun untuk memeriahkan sambutan jubli perak tu nanti? Aku rasa kalau nak kata dua-dua pun betul jugak. 

Lepas ni boleh tukar moto kepada Mudah, Senang dan Banyak Untung...

haha... 

Lawak je...