Halaman

Rabu, 19 Mac 2008

Migrain ke...?

Sehari dua ni aku selalu rasa pening kepala. Bukan pening yang biasa, tapi berdenyut-denyut macam kene tekan. Sebenarnya, dah lama dah aku camni. Mungkin dah beberapa bulan atau mungkin lebih lama dari tu. Aku kena migrain ke? Ntah la...harap-harap tak. Siapa yang nak sakit. Tapi kepala aku memang sakit. Mungkin sebab banyak kerja yang aku kena siapkan. Aku memang macam tu. Bila ada kerja atau ada apa-apa yang aku kena selesaikan, aku susah nak berhenti dari berfikir tentangnya. Aku mesti nak cari jalan bagaimana nak selesaikan sesuatu perkara tu dengan sempurna walaupun tak selalunya kerja yang aku buat akan siap dengan baik. Jadi, apa yang aku nak maksudkan, aku ni memang selalu berfikir lebih-lebih lagi kalau tentang perkara yang memang aku kena selesaikan. Jadi tak hairanlah kalau kepala otak aku ni dah rasa macam nak pecah. huh.


Hui....pening..pening.....aku kena jumpa doktor...

Ahad, 16 Mac 2008

Hujung minggu


Tiada apa yang nak aku tulis hari ni. Aku buat 'OT' hari ni. Nak menampung gaji aku. Banyak lagi benda yang aku belum ada. Jadi aku nak cari duit lebih. Bukannya aku terdesak tapi aku rasa aku perlu buat.
Berkenaan post aku yang sebelum ni. Aku harap korang cuba. Untuk korang jugak.
Kat sebelah ni gambar manga Jepun yang aku simpan. Sesiapa yang suka tengok animation Jepun rasanya mesti tau sebab kartun ni memang popular.
Apa-apa hal pun, harap-harap korang 'enjoy' di hujung mingu. ok...

Jumaat, 14 Mac 2008

Pecutkan Minda Anda



Pernahkah anda mengalami masalah untuk mengingati sesuatu? sering terlupa untuk membawa barang ke pejabat? pergi ke sesuatu tempat tetapi lupa tujuan datang ke situ? Tidak ingat apa yang telah dimakan malam semalam? Terlupa tarikh-tarikh penting?Perkara seperti ini memang biasa berlaku terutama kepada golongan yang sudah lanjut usia, tidak terkecuali juga golongan muda. Sudah tentu ia menjadi masalah kepada anda kerana mungkin akan menyebabkan sesuatu kerja itu menjadi lambat.
Adakah anda bimbang dengan perkara ini? Tahukah anda terdapat banyak cara untuk mengatasinya? Cara hidup yang sihat sihat seperti pemakanan seimbang dapat memberi kesan yang baik kepada minda. Anda boleh memperlahankan proses tersebut atau mengembalikan ingatan anda baik seperti dahulu, atau jika bernasib baik, mungkin dapat mencapai tahap yang lebih baik dari yang pernah anda capai.


Untuk makluman anda, didalam otak manusia terdapat sel-sel otak yang dipanggil neuron yang tugasnya adalah untuk menghantar maklumat. Tidak mustahil sel-sel ini akan mati jika tidak dijaga dengan cara yang betul dan ini akan menyebabkan otak kita menjadi lebih perlahan dan boleh menyebabkan masalah-masalah seperti yang telah disebut tadi. Berikut adalah beberapa punca kepada kelemahan otak dan cara-cara yang boleh membantu memulihkannya :

- Kurang tidur atau terlebih tidur
- Kekurangan air
- Mengambil minuman beralkohol
- Banyak mengambil minuman yang mengandungi kafein
- Makan makanan yang dijeruk
- Makan makanan yang mengandungi bahan kimia
- Mengalami stress
- Kurang berfikir atau berimaginasi
- Tidak mengambil sarapan pagi
- Merokok


Cara-cara mengatasinya :


+ Dapatkan tidur yang mencukupi, orang dewasa perlu mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.
+ Elakkan mengambil minuman yang mengandungi alkohol.
+ Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, ini kerana air membekalkan oksigen yang diperlukan oleh otak. + Elakkan makanan yang dijeruk dan yang mengandungi bahan kimia.
+ Kurangkan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh. Walaubagaimanapun, minuman seperti teh dan kopi masih memberi kesan yang baik jika diambil dengan kadar yang sesuai.
+ Kawal stress dengan baik, stress bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada otak, tetapi juga kepada kesihatan.Terdapat pelbagai cara untuk menangani stress kini seperti berjumpa pakar, beriadah dan sebagainya.
+ Bermain permainan yang membuat akal kita berfikir, seperti catur, teka silang kata ‘monopoli’, ‘scrabble’ dan sebagainya.
+ Amalkan mengambil sarapan pagi
+ Tidak merokok.
+ Belajar sesuatu yang baru, aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya mempelajari bahasa asing,menghadiri seminar dan motivasi, atau kursus kemahiran jangka pendek seperti kelas komputer dan sebagainya.
+ Bersenam, ini dapat melancarkan peredaran darah ke otak dan seterusnya membekalkan oksigen yang diperlukan.
+ Mengambil makanan kesihatan. Ganoderma merupakan antara contoh makanan kesihatan yang baik. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa makanan kesihatan.
+ Bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan dan mengaitkan nombor dengan sesuatu perkara lain juga merupakan satu usaha yang baik.
+ Amalkanlah cara hidup yang sihat

Selasa, 11 Mac 2008

tanda bagus...

...Masuk keje hari ni macam biasa. Keje macam biasa. Minum pagi sekejap macam biasa. Semuanya biasa. En. Azmi yang memang biasa lalu depan aku sambil menunjukkan ibu jarinya tanda bagus pun berbuat demikian hari ni. Memang itu yang dia selalu lakukan baru-baru ni. Aku sebenarnya tak berapa pasti dengan maksudnya berbuat begitu. Tapi setiap kali dia berbuat begitu aku ya kan saja. Seolah-seolah aku faham dengan maksud tindakannya tu. Mungkin itu isyarat untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan tekun. Atau mungkin ada maksud lain. Ntah... tapi aku tak kisah. Walaubagaimanapun, perkarayang agak kurang biasa kedengaran tapi menjadi perkara rutin kini ialah cakap-cakap mengenai keputusan pilihanraya tahun ni yang dikatakan agak luar biasa. Sana sini kedengaran suara-suara para 'penganalisis' politik berbicara mengenainya. Tidak kurang juga yang agak kurang berminat dengan politik, mereka pun tetap mengambil tempat.

Isnin, 10 Mac 2008

sesuatu

Sebenarnya, selalunya ada sesuatu yang aku ingin tuliskan di sini tapi ianya selalu tak kesampaian.Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin aku terlalu cerewet untuk menulis. Mungkin kerana aku nak menulis sesuatu yang orang lain ingin tahu atau mungkin perkara yang menarik sahaja. Tapi mungkin aku silap. Aku mungkin hanya perlu menaip apa sahaja yang terlintas di benak fikiran tanpa perlu berasa malu dengan apa yang bakal aku tuliskan. Mungkin tiada perkara menarik yang dapat aku ceritakan. Hmmm...mungkin tidak...Mungkin aku dapat menulis apa yang aku lakukan pada waktu-waktu aku dihujung minggu. Duduk di depan televisyen sambil menonton cerita-cerita yang mungkin agak menarik sambil makan coklat.(haha! aku memang suka coklat). Ataupun aku boleh menulis sipnopsis-sipnopsis cerita-cerita Korea dan Jepun yang aku kumpul yang tak seberapa banyak tu(setakat ni ada la sikit). Ataupun tentang lagu-lagu yang aku selalu 'bluetooth' dengan member-member aku ataupun yang aku download dari mana-mana laman web. Mungkin seronok....mungkin ke?

haha...

Khamis, 21 Februari 2008

pagi ini

agak sibuk nak menyiapkan kerja2 yg ada...sebenarnya aku tak ada masa untuk menulis...tapi disebabkan aku nak mempraktikkan untuk kerap menulis jadi aku mengambil keputusan melupakan kerja seketika. Seketika je..bkan lama2..hehe

Tak banyak yg nak aku coretkan...cuma aku nak bgtau yg ari ni aku pakai baju batik baru...hehe...baju batik yg murah dengan kepuasan hati yg agak tinggi.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi Yang Gelap - Hujan

Lebih tua dari ku...
Harap sabar menunggu...
Kepulanganmu..ku tunggu...

Bukan maksudku mendiam...
Tiada niat menyimpan dendam...
Hakikatnya rindu yg mendalam...

Jalan ini kan membantu...
Hari esok siapa yg tahu...

Kata ibu dangar sahaja...
Cerita hanya kita berdua...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Aku amat merindui kamu...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Ingin ku ulang kemesraan dulu...

Tak akan putus, hubungan kita...
Tarik nafas lega kerna aku tak apa2...
Jalan ini kan membantu...
Hari esok siapa yg tahu..

Kata ibu dengar sahaja...
Cerita hanya kita berdua...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Aku amat merindui kamu...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Ingin ku ulang kemesraan dulu...

Pagi yg gelap, kini sudah terang...
Aku adikmu dan engkau abang...
Aku amat merindui kamu...
Pagi yg gelap...
Ingin ku ulang kemesraan dulu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saje-saje je aku aku post lagu ni....aku suke lagu ni....

Rabu, 20 Februari 2008

Pemberitahuan

Supaya korang tak keliru, story "Manisnya Senyummu" yg aku post sebelum ni cuma rekaan aku je...bkan cerita tentang hidup aku....bila la aku nak tulis pasal aku plak...huu

mungkin aku ni berahsia sangat kot....heh

I'm back..hehe


dah lama aku x menulis dalam blok aku ni...hampir 3 purnama lamanya...tulisan aku yg terakhir dulu pun bertarikh 25 nov 07...hampeh...aku pun tak pasti kenapa berat sangat aku nak menulis...tapi banyak idea yg muncul...mungkin aku bz ...hmm.
gambar kat sebelah ni saje je aku post...sebab aku ske tgk cite jepun...lagi pun ni la kali pertama aku upload pic kat dlm ni...hehe

Isnin, 26 November 2007

"Manisnya senyummu"

Terlalu sukar untuk aku melihatnya tersenyum kepadaku.Bagaikan ada sesuatu perkara buruk akan berlaku jika dia melemparkan senyuman kepada wajah ini.Setiap kali memandang wajahnya, yg terlihat hanyalah riak wajah yg penuh kaku dan bosan.Apa mungkinkah terlalu banyak dugaan yg dilalui dalam hidupnya sehingga membuatkan dia menjadi seperti itu.Sesungguhnya aku tidak mampu meneka apakah yg telah benar-benar terjadi dalam hidupnya.Ingin saja aku bangun bertanya kepadanya supaya dapat sama aku merasai apa yg dirasainya selama ini.Mungkin aku tidak setabah engkau untuk menghadapi dugaan yg bertalu-talu datang...mungkin aku tidak mampu utk mengungkai segala permasalahan yg bertakuk lama dijiwamu...dan sudah pasti aku juga tidak kebal untuk menangkis segala rintangan dan dugaan yg pastinya akan tetap datang sebagai asam garam hidup ini.Tapi aku juga manusia sepertimu, tetap mempunyai hati dan tetap mempunyai perasaan.

Tetapi entah mengapa pagi ini engkau begitu berlainan sekali.Dari jauh aku dapat melihat wajahmu yg berseri-seri.Tidak suram seperti selalunya.Terserlah keindahan semulajadi dari wajahmu apabila aku memandang tepat kewajahmu dari sisi pandanganku .Aku yg selama ini begitu biasa melihat dirinya agak kaget melihat perubahan yg agak ketara darinya. Mungkin aku tidak begitu mengenalinya, tetapi aku seperti sudah dapat meneka kepahitan yg dialami olehnya selama ini.Aku memberanikan diri untuk memandang tepat ke anak matanya.Mungkin ini yg pertama kalinya.Selama ini dia hanya menundukkan wajahnya yg ayu itu.Tiada peluang langsung bagiku untuk melihatnya.tapi kali ini berbeza.Matanya kutenung dalam-dalam, cuba mencari sesuatu yg tersembunyi selama ini.Tiba-tiba dia melemparkan sebuah senyuman kepadaku.Amat indah kurasakan.Rasanya ini yg pertama darinya.Kemudian dia menghampiriku seolah-olah ada sesuatu yg hendak disampaikan.Langkahku yg agak pantas pada mulanya aku perlahankan untuk memberi peluang kepadanya menghampiriku.

"Terima kasih ye wak sebab buku tu, ia amat bermakna sekali", ucapnya selepas berhenti di depanku.
"Err..sama-sama", balasku pendek.Aku agak hairan dengan kata-katanya tadi.Ape yg menarik sangat dengan buku laporan tahunan tu.Cuma laporan tahunan yang biasa, atau ada sesuatu yang aku tak tahu disebaliknya.Buku itu aku pinjamkan kepadanya minggu lepas. Bukan melalui dia, tapi melalui seorang teman yang benar-benar rapat dengannya. Kini aku benar-benar hairan, tapi aku pendamkan saja supaya tidak menampakkan perasaanku ketika itu.

"Saya nak jumpa awak waktu rehat ni boleh?" soalnya spontan.Aku sendiri tidak menyangka dia akan berbuat begitu.Aku sendiri pun tidak pernah cuba untuk berbuat begitu.Mungkin aku tidak mempunyai keberanian itu, ataupun mungkin aku langsung tidak pernah cuba menjadi berani seperti itu.

"Er..ok..boleh jugak.Kat mana tu?". Aku memberi respon.

"Erm...nanti saya bagitau awak kat mana, tunggu yea". Dia memberikan jawapan dengan begitu yakin sekali.Gembira hatiku apabila melihat dia gembira.Mungkin siapalah aku ini pada dirinya untuk aku menumpang gembira.Tapi aku harap selepas ini aku akan dapat mencipta sesuatu bersamanya.Sesuatu yg mungkin aku tidak pernah terfikir dulu.Kini aku cuma perlu menantikan dengan penuh debaran.Aku sendiri tidak menyangka bahawa senyuman pertama yg aku terima darinya itu amat bermakna sekali.Aku sendiri pun tidak tahu apa yg mungkin akan berlaku selepas ini, tapi senyuman yg terukir itu mungkin mampu untuk membuatkan aku tersenyum girang sepanjang hari.