Halaman

Jumaat, 24 Disember 2010

Cara Mudah Menambah Rakan Facebook?


Berapa ramai kawan facebook kamu? mencecah seribu? dua ribu? beribu-ribu lemon? haha.. Sebelum tu, kenalkah kamu dengan kesemua rakan facebook kamu tu? Atau sekadar mengetahui nama samaran yang digunakan oleh mereka. Pernah tak dengar statement kualiti lebih penting daripada kuantiti?

Itu kalau bercakap mengenai menambah rakan. Bagaimana pula mengenai meng'approve' rakan yang anda belum pasti siapa dan latarbelakang mereka? Mungkin terlalu ramai sehingga kamu tidak sempat untuk membelek-belek profile mereka terlebih dulu.

Aku bukan hendak bercerita mengenai bahayanya atau bercakap mengenai keselamatan maklumat anda, itu soal lain dan mungkin banyak maklumat mengenainya disebut-sebut di internet. Tetapi apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah sejauhmana berkualitinya hubungan antara kamu dengan mereka atau sekadar memenuhkan senarai rakan semata-mata.

Mungkin ramai yang menjelaskan itu adalah untuk menambah kenalan. Lebih bagus kalau ramai kenalan daripada sedikit. Tapi berapakah daripada kenalan-kenalan itu yang pernah kamu sapa dan berapa ramai yang tidak. Hubungan itu pula adakah berterusan atau sekadar hangat-hangat taik ayam.

Tahu tak kamu bilangan rakan di facebook adalah terhad kepada beberapa ribu orang sahaja. Mungkin jika rakan kamu tu cuma beberapa sahaja tidak menjadi masalah, tetapi bayangkan jika mereka sudah mencecah beberapa ribu dan sudah sampai kepada limit yang yang ditetapkan. Dalam masa yang sama mungkin ada kawan-kawan lama yang cuba untuk menghantar friend request kepada kamu tapi tak berjaya disebabkan keramaian tadi tu. Haa...kan dah menyusahkan. Masa tu mungkin kamu terpaksa menapis-napis rakan-rakan yang tak penting yang cuma memenuhkan ruang sahaja.

Aku bukannya tidak menggalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai yang boleh, tapi kan lebih bagus jika memfokuskan kepada kawan-kawan yang berkualiti. Jika kawan ramai-ramai, tapi bila kita perlukan bantuan, nasihat dan sebagainya, hanya berapa kerat sahaja yang memberi respon yang baik. Ada pula yang bila ditegur, langsung tidak memberi respon. Mahukah kamu dilayan begitu? tentu tidak bukan.

Kesimpulannya, jika tujuan menambah rakan di facebook hanya semata-mata untuk menambah bilangan rakan semata-mata, lebih baik sedikit daripada ramai tetapi rakan anda itu mungkin langsung tak ingin mengenali anda pun. Ia mungkin juga dapat mengelakkan daripada berlaku penipuan kerana kamu pasti rakan kamu itu dan kamu mengenali mereka.

2 ulasan:

luna Q jimat berkata...

hai, salam ziarah..betul2..kalau nak approve frens, jangan ikut suke je, bahaya..sy dah strict sikit dalam mengapprove frens kat fb ni..takut, macam2 boley jd..

Zintz berkata...

thanks pada luna..
btul tu..mcm2 bleh jd...skarang ni jenayah siber mmg dah bnyk dah... :(