Halaman

Selasa, 9 September 2008

parti hari jadi stail baru!!

Semalam hari jadi aku yang ke 22 tahun. Parti hari jadi telah diadakan secara besar-besaran di dalam library. Hadiahnya ialah assigntment2 yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Tiada pengecualian, tiada bantahan. Semua aku terima dan parti itu berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal. Huuuhhh.

Gambarannya amat jelas sekali. Hari jadi aku tidak dapat diraikan kerana kesibukan dalam mengejar ilmu..err..mungkin yang lebih jelas ialah markah. Ya.. orang kata markah tak penting tapi ilmu yang diutamakan, tapi takkan masuk universiti tapi 'pointer' macam budak tak belajar apa-apa.

Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi mengucapkan selamat hari jadi kepada aku. :-)

Sabtu, 6 September 2008

dia soal, aku jawab...

member : dalam banyak-banyak semut, semut apa paling seksi?

aku : Ntah, semua semut seksi...

member : salah! jawapannya semut tonggek....

aku : ceh!

betul sebenarnya

Blog aku kini sudah bertukar rupa sedikit...jadi, kepada sesiapa yang rasa diri dah tersalah masuk blog orang lain, sebenarnya itu hanyalah khalayan semata. Kamu sedang berada di ruang yang betul. Teruskan...

Jumaat, 5 September 2008

sedikit sahaja

Sekarang ni tengah sibuk dengan assightment. Kepala tengah serabut. Apa-apa hal pun aku tetap puasa. haha...

Ahad, 31 Ogos 2008

The most important thing is....


Sinilah tempat aku berman-main dengan buku. Sebelum ni, meja ni merupakan antara yang terburuk dalam blok aku, maka dengan menggunakan teknik-teknik yang sememangnya amat dahsyat sekali dengan serta merta meja aku menjadi begini. Hahahaha!!...

Percaya? jangan...

Khamis, 7 Ogos 2008

lama menghilang...

...Dah lama tak menulis di sini. Sekarang dah berubah angin, tak macam dulu. Sekarang ni aku sedang menyambung pelajaran di sebuah universiti awam di Malaysia. Kiranya, awal-awal ni aku agak sibuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan. Maaf kepada yang menunggu lama. InsyaAllah, aku akan cuba update nanti.

Isnin, 14 Julai 2008

Di saat mentari merah menyinar bersama cahaya bulan yang kelam

Duit....duit bukan segalanya...
tapi....nak beli baju guna duit, beli minyak guna duit, beli beras guna duit, beli sabun, tampal kasut koyak, bayar tiket wayang, masuk tandas, repair seluar, main futsal, tengok tv semua kena pakai duit. Pendek kata duit merupakan elemen yang penting untuk mendapatkan keperluan harian kini. Bukan sahaja keperluan harian malah perkara-perkara yang tak berfaedah pun guna duit. Tapi aku nak jelaskan di sini bahawa duit hanyalah elemen untuk pertukaran, yang memberi sebenarnya adalah Dia.

Adapun sebenarnya aku nak ceritakan sedikit keadaan sekarang yang dipenuhi dengan teknik-teknik mencari duit tambahan macam yang dapat diperhatikan sekarang. Adakah kamu yang membaca setuju mengatakan bahawa itu semua adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Kalau diperhatikan, kebanyakannya memerlukan kemahiran berkata-kata, mempunyai kenalan yang ramai dan pandai bergaul. Oh, kata-kata aku ni mungkin lebih kepada teknik mencari duit ala-ala MLM ataupun yang sewaktu dengannya. Aku berterus terang yang aku tak arif tentang bisnes-bisnes seperti ini jadi kamu semua jangan tanya aku kerana jawapan yang aku berikan mungkin tak tahu, kurang pasti, ataupun fikirlah sendiri. Namun perniagaan seperti ini sudah memuncak naik pada tahap maksimumnya mengalahkan gunung berapi yang sedang mendidih hanya menunggu untuk memuntahkan larvanya sahaja. Sedangkan, aku hanya berdiri ditepi sambil minum kopi melihat semua itu berputar dalam arusnya yang tersendiri. Ntah, aku tidak tahu mengapa aku begitu. Mungkin aku tidak sesuai untuk perkara-perkara seperti ini. (Aku minta maaf jika aku selalu menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali, aku buntu).

Satu perkara yang aku nak sentuh selain tadi adalah produk yang dihasilkan adalah dari jenis yang lebih kurang sama. kamu semua perasan tidak perkara ini? kalau ada sepuluh MLM, aku rasa semua mungkin tidak terlepas dari menjual produk-produk seperti penapis air, pil kesihatan, minuman kesihatan, dan kebanyakannya berkaitan dengan makanan kesihatan. Bukannya aku hendak menempelak mana-mana pihak tapi bagi aku jika seseorang yang baru hendak berjinak-jinak dalam MLM mungkin akan berasa bosan dengan semua itu dan mungkin akan mencari syarikat MLM lain yang lebih beralternatif. Aku tidak nafikan yang membezakan adalah kualiti namun sejauh manakah seseorang itu akan mencuba mencari yang terbaik.

Jumaat, 11 Julai 2008

Jangan Pandang Rendah Aku...

Update....



Sampai bila kamu hendak begitu. Bermain dengan kata-kata kosongmu yang hanya ucapan semata. Tiada tindakan..tiada refleksi..hanya bicara. Tapi engkau berkata-kata dengan begitu yakin bagai anak tekakmu sudah tertulis sebuah ucapan yang panjang untuk kamu luahkan kepada semua orang. Betapa ajaibnya kamu. Mungkin para pensyarah pun tidak sehandal kamu.



Memang aku selalu berdiam bila engkau 'berucap'. Tapi itu tidak bermakna aku ni bisu. Mungkin aku tidak membantah, tapi belum tentu aku setuju. Dan jangan engkau sangka yang aku tidak tahu berfikir. Bila aku cuba menyampaikan sesuatu, kamu hanya tidak mengendahkan sahaja. Ceh! egokah kamu? Apa kamu ingat aku ni tidak tahu apa-apa? hanya mengikut telunjuk orang lain untuk hidup? tiada kebolehan? tiada perkembangan? hanya seorang yang lemah? jika kamu berfikiran begitu, aku boleh kata kamu berfikiran sempit walaupun mulut kamu masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang seperti seorang professor tu.

Aku dapat rasakan yang kamu mungkin memandang rendah terhadap aku. Ya..mungkin aku hanya seorang yang biasa yang nampak diam dan lemah. Biar aku beritahu yang aku masih menyimpan potensiku yang sebenar dihadapanmu. Mengelak dari dibaca olehmu supaya kamu boleh terus menyangka bahawa aku ini tiada apa-apa kelebihan yang dapat menggugat kamu. Mungkin aku akan terus begini dihadapanmu sehingga kamu sendiri mengetahui yang kamu telah ditipu oleh penglihatan dan sikap kamu sendiri. Aku hendak memberi kamu sedikit nasihat, jangan kamu memandang rendah terhadap orang lain hanya kerana rupa dan gaya yang kelihatan lemah dihadapan kamu. Sedangkan yang nampak belum tentu terlawan, apatah lagi yang tak kelihatan.

Habis...

Selasa, 8 Julai 2008

Cerita 5 perenggan..

Tadi aku pergi cek blood pressure(BP). BP aku setakat ni 133/68. Mereka kata normal. Huh...Aku tahu aku masih muda, tapi aku rasa lagi baik aku ambil berat dari sekarang. Harap-harap bp aku akan mantain je...

Baru-baru ni pun aku dah mula bersenam semula. Petang-petang dah turun balik main futsal. Ahad minggu lepas dah pergi jogging. Setakat ni rancangan awal nampaknya berjalan lancar. Harap-harap akan berterusan...

Makan pun sekarang ni dah jaga. Tak nak makan makanan yang terlalu berminyak. Coklat dah kurang, aiskrim dah kurang. Makan utama macam sarapan, makan tengahari, petang, malam, masih dikekalkan. Gila..takkan tak makan...

Tiga perkara yang aku boleh dapat bila aku amalkan perkara-perkara di atas; kesihatan, stamina dan badan yang mantain cool. Haha...semoga tercapai...

Ini tak bermaksud aku ni sakit, tiada stamina dan gemuk. Tapi aku nak mencapai tahap maksimum ataupun ideal perkara-perkara di atas yang tersebut di atas. Sekian.