Halaman

Sabtu, 13 Mac 2010

Kenapa orang suka tengok cerita Korea/Jepun

Kenapa orang suke?
Aku rasa memang ramai yang tahu tentang perkara ni dan sebab apa. jadi dekat sini aku nak menerangkan lagi kenapa berdasarkan perspektif aku sendiri.
1. Suka tengok sebab aktor-aktor dan aktress-aktress yang berlakon semua hensem-hensem dan cun-cun. Hehe. Kalau boleh, orang yang macam ni nak dapat awek atau balak sebijik macam pelakon-pelakon Jepun atau Korea ni. Tapi kalau tak dapat pun, cukuplah dengan jadi peminat tegar diorang ni dengan mengumpul setiap koleksi lakonan cerita pelakon yang diminati tadi.

2. Suka tengok sebab ada kisah cinta yang romantik. kalau orang yang macam ni pula, jenis yang jiwang-jiwang terutamanya perempuan, tapi aku tak kata lelaki tak ada yea ^_^ . Kebanyakannya kalau boleh nak mempraktikkan adegan-adegan cinta yang mereka tengok dalam drama-drama ni. Contohnya bagi bunga waktu si dia tengah buat persembahan kat atas pentas depan orang ramai. Kalau tak dapat nak buat macam tu, cukuplah sekadar dapat bagi bagi coklat masa hari ulangtahun.

3. Suka tengok gaya fesyen yang dibawa oleh para pelakon. Terutamanya rambut. Kalau lelaki tu mesti nak ada gaya rambut panjang pacak-pacak ataupun jatuh ke depan dan disisir ke tepi dan macam-macam lagi stail rambut yang dapat dilihat. kalau dalam bab berpakaian pula, ada banyak fesyen terkini yang mereka tonjolkan yang aku rasa boleh tahan dan menarik.
4. Sukakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita. Haaa...yang ni semua lapisan masyarakat suka..hehe. Banyak nilai moral yang ditonjolkan seperti nilai kekeluargaan, keberanian, kuat berusaha, setiakawan dan macam-macam lagi. Jadi, bagi orang yang menonton, jangan hairan kalau lepas menonton drama-drama ni tiba-tiba terus jadi rajin semacam tanpa disuruh..hehe..
5. Suka sebab awek atau balak suruh tengok dan lepas tu terus jadi suka dengan tak sengaja. Dah banyak juga kes macam ni terutamanya lelaki..tak pasal-pasal jadi jiwang..huhuhuu..

Yang lain-lain tu fikirlah sendiri sebabnya dan lepas tu boleh la tambah-tambah kat ruangan komen. tq ^_^

Sabtu, 20 Februari 2010

Dah mula dah...

Cuti dah habis. Besok dah mula kelas. Tugasan pula dah bertimbun-timbun perlu disiapkan. Duit dah makin kering. Badan dah makin kurus (siyes?). Exam pun dah dekat. Kalau tak mula dari sekarang tentu masalah nanti.

Jadi, bermulalah era kesibukan kembali aku selepas cuti midsem ni. Cuti memang puas. Sampai tak ingat yang aku student. Tapi tak apa, tu semua dah berlalu. Kita teruskan dengan agenda yang seterusnya. Gambate!!

*seorang pelajar perlu ada semangat juang yang tinggi kalau nak berjaya. ^_^

Sigh...

Dunia terus berputar dan aku masih tetap di sini....

Khamis, 18 Februari 2010

berlari tanpa henti...

Di sepanjang pinggiran sungai itu aku teruskan berlari...
sambil ditemani cahaya mentari yang memancar seolah-olah melawan derasnya arus yang mengalir....
Aku teruskan berlari walaupun dihati ini penuh dengan kedukaan yang masih merah...berdarah..
Semoga ianya akan terus hilang dengan lelah yang datang...
Agar perjalanan yang panjang ini akan membuatkan aku terleka dari kesakitan yang tertimpa...

Rabu, 17 Februari 2010

Semakin malas...

Menonton DVD sambil makan biskut dengan air nescafe panas VS menulis blog. Adoi...mana pergi mood aku nih...

Semakin hari semakin malas...

kalau tentang cinta boleh la guna semakin hari semakin sayang. Tapi kalau dalam kes menulis blog ni, boleh la guna semakin hari semakin malas. Yaa..memang aku dah makin malas nak menulis....malas...malas..malas..

Jangan paksa aku tulis lagi...nanti makin merepek... ;p

Sabtu, 30 Januari 2010

LTM

Kebarangkalian ini sungguh memenatkan. Seringkali membuat aku pasrah terdiam tanpa bicara. Aku tahu aku hanyalah tempias sinaran bintang yang tenggelam oleh gahnya cahaya bulan. Kecil. Lemah dimatanya. Lebih baik berterus terang dari berdiam, kerana aku pasti dia tidak pernah mendengar keluhan ini.

Selasa, 19 Januari 2010

Aku Sepasang Kasut yang Sungguh Kasihan...

Sudah beberapa kali aku dipaksa bekerja dalam keadaan diriku yang sudah amat uzur ini. Ingin sahaja aku menjerit-jerit memaki di gegendang telinga orang yang selalu menyarung aku. Kulit aku pun sudah luntur walaupun mungkin sebahagiannya adalah hanya pvc. Namun suaraku terlalu kecil. Lidah pun tak ada. Bagaimana aku hendak melontarkan semua itu. Mahu tidak mahu harus kutelan semua itu walaupun perit. Sudahlah hina, setiap hari dipijak. Malah aku diseksa lagi sebegitu.
Hari demi hari berlalu..namun nasibku tetap sama. namun pada suatu aku terperasan sesuatu yang agak lain di persekitaran tempat aku selalu dilepakkan. Seperti ada bau haruman kedai yang cukup mengasyikkan. Sudah lama aku tidak berbau sebegitu. Bau hapak adalah. Sementelah dari saat itu, aku tidak lagi dipijak-pijakkan. Aku dijulang tinggi-tinggi di atas almari. Aku terasa begitu bangga sekali dengan penghargaan sebegitu. Belum pernah lagi aku dilayan sebegitu sepanjang aku dinobatkan sebagai kasut terbaik milik tuan.
Kini, apa yang dapat aku lihat ialah mangsa terbaru tempat tuan berpijak. Sungguh aneh, dia langsung tidak berasa sedih ataupun terseksa. Malah, dia begitu gembira menjadi mangsa pemijakan tersebut. Setiap pagi, dia akan disarungkan dengan penuh bergaya oleh tuan. Ceh, apa yang nak dibanggakan..cuma sekadar dipijak dan dihenyak. Mungkin dia masih tidak sedar tentang kebodohannya itu.
Tapi hari demi hari aku lihat dia semakin disayangi. Hampir setiap hari tuan akan mentancapkan wajah dan badannya dengan sejenis alat mekap khas yang berkilat. Malah tuan juga telah memberikan satu tempat yang khas untuk dia berehat. Seronok pula aku melihat dia begitu. Akhirnya aku menyedari yang mungkin aku lebih bodoh dari dia. Walaupun selama ini aku telah digunakan, tapi aku tidak pernah merasai kebahagiaan sebegitu. Berbeza dengan dia yang aku lihat sentiasa menikmati setiap saat yang berlalu bersama tuan. Malah dia semakin disayangi dan dijaga dengan lebih rapi.
Akhirnya baru aku sedari. Ada sesuatu yang dia ada yang aku tak miliki. Mungkin aku perlu dapatkan itu untuk menjalani saat-saat emas ini. Mungkin kini aku perlu mempelajari tentang erti sebuah keIKHLASan.

Jumaat, 15 Januari 2010

Lepas ni Mungkin Aku akan Jadi Pemblogger Tegar

Tunggu line Streamyx masuk je ni. Wifi 4 mbps katanya. Pasang kat dalam bilik kawan yang bertentangan dengan bilik aku. Mungkin dalam sepuluh orang je yang pakai. Aku rasa tu dah cukup bagus daripada turun ke mall yang kelajuan gelombangnya wirelessnya mungkin dalam 1 mbps dan digunakan oleh beratus pengguna.

Agak-agak aku boleh jadi pemblog tegar ke lepas ni? ^_^