Halaman

Rabu, 19 Januari 2011

Awak suka saya? saya dah tak suka awak laaa...


Entri ni diwujudkan selepas lama aku tak menulis di sini dan rentetan terlalu banyak post yang berkaitan untuk menawan hati wanita atau kekasih. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk ditinggalkan awek atau balak atas sebab-sebab yang tertentu boleh la mencuba teknik-teknik di bawah ni. ~_.

Entri ni mungkin lebih ditujukan kepada orang lelaki, kalau ada perempuan yang teringin nak gunapakai teknik ni, kamu boleh tukar je perkataan 'lelaki' kepada 'perempuan'. Hehe..selamat membaca.

1. Jadilah seorang mamat yang poyo. Perempuan memang benci dengan lelaki poyo. Jadi dia akan berasa malu bersama dengan kamu dan akan pergi meninggalkan kamu.

2. Ego yang ada tu pastikan berada pada tahap yang terbaik dan tertinggi. Tak ada perempuan yang sukakan lelaki yang terlalu ego kecuali kalau memang dia pun bermasalah. pleezzz

3. Pengotor. Kalau kamu seorang pembersih cuba la jadi pengotor sekejap. Bukan awek jer, rakan-rakan, sedara mara mahupun rakan sepejabat akan menjauhkan diri. Sapa yang tahan bro...haha

4. Gunakan teknik reverse psychology. Contohnya, katakan padanya yang kamu terlalu sayang dan cinta padanya, setiap hari, setiap masa dan setiap jam ataupun setiap minit sampai dia muak sampai nak termuntah-muntah. Perempuan bukan boleh terima banyak-banyak sekaligus dan hati mereka kebanyakannya mudah berbolak balik.

5. Jadilah seorang yang tidak bertangguhgjawab. makan tak bayar, selalu tertingal barang, kunci kereta, beg duit dan sebagainya. Perempuan kan suka lelaki yang bertanggungjawab. ~_.

6. Jadilah lelaki yang perasan bagus. Semuanya yang hebat adalah kamu dan rendah-rendahkankanlah awek kamu tu. Lepas tu mesti kena tinggal tanpa notis.

7. JAdilah seorang yang membosankan. Kalau diajak pergi tengok wayang, berkaraoke, main boling dan sebagainya, katakan padanya yang kamu lebih suka tidur kat rumah ataupun main game 7hari 24 jam. Kira macam tak ada life langsung la...

8. Cuba jadi kedekut. Kalau sebelum ni bila makan bersama, selalu kamu yang bayar atau sama-sama bayar. Lepas ni biarkan dia sorang yang bayar makanan tu. Kalau nak belanja pun, bagi la air kosong secawan. Lepas satahun, mungkin kamu dah tak nampak muka dia dah.

9. Kaki kikis. Ingat perempuan je boleh jadi kaki kikis. Lelaki pun boleh. hehe.


Penafian : Entri di atas adalah pendapat penulis semata-mata. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlakunya sebarang kejadian yang tidak dingini walaupun dijangka kerana maklumat yang diberikan di atas. Sekian. ~_<

Tiada ulasan: