Halaman

Ahad, 23 Januari 2011

Aku selamatkan dia dari orang-orang itu...

Apa yang hendak dibuat jika tak boleh nak tidur kalau jam dah pukul 4.30 pagi. Membelek mesej-mesej di henfon yang entah kali keberapa aku baca. Nak makan, takut nanti gemuk dan tak ada siapa yang nak meminang nanti. Huh. Jadi, kita mulakan dengan aktiviti rutin harian yang sihat...menulis blog (hariankah?.. entah laa).

Sebenarnya aku sudah terlajak tidur petang tadi. JAdi tidak hairan kalau malam tak dapat tidur. Memang salah aku juga (baru la teringat nak salahkan diri sendiri). Sebenarnya aku harap boleh tidur dan dapat bermimpi macam semalam. Mimpi apa yang best sangat tu? bukan aku mimpi dapat emas seguni, dapat makan burger KFC sampai perut buncit dan tak boleh berjalan. Aku mimpi dapat seorang awek. Seorang je. Bukan dapat banyak pun (salahkah aku untuk bermimpi sebegitu? huu). Tapi yang bestnya, aku mimpi aku jadi hero dalam mimpi aku tu. Dah nama pun mimpi aku, mesti la aku heronya. Bukan Farid Kamil atau Asyraf Muslim. Aku la hero Malaya tu. hahaha

Masa dalam mimpi aku tu, aku selamatkan si dia dari pelbagai ancaman yang datang kepada dia. Daripada dikejar oleh orang-orang jahat yang mempunyai kostum yang pelbagai, melindungi dirinya daripada runtuhan batu batan besar di kaki gunung (bila masa sampai gunung aku pun tak tau) dan serangan mahkluk pelik yang entah datang dari planet mana. Sebenarnya sebelum tidur semalam. aku ada menonton satu cerita. Kira mimpi aku ni pun adalah rentetan daripada cerita tersebut menjadi mimpi aku yang lebih hebat dan menarik jalan ceritanya (Inilah pengaruh filem dalam kehidupan, sehingga termimpi-mimpi dibuatnya). Mungkin boleh difilemkan nanti. Sama-sama la kita membantu industri filem tanah air. Yeah.

Tapi yang peliknya, wajah awek aku tu langsung aku tak ingat. Pelik betul. Tapi seingat aku watak perempuan tu sering bertukar-tukar. Tapi aku buat tak heran je. terus aku redah alam mimpi aku yang penuh mencabar tu sehinggalah aku terjaga pagi semalam. Jadi, kalau nak sambung mimpi semalam tu kena menonton filem-filem yang lebih best la. Hehe..

Aku cuma harap aku boleh jumpa si dia di alam nyata...

Tiada ulasan: