Halaman

Isnin, 14 Julai 2008

Di saat mentari merah menyinar bersama cahaya bulan yang kelam

Duit....duit bukan segalanya...
tapi....nak beli baju guna duit, beli minyak guna duit, beli beras guna duit, beli sabun, tampal kasut koyak, bayar tiket wayang, masuk tandas, repair seluar, main futsal, tengok tv semua kena pakai duit. Pendek kata duit merupakan elemen yang penting untuk mendapatkan keperluan harian kini. Bukan sahaja keperluan harian malah perkara-perkara yang tak berfaedah pun guna duit. Tapi aku nak jelaskan di sini bahawa duit hanyalah elemen untuk pertukaran, yang memberi sebenarnya adalah Dia.

Adapun sebenarnya aku nak ceritakan sedikit keadaan sekarang yang dipenuhi dengan teknik-teknik mencari duit tambahan macam yang dapat diperhatikan sekarang. Adakah kamu yang membaca setuju mengatakan bahawa itu semua adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Kalau diperhatikan, kebanyakannya memerlukan kemahiran berkata-kata, mempunyai kenalan yang ramai dan pandai bergaul. Oh, kata-kata aku ni mungkin lebih kepada teknik mencari duit ala-ala MLM ataupun yang sewaktu dengannya. Aku berterus terang yang aku tak arif tentang bisnes-bisnes seperti ini jadi kamu semua jangan tanya aku kerana jawapan yang aku berikan mungkin tak tahu, kurang pasti, ataupun fikirlah sendiri. Namun perniagaan seperti ini sudah memuncak naik pada tahap maksimumnya mengalahkan gunung berapi yang sedang mendidih hanya menunggu untuk memuntahkan larvanya sahaja. Sedangkan, aku hanya berdiri ditepi sambil minum kopi melihat semua itu berputar dalam arusnya yang tersendiri. Ntah, aku tidak tahu mengapa aku begitu. Mungkin aku tidak sesuai untuk perkara-perkara seperti ini. (Aku minta maaf jika aku selalu menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali, aku buntu).

Satu perkara yang aku nak sentuh selain tadi adalah produk yang dihasilkan adalah dari jenis yang lebih kurang sama. kamu semua perasan tidak perkara ini? kalau ada sepuluh MLM, aku rasa semua mungkin tidak terlepas dari menjual produk-produk seperti penapis air, pil kesihatan, minuman kesihatan, dan kebanyakannya berkaitan dengan makanan kesihatan. Bukannya aku hendak menempelak mana-mana pihak tapi bagi aku jika seseorang yang baru hendak berjinak-jinak dalam MLM mungkin akan berasa bosan dengan semua itu dan mungkin akan mencari syarikat MLM lain yang lebih beralternatif. Aku tidak nafikan yang membezakan adalah kualiti namun sejauh manakah seseorang itu akan mencuba mencari yang terbaik.

Tiada ulasan: