Minggu lepas sewaktu aku berjalan-jalan di pasar malam bersama seorang kawan,aku terpandang satu wajah yang agak biasa aku lihat. Seorang perempuan yang mungkin sebaya dengan aku. Tapi aku tak berapa pasti samada betul atau tidak orang tu yang aku kenal. Tapi selepas beberapa kali aku pandang dan selidiki wajahnya, dan mungkin dia dah perasan pun yang aku sedang membuat kajian ke atas wajahnya dan mungkin juga dia ada terperasan yang aku syok kat dia...haha. Barulah aku rasa memang aku kenal dia. Jadi dengan rasa ingin tahu yang mendadak muncul dalam diri, aku memberanikan diri bertanya..
"Err..umur awak berapa?" ada ke soalan tu yang aku tanya? tak pernah dibuat orang pun. Tapi kalau difikirkan balik, betul lah tu. Bukan ke dia yang aku kenal tu sebaya dengan aku, jadi kalau aku tanya umur dah betul la tindakan aku tu.
Maka dengan nak tak nak dia menjawab "ntah, 22 kot". Eh, minah ni, ada kot juga ke? umur sendiri pun tak ingat. Aku tahu, jangan marah kat aku. Aku tahu memang dia saja buat macam tu. saja...
Mendengarkan jawapan tu sebenarnya aku pun agak gembira sebab memang dia sebaya dengan aku. Bukan lebih tua mahupun lebih muda, jadi aku tak perlu panggil kakak mahupun adik? "Iye, 22? macam kenal la..." itu la jawapan aku dalam senyuman. Ek eleh mamat ni, nak mengorat cakap je la nak mengorat tak payah la nak bersandiwara kat sini. Rasa-rasa dia ada fikir macam tu tak? Tiada? bagus! haha.
Walaubagaimanapun, aku rasa dia pun ada cam muka aku ni. Tapi aku tak berapa pasti. Maklumlah aku ni kan 'low profil' masa kat sekolah dulu, jadi macamana dia nak ingat aku. Kalau kamu nak tahu,(kalau betul dia orangnya) aku kenal dalam tingkatan dua, iaitu semasa aku berumur 14 tahun (budak sekolah pun tahu). Dia merupakan 'classmate' aku tapi aku tak rapat dengan dia sebab aku ulang sekali lagi aku ni 'low profile' dan tak sepopular dia. Popularkah dia? ya, mungkin tak sepopular 'Maya karin' atau 'Saiful Apek'?, tapi cukup untuk membuatkan ramai orang ingin mendekati dirinya. Mungkin termasuk aku.
Adapun aku berasa gembira kerana berjumpa semula dengan kawan yang dah terpisah hampir lapan tahun. Lama juga tu, sebab dalam lapan tahun pelbagai perkara boleh berlaku. Seorang bayi yang baru lahir boleh masuk darjah dua dan bagi mak ayah gembira dengan dapat nombor dua dalam kelas, seorang anak gadis boleh berkahwin dan melahirkan anak, dan aku yang dulu budak-budak je sekarang dah dewasa pun. Jadi, apa yang aku nak tekankan di sini ialah banyak perkara yang aku tak tahu telah terjadi dalam hidupnya dan aku rasa aku nak tau tentang semua tu. Sihatkah dia? dia belajar lagi ke? atau dah kerja? ataupun dia dah berkahwin sekarang ni dan dah ada seorang anak? itu semua tak mustahil terjadi tapi tak nampak pun macam dia dah berkahwin..heh. Cuma sekarang ni aku perlu bertanya padanya. Bagaimana? no telefon pun aku tak minta, nama dia pun aku ingat bila dah lepas bercakap dengan dia. Tapi itu tiada masalah, sebab aku yakin dia akan berada di situ lagi nanti. Kenapa begitu yakin? sebab dia berniaga di situ. Aku tak tau samada dia membantu ayah dia berniaga, atau abang dia berniaga atau dia berniaga secara sambilan ataupun sepenuh masa. Tak penting, pergi minta nombor telefonnya dulu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan