Halaman

Rabu, 25 Jun 2008

Kau buat aku tertarik

Tika itu kau benar-benar membuatkanku tertarik padamu. Matamu, pandanganmu, ucapanmu, gayamu malah rupamu, semuanya menjadi senjata yang seolah-olah mengeluarkan suatu tenaga yang menarik diri ini untuk selalu menjadi pemerhati. Semuanya berjalan kencang seperti kebiasaan sehinggalah pada suatu masa aku lihat kamu sedang bertemujanji dengan seseorang di tepi tangga sekolah. Sungguh tidak romantik kurasakan. Begitu banyak tempat-tempat rehat yang cantik dan bersuasana menarik di kawasan sekolah, namun tepian tangga yang diselangi pelajar yang lalu lalang (termasuk aku) itu jugalah yang menjadi pilihan. Ahh... aku agak kecewa dengan kamu dari segi itu. Oh! Mungkin aku tersilap, mungkin itu bukan suatu temujanji, mungkin itu hanyalah suatu pertemuan kosong ataupun sebuah perbincangan ilmiah yang memerlukan pemahaman yang lebih mendalam. Perbincangan ilmiah? ah! baik aku lupakan saja.

Bagiku, itu semua cerita lama yang dah tak perlu difikirkan lagi. Jika kamu ingin tahu, sebenarnya selepas dari hari itu, minatku terhadapmu telah luntur dan pudar sama seperti baju melayu aku yang mak aku rendam menggunakan clorox kerana terdapat kesan degil yang susah hendak ditanggalkan dan memang namanya kesan degil selepas rendaman selama satu hari pun ia masih meninggalkan sedikit kesan seolah-olah sama dengan yang terjadi pada aku. Tapi aku tak tahu apa punca sebenar kelunturan itu berlaku dan aku tak dapat mengenalpasti peluntur apa yang telah disimbah ke dalam hati aku. Kalau Bleach yang disimbah, mungkin dah cair hati aku ni..haha! luluh..macam lagu kumpulan Samsons.

Aku jelaskan kat sini yang hati aku tak luluh kerana itu. Cuma tawar. Itu kan perkara biasa. Aku cuma minat biasa-biasa je. Jangan lah kamu semua fikir jauh-jauh. Dekat-dekat sudah. Jimat minyak..

Tiada ulasan: