Adapun setelah beberapa ketika, aku kembali menoleh ke depan untuk melihat berapa orang lagi yang tinggal. "Eh, masih sama macam tadi?" aku bermonolog di dalam hatiku yang sedang tak sabar ni. Kemudian, setelah agak lama barulah selesai dan tiba giliran orang yang kedua pula. Kali ini keadaannya lebih kurang sama tetapi tidak terlalu seperti yang pertama tadi.
Kemudian orang yang ketiga pula. Keaadaannya tidak seperti mereka-mereka tadi walaupun masih ada kelewatan sedikit. Akhirnya, apabila tiba orang yang keempat, barulah berlaku dimensi penggunaan ATM yang aku harapkan. Mungkin dia sedar yang ramai lagi orang lain sedang menunggu sama seperti aku dan mungkin sudah ada yang mendidih gara-gara orang yang mula-mula tadi. Walaupun begitu, aku melihat jam di tangan dan mendapati hampir 20 minit untuk empat orang menghabiskan masa untuk mengeluarkan duit dari ATM dan bila tiba giliran aku, aku tengok mesin tu tak ada apa-apa masalah teknikal pun.
Disebabkan oleh terlihat cara penggunaan ATM oleh orang pertama dan yang kedua tadi, maka aku terlintas untuk menyenaraikan perkara-perkara yang mungkin boleh dilakukan untuk meringkaskan masa dalam penggunaan ATM:
1. Rancangkan berapa banyak wang yang hendak dikeluarkan sebelum tiba masa anda untuk mengeluarkan duit. Ini supaya tidak berlaku kejadian terpinga-pingaan sewaktu berada di hadapan mesin ATM.
2. Elakkan bersembang sewaktu di hadapan mesin ATM. Ini dapat menaikkan kemarahan orang di belakang anda. Jadi elakkannya sebelum kena maki hamun dari orang belakang yang mungkin tengah mendidih.
3. Kalau nak tukar no PIN atau nak daftar apa-apa kemudahan menggunakan mesin ATM, cuba lakukannya di waktu orang tidak ramai atau lagi bagus kalau tak ada orang yang sedang ingin menggunakan mesin ATM tersebut.
4. Jika anda menggunakan kad yang banyak pada satu-satu masa, boleh pastikan dengan tepat kad yang mana satu nak digunakan. Kalau nak tahu, 'time loading' bila kita masukkan kad menggunakan masa yang agak lama.
5. Jika anda confident dengan perkhidmatan bank yang anda gunakan, anda boleh terus mengeluarkan duit tanpa perlu melihat baki yang tinggal. Ini kerana mesin akan memberi slip atau tercatat di skrin tentang baki wang yang tinggal selepas sesi pengeluaran dilakukan tetapi hanya jika kad yang digunakan adalah sama dengan bank yang digunakan.
6. Elakkan bergayut semasa menggunakan ATM. Ini supaya daya tumpu anda tidak hilang dan untuk mengelakkan kejadian baling batu sembunyi tangan seperti kata pepatah melayu asli.
7. Pastikan anda pasti untuk menggunakan tips-tips yang sedia ada di atas kerana ia adalah idea penulis semata-mata.
Keselamatan anda tanggungjawab anda!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan