Pernahkah anda mengalami masalah untuk mengingati sesuatu? sering terlupa untuk membawa barang ke pejabat? pergi ke sesuatu tempat tetapi lupa tujuan datang ke situ? Tidak ingat apa yang telah dimakan malam semalam? Terlupa tarikh-tarikh penting?Perkara seperti ini memang biasa berlaku terutama kepada golongan yang sudah lanjut usia, tidak terkecuali juga golongan muda. Sudah tentu ia menjadi masalah kepada anda kerana mungkin akan menyebabkan sesuatu kerja itu menjadi lambat.
- Kurang tidur atau terlebih tidur
- Kekurangan air
- Mengambil minuman beralkohol
- Banyak mengambil minuman yang mengandungi kafein
- Makan makanan yang dijeruk
- Makan makanan yang mengandungi bahan kimia
- Mengalami stress
- Kurang berfikir atau berimaginasi
- Tidak mengambil sarapan pagi
- Merokok
Cara-cara mengatasinya :
+ Dapatkan tidur yang mencukupi, orang dewasa perlu mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.
+ Elakkan mengambil minuman yang mengandungi alkohol.
+ Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, ini kerana air membekalkan oksigen yang diperlukan oleh otak. + Elakkan makanan yang dijeruk dan yang mengandungi bahan kimia.
+ Kurangkan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh. Walaubagaimanapun, minuman seperti teh dan kopi masih memberi kesan yang baik jika diambil dengan kadar yang sesuai.
+ Kawal stress dengan baik, stress bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada otak, tetapi juga kepada kesihatan.Terdapat pelbagai cara untuk menangani stress kini seperti berjumpa pakar, beriadah dan sebagainya.
+ Bermain permainan yang membuat akal kita berfikir, seperti catur, teka silang kata ‘monopoli’, ‘scrabble’ dan sebagainya.
+ Amalkan mengambil sarapan pagi
+ Tidak merokok.
+ Belajar sesuatu yang baru, aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya mempelajari bahasa asing,menghadiri seminar dan motivasi, atau kursus kemahiran jangka pendek seperti kelas komputer dan sebagainya.
+ Bersenam, ini dapat melancarkan peredaran darah ke otak dan seterusnya membekalkan oksigen yang diperlukan.
+ Mengambil makanan kesihatan. Ganoderma merupakan antara contoh makanan kesihatan yang baik. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa makanan kesihatan.
+ Bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan dan mengaitkan nombor dengan sesuatu perkara lain juga merupakan satu usaha yang baik.
+ Amalkanlah cara hidup yang sihat
1 ulasan:
rumusnya mudah...ingat mati..heh
Catat Ulasan