Halaman

Khamis, 26 Mac 2009

Jom main tembak-tembak...

best apa main tembak-tembak. Bukan tembak-tembak yang tu. Bukan yang pakai pistol dengan peluru tu. Tembak-tembak ni lagi best. Caranya senang je..ikut je cara dibawah ni:

  1. Sediakan Yahoo Messenger (YM) di komputer anda..
  2. DAftar dulu akaun YM kalau tak ada akaun YM lagi
  3. Bila dah daftar tu..add la seberapa rakan-rakan yang ada.. 
  4. Apabila semua dah cukup, bermulalah masa untuk anda berperang
  5. Apalagi.. online la dulu (pastikan anda mempunyai rangkaian internet yang cukup)
  6. kemudian buka setiap link dengan rakan-rakan anda tersebut (pastikan diorang tu sporting beb)
  7. masa untuk tembak-menembak dah bermula.. 
  8. masuk ke arena audible yang anda ingin guna kepada rakan anda itu..
  9. kemudian tekan audible yang dikehendaki sebanyak mungkin yang anda mahu.. dan tutup link tersebut dengan serta merta 
  10. urusan menembak dah selesai...kini tinggal rakan anda itu untuk membalas tembakan anda sahaja..haha
  11. Aku dah banyak kali cuba...jangan takut..tiada kecederaan yang pernah berlaku..cuma mungkin jari-jemari anda akan termelecet sedikit...
Menarik? cubalah..huhu

Makhluk Asing Sudah Mendarat DI bumi..HAHAHA!!

Seorang pelajar telah menemukan penemuan baru di bilik beliau semasa beliau sedang berehat sambil makan makan keropok lekor. Penemuan yang dikatakan agak terbaru itu kini sedang di dalam kajian para-para penyelidik amateur yang terdiri dari rakan-rakan terdekat beliau. Walaupun telah banyak anggapan dilakukan terhadap penemuan itu, namun kata sepakat antara mereka masih belum dapat ditentukan. Akhirnya, akibat terlalu tertekan dengan sikap-sikap para pengkaji tersebut, makhluk asing itu akhirnya menghilangkan diri di suatu tempat yang tidak dapat dikesan. Walaupun begitu, mereka sempat menangkap gambar makhluk itu ketika ia sedang berehat.






Makhluk apa ni...? 

Selasa, 10 Mac 2009

IRONInya

Macam ni la bila dah sibuk sangat... masa tidur pun dan tak tentu arah... tidur lambat.. pastu bangun nak kena awal (tapi selalu terlajak je..heh) buka mata je nak kena fikir tentang kerja yang belum disiapkan lagi.. masa untuk diri sendiri pun dah tak banyak.

 Tapi sebenarnya aku tak kisah tentang tu... tapi aku lebih kisah kalau orang dah janji nak bagi bila kita selesaikan kerja tapi janji tu hanya janji kosong..janji tinggal janji... Bukannya aku nak kata aku bekerja semata-mata kerana itu, tapi bagi aku itu adalah perkara penting. Perkara seperti 'SIRA' dan Sijil sebenarnya penting bagi aku kerana aku rasa aku layak dapat bila aku dah buat dengan baik. Mereka yang dah berjanji untuk beri Sijil atau Sira atau merit ni perlulah selesaikan tanggungjawab tersebut dan bukannya menggunakannya sebagai tarikan untuk pelajar mengikuti sesuatu program anjuran mereka tu. Aku kata penting kerana sijil atau sira yang kita dapat tu nanti boleh dijadikan bukti tentang penglibatan terhadap universiti sewaktu memohon kerja nanti. Jadi, kalau sijil dengan sira tak diberi, apa lagi yang boleh dijadikan bukti. Pihak organisasi tempat kita memohon kerja nanti bukannya tahu tahap kepimpinan, kecekapan, dan keaktifan kita. Mereka cuma bergantung kepada sijil-sijil yang kita bawa untuk temuduga nanti selain penampilan kita yang akan diuji. Lebih-lebih lagi semasa tapisan awal permohonan kerja. Selain pointer yang baik, tahap penglibatan juga diambil kira. Ini kerana di dalam arena pekerjaan, softskill adalah suatu kelebihan yang dapat membantu nanti. Katakanlah kamu menjadi seorang Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah syarikat dan kamu telah diarah untuk mengendalikan sebuah ceramah mengenai teknologi maklumat. Kamu mungkin tidak mengambil subjek yang berkenaan mengurus sebuah majlis atau menjadi penceramah, tapi kamu mampu lakukannya mungkin kerana dahulu sewaktu kamu belajar, kamu pernah menyertai program yang bersifat sedemikian dan kamu tidak kekok untuk melakukannya malah mungkin kamu akan dipuji kerana prestasi yang membanggakan. Maka, pada waktu itu kamu akan nampak di mana gunanya apa yang kamu pernah praktikkan sewaktu kamu belajar dahulu. 

Aku mengatakan sedemikian kerana sebelum aku belajar di sini, aku juga pernah bekerja sebagai kakitangan sambilan kerajaan. Sewaktu ditemuduga dahulu, penemuduga menekankan tentang tahap penglibatan aku di sekolah. Jadi, itu membuatkan aku faham tentang pentingnya sijil-sijil tersebut. Ini bukan bermakna pencapaian akademik tidak penting. Pencapaian akademik amat penting sebagai tiket untuk melepasi tapisan awal pemilihan untuk ditemuduga. Jika kita mempunyai sijil yang tinggi menggunung pun, tapi kalau kita gagal di dalam di dalam akademik, bagaimana untuk kita dipanggil menghadiri temuduga? Perkara seperti ini juga aku telah lihat di kalangan sesetengah pelajar yang hanya sibuk dengan program-program pelajar tetapi kurang menekankan tentang pelajaran dan akademik. Bukankah tujuan utama kita ke universiti adalah untuk belajar dan memperoleh gred yang baik? mengapa perlu terlalu mementingkan perkara lain sehingga pelajaran terjejas? Maksud aku di sini ialah kita perlu membahagikan komitmen kita dengan baik samada terhadap pelajaran mahupun terhadap aktiviti pelajar.

Pernah tak kamu dengar tentang pepatah yang berbunyi " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", ap yang disibukkan tidak mendatangkan hasil tetapi yang sebenarnya perlu dijaga habis bercelaru. Jangan juga jadi seperti Pak Pandir, "mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan". Janganlah terlalu cepat melatah. Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Fikir tentang buruk baik yang mungkin akan kita peroleh kerana orang yang berjaya itu  adalah orang yang berfikir.


*p/s : mungkin hari ni aku terlalu serius..hehe

Rabu, 4 Mac 2009

Perlu selalu positif

Di sebalik awan itu aku terpaku, selalu.. ragu…

Aku mencari dimanakah ia jalan keluar yang tidak ku temui…

Inginku pergi dan terus menuju ke hadapan tanpa halangan yang menerpa keluar..

Walaupun aku sudah menggunakan semua kekuatan yang ada…

Bersama seribu teknik dan strategi…

Aku masih ketinggalan…

Hingga akhirnya aku kecewa akibat kekalahan aku itu…

Namun.. akhirnya aku berfikir lagi…

Tapi kali ini dengan penuh simbol-simbol ‘campur’  yang mengiringi…

Ku hempaskan ke tepi simbol-simbol ‘sengkang’ yang selalunya mengekangku..

Akhirnya aku nampak bintang yang tersenyum padaku…

Aku perhatikan matahari yang berusaha membantuku..

Juga bulan itu…yang selalu menemani…

Rupa-rupanya hujan juga cuba mententeramkan keadaan yang terik..

Bukankah itu amat jelas…

Walaupun tidak dapat menjejak tanah..

Tapi aku dapat menerjah awan… 

Ahad, 1 Mac 2009

buat masa ini...

Harap maaf ...

Buat masa ini mungkin tiada lagi post baru...

Aku sedang sibuk menyiapkan setimbunan tugasan dalam masa sepantas mungkin ...

suremasen!